CELAH GELEGAR |
- (KONTROVERSI) Anuar Zain Minta Maaf Peluk Pemain Bowling Negara
- [ASET atau LIABILITI] Timbalan Menteri 'HINDRAF' P Waythamoorthy di KECAM oleh KIMMA
- [ASET atau LIABILITI] ‘Six Million Dollar Man’ Umno Datuk Tajuddin dapat jawatan timbalan menteri
- [ASET atau LIABILITI] Tokoh Kontroversi Shahidan Kassim Akhirnya Jadi Menteri Pusat juga
- [SENARAI KABINET 2013] CEO Maybank & Presiden Transperancy dilantik sebagai menteri
(KONTROVERSI) Anuar Zain Minta Maaf Peluk Pemain Bowling Negara Posted: 16 May 2013 03:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain membuat permohonan maaf kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim, sekiranya terasa hati berhubung dengan foto yang memaparkan aksi mesra berpeluk dengan kekasihnya, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi. Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, menjelaskan bahawa aksi mesranya dengan Zandra tidak membawa sebarang maksud sebaliknya dia menganggap wanita yang juga merupakan pemain bowling negara itu sekadar teman lama. "Saya terkejut apabila foto itu menjadi hangat diperkatakan untuk beberapa hari sedangkan saya dan Zaza (Zandra) tidak ada apa-apa hubungan pun. "Foto itu diambil selepas kami terserempak antara satu sama lain selepas beberapa tahun tidak berjumpa, dan terus teruja untuk bergambar. Bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya teman lelaki Zaza terasa dengan foto tersebut. Jujurnya, saya tidak ada niat apa-apa pun," jelasnya. Anuar ditemui pada majlis minum petang pelancaran album Anuar dan Dayang Nurfaizah Live At Dewan Filharmonik Petronas di Life Centre di sini, Rabu.Tambah penyanyi itu, dia berharap isu tersebut tidak akan timbul lagi kerana menyifatkan ia sengaja diperbesarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. |
[ASET atau LIABILITI] Timbalan Menteri 'HINDRAF' P Waythamoorthy di KECAM oleh KIMMA Posted: 15 May 2013 10:58 PM PDT "Tahniah kepada Waytha sebagai mandur India terbaru! Samy Vellu baru," kata Uthayakumar dalam mesej teks kepada Malaysiakini.Uthayakumar berkata, adiknya itu telah dipecat oleh majlis tertinggi Hindraf pada 25 April kerana mengkhianati tuntutan 18 perkara Hindraf dan kerana menyertai BN. Beliau mendakwa Waytha (berbaju oren) telah beralih oleh agenda peribadinya dan mendakwa adiknya itu adalah seorang oportunis politik. Uthayakumar berkata beliau adalah pemimpin Hindraf yang sah bukan Waythamoorthy, yang hanya mengambil alih gerakan itu semasa beliau ditahan selama 514 hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau menegaskan bahawa perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007 diadakan di bawah arahannya dan bukan Waythamoorthy. Ekoran itu, kata Uthayakumar, beliau akan terus menerajui Hindraf dan 'perang terhadap BN'. Kimma juga kecewa Waythamoorthy pulang ke tanahair pada 1 Ogos tahun lalu selepas hidup dalam buangan, dan aktif mengetuai satu kumpulan dalam Hindraf. Kemuncak aktiviti beliau ialah menandatangani memorandum persefahaman antara BN dan kumpulan Hindraf yang diketuainya. Sementara itu, Ketua Pemuda Kimma Muhamad Johan juga mempersoalkan pelantikan Waythamoorthy kerana Hindraf pernah terlibat dalam demonstrasi jalanan sebelum ini. "Beliau merupakan seorang yang telah huru-harakan negara dan telah memburukkan imej Malaysia di luar negara," katanya di laman Facebooknya. Muhamad berkata Kimma telah bersama BN selama ini dan "akan sentiasa kekal bersama BN, akan tetapi segala usaha kami dikuburkan". "Adakah demonstrasi jalanan sahaja merupakan cara bagi Kimma untuk diiktiraf?" soalnya. |
[ASET atau LIABILITI] ‘Six Million Dollar Man’ Umno Datuk Tajuddin dapat jawatan timbalan menteri Posted: 15 May 2013 05:42 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamakan Kabinetnya hari ini mengumumkan perlantikkan ahli Parlimen kontroversi Pasir Salak itu sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Insdustri Asas Tani. Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau dipecat dari Umno pada tahun 1995 berikutan dengan tuduhan membayar RM 6juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian. April lalu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Tajuddin membuat keuntungan daripada pembinaan UiTM di Tapah menerusi syarikat miliknya Detik Utuh Sdn Bhd yang menjadi rakan kongsi kepada jurubina sebenar iaitu Crest Builder Holding Berhad. Beliau mengatakan walaupun bukan syarikat pembinaan aktif dan mempunyai prestasi yang baik, syarikat Tajuddin tetap memperoleh RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah daripada kementerian pengajian tinggi. Daripada dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang didedahkan oleh Rafizi pada ketika itu,Tajuddin didapati merupakan pemegang saham sebanyak 450,000 unit dalam Detik Utuh. Tajuddin juga merupakan pengerusi syarikat berkait kerajaan Felcra. Ahli Parlimen Pasir Salak itu menafikan tuduhan Rafizi dan mengugut untuk menyamannya. Lelaki "pendedah" PKR itu mengatakan beliau tidak takut untuk diheret ke mahkamah di atas pertuduhan tersebut, menegaskan beliau mempunyai dokumen bukti yang kukuh mengenai perkara itu. Sumber: Laporan theMalaysianInsider.com |
[ASET atau LIABILITI] Tokoh Kontroversi Shahidan Kassim Akhirnya Jadi Menteri Pusat juga Posted: 15 May 2013 07:36 AM PDT KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis selama 13 tahun, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, 62, yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah antara muka baharu yang diperkenalkan dalam kabinet persekutuan Datuk Seri Najib Tun Razak. Shahidan menjadi Menteri Besar Perlis pada tahun 1995. Sebelum ini beliau adalah Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Beliau menang kerusi Parlimen Arau dengan kelebihan 1,371 undi menewaskan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan calon Bebas Zainudin Yom pada pilihan raya umum 5 Mei lepas. Shahidan yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Arau merupakan anak kelahiran Arau. Beliau menerima ijazah sarjana muda sastera pada 1973 sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Sosial di The Hague, Belanda dalam bidang pembangunan luar bandar. Pada 2007, beliau memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang sains politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis itu juga pernah menerima anugerah Doktor Kehormat Pengurusan oleh Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia sebagai penghargaan kepadanya yang merealisasikan penubuhan kolej universiti berkenaan pada 2004. Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang selama tiga penggal sejak 1995 itu merupakan antara pemimpin yang lantang menyuarakan pandangan dalam politik dan pada masa yang sama tidak pernah sunyi daripada terpalit dalam kontroversi sukan baik di peringkat negeri mahupun nasional. Kelantangannya menyebabkan Shahidan yang meneraju Persatuan Bola Sepak Perlis dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun setengah sehingga September 2015 dan denda RM39,000 pada Febuari lepas kerana didapati bersalah atas empat pertuduhan antaranya mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Beliau membayar dendanya itu dengan wang syiling. Berikutan penggantungan itu, beliau hilang status sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan Anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015. Beliau yang disifatkan sebagai seorang yang tidak lokek telah menubuhkan Yayasan Pok dan Kassim (YPK) yang antara lain bertujuan membantu golongan ibu tunggal, warga emas dan anak yatim. |
[SENARAI KABINET 2013] CEO Maybank & Presiden Transperancy dilantik sebagai menteri Posted: 15 May 2013 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR 15 Mei - Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transperancy International Malaysia, Datuk Paul Low antara kalangan profesional yang dilantik sebagai menteri penuh. Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (UPE). Beliau akan dilantik sebagai Senator pada 5 Jun, demikian umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Anak Johor berusia 49 tahun ini merupakan antara muka-muka baru dan salah seorang daripada dua teknokrat yang dipilih oleh Najib dalam barisan Kabinet barunya selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Kedua-duanya yang bakal dilantik sebagai Senator akan memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama enam lagi yang lain sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini. Enam lagi menteri di JPM ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Idris Jala, Datuk Seri Joseph Kurup, Nancy Shukri dan Joseph Entulu Anak Belaun. Sementara itu, seorang aktivis masyarakat India, P. Waytha Moorthy pula akan dilantik sebagai Senator untuk memegang jawatan Timbalan Menteri di JPM bersama-sama Datuk Razali Ibrahim yang sebelum ini sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment