UMNO Online - “Kajian Menyeluruh Impak Had Hayat Kenderaan Akan Dijalankan – Hishammuddin” plus 9 more

UMNO Online - “Kajian Menyeluruh Impak Had Hayat Kenderaan Akan Dijalankan – Hishammuddin” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kajian Menyeluruh Impak Had Hayat Kenderaan Akan Dijalankan – Hishammuddin

Posted: 19 Nov 2013 02:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Satu kajian menyeluruh akan dilaksanakan kerajaan bagi melihat impak ekonomi dan sosial terhadap orang ramai sekiranya pelaksanaan had hayat kenderaan ditetapkan kepada 12 tahun bagi sesebuah kenderaan.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kajian itu akan turut melihat golongan yang mungkin terjejas sekiranya perkara itu dilaksanakan.

“Kita perlu kaji perkara ini, termasuk meneliti kos sara hidup serta kewangan pengguna kenderaan berkenaan sebelum ia boleh dilaksanakan. Keputusan melaksanakan perkara tersebut tidak boleh dijalankan secara terburu-buru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku mewah Op Fajar berjudul ‘The Malaysian Success Story in The Gulf of Aden’ di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia Prof Dr Wong Shaw Voon pada 15 Nov mengenai kenderaan berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya kerana terdedah kepada pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu.

Tiada Alasan Lagi Buat Pas Laksanakan Hudud Melainkan Takut Dengan DAP

Posted: 19 Nov 2013 02:05 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Kerajaan Pas Kelantan tidak perlu lagi  berdolak dalik dalam isu perlaksanaan undang-undang enakmen jenayah syariah (hudud) memandangkan sistem kehakiman di negeri itu sudahpun bersedia daripada sudut infra kehakiman untuk melaksanakan enakmen jenayah tersebut, demikian menurut Datuk Zulkifli Nordin.

Kata beliau, jika Pas benar-benar ikhlas mahu melaksanakan hukum hudud ini, kini adalah waktu yang amat sesuai untuk Pas bagi melaksanakan undang-undang tersebut.

nik_aziz_hadi_tunduk_karpal_dap

"Pada saya, selama ini Pas menggunakan hudud sebagai politik. Tetapi dengan kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan yang mengakui secara terbuka bahawa Kelantan kini sudah bersedia untuk melaksanakan undang-undang hudud, maka bagi saya tidak ada alasan lagi untuk Pas tidak melaksanakannya di negeri itu.

"Jika mereka terus berdolak dalik dengan mengatakan bahawa ada masalah dari sudut perlembagaan dan sebagainya, ini membuktikan bahawa slogan hudud ini adalah sekadar retorik politik saja. Jika Pas benar-benar mahu melaksanakan hudud, maka sekarang mereka boleh laksanakan.

"Jadi,  soal berhubung perlembagaan tidak timbul dan bukan alasan untuk mereka tidak melaksanakannya," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelas beliau, soal perlembagaan hanya akan timbul di peringkat perlaksanaan kerana enakmen jenayah syariah 1,2 dan 3 telah pun digubal, diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri, ditandatangani oleh Sultan Kelantan dan telahpun digazetkan.

"Ini bermakna dari sudut perundangan, undang-undang tersebut sudah pun ada. Jadi tidak timbul lagi persoalan ia tidak boleh dilaksanakan. Samada undang-undang itu mengikut perlembagaan atau perlu patuh kepada perlembagaan, itu di peringkat perlaksanaan, itupun sekiranya ada pihak yang mempertikaikannya.

"Tetapi kalau tidak ada pihak yang mempertikaikan, berdasarkan dari segi perundangan yang sedia ada dan daripada segi infra kehakiman yang sedia ada, undang-undang enakmen jenayah syariah sudah boleh dilaksanakan di negeri itu," ujarnya.

Jika benar Pas ikhlas mahu melaksanakan hudud kata beliau lagi, sepatutnya tidak timbul soal wujudnya halangan dari sudut perlembagaan seperti alasan yang diberikan oleh kepimpinan Pas hari ini.

nik-aziz-dap

"Dalam isu perlaksanaan hudud ini, apabila Ketua Hakim Syarie memberikan saranan bahawa sistem kehakiman Kelantan sudah bersedia untuk melaksanakan hudud, pengumuman itu sepatutnya disambut dengan takbir yang gemuruh.

"Ini adalah pertama kali kita boleh laksanakan hudud dan ini sepatutnya merupakan satu berita gembira kepada kita. Maka laksanakanlah dan janganlah memberikan pelbagai alasan,"katanya.

Seterusnya beliau merumuskan bahawa sikap kepimpinan Pas yang berdolak dalik berhubung perlaksanaan hudud ini membuktikan bahawa hudud adalah hanya sekadar retorik politik parti tersebut saja.

"Saya juga cukup yakin kepimpinan Pas sebenarnya gentar dengan rakan sekutu mereka DAP, mempertikaikan perlaksanaan udang-undang ini. Kita sudah tengok banyak kali, apabila timbul soal hudud, reaksi DAP yang menentang menyebabkan Pas akhirnya berpatah balik.

"Dan saya juga telah nyatakan banyak kali bahawa sebenarnya Presiden Pas, Haji Hadi telah menandatangi perjanjian persefahaman bersama DAP dan PKR yang jelas menyebut bahawa hudud bukan sebahagian agenda Pakatan Rakyat.

" Jadi saya rasa kesal dengan sikap kepimpinan Pas di depan rakyat bercerita soal hudud tetapi di belakang cerita lain, serta menjadikan perkara hudud ini sebagai modal politik mereka," akhiri beliau. -MediaUMNO

PKR Tiada Hala Tuju Perjuangan, Hanya Mimpi Nak Jadikan Anwar PM

Posted: 19 Nov 2013 02:02 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Tindakan ramai pemimpin dan ahli-ahli PKR  keluar parti dan meninggalkan perjuangan PKR yang dibina sejak hampir 15 tahun yang lalu membuktikan parti pembangkang itu sebenarnya tidak mempunyai agenda terutama dalam membela masa depan rakyat.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Safarizul Mustafa berkata, pengikut PKR hanya menuruti pemimpinnya yang tidak jemu memburukkan dan mencari kelemahan orang lain sedangkan keburukan diri sendiri tidak pernah disedari.

juarai_agenda_anwar

“Dalam PKR, ahli hanya sebagai `pak turut' manakala pemimpin hanya mengikut telunjuk penasihatnya. Apabila ahli bersuara, suara itu diketepikan dan apabila membantah orang yang membantah itu akan terima akibat. Inikah demokrasi ataupun kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan.

“Hakikatnya, PKR tidak dapat memainkan peranan sebagai penyatuan dalam pakatan pembangkang kerana cita-citanya tidak lebih daripada menjadikan seorang individu sebagai Perdana Menteri,” ujarnya mengulas kemelut hilang kepercayaan terhadap PKR hingga menyaksikan ramai pemimpin termasuk wakil rakyat dari parti yang keluar parti.

Tambahnya, ini berbeza dengan parti UMNO yang sudah berada di landasan betul bersama BN sejak sekian lama dengan memelihara kebajikan rakyat berasaskan perpaduan yang kukuh serta agenda pembangunan yang tersusun.

"Lihat juga pemimpin PKR. Mereka tidak pernah berjuang mencegah segala yang mungkar, termasuk apa yang dilakukan oleh Anwar, apatah lagi setelah bekerjasama dengan DAP dimana negeri yang ditadbir oleh mereka penuh skandal rasuah, pelacuran, maksiat, pusat hiburan,  isu murtad, judi, curi pasir dan sebagainya.

“Tiada apa penambahbaikan yang dibuat malah bertambah parah dari semasa ke semasa. Sebaliknya kebebasan bersuara rakyat untuk membantah perkara mungkar ini disekat," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Kedah Needs New Dam To Avert Water Crisis In 2025

Posted: 19 Nov 2013 02:00 AM PST

ALOR SETAR, Nov 19  - Kedah may face a critical water shortage by 2025 if it were to rely only on existing dams, the State Assembly was told today.

State Women, Welfare Services, Agriculture and Agro-based Industry, and Entrepreneur Development Committee chairman Datuk Suraya Yaacob said Kedah provided water for public consumption and padi irrigation, apart from channelling it to Penang and Perlis for about five million people or 1,000 families.

The state government takes into consideration the people and farm land affected in building a new dam, she said when responding to a supplementary question from Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor) who questioned on the need for Jeniang Transfer costing RM222.3 million as it would affect over 1,500ha of land.

Suraya said a study showed that the new dam was badly needed and added that she was confident of getting the people support in sacrificing land for its construction.

To the original question from Kama Noriah (BN-Pedu) on development of large-scale padi cultivation, she said the state government planned to divert water from Sungai Muda to the Muda Agricultural Development Authority (Mada) irrigation system involving the Beris Dam, Naok Dam, Remand Dam and Jeniang Transfer.

“This project is very important for the state to enhance irrigation facilities for Mada as it covers 36,000ha comprising Region III Pendang and Region IV Kota Sarang Semut,” she said.

She said the Jeniang Transfer project entailed building a diversion canal, a transfer canal and Naok reservoir.

Desak Karpal Mohon Maaf Umpama Menanti Mimpi Di Siang Hari Jadi Realiti

Posted: 19 Nov 2013 12:49 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan bahawa desakan Pemuda Pas agar Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh memohon maaf di atas keceluparannya membuat kenyataan berhubung parti-parti berasaskan bangsa dan agama perlu dihapuskan sebagai satu drama politik yang menarik.

akhbar_karpal_dap_langkah_mayat_hudud_islam

Kata beliau, dalam sejarah politik negara memperlihatkan sikap Pengerusi DAP Kebangsaan itu yang  tidak pernah tunduk atau meminta maaf kepada sesiapa pun dan begitu  terkenal sebagai pemimpin yang mempunyai ego yang tinggi.

"Saya menjangkakan sekali lagi bahawa Pas akan tertipu dengan hubungan mereka bersama DAP kerana selamanya DAP telah menyebut bahawa Malaysia sebuah negara sekular dan tidak pernah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"Bagi saya, hubungan Pas bersama dengan kepimpinan DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan juga Karpal adalah hubungan yang merugikan Pas. Saya kira, di dalamm muktamar Pas yang akan datang, sepatutnya diperbincangkan tentang tahaluf siyasi bersama DAP.

"Dan sepatutnya mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjasama mereka dengan DAP," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Pas menurut beliau, lebih baik berdiri di atas kaki sendiri dan jika tidak, segala rasa hormat rakyat terhadap Pas akan terhakis dan pengaruh mereka akan hilang di hati rakyat.

"Saya sekali lagi meyakini bahawa amat sukar bagi Karpal Singh untuk memohon maaf dan kalau pun berlaku sekalipun, ia seumpama mimpi di siang hari yang menjadi kenyataan dan bagi saya, amat sukar sekali mimpi di siang hari untuk menjadi kenyataan," ujarnya sinis. -MediaUMNO

Malay Chamber On Track To Build 100,000 Affordables Houses In 10 Years

Posted: 19 Nov 2013 12:34 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 19 – The Malay Chamber of Commerce Malaysia (DPMM) is on track to build 100,000 affordable houses in the next 10 years under the Medium-Cost Housing Programme.

Chamber President Datuk Syed Ali Al-Attas said they had submitted plans for approval and was still awaiting the green light from the state government.

“We have offered to build houses and sell them at an affordable RM200,000 each,” he said at a press conference here today.

The chamber would construct 1,000 houses in two phases, namely Taman Uda and Johor Lagoon Park, on a 20 hectare leasehold land offered by the Johor state government.

Syed Ali said the construction of the first phase in Taman Uda was slated for the first quarter of next year and scheduled for completion in 18 months.

The second phase in Johor Lagoon, which would comprise a mixed development of apartments and houses, was expected to commence in June next year.

Syed Ali said the medium-cost houses at Taman Uda Utama would retail for RM180,000 each and was meant for households earning between RM3,500 and RM7,000 monthly.

Those who are interested can register on their website at www.ppks.my or www.dpmm.org.my.

“We are also looking at other places in the Klang Valley and Kuala Lumpur to build similar medium-cost houses.

“As for the Klang Valley, we submitted a proposal yesterday to build 1,000 units on a four hectare piece of land. We are currently awaiting Selangor state government approval,” he said.

Urusan Kutipan Zakat Di Bawah Bidang Kuasa Kerajaan Negeri

Posted: 19 Nov 2013 12:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Nov  – Kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk memungut zakat pendapatan penjawat awam kerana urusan kutipan zakat terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Zakat pendapatan (gaji) adalah perkara yang wajib, tetapi pelaksanaan kutipan pula kuasa sepenuhnya kepada negeri, dan adalah sesuatu yang amat sensitif sekiranya zakat ini dikutip melangkaui sempadan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Nik Mazian ingin tahu pendirian kerajaan pusat berkenaan zakat pendapatan (gaji) dan adakah kerajaan memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai wajibnya zakat pendapatan sebagaimana zakat harta.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengemukakan cadangan supaya pekeliling am dikeluarkan untuk pembayaran zakat melalui potongan gaji dilaksanakan ke atas penjawat awam yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan.

Katanya, kertas cadangan itu dibentangkan dalam mesyuarat ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan kerajaan persekutuan minggu lepas.

“Pekeliling am yang dicadangkan itu merupakan arahan pentadbiran yang berbentuk sukarela di mana hanya penjawat awam yang bersetuju sahaja akan dibuat potongan gaji,” katanya.

Setakat ini, negeri-negeri yang telah melaksanakan potongan gaji untuk bayaran zakat ialah Selangor, Johor, Kedah, Melaka dan Pulau Pinang, katanya.

Beliau berkata agensi lain seperti Lembaga Tabung Haji, MAIWP, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Waqaf Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) juga telah melaksanakan pembayaran zakat melalui potongan gaji terus ke pusat pungutan zakat bermula Jun tahun ini.

Hasil kutipan zakat seluruh negara pada tahun lepas berjumlah RM1.87 bilion, katanya.

Pelaksanaan Hukum Hudud Perlu Diteliti Secara Menyeluruh – Shafie

Posted: 18 Nov 2013 11:52 PM PST

PUTRAJAYA, 19 Nov – Pelaksanaan hukum hudud harus diteliti secara menyeluruh kerana sebaik sahaja menjadi perlembagaan dan undang-undang, ia harus dilaksanakan dengan baik, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sambil menyarankan hukum hudud dilaksanakan terlebih dahulu di semua negeri di bawah pentadbiran pembangkang, beliau berkata Pas tidak harus meletakkan bebanan pelaksanaan hukum hudud kepada kerajaan pusat.

Seharusnya pakatan pembangkang sudah berpakat mengenai hal ini dan melaksanakannya di negeri-negeri yang mereka terajui, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Sinergi Perdana Sdn Bhd sebagai pengedar eksklusif produk cuka getah Hiska keluaran Hiska Sinergi Sdn Bhd di sini hari ini

“Pas melaungkan mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam namun di dalam manifesto Pakatan Rakyat yang lalu langsung tidak disebut mengenai hukum hudud, sebaliknya meminta kerajaan untuk campur tangan dalam hal ini.

“Mereka (Pas) meletakkan bebanan pelaksanaan hukum hudud ini kepada kerajaan, dan sepatutnya mereka memperincikan dahulu mengenai perkara ini di setiap negeri di bawah mereka termasuk Pulau Pinang dan bukan hanya dilaksanakan di Kelantan,” katanya.

Mohd Shafie mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad pada Rabu lepas bahawa Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 jika kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang itu.

“Dalam bab agama, kuasa-kuasa tertentu telah diberikan di peringkat negeri-negeri. Namun kita juga perlu meneliti terlebih dahulu kesan perundangan (hokum hudud) di peringkat persekutuan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengumumkan mini Karnival Usahawan Desa (KUD) akan diadakan di setiap zon di seluruh negara pada tahun hadapan.

“Penganjuran mini karnival ini adalah berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan terhadap penganjuran KUD 2013 baru-baru ini,” katanya.

Menteri itu turut memaklumkan Kolej Risda akan dinaik taraf kepada kolej universiti yang akan dikenali sebagai Kolej Universiti Agrosains tidak lama lagi.

Govt Looks At Slow Entry Of Bangladeshi Workers Under G2G

Posted: 18 Nov 2013 11:36 PM PST

DHAKA (Bangladesh), Nov 19 – The Malaysian government is studying closely several reasons for the slow entry of Bangladeshi workers in the plantation sector under the government to government (G2G) arrangement signed between Malaysia and Bangladesh at the end of last year.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said among the reasons for the slow entry was the process of issuing the visa which was time consuming as well as the problem pertaining to flights from Bangladesh to Malaysia.

“There are allegations that private companies that are making big profits are hindering the G2G arrangement as they are not making profits under the entry process for Bangladeshi workers to Malaysia,” he said at a media conference, here today.

He said the government was studying the allegations and hoped that the G2G approach would be used by Bangladesh nationals wishing to work in Malaysia to ensure that the entry of workers was proper according to the regulations and did not involve high cost.

So far, he said, only 718 Bangladeshi nationals had been brought to Malaysia under the G2G method.

Meanwhile, during the meeting with his Bangladeshi counterpart Sheikh Hasina, Najib said Hasina had chosen the G2G method because she did not want the Bangladeshi nationals to be exploited by irresponsible groups.

“They (Bangladesh) have already created a data base for their people who are keen to work in Malaysia,” he said.

It is estimated that 500 thousand Bangladeshi workers who are eligible have been listed in the data base while the demand from Malaysian plantation companies under the arrangement stood at 10,000 workers.

Meanwhile, Najib said Malaysia was targeting to woo 90,000 tourists from Bangladesh this year.

He was optimistic the target could be achieved following the encouraging performance last year where 86,000 tourists from Bangladesh visited Malaysia compared to the original target of 70,000 tourists.

PM Bangladesh Nafi Rakyatnya Terbabit Dalam PRU-13

Posted: 18 Nov 2013 10:43 PM PST

DHAKA, 19 Nov  - Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina, pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada PRU-13.

malaysia-najib-lawatan-rasmi-pm-bangladesh-bangla-sheikh-hasina

Najib berkata jika kononnya lawatan beliau ke Bangladesh dengan misi hendak berjumpa dan berterima kasih kepada pengundi Bangladesh yang telah mengundi BN dalam PRU lepas, ternyata misi beliau gagal kerana beliau tidak berjumpa dengan seorang pun daripada pengundi yang didakwa itu.

“Nampaknya misi yang kedua ini gagal kerana saya tidak dapat jumpa 40,000 orang Bangladesh yang dikatakan telah mengundi Barisan Nasional,” katanya secara sinis dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Dua Hala dengan kerajaan Bangladesh di sini.

Kata Najib perdana menteri Bangladesh turut mempersoalkan dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai mustahil kerana untuk mengundi di Malaysia, seseorang warga Bangladesh perlu menukar kerakyatan mereka kepada warganegara Malaysia.

“Dia kata memang tidak ada (tidak wujud) tindakan untuk kita (kerajaan Malaysia) memberi 40,000 kewarganegaraan pada orang Bangladesh,” kata Najib.

Pada PRU-13, pakatan pembangkang mendakwa BN menggunakan 40,000 rakyat Bangladesh untuk mengundi parti gabungan berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Belanjawan 2014 peringkat dasar di Dewan Rakyat menyelar dakwaan tersebut dan mendedahkan bahawa dalam tempoh 10 tahun yang lepas, hanya 12 orang Bangladesh yang telah mendapat kerakyatan dan menjadi warganegara Malaysia.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...