PEMIKIR POLITIK JERANTUT |
BERITA!! Singapore Tahan Rakyat Malaysia Yang Berhimpun Protes!! Posted: 15 May 2013 12:14 AM PDT Sekumpulan 21 rakyat Malaysia yang ditahan di Singapura kerana didakwa berhimpun secara haram kerana membantah keputusan Pilihan Raya 2013. Mereka ini yang majoritinya berbangsa Cina telah ditahan sekitar jam 4.50 petang semalam apabila berhimpun menyuarakan protes mereka di Merlion Park. Tindakan mereka ini jelas sengaja mahu menimbulkan provokasi di negara luar seolah-olah ingin menunjukkan kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang penipu dalam mengendalikan pilihan raya. Sedangkan keputusan itu telah disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan akan diwartakan dalam masa terdekat. Kerajaan BN telah memenangi 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang hanya memenangi 89 kerusi, dan sistem di negara ini mengguna pakai jumlah kerusi dimenangi parti untuk membentuk kerajaan. Sebaliknya kumpulan penyokong pembangkang pula kerap memainkan sentimen undi popular, seolah-olah mereka popular maka mereka berhak menjadi kerajaan. Sedarlah wahai pembangkang, kamu hanya mendapat majoriti popular di beberapa negeri sahaja, bukan seluruh negara, dan jumlah undi popular PR juga sebahagian besar diperolehi daripada Selangor, dengan lebihan 400,000 undi popular. Itu tidak menggambarkan mereka popular di keseluruhan negara. Itulah kebodohan pemimpin pembangkang yang kemudiannya membodohkan pengikut mereka yang taksub dengan pemimpin bodoh. Malah, akhbar-akhbar luar negara juga dilihat mula menyerang kepimpinan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menyiarkan kartun, pojok, dan artikel yang menyindir Najib dalam artikel mereka. Tindakan kumpulan ini mengadakan protes di luar negara juga diragukan, kerana umum mengetahui mereka hanya mahukan perhatian antarabangsa bagi membolehkan mereka dilihat seperti "mangsa kekejaman kerajaan" sedangkan mereka adalah manusia bodoh. Dipercayai, sekumpulan rakyat Singapura juga akan mengadakan protes sama esok bagi membantah keputusan pilihan raya di Malaysia. Persoalan di sini, apakah motif mereka mengadakan demonstrasi? Dan keduanya, siapa mereka ini? Ia masih menjadi persoalan dan apa yang berlaku di Malaysia tiada kena mengena dengan urusan penduduk Singapura, apatah lagi ianya adalah soal politik negara. Jika ianya adalah mainan pembangkang, ternyata mereka sudah mula naik lemak kerana menjadikan negara ini seolah-olah badut yang ditertawakan dengan menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara kecil di dunia yang amat dihormati. Kerajaan BN telah pun menjawab segala tuduhan dan dakwaan kosong pembangkang mengenai penipuan dalam pilihan raya, namun atas sikap kebodohan yang melampau mereka membutakan mata dan memekakkan telinga menolak penjelasan kerajaan. Apa yang mereka mahukan adalah BN menjadi pembangkang dan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Itu adalah matlamat mereka, tanpa ada sebarang tujuan untuk memajukan negara. Mereka juga dilihat bergitu terdesak mendapatkan khidmat "orang luar" membantu mereka dengan menggunakan negara jiran sebagai pentas lakonan mereka. Pembangkang perlu menerima kekalahan mereka dengan hati terbuka dan mencuba lagi ketika Pilihan Raya ke 14, kerana majoriti pemimnpin pembangkang seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Karpal Singh, dan Lim Kit Siang telah bersepakat menerima keputusan PRU 13. Apa lagi si Anwar bodoh ini mahukan? Sedangkan hanya dia sahaja yang kononnya tidak berpuas hati dengan keputusan PRU 13. Malah Azmin Ali, timbalan presiden PKR juga mengeji sikap Anwar yang hanya tahu menganjurkan demonstrasi dan protes tanpa memikirkan proses jangka panjang pentadbiran negara yang lebih utama. |
ANWAR DIBIDAS MUFTI!! ANWAR LEBIH PANDAI DARI MUFTI KE?!! Posted: 14 May 2013 02:12 AM PDT Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata masyarakat bukan Islam yang mengikuti Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini bukan bertujuan untuk politik semata-mata tetapi untuk menanamkan bibit-bibit perkauman setelah gagal menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13). "Ini sebenarnya bukan politik sahaja tapi taksub perkauman. Bila kehendak sendiri tak tercapai yang jadi mangsa rakyat. Mereka ikut sertai dia (Anwar) membantah supaya dapat jajah kita, hapuskan Perlembagaan tapi rancangan mereka tak jadi begitu, ini yang mereka marah. "Mereka undi Melayu langsung tidak, kita pula tolong mereka kalahkan Melayu. Tetapi tetap kalah dan bila begitu, (masih) kata (pilihan raya) tak betul," katanya kepada Utusan Malaysia. Menurut Harussani apa yang dilakukan Anwar bertentangan dengan keputusan Dewan Ulama Pas. "Saya juga tak faham apa mereka (pembangkang) ini nak sebenarnya apabila pada masa sama Dewan Ulama Pas pula buat keputusan meminta semua kepimpinan pembangkang menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13." Dalam masa sama Harussani turut meminta Anwar menerima keputusan PRU 13 sebagai ketentuan takdir. Menurut beliau, tindakan Anwar mengetuai siri bantahan dan perhimpunan seperti yang dilakukannya sekarang hanya akan menjadikan negara ini tidak aman, malahan mendorong perpecahan lebih besar dalam kalangan rakyat. Katanya, sebagai rakyat di sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi, Anwar perlu menganggap kekalahan tersebut sebagai percaturan yang telah ditentukan Allah. "Dia (Anwar) kata mahu demokrasi dan kalau begitu kena terimalah keputusan itu, kenapa nak bantah? Pada saya, sebenarnya bukan kerana soal demokrasi tapi dia (Anwar) buat (bantahan) kerana tak suka kerajaan, itu saja. "Nasihat saya satu sahaja. Mereka kena terima benda ini sebagai takdir. Dah tak boleh menang, nak buat macam mana? Kalau diikutkan rasa tak puas hati begitu, sampai bila negara boleh aman, akhirnya jadi bergaduh nanti." Harussani mengulas tindakan Anwar menghasut rakyat mengadakan perhimpunan termasuk di Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya, Selangor Rabu lalu bagi membantah keputusan PRU 13. Menurut beliau, rakyat telah membuat pilihan dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dan semua pihak termasuk pembangkang patut menghormatinya. |
You are subscribed to email updates from PEMIKIR POLITIK JERANTUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment