House PK |
- PANAS! JOM SUPPORT PPIM DAN BOIKOT BARANGAN CINA DAP LAHANAT!
- ANWAR LAGI PANAS BILA OBAMA CALL NAJIB! MESTI BACA
- GEMPAR BERAPI! BETUL KE KHAIRY AKAN DILANTIK SEBAGAI MENTERI PENUH?
- TAHNIAH TAN SRI KHALID ABU BAKAR! KETUA POLIS NEGARA YANG BARU
PANAS! JOM SUPPORT PPIM DAN BOIKOT BARANGAN CINA DAP LAHANAT! Posted: 14 May 2013 07:00 PM PDT KUALA LUMPUR 14 Mei - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mahu rakyat negara ini memboikot beberapa produk yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Jurucakap NGO berkenaan, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka bukan mahu bersifat rasis memboikot produk-produk berkenaan, namun sudah sampai masanya rakyat sedar dan bangkit. Kebanyakan produk yang diboikot itu, kata Nadzim, turut tidak selamat untuk dimakan dan ini tidak disedari masyarakat. "Selama 50 tahun sebagai contoh, kerajaan memberi monopoli kepada sebuah syarikat yang membekalkan tepung, namun selepas diberi kepada syarikat Melayu/Islam, mereka kata mereka dianiaya. "Adakah mereka dianiaya? Selama selepas merdeka siapa yang kaya? Bukan Melayu yang kaya, namun kita tidak pernah mempersoalkannya. Kenapa bangsa lain nak mempersoalkannya pula?" dakwanya dalam satu sidang akhbar di Jalan Tun Ismail di sini hari ini. Dalam pada itu, Nadzim berkata, pemboikotan yang dilakukan terhadap beberapa produk itu juga mengambil kira kepentingan kesihatan rakyat negara ini. "Ada produk yang kita kesan mempunyai kimia yang boleh merosakkan kesihatan dan tidak ramai yang tahu mengenai perkara berkenaan," katanya. Setakat ini, ada lima produk yang akan diboikot oleh gabungan NGO Islam dan akan ditambah dari semasa ke semasa. Senarai penuh produk yang diboikot oleh NGO-NGO Islam itu boleh didapati dengan melayari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di http://www.ppim.org.my Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130514/dn_30/Gabungan-NGO-Islam-ajak-boikot-produk-pentingkan-keuntungan#ixzz2THHhaNDg © Utusan Melayu (M) Bhd | ||
ANWAR LAGI PANAS BILA OBAMA CALL NAJIB! MESTI BACA Posted: 14 May 2013 05:00 PM PDT
Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia. Dalam kenyataan dikeluarkan di sini, Selasa, Pejabat Perdana Menteri berkata, dalam perbualan itu, Presiden AS itu juga diberikan taklimat ringkas mengenai usaha kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil. Menurut kenyataan itu, di pihak beliau, Obama telah bersetuju untuk menyertai Sidang Kemuncak Keusahawanan Global selama dua hari di Kuala Lumpur, bermula 11 Okt. "Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa," menurut kenyataan itu. Presiden AS itu juga menyentuh mengenai topik perdagangan dua hala dan pelbagai hala dan secara spesifik mengenai 'Trans Pacific Partnership', dan berharap inisiatif itu dapat dimuktamadkan lebih awal. Kedua-dua pemimpin juga membincangkan isu Pengawalan dan Pelucutan Senjata Nuklear. Najib berkata, beliau menghargai panggilan peribadi itu dan minat yang ditunjukkan oleh Obama ke atas Malaysia, dan hasrat beliau untuk menjalin hubungan lebih erat antara kedua-dua negara dan pentadbiran. Sumber: Klik sini House PK: Lagi panas la Anwar lepas ni, sebab gang-gang dia kat Amerika semua tak boleh nak buat apa dah. Presdien Amerika dah call PM. Dia terima keputusan PRU 13 siap nak melawat Malaysia lagi. Apa macam ni? Semua dah iktiraf kenapa Anwar and the gang tak mau terima? | ||
GEMPAR BERAPI! BETUL KE KHAIRY AKAN DILANTIK SEBAGAI MENTERI PENUH? Posted: 14 May 2013 08:50 AM PDT Serba janggal dan serba menakjubkan apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara tidak semena-mena telah menawarkan dirinya untuk dilantik sebagai Menteri dalam kabinet baru Najib Abdul Razak. Seolah-olah amat berbangga dengan kemenangan besar yang diperolehinya di Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menjadikan kemenangan tersebut sebagai tiket untuknya bergelar Ahli Kabinet pula, terutama selepas sepanjang penggal 2008-2013, Khairy Jamaluddin hanya mampu menjawat jawatan Pengerusi sebuah agensi yang entah apa fungsinya. Wajarkah Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu menawarkan dirinya untuk menjadi Menteri? Persoalan itu sekarang ini sedang dibahaskan dengan penuh meriah. Terlalu ramai yang kontra berbanding yang pro kepada hajat dan niat Khairy Jamaluddin. Yang paling kerap ditimbulkan ialah, sejauh manakah kejayaan Pemuda UMNO Malaysia di bawah Khairy Jamaluddin sehingga dia perlu dilantik sebagai Menteri? Adakah Pergerakan Pemuda UMNO di bawah Khairy benar-benar berfungsi untuk berkempen dan memenangkan calon-calon Barisan Nasional, khususnya UMNO di semua tempat? Atau fungsi Pergerakan Pemuda UMNO telah lama tempang, sehinggakan kewujudan Pemuda UMNO Malaysia, langsung tidak dirasai dan digeruni? Melihat kepada prestasi yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO, rasa-rasanya jawatan Menteri yang diidam-idamkannya tidak layak buatnya. Sebaliknya, Khairy Jamaluddin perlu membuktikan bahawa Pemuda UMNO yang diketuaina itu merupakan satu badan atau sayap yang benar-benar berkesan dan menjadi pemangkin kepada sokongan pengundi-pengundi muda untuk parti tersebut serta Barisan Nasional sendiri. Apa yang berlaku pada PRU13 sebenarnya, amat mendukacitakan. Bukan Pergerakan Pemuda sahaja yang gagal, bahkan Pergerakan Puteri UMNO juga langsung pincang dan tidak mampu digerakkan dengan efektif. Kalau sudah jawatan Ketua Pemuda pun, tidak mampu ditanggung dan dilaksanakan tanggungjawab serta amanahnya, bagaimana pula apabila Ketua Pemuda dilantik sebagai Menteri? Mampukah Ketua Pemuda UMNO memikul tanggungjawab-tanggungjawab tersebut? Jangan hanya nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran! Sewajarnya Ketua Pemuda UMNO memberikan tumpuan kepada tugasnya yang utama berdasarkan apa yang diikrarkannya ketika bertanding untuk jawatan tersebut beberapa tahun lalu. Seharusnya juga, dia tidak memungkiri janjinya untuk tidak menjawat sebarang jawatan penting, selagi Pergerakan Pemuda UMNO gagal melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka. Dalam keadaan sukar sekarang, gelagat yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin sebenarnya lebih mudah dirujuk sebagai MEMENTINGKAN DIRI berbanding mementingkan parti padahal ketika berkempen, lain pula yang dicakapkan dan diikrarkan!!! Kurangkan gelagat elit yang terpalit pada Pemuda UMNO, sebaliknya turunlah ke bawah dan dekatilah golongan pengundi muda kerana mereka inilah yang akan menentukan sama ada UMNO kekal relevan atau sebaliknya. Atau barangkali Khairy sudah dapat melihat bahawa UMNO tidak akan lagi mendapat sokongan golongan muda pada PRU14 nanti sehinggakan dia terlupa yang dia adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekaligus membuatkan dia perlu menjadi Menteri? House PK: Ini aku petik dari blog Flying Kick. Aku dengar si kitol akan jadi menteri belia dan sukan. Apa pendapat korang ek? | ||
TAHNIAH TAN SRI KHALID ABU BAKAR! KETUA POLIS NEGARA YANG BARU Posted: 14 May 2013 03:51 AM PDT |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment