BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! ISU SELANGORKINI DI MASJID !!! KHALID GAGAP SPIN KAW-KAW !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 26 Nov 2013 07:30 AM PST


tu dia,khalid gagap pusing habis.soalan tak di jawab.apa cerita ni ??? memang betul semasa Khutbah Jumaat kena khusyuk.habis tu kenapa tak jawab pasal akhbar selangorkini ??? lepas tu salahkan MAIS pulak.apa cerita ni ???? bayangkan kalau suratkhabar UMNO.confirm maki habis punya.itu tak boleh,ini tak boleh.yang boleh akhbar selangorkini jerr lahhh

LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #MUKTAMARPAS59 !!! BUKTI ANWARINAS BERJAYA TUMPASKAN KUMPULAN ULAMA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 26 Nov 2013 04:00 AM PST


Keputusan pemilihan jawatan tertinggi serta ahli jawatankuasa Pas Pusat bagi penggal 2013-2015 yang baru berlangsung menunjukkan kumpulan yang berkiblatkan Anwar Ibrahim terus menggukuhkan cengkaman mereka ke atas parti itu.Dengan kemenangan besar Anwarinas di dalam Pas,besar kemungkinan parti itu akan terus berada di bawah telunjuk pemimpin PKR itu.Ini juga bermakna apa sahaja usaha yang dilakukan oleh sesetengah faksi di dalam Pas khususnya golongan ulama untuk mengkaji semula tahalus siyyasah atau kerjasama politik bersama PKR dan Dap boleh dikatakan sudah berkubur.Usul yang diluluskan oleh sayap Pemuda Pas bagi kajian semula kerelevanan Pas berada di dalam pakatan pemnbangkang nampaknya tidak dipedulikan oleh majoriti perwakilan yang menghadiri muktamar ke 59 parti itu.Dalam erti kata lain,golongan ulama dalam Pas telah kecundang kepada Anwarinas yang bekerja bukan untuk agenda perjuangan parti itu tetapi lebih kepada merealisasikan muslihat Anwar.Malah lebih mencurigakan ialah tindakan penggiraan semula undi bagi jawatan naib presiden yang kini mengekalkan Husam Musa dan mengnyahkan Mahfuz Omar.Sebelum ini Husam kalah kepada Tuan Man Tuan Ibrahim untuk jawatan tersebut tetapi kini bertukar pula kepada kekalahan Mahfuz Omar.Seolah-olah wujud tangan ghaib yang berperanan memastikan Husam terus kekal di kedudukan dengan mengorbankan Mahfuz yyang juga Pesuruhjaya Pas Kedah.

Umum tahu Husam adalah sebahagian daripada kumpulan Anwarinas yang amat setia dengan Anwar manakala Mahfuz pula penyokong kumpulan ulama.Tidak silap analisis terhadap pemilihan tersebut jika dikatakan wujud satu pakatan atau konspirasi untuk memastikan penyokong Anwar mengungguli sebanyak mungkin jawatan tinggi parti itu.Malah Mohammed Sabu yang pernah dahulu mengelar Anwar sebagai 'Al Juburi' tetapi beralih angin menjadi seorang Anwarina juga mampu mengekalkan jawatan timbalan presiden mengalahkan calon ulama,Nik Mohd Amar Nik.Kekalahan Nik Mohd Amar kepada Mat Sabu dengan majoriti kecil 98 undi membuktikan kumpulan Anwarinas berhempas pulas berusaha memastikan calon mereka menang.Melihat kepada senarai 18 pemenang anggota jawatankuasa pusat pula,ia juga terus dikawal oleh kumpulan Anwarinas.Selain Kamaruddin Jaafar yang selama ini menjadi agen Anwar yang ditanam oleh bosnya di dalam Pas,turut berjaya termasuk Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad.Anwarinas lain yang dipilih ialah Dr Hatta Ramli,Dr Mujahid Yusof,Dr Siti Mariah Mahmud dan Dr Syed Azman Syed Ahmad.Ini bermakna hampir 50 peratus ahli jawatankuasa pusat Pas dikuasai oleh golongan Anwarinas yang akan menentukan dasar dan halatuju parti itu untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Keputusan ini adalah bukti kumpulan ulama di dalam Pas telah berjaya ditundukkan oleh puak Anwarinas.Kedudukan Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti mewakili kumpulan ulama kini hanya akan menjadi simbolik sahaja kerana segala keputusan akan didominasi oleh mereka yang mengambil arahan daripada Anwar bukannya presiden.Pas lambat laun akan ditransformasi oleh kumpulan Anwarinas sebagai sebuah parti politik yang hanya wujud pada nama Islam sahaja tetapi segala dasar dan prinsipnya akan ditentukan oleh Anwar.Tidak terkejut jika satu hari kelak Pas juga akan mengakui dan mempertahankan kewujudan rejin Zionis Israel sebagaimana yang dikehendaki oleh Anwar.Tidak terkejut juga satu hari nanti Pas juga akan bersetuju dengan Dap untuk menghapuskan has-hak Melayu serta memansuhkan institusi raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik sebagaimana yang diimpikan oleh parti cauvinis Cina itu.Pas kini dalam bahaya dan sekiranya keadaan ini dibiarkan parti itu akan lenyap sebagai sebuah badan siyyasah yang berlandaskan kepada perjuangan atas nilai-nilai Islam.Kini peranan Pas di dalam pakatan pembangkang akan terusm mengecilkan sekadar menjadi tukang angguk sahaja kepada kehendak dan nafsu PKR dan Dap.Oleh kerana itu adalah lebih selamat Pas mengambil keputusan untuk kekal sebagai parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO dengan bersendirian dan tidak berada di bawah kawalan dan telunjuk PKR dan Dap.Pas akan lebih kuat serta dihormati jika menolak usaha Anwar untuk mengawal parti itu melalui proksi-proksinya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #MUKTAMARPAS59 !!! PAS AKUI GAGAL MENGAMBIL HATI MELAYU !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 26 Nov 2013 12:30 AM PST


Dalam Muktamar Pas ke-59,Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat,Dr. Dzulkefly Ahmad telah membentangkan satu fakta yang sepatutnya mampu menyentak PAS dari lamunan.Ia berkenaan sokongan orang Melayu kepada PAS yang berkurangan sebanyak 2% dalam PRU yang lalu.Ini bukan kali pertama PAS diperingatkan mengenai sokongan Melayu yang semakin merosot terhadap parti itu tetapi telah berkali-kali.Bagaimanapun,peringatan itu dipandang sepi oleh PAS.Menurut Dr. Dzulkefly,sokongan Melayu terhadap PKR merosot lebih teruk iaitu sebanyak 7%.Apa yang pelik ialah sokongan Melayu terhadap DAP pula dikatakan meningkat sebanyak 2%.saya tidak tahu setakat mana ketepatan pembentangan Dr. Dzulkefly tetapi ia seharusnya diberi perhatian mendalam oleh ahli-ahli dan pemimpin PAS.Walaubagaimanapun,melihat dari keputusan pemilihan PAS,adalah didapati bahawa PAS telah memilih untuk mempersetankan sahaja peringatan Dr. Dzulkefly itu.Mungkin PAS benar-benar berpegang kepada semangat kesepakatan tulin di mana sokongan terhadap DAP juga dianggap sebagai sokongan terhadap PAS. 

Justeru,tiada masalah bagi PAS jika orang Melayu ingin memilih DAP,PAS mahupun PKR,asalkan bukan UMNO.Mungkin bagi pemimpin-pemimpin PAS,biarpun DAP memenangi kerusi terbanyak di antara sekutu mereka,DAP tetap terpaksa melantik wakil dari PAS untuk memegang beberapa jawatan sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya.Ini kerana PAS mewakili kaum majoriti di Malaysia dan telah tertakluk dalam perlembagaan kedudukan kaum Melayu sebagai peneraju negara.Oleh itu biarpun kedudukan PAS nanti hanya sebagai boneka,PAS tidak kisah kerana yang penting hanyalah untuk menjaga air muka.Tidak mustahil juga PAS menyangka yang mereka boleh mencaturkan DAP sebaik sahaja memegang tampuk kuasa. Apa yang PAS gagal melihat ialah Muktamar PAS sendiri telah dicaturkan oleh DAP.Kemenangan kumpulan Erdogan membayangkan bahawa PAS bakal berubah haluan sepenuhnya. Maka, apakah logik jika PAS masih berangan yang mereka mampu menguasai DAP ??? 

Sebelum PAS dikuasai kumpulan Erdogan lagi,parti itu sudah pun menunjukkan segan silu untuk membela Islam,contohnya dalam kes Kalimah Allah dan murtad.Semuanya semata-mata kerana takutkan DAP.Kini dengan kemenangan kumpulan Erdogan dalam Muktamar ini,saya pasti,sedikit masa lagi,kita tidak lagi akan mendengar lagu hudud,jauh sekali Negara Islam dari mulut PAS.PAS juga pastinya tidak lagi akan membantah konsert-konsert rock malah tidak mustahil akan turut menerima pluralisme dan liberalisme yang tertakluk di dalamnya hak LGBT dan murtad.Pendek kata,PAS seolah-olah memilih untuk menyerap roh DAP dalam usaha merebut kembali sokongan Melayu yang meningkat terhadap DAP.Sama ada perubahan PAS ini akan membantu memulihkan kekuatannya dalam menghadapi PRU-14 bukan lagi satu persoalan.Persoalan yang tinggal kini adalah,bilakah PAS akan mengumumkan perubahan mereka secara nyata kepada penganut-penganutnya ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #MUKTAMARPAS59 !!! PENGARUH HEAVY METAL MELANDA PAS !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 25 Nov 2013 09:00 PM PST


tu dia.1 lagi kejadian di Muktamar PAS didedahkan.dulu bukan main lagi bantah konsert terutama metallica dan sebagainya kononnya melalaikan.sekarang dah terkena batang hidung sendiri.apa cerita ni ??? lain kali jangan tuduh orang lain macam-macam.sekarang lihat sendiri apa dah jadi

LIHAT VIDEO DI BAWAH


ANDA NAK LAGI BUKTI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! #MUKTAMARPAS59 !!! AKHIRNYA AHLI PAS MENGAKU PAS BARUA KEPADA DAP !!!

Posted: 25 Nov 2013 06:00 PM PST


Sekiranya sebelum ini,apabila ada yang mengatakan Pas hanyalah kuda tunggangan DAP ramai yang mengatakan ia merupakan propaganda Umno.Mereka mendakwa,kononnnya secara realiti hubungan Pas dan DAP tidak seperti yang di dakwa itu.Namun apabila ada para perwakilan Pas yang membangkitkan isu tersebut,ia telah mengejutkan ramai pihak.Ini kerana ternyata semua yang di katakan itu ada asasnya dan bukanlah merupakan propaganda Umno seperti yang di dakwa.Di dalam Muktamar Pas baru-baru ini parti itu seakan 'mati kutu' dengan amukan para perwakilan yang jelas tidak berpuas hati dengan pendekatan 'tahluf siaysi' parti itu dengan DAP.Sebagai contoh Wakil Pas Wilayah Persekutuan,Kamaruzaman Mohamad ketika membahaskaan ucapan Presiden iu membangkitkan isu tersebut yang mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera.Menurut beliau,jika perkara itu tidak diselesaikan, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada. "Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan sangat besar kesannya.Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kita akan gagal ke Putrajaya," katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam. "Jangan kita lupakan perjuangan menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya.Jangan kita tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.Kita sebenarnya amat bertanggungjawab dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat," ujarnya.Selain itu,beliau turut menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada perintah agama.

Sementara itu,wakil Pulau Pinang,Mohd. Nor Haron berkata,segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Malah tegas beliau,kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri. "Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?," katanya. Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan, Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang berlaku adalah sikap 'double standard' kerajaan negeri dan berlakunya campur tangan. "Tetapi bila hendak hampir PRU-13, mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh lagi besar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.Namun disebalik semua kecaman yang diberikan Timbalan Presiden Pas,Mohammad Sabu masih cuba mempertahankan hubungan parti itu dengan DAP dan PKR.Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 beliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR,Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu."Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. Kalau Pas berjuang secara sendirian,sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johor kita dapat tawan, nadi Umno akan tamat di Malaysia," katanya. 

Kesimpulannya,Pas tidak ubah seperti resam anjing yang sentiasa menurut perintah tuannya,ini kerana itulah analogy mudah yang boleh diberikan apabila kita membicarakan hubungan haram dua parti pembangkang tersebut.Malah Sasterawan Negara,Shahnon Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Pas Sik,Kedah sebelum ini turut mengesahkan perubahan ketara yang sedang menghantui Pas.Katanya secara realitinya Pas telah gagal memimpin PR sebaliknya kedudukannya kini lebih tertakluk pada kehendak DAP. Menurut Shahnon,"apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam".Kenyataan ahli seumur hidup Pas memang terbukti kebenarannya malah tak keterlaluan jika dikatakan status parti itu semenjak menjalin kerjasama dengan DAP sama sahaja macam anjing peliharaan layaknya,terpaksa dipimpin tali oleh tuannya dan taat mengikut sahaja perintah si tuan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SAH !!! #CECDAP DAN #MUKTAMARPAS59 SAMA !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 26 Nov 2013 06:23 AM PST


Kemelut Pemilihan CEC DAP masih belum selesai walaupun telah hampir setahun berlalu.Masalah perwakilan 'hilang' terus menghantui parti itu termasuk dalam pemilihan semula.Diimbas kembali pemilihan parti PKR yang lalu turut menyaksikan keadaan huru-hara yang sama atau mungkin lebih teruk lagi.Dalam pemilihan PKR terdapat 160 aduan serta beberapa perletakan jawatan,tidak termasuk pergaduhan sehingga membawa kecederaan.Kini,Muktamar PAS pula kecoh dengan berbagai-bagai 'kejadian pelik' seperti kelibat calon di bilik penyimpanan peti undi dan juga pengiraan yang memakan masa semalaman.Jika DAP pada mulanya menyalahkan komputer dan kemudiannya menyalahkan ROS dan UMNO,PAS pula sehingga setakat ini,masih lagi terpinga-pinga dan belum memutuskan siapa untuk disalahkan.Dalam pemilihan CEC,DAP hanya perlu mengira 1,823 undi.Dalam Muktamar PAS pula,PAS hanya perlu mengira 1,086 undi.Walaupun jumlah undi begitu sedikit dan melibatkan kepentingan ahli-ahli sendiri,pengiraan undi dilihat sebagai amat sukar sekali selain dibayangi manipulasi.Keadaan yang sama juga jelas berlaku dalam pemilihan PKR. 

Bayangkan jika DAP,PAS dan PKR menjadi pemerintah dan perlu menangani proses pilihanraya yang melibatkan 13.3 undi.Bayangkan,jika ahli parti sendiri juga dimanipulasi,apakah jaminan yang mereka tidak akan memanipulasi rakyat ??? Kalaupun mereka tidak pernah memanipulasi undi,apakah jaminan yang mereka benar-benar tahu mengira ??? Sedangkan mengira undi tidak sampai dua ribu pun huru-hara jadinya.Kesimpulannya,rakyat tidak perlu melihat jauh untuk menilai kredibiliti dan integriti PR.Tidak perlu bersusah payah menganalisa manifesto mereka atau menghalusi isu-isu yang mereka bangkitkan.Cukuplah dengan mengambil proses pemilihan ketiga-tiga parti itu sebagai panduan.Apakah sebuah parti yang tidak tahu mengira dan sanggup memanipulasi ahli sendiri mampu menjadi sebuah kerajaan yang berkesan ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...