PEMIKIR POLITIK JERANTUT |
- BIKIN PANAS LAGI!! AZMIN ALI DAN TIMBALANYA ZURAIDA AKAN LEPAS JAWATAN!!!!
- BIKIN KECOH!! AZMIN ALI SENDIRI PERTIKAI?? DIA BENGAN DENGAN ANWAR KE NIH!! AZMIN NAK JADI MB SELANGOR KE???!!
- BIKIN KECOH!! Perhimpunan Malam Ini Permulaan Kerja Anwar!!
| BIKIN PANAS LAGI!! AZMIN ALI DAN TIMBALANYA ZURAIDA AKAN LEPAS JAWATAN!!!! Posted: 08 May 2013 08:05 PM PDT Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor. Menurut sumber PKR dilaporkan Antarapos, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Abdul Khalid mengisi jawatan berkenaan. "Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat," kata sumber itu. Difahamkan, sebelum ini Anwar merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu. Abdul Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri. Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor. Antarapos turut melaporkan penegasan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang meminta PAS dan DAP tidak campurtangan dalam isu pemilihan Menteri Besar Selangor atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu. "Saya baca dalam surat khabar dengan PAS buat kenyataan nak kekalkan dengan DAP…lepas tu Rani pula jawab (beliau) bersedia jadi MB. Saya ingat apahal dengan dia orang ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan ke? "Sedangkan keputusan belum buat lagi, sedangkan ini kerusi Keadilan, kenapa PAS dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Itu persoalan saya," Zuraida memberitahu Antarapos. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi DUN berbanding DAP dan PAS. Sungguhpun DAP menang 15 kerusi DUN, ia tidak mempunyai wakil rakyat Melayu-Islam untuk dicalonkan sebagai MB, bererti jawatan itu harus diisi oleh PAS ataupun kekal dengan PKR. Pada PRU lalu, PAS memenangi 15 kerusi DUN berbanding 14 oleh PKR, memberikan pakatan pembangkang kemenangan dua pertiga untuk kekal berkuasa di Selangor. Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman dipetik berkata beliau bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan oleh parti. Zuraida berkata jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan parti itu harus diberi ruang untuk memutuskan siapa paling layak untuk mengisinya, tanpa campurtangan pihak ketiga. "Keadilan sendiri belum putuskan. Tapi DAP dan PAS kenapa teruja sangat, kenapa beria-ia nak menamakan orang itu ini, menamakan diri sendiri misal Rani menawarkan (diri untuk) kerusi MB, apa hal ni?" kata beliau. "Kerusi (jawatan MB) ini memang Keadilan punya. Jadi kenapa PAS dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini Keadilan punya, Keadilan belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih," tambah Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang. Roslan Bian, wartawan Agendadaily mengupas tentang ketidakhadiran Azmin dalam perhimpunan di Stadium Kelana Jaya semalam yang turut ada kaitan dengan perlantikan MB Selangor baharu "Dalam pada itu ramai jadi bertambah sangsi bila kelibat Azmin tidak kelihatan di himpunan anjuran pakatan rakyat di Stadium Kelana Jaya Rabu malam. "Kenapa dia tidak hadir? "Biasanya dia akan berdiri tegak disebelah Anwar di acara seperti itu. "Apakah dia bersembunyi di celah ribuan orang di situ? "Yang pasti kalangan wartawan dan jurugambar yang tercari-cari kelibatnya tidak nampak sampai ke sudah perhimpunan, "katanya. ![]() Turut dibangkitkan persoalan tulisan di twitter Azmin yang bernada 'lain macam'. "Gagal ke Putrajaya. Salah siapa ? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat. #fb", tulis Azmin di twitter pada Selasa. Lepas itu : "Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal ! #fb" Rabu pula : "Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. #fb" Kemudian : "Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju kehadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat. #fb" Soal wartawan, "Apa yang sebenarnya Azmin nak sampaikan menerusi tweet itu ? " |
| Posted: 08 May 2013 02:45 AM PDT |
| BIKIN KECOH!! Perhimpunan Malam Ini Permulaan Kerja Anwar!! Posted: 08 May 2013 02:32 AM PDT "Kerja saya belum selesai," begitulah jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Malaysiakini ketika ditanya janji mahu bersara jika gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihanraya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. "Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihanraya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada," katanya dalam satu temu bual di ibu pejabat PKR pada 6 Mei. Anwar dilaporkan The Malaysian Insider bangkit dengan satu seruan yang lantang bahawa perhimpunan esok di Stadium Kelana Jaya adalah permulaan kepada satu pergerakan yang akan digeruni untuk membersihkan sistem pilihan raya negara, kata Anwar sebagai satu petanda lagi episod seperti "Reformasi" pada 1998 bakal berulang. Anwar dalam sidang media hari ini memberikan amaran keras kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tampil membuat penjelasan atau berdepan kebangkitan rakyat. "Ini (perhimpunan) adalah permulaan kepada pergerakan yang akan digeruni untuk membersihkan negara ini daripada salah laku dan penipuan dalam pilihanraya. "Tidak akan ada perubahan tanpa pilihanraya yang adil dan bersih..Pada masa sama, saya gesa rakyat memakai warna hitam atau apa-apa sahaja berkaitan sebagai tanda bantahan," kata Anwar di ibu pejabat PKR, hari ini. Menurut sumber dalaman, kata-kata ugutan Anwar yang lantang itu merupakan satu justifikasi bahawa beliau menerima jawatan Ketua Pembangkang dan Ketua Pakatan yang diumumkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam. Menurutnya, Anwar perlu melakukan sesuatu yang ekstrim supaya rakyat melupakan janji untuk bersara dan kemerosotan PKR jumlah kerusi PKR dibandingkan dengan DAP dalam PRU 13. Dalam keputusan pengundian semalam, Pakatan telah berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen dengan memenangi 89 kerusi. Daripada keseluruhan jumlah pembangkang itu, DAP berjaya memonopoli 38 kerusi daripada 51 kerusi yang dipertandingkan, PKR mendapat 30 daripada 99 kerusi Parlimen dipertandingkan dan Pas mendapat 21 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen dipertandingkan. Jumlah yang diperolehi DAP itu merupakan satu lonjakan menaik sebanyak 10 kerusi berbanding dengan PKR dan Pas yang merosot jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum ke-12. "Lagipun 'hanya perhimpunan dan pidato' merupakan satu-satu aset yang Anwar ada untuk kekal relevan dalam politik. "Ini sudah diwarisi sejak dari tahun 1970-an melalui pembohongan demonstrasi Baling," kata sumber itu lagi. |
| You are subscribed to email updates from PEMIKIR POLITIK JERANTUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.




No comments:
Post a Comment