CELAH GELEGAR |
- [KUASA LANTIK MB] Sultan ada kuasa tentukan MB (* disertakan Senarai Exco Kelantan)
- [VIDEO] Pelakon VIDEO Kempen DAP Bertudung Labuh TERBONGKAR
- [MUKA TEGANG] Sharifah Aini Berubah Wajah Kerana BOTOKS?
- [VIDEO] BLOGGER PAS Selar Zuraida Angkuh Kata PAS & DAP JANGAN Sibuk Jawatan MB
- [GAMBAR] Himpunan Bantah Keputusan PRU13: Perkembangan di Stadium Kelana Jaya
- [PRU13:EUPHORIA & KESAKITAN] Zam syor DAP sertai BN
| [KUASA LANTIK MB] Sultan ada kuasa tentukan MB (* disertakan Senarai Exco Kelantan) Posted: 09 May 2013 12:31 AM PDT Pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang memberitahu, Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan Menteri Besar dan kedua, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri. "Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, Sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu pelantikan Menteri Besar di Selangor yang tertangguh ekoran prestasi memberangsangkan parti Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Pas memenangi sebanyak 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 14 kerusi dimenangi PKR. Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR disebut-sebut akan dilantik semula sebagai Menteri Besar, namun timbul juga nama calon lain termasuk Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman. Salleh menjelaskan, Sultan bagaimanapun tidak boleh memilih siapa yang disukai baginda untuk menjadi Menteri Besar kerana ia boleh ditafsir sebagai mencampuri urusan politik negeri. "Kalau dalam kes Selangor, dua parti iaitu Pas dan PKR boleh mencadangkan nama calon yang sesuai dan jika ditolak, mereka mesti mencadangkan nama lain," katanya. Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain juga bersetuju dengan Salleh bahawa Sultan mempunyai kuasa budi bicara untuk menerima atau menolak calon-calon yang dikemukakan kepada baginda. Katanya, Sultan hanya boleh menerima atau menolak nama individu yang dicadangkan dan bukan nama yang ditentukan oleh baginda sendiri. "Namun, calon yang dicadangkan itu mesti daripada parti yang menang dan dalam situasi di Selangor, misalnya, Sultan Selangor boleh menentukan sama ada calon itu pemimpin parti Pas atau PKR. "Pemimpin daripada parti DAP pula tidak layak kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor telah menetapkan calon Menteri Besar mesti orang Melayu dan beragama Islam," katanya. Ahmad Atory memberitahu, dalam situasi di Selangor, ketua pemimpin parti akan berbincang dengan Sultan Selangor serta mencadangkan tokoh untuk dipilih sebagai calon Menteri Besar. "Nama yang dicadangkan biasanya lebih daripada satu dan baginda (Sultan Selangor) boleh menerima atau menolak nama yang dicadangkan," katanya. Antara individu yang pernah ditolak sebagai Menteri Besar oleh Sultan ialah Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu pada tahun 2008 dan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar Perlis juga pada tahun sama. Selain Selangor, tiga lagi negeri masih belum menyelesaikan pelantikan Menteri Besar iaitu Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan. Di Pahang dan Terengganu, pemilihan calon Menteri Besar belum diputuskan. Di Negeri Sembilan, upacara mengangkat sumpah Menteri Besar akan dijalankan serentak dengan pelantikan barisan Exco dalam masa terdekat. Berdasarkan sistem perundangan negeri itu, parti yang memenangi pilihan raya iaitu Barisan Nasional perlu mendapatkan persetujuan nama calon Menteri Besar dan barisan Exco yang dipilih sebelum ia dikemukakan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir untuk perkenan baginda. | |||||
| [VIDEO] Pelakon VIDEO Kempen DAP Bertudung Labuh TERBONGKAR Posted: 08 May 2013 08:29 PM PDT "Kalau tidak berbohong, maka itu pasti bukan Pakatan Pembangkang", ini adalah ungkapan yang sentiasa meniti dibibir setiap manusia yang matang dan sedar di negara ini. Selain siri pembohongan-pembohongan terdahulu umpamanya SKANDAL VIDEO AKSI SEKS "CHINADOLL", TEOH BENG HOCK, PELAKSANAAN HUDUD, SOKONGAN TERHADAP ZIONIS DAN ISRAEL, APCO, FELDA MUFLIS, GVGH DAN ANAK, PEMBINAAN KILANG LYNAS, JUMLAH PERUNTUKAN UNTUK ISLAM DI PULAU PINANG (PERUNTUKAN UMUM SAHAJA BESAR TETAPI WANG TIDAK DISALURKAN) dan bermacam-macam lagi yang tidak memungkinkan untuk ditulis semuanya di sini. Terbaharu, pembohongan dalam video kempen DAP yang memaparkan seorang Melayu Islam bertudung labuh seperti seorang ustazah menyatakan sokongan terhadap DAP kerana memperjuangkan Islam dengan memberi peruntukan yang besar untuk Islam di Pulau Pinang. Untuk makluman, pegawai yang berkerja dengan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang sentiasa merungut dalam diam kerana peruntukan dana yang dijanjikan tidak disalurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pengumuman jumlah dana yang meningkat itu hanya untuk mengaburi mata pengundi Melayu Islam di Pulau Pinang dan seluruh negara. Hakikatnya wang tidak disalurkan. Berbalik kepada video di bawah, jelas kepada kita, DAP akan melakukan apa sahaja termasuk pembohongan keji demi menipu rakyat Malaysia terutama pengundi Melayu yang mungkin dianggap bodoh oleh mereka. Namun, usaha mereka ternyata berbaloi apabila orang Melayu Islam mengundi DAP pada PRU13 yang menyebabkan mereka telah memenangi jumlah bilangan kerusi yang tinggi sehinggakan jika Pakatan Pembangkang berjaya mendapat majoriti di peringkat persekutuan, sudah pasti DAP akan berkuasa kerana bilangan kerusi yang dimenangi rakan mereka PAS dan PKR jauh lebih rendah. Saksikan pembohongan wanita Melayu Islam bertudung litup dalam video di bawah dan bandingkan dengan kehidupan sebenar beliau. Biasanya hanya Melayu Islam yang kurang agama sahaja yang akan menyokong DAP. Hanya wang ringgit menjadi keutamaan mereka.
| |||||
| [MUKA TEGANG] Sharifah Aini Berubah Wajah Kerana BOTOKS? Posted: 08 May 2013 05:39 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Sharifah Aini menolak dakwaan kononnya beliau melakukan teknik kecantikan ataupun suntikan botoks ekoran keadaan wajahnya yang kelihatan semakin berbeza. Sharifah, 59, sebaliknya berkata, perubahan itu adalah disebabkan kesan terhadap pengambilan steroid secara berterusan ekoran mengalami jangkitan paru-paru enam bulan lalu. "Memang muka Kak Pah kelihatan berisi dan mengembung kerana kesan daripada pengambilan steroid yang akan menyebabkan muka jadi 'sembab' dan bukannya kerana membuat apa-apa suntikan botoks ataupun lain-lain. "Sebelum ini keadaan muka Kak Pah kelihatan lebih bengkak berbanding sekarang kerana pengambilan hampir 80 miligram steroid tetapi ia sudah beransur surut kerana pengambilan ubat tersebut telah dikurangkan kepada 5 miligram sahaja," jelasnya ketika ditemui pada sidang media Malam Amal Bersama 3 Diva di Restoran Khadijah's Kitchen di sini, Rabu.
Sharifah yang lebih mesra disapa Kak Pah diminta mengulas mengenai perubahan wajahnya yang jauh berbeza berbanding sebelum ini terutama pada bahagian pipi, dagu dan bibir. Tambah Sharifah, wajahnya kelihatan jauh lebih muda daripada usianya kerana beliau telah mengamalkan penjagaan kulit sejak berusia 18 tahun. "Orang mungkin mempertikaikan perkara itu tetapi amalan saya yang menjaga wajah sejak muda banyak membantu dan memberi kesan kepada usia sekarang," ujarnya. Dalam pada itu, Sharifah berkata, beliau kecewa apabila ada pihak yang cuba memfitnahnya dengan menyebarkan berita tidak benar tentang perubahan wajahnya itu dan berharap tiada lagi pihak yang akan buruk sangka dengan pendedahan berkenaan. "Orang tidak tahu cerita, mereka mula menuduh perkara yang mereka sendiri tidak tahu keadaan sebenar. Tidak baik buruk sangka terhadap orang lain," jelasnya. Sementara itu, Sharifah berkata, beliau teruja untuk mengadakan persembahan bersama Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid pada malam amal berkenaan yang akan diadakan pada 12 Jun depan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. "Ini adalah kelainan persembahan ini dan tidak sabar rasanya untuk tampil di pentas bersama mereka," katanya. Sharifah turut memberitahu beliau berbesar hati dapat bersama-sama membantu dalam menjayakan misi itu untuk kebajikan ibu tunggal. | |||||
| [VIDEO] BLOGGER PAS Selar Zuraida Angkuh Kata PAS & DAP JANGAN Sibuk Jawatan MB Posted: 08 May 2013 05:23 PM PDT Blogger PAS, Dunia Cacamerba (DCM) hari ini menyelar sikap Ketua Wanita PKR, Zuraida yang angkuh mempersoalkan hasrat PAS dan DAP yang dikatakan turut berminat untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Dunia Cacamerba menyatakan kenyataan blog UMNO sebelum ini (mengenai keburukan Zuraida) dapat disahkan melalui sikap yang ditunjukkan Zuraida dalam perbualan telefon (seperti video di bawah). Beliau juga menyatakan "Kalau penyokong PR melihat klip ini sebelum PRU, sudah pasti Zuraida Kamaruddin kecundang di Ampang!, Pendirian Pas di sini. DCM pun menyokong Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor. Orang yang membaca berita ini mula mempercayai kesahihannya. Orang yang membaca berita ini pula mula mempertikaikan kesahihannya." | |||||
| [GAMBAR] Himpunan Bantah Keputusan PRU13: Perkembangan di Stadium Kelana Jaya Posted: 08 May 2013 07:01 AM PDT BERIKUT perkembangan perhimpunan bantahan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13): 6 petang: Orang ramai lengkap berpakaian serba hitam mula membanjiri Stadium Kelana Jaya termasuk kawasan berhampiran. 6.15 petang: Penyokong "Blackout" dari pelbagai arah dengan menaiki kereta, motosikal, bas dan LRT berhampiran, sambil berjalan kaki menuju Stadium Kelana Jaya 6.30 petang: Hujan mula turun dan semakin lebat. Namun ia tidak mematahkan semangat penyokong Pakatan Rakyat 6.45 petang: Trompet tidak henti-henti ditiupkan sejak pintu masuk Stadium Kelana Jaya mula dibuka kepada orang ramai 7.05 malam: Kira-kira 5,000 penyokong PR mengambil tempat masing-masing dalam stadium itu.
| |||||
| [PRU13:EUPHORIA & KESAKITAN] Zam syor DAP sertai BN Posted: 08 May 2013 06:03 AM PDT Katanya langkah itu memang sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara. "Memang sukar untuk DAP menawarkan diri dan sukar juga untuk kerajaan BN menerimanya, tetapi hal ini harus dilihat dari segi hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melangkah ke arah national reconciliation setelah negara dilanda Tsunami Cina yang mencedera parahkan nilai kejatian diri Malaysia," katanya dalam blognya Zamkata. Katanya orang Cina yang kini berada dalam euphoria kemenangan belum dapat kesakitannya (tidak diwakili dalam kerajaan), tetapi dalam jangka masa yang tidak panjang, mereka akan menyedari kesilapan besar yang telah dilakukan (menolak BN enbloc). BN memenangi 133 kerusi, pakatan rakyat 89 dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu. Najib mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Isnin lalu dengan ketiadaan wakil kaum Cina dalam kabinetnya yang bakal dibentuk. Ini kerana pucuk pimpinan MCA, yang memenangi tujuh daripada 37 kerusi ditandingi parti komponen BN itu, memutuskan tidak mahu menganggotai jemaah menteri baharu Najib. Sebuah lagi parti dominan kaum Cina dalam BN, Gerakan juga ditolak pengundi Cina dengan hanya memenangi satu kerusi Dewan Rakyat. Zainuddin berkata: "Masyarakat Cina yang mengharapkan penghapusan kerajaan dominan Melayu BN telah dihadiahkan oleh DAP dengan sebuah kerajaan tanpa orang Cina." Justeru DAP sedang menghadapi tekanan amat berat daripada masyarakat Cina yang kecewa untuk mendapat perubahan kerajaan seperti yang diyakinkan kepada mereka oleh penasihatnya, Lim Kit Siang, dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya. "Maka itu kita dapat melihat keadaan mereka berdua seperti cacing kepanasan setelah mencapai kemenangan besar yang tidak mencecah Putrajaya. "Dan kerana itu mereka mahu kembali ke jalan raya untuk menutup kegagalan mereka dan mengelirukan pengikut-pengikut terhadap pembohongan dan penipuan mereka dengan menuding jari ke pihak lain," katanya. Katanya jalan terbuka bagi DAP untuk menenangkan kemarahan masyarakat Cina kepadanya ialah dengan menawarkan penyertaan DAP dalam kerajaan, kerana ia (DAP) adalah merupakan parti yang mewakili orang Cina Malaysia sekarang yang terbukti dengan keupayaannya mendapat 38 kerusi berbanding MCA hanya 7 kerusi. Zainuddin berkata untuk menyelamatkan maruahnya, DAP tentunya memerlukan sokongan daripada masyarakat Cina untuk membuat tawaran kepada kerajaan. "Dan tentunya sikap mereka yang pragmatik, materialistik dan realisitik memudahkan mereka untuk membuat keputusan yang sesuai dengan kepentingan orang Cina," tambahnya. Bagaimanapun, katanya, halangan terbesar ialah PKR yang pastinya sama sekali tidak dapat menyertai jemaah menteri baharu kerana kepimpinannya menghadapi rayuan kes tuduhan meliwat yang belum selesai. Katanya DAP harus menimbang untung rugi berada di luar kerajaan berbanding jika DAP berada dalam kerajaan untuk jangka masa lima tahun akan datang. Antara faktor yang DAP dan BN perlu ambil kira ialah jurang politik yang wujud jika kedua-dua pihak terus bertegang di atas dasar masing-masing yang sudah tidak sezaman dengan Nasionalisme Malaysia Baharu. Jika Pas sanggup mengorbankan dasar negara Islamnya untuk bekerjasama dengan DAP, maka tentunya DAP dan BN juga dapat mengambil langkah yang dinamik dalam politik, ujarnya. "Kedua-dua pihak mestilah sanggup untuk bertolak ansur dan mengorbankan prinsip keras masing-masing yang sudah tidak praktikal dan lapuk untuk disesuaikan dengan cita rasa generasi baharu Malaysia," katanya. Katanya jika DAP dapat bekerjasama dengan Pas yang langsung tidak mempunyai persamaan nilai agama, ekonomi dan sosial, maka tentunya lebih mudah untuk bekerjasama dengan BN yang liberal tanpa ideologi yang keras. |
| You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






























No comments:
Post a Comment