Kuala Lumpur: “Tidak sangka keikhlasan saya untuk menunjukkan jari yang sudah dicalit dengan dakwat kekal itu kepada Nurul Izzah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang,” jelas Mejar Azmee Buang, 41.
Beliau adalah pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang gambar jarinya dicalit dakwat kekal cuba dibersihkan oleh calon PKR Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, tetapi tersebar luas di internet.
Katanya, ketika keretanya berhenti dalam kesesakan lalu lintas berdekatan Taman Koperasi Polis, sekumpulan penyokong pembangkang yang mana Nurul Izzah ada berdekatan, meminta untuk melihat jarinya yang sudah dicalit dakwat kekal.

Beliau mendakwa Nurul Izzah yang tiba kemudian cuba mencuci dakwat itu termasuk dengan sejenis cecair yang dibawanya dan pada masa sama gambar itu diambil pihak tertentu.
“Gambar itu memang saya, tapi ketika itu saya sedang berbual dan beliau (Nurul Izzah) ada meminta untuk melihat dakwat itu dan cuba untuk mencucinya tapi tidak boleh.
“Saya tidak sangka gambar beliau sedang mencuci itu tersebar di internet dengan dakwaan ia boleh ditanggalkan,” katanya ketika ditemui BH di pekarangan Kementerian Pertahanan, di sini, semalam.
Nafi bersubahat
Justeru, Azmee yang juga Pegawai Penyelaras Pilihan Raya Kem Sungai Besi itu, menafikan dakwaan beliau bersubahat dalam isu itu.
“Saya tidak ada berjumpa sesiapa pun termasuk pemimpin pembangkang untuk mengadu mengenai warna dakwat itu hilang seperti yang digembar-gemburkan di internet kerana kesannya masih ada di jari.
“Saya tidak menyangka tindakan spontan (menunjukkan jari pada Nurul Izzah) itu akhirnya mengundang padah dan jika pihak pembangkang masih memanipulasi dan mengaitkan saya dalam hal ini, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya yang tampil bersama enam anggota ATM menyangkal dakwaan pembangkang itu.
Staf Sarjan Rafei Abdul Rahman yang turut hadir berkata walaupun sudah seharian dakwat itu dicalit di jarinya, kesannya masih boleh dilihat.
Calit dakwat
Sementara itu, di Putrajaya, seorang penjawat awam di Kuarters Kerajaan Presint 9 di sini mendakwa hampir menjadi mangsa kumpulan tertentu yang mahu mencalit dakwat di jarinya dalam kejadian malam Jumaat lalu, dipercayai bagi menimbulkan gangguan pada hari pengundian Ahad ini.
Hasmah Firdaus, 46, berkata sekumpulan lapan orang, masing-masing empat lelaki dan wanita, berpakaian kemas ala golongan profesional, datang ke rumahnya pada jam 11.30 malam dan bertanya sama ada beliau mengundi atau tidak serta lokasinya.

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment