BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! NILAI HUDUD DI KACA MATA PAS HANYA 5 PERATUS ???

Posted: 01 May 2013 01:10 PM PDT


"Perbezaan di antara PAS dan DAP hanya setakat lima peratus sedangkan kami bersetuju 95% untuk menegakkan kebebasan,keadilan,kebenaran,integriti dan demokrasi untuk semua," demikian kenyataan bersama yang dibacakan oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng.Kenyataan bersama PAS dan DAP itu matlamat utamanya ialah untuk meredakan kemarahan ahli dan penyokong masing-masing berikutan percanggahan terbuka mengenai isu hudud selepas ia ditimbulkan kembali oleh Timbalan Musyidul Am PAS,Dr Haron Din baru-baru ini.Haron Din dalam kenyataannya itu menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud seandainya PR menang PRU-13 meskipun bakal mendapat tentangan dari DAP. Ia disambut baik oleh pemimpin dan penyokong PAS termasuk mendapat dukungan penuh dariMursyidulAm PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat.Bagaimana pun,ura-ura yang disuarakan oleh PAS itu mendapat tentangan DAP dan agak kurang menyenangkan penyokongnya.Berikutan itu,Lim Kit Siang dan Karpal Singh tampil mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam PR memandangkan sebelum ini sudah wujud persetujuan bersama untuk hanya fokus mengalahkan BN sahaja. Berbalik kepada kenyataan bersama DAP dan PAS,Hadi selaku Presiden PAS menyifatkan percanggahan pandangan dan dasar antara kedua-dua parti itu hanyalah satu perbezaan kecil yang dianggarkannya sekitar 5% sahaja. 

Maksudnya,bagi PAS soal perlaksanaan hudud yang menjadi titik pergeseran antara PAS dan DAP hanyalah perkara remeh temeh berbanding persetujuan perjuangan mereka yang mencakupi 95% terutama sekali melibatkan Manifesto PR.Demikianlah nilai hudud di kaca mata PAS tika ini sedangkan bab yang 5 peratus itulah yang sering digembar-gemburkan selama ini termasuklah untuk meraih undi orang Melayu Islam dan diguna pakai bagi mempersoalkan keislaman orangMelayu Islam dalam UMNO.Tapi bila ia melibatkan DAP,terus sahaja yang 5% itu dipandang remeh seolah-olah tiada apa yang patut diperdebatkan kerana kononnya banyak perkara lain yang jauh lebih utama dan penting. Sementara di pihak Kerajaan pusat yang diterajui UMNO dan BN,soal samada ia 5% atau tidak,kecil atau besar,tatkala PAS sibuk mempertikaikan KeIslaman orang UMNO,diam tak diam UMNO telah berjaya mengislamisasikan perundangan negara yang mana sehingga kini 90% sudah menepati kehendak Islam.Apa pun,percanggahan terbuka antara PAS dan DAP dalam isu hudud 5% ini, tidak dapat tidak,ia bakal menyebabkan kelak PAS menangis tak berlagu menjelang tibanya PRU-13 ini gara-gara kegagalannya mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! KEKAYAAN LUAR BIASA ANWAR IBRAHIM SEMASA BERKEMPEN DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 01 May 2013 08:30 AM PDT


Satu perkara menarik sepanjang kempen PRU-13 yang sudah seminggu berlangsung ini ialah kemampuan kewangan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim untuk ke hulu dan ke hilir menjelajah seluruh negara dengan menaiki jet eksekutif dan helikopter.Sedangkan di masa yang sama para pemimpin PR yang lain dari DAP dan PAS,kebanyakannya hanya mampu menaiki penerbangan biasa sahaja,sama ada menggunakan perkhidmatan Air Asia atau pun MAS.Jarang yang ada menyewa pesawat atau helikopter peribadi seperti Anwar,kalau ada pun cuma segelintir itu pun melibatkan mereka yang benar-benar rapat dengan Anwar.Kos sewaan per jam jet eksekutif dan helikopter itu bukannya murah,ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi mencecah angka ribuan dan puluh ribu yang bukan calang-calang orang mampu menanggungnya apatah lagi bila hampir setiap hari kemudahan itu digunakan. 


Dari satu sudut ia adalah satu kelebihan dalam melancarkan kempen pilihan raya PKR selain memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat,namun di masa yang sama ia juga melambangkan gaya hidup Anwar yang serba mewah.Itu belum lagi dikira jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menampung pembelian lori kontena dan bas Jelajah Merdeka Rakyat serta segala kos tanggungan perjalanannya dari utara ke selatan.Selain itu,gaji dan sara hidup berbelas orang pengawal peribadi Anwar termasuk empat orang yang diimport khas dari Filipina juga bukan kecil anak perbelanjaannya.Ini menimbulkan persoalan dari mana Anwar memperoleh dana pilihan raya sepanjang kempen PRU 13 ini sehingga membolehkan dirinya menikmati semua kemudahan ini,nak dikatakan hasil dari duit tabungan sejak dari kecil,agak mustahil. 

 Hasil tabungan duit dari kecil itu kalau pun ada,nak menampung kos pembinaan banglo mewah Anwar yang berharga RM7 juta di Segambut itu pun tak terdaya,inikan pula untuk menyelesaikan kos pengangkutan Anwar dan keluarganya dalam kempen PRU-13.Baru-baru ini timbul dakwaan mengenai dana asing yang mengalir masuk bagi menampung kempen pilihan raya PR,ada kebarangkalian gaya hidup mewah Anwar ini disebabkan dana tersebut.Itu tak mustahil jika dilihat keakraban pemimpin PKR itu dengan pihak asing.Namun untuk mendapat kepastiannya,Anwar perlu tampil memberi penjelasan kepada umum supaya dapat merungkai tanda tanya.Kalau dapat dijelaskan lagi apa istimewa dirinya berbanding pemimpin PR yang lain sehingga sebegini hebat gaya hidup mewahnya,itu lebih baik.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! DAP MEMBAYAR WANG RASUAH KEPADA CYBERTROOPERS ???

Posted: 01 May 2013 05:00 AM PDT


Sebelum ini telah didedahkan kewujudan kumpulan 'cybertrooper' DAP yang bergelar Red Bean Army dan difahamkan telah wujud sejak 2006-2008 lagi dengan anggaran kekuatan mereka antara lingkungan 2,000 hingga ke 3,000 orang.Selepas pembangkang berjaya menawan Selangor,Pulau Pinang dan Perak dalam Pilihan Raya Umum 2008,mereka mula mengeluarkan tender-tender projek kepada kroni-kroni mereka.Modus operandi mereka itu kemudian dipanjangkan lagi dengan penerima projek berkenaan perlu membiayai program-program anjuran DAP,termasuklah membiayai kumpulan cybertroopers itu.Dengan cara ini mereka dapat menyembunyikan aktiviti rasuah mereka dan terlepas daripada dituduh korup. Banyak projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan pembangkang itu sebenarnya menjadi dana buat kumpulan ini bergerak dan membolehkan DAP mengupah individu-individu tertentu bagi menjalankan kegiatan keji mereka. 

Tindakan sebegini sukar dikesan kerana hanya sebahagian kecil sahaja cybertrooper dibayar oleh pemimpin-pemimpin DAP sendiri.Mereka dibayar dengan suatu jumlah yang sangat lumayan.Anggaran sekitar RM3000 – RM8000.Dengan tugas mengugut,mengancam dan menyerang laman web pro kerajaan Barisan Nasional (BN), setiap anggotanya mampu mencecah pendapatan sehingga RM3,000-RM8,000 sebulan.Antara onar yang berjaya dilakukan mereka apabila mengugut dua artis Taiwan yang akan mengadakan persembahan di Malaysia sehingga memaksa rancangan mereka untuk datang ke Malaysia dibatalkan. Artis Korea popular,Psy,adalah antara mangsa ugutan dan ancaman mereka apabila menerima jemputan MCA untuk membuat persembahan di Pulau Pinang tidak berapa lama dahulu.

Antara artis lain yang menerima nasib yang sama ialah artis Cina tempatan Leng Yen,Jackie Chan dan Dato Michelle Yeoh.Malah tokoh Sami tersohor Buddha,Master Hsing Yun juga tidak terkecuali menjadi sasaran DAP apabila beliau membuat kenyataan memuji kepimpinan Dato Seri Najib.Mereka juga berjaya memanipulasi insiden di KFC I-City di mana pelanggan Cina dikasari oleh pekerja Melayu kerana berang dimaki hamun,telah dijadikan isu rasis dan tersebar di internet dalam masa 24 jam.Ia kemudian dipetik dan disebar lagi oleh blog dan laman web sehingga menjadi satu isu besar,sehinggakan media asing turut menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang teruk dan tidak selamat.Modus operandi kumpulan ini juga adalah termasuk menyerang dan memalukan mana-mana individu atau kumpulan yang dilihat cenderung alam maya menyokong Barisan Nasional.Lebih dahsyat,bagi mencapai objektif mereka, DAP sanggup pergi lebih jauh sehingga ke tahap mengugut dan mengancam.Bukan hanya orang politik dan rakyat biasa yang menjadi sasaran, tetapi juga para artis dan selebriti yang secara terbuka menyokong kerajaan Barisan Nasional turut menjadi mangsa.

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! PAS BANTU DR MAZLAN UNTUK 'KUBURKAN' ANWAR IBRAHIM !!!

Posted: 01 May 2013 01:30 AM PDT


Biasanya bila disebut Permatang Pauh,orang ramai akan terbayangkan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang sudah sinonim dengan kawasan itu sambil dibayangi isterinya,Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah Presiden PKR selaku bekas Ahli Parlimennya sejak 1999 – 2008. tu senario dulu,kini bila disebut nama Permatang Pauh,khalayak ramai lebih kerap terbayangkan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang,Dr Mazlan Ismail yang kini adalah calon BN yang akan mencabar kedudukan Anwar di Permatang Pauh. Ramai yang tentunya ingat sewaktu nama Dr Mazlan sedang dalam proses pertimbangan sebagai calon BN bagi Parlimen Permatang Pauh dan diketahui oleh PKR,tiba-tiba sahaja Anwar menyatakan wujud desakan kuat oleh penyokong PKR di Perak dan Selangor yang memintanya bertanding di sana.Rupa-rupanya Anwar tahu,seandainya Dr Mazlan benar-benar menjadi calon BN,maka peluangnya untuk mempertahankan Permatang Pauh akan semakin kabur disebabkan pengaruh bekas pemimpin PAS itu yang agak besar di kalangan pengundi tempatan. 

Malah bukan lagi rahsia,selepas saja selesai proses penamaan calon,ramai pemimpin PAS dari Dewan Pemuda serta PAS Negeri yang tampil menyuarakan sokongan kepada Dr Mazlan selain turut mengerahkan penyokong PAS supaya mengundi calon BN itu.Mereka tahu,wujud perbezaan ketara antara Dr Mazlan dan Anwar dari sudut kewibawaan.kredibiliti dan moraliti,di mana jurangnya yang terlalu besar menyebabkan Anwar kelihatan kecil saja pada pandangan mereka.Tambahan pula,semenjak kempen berlangsung lebih seminggu lalu,Anwar dilihat gagal memberi perhatian kepada pengundinya di Permatang Pauh sebaliknya lebih cenderung untuk menjelajah tempat lain seolah-olah habis madu sepah dibuang begitu saja. Lagi pun pemimpin dan penyokong PAS khususnya di Permatang Pauh sedar,terlalu banyak persoalan mengenai akhlak dan moral Anwar yang sehingga kini gagal dijelaskan menjadikan keraguan yang membuak dalam hati masing-masing diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada Dr Mazlan yang sudah terbukti elok budi pekerti dan akhlaknya.Justeru itu,tidaklah menghairankan apabila kesempatan PRU-13 ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan membantu jentera kempen Dr Mazlan yang pastinya memberi kesan besar terhadap pengaruh Anwar dan jangan terkejut andainya Ketua Umum PKR itu tewas di sini kelak.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! STRATEGI BARU SUARAM UNTUK JATUHKAN KERAJAAN DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 30 Apr 2013 10:00 PM PDT


Setelah teruk dibelasah di dalam media dan didedahkan kaitannya dengan dana kepunyaan penyangak matawang antarabangsa,George Soros,pertubuhan haram yang tidak berdaftar,Suaram kini menukar taktik dengan menggunakan seorang lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak atas matlamat dan agenda yang sama.NGO baru yang bernama Dignity International tiba-tiba sahaja muncul sebagai tuan rumah kepada sidang media Suaram mengenai isu kapalselam Scorpene pada hari Selasa lalu. Beribu pejabat di sebuah premis mewah di 8 Avenue,Petaling Jaya,NGO itu dilihat sebagai pelapis kepada Suaram.Ini bermakna apabila Suaram tidak lagi beroperasi kerana ia tidak didaftar sebagai pertubuhan yang sah di sisi undang-undang,maka Dignity International secara otomatis akan mengambil alih fungsi dan tugasan organisasi tersebut. Malahan slogan NGO baru itu, 'All Human Rights – For All' juga mirip kepada perjuangan Suaram ang berselindung di sebalik topeng hak asasi. Seperti Suaram,Dignity International juga akan menjadi perkakas kepada Ketua Umum PKR, 

Anwar Ibrahim sebagai alat untuk memburuk-burukkan kerajaan dan Perdana Menteri Dastuk Seri Najib berhubung isu Scorpene.Melihat kepada keadaan ini,besar kemungkinan NGO baru ini juga mendapat dokongan kewangan besar daripada Soros melalui jaringan pertubuhan-pertubuhan luasnya di seluruh dunia.Apa pun Suaram dan Dignity International adalah gerakan sama yang berbeza hanya pada nama tetapi tetap didokong oleh Zionis-Yahudi antarabangsa.Hubungkait yang rapat antara Pengarah Eksekutif Suaram dengan firm pelobi Israel bernama Orion Strategies telah didedahkan oleh sebuah portal berita pro-pembangkang baru-baru ini.Walaupun Cynthia membuat penafian bahawa beliau tidk mengenali firma pelobi Yahudi itu atau mempunyai apa-apa hubungan namun butiran emel yang dihantar oleh seorang kakitangan Orion Strategies membongkar hakikat sebaliknya. 

Jika benar Orion Strategies telah diupah untuk membantu Suaram menjalankan gerakan liciknya untuk menumbangkan kerajaan,siapa pula yang membiayai segala kosnya ??? Malah pihak mana pula yang membayar Orion Strategies untuk menyusun siri mesyuarat dengan ahli-ahli Kongres Amerika Syarikat bagi pihak Suaram dan sudah tentu jumlahnya bukan sedikit.Mengapa Cynthia cuba membuat penafian apabila fakta mengenai usaha Orion Strategies untuk mengadakan pertemuan beliau dengan beberapa ahli kongres Amerika Syarikat terserlah di dalam siri emel yang dihantar firma tersebut? Disebabkan Suaram menerima dana daripada jaringan pertubuhan Yahudi sedunia pertubuhan itu tidak boleh lari daripada bekerjasama dangan mana-mana badan yang membawa agenda Zionis termasuk Orion Strategies ??? Firma yang amat pro-Israel dan Zionisme ini pernah menjalankan kempen memburuk-buruk Presiden Obama kerana mendakwa sikap beliau yang tidak menyokong negara Yahudi itu sepenuh hati. Mungkin elok diminta penjelasan mengenai pendirian Suaram mengenai Israel terutama setelah badan itu menjalin hubungan rahsia dengan sebuah firma pelobi Israel. Di dalam emel iti disebutkan juga Cynthia bersama Pengarah Merdeka Centre,Ibrahim Suffian yang merupakan satu lagi agen gerakan Zionis-Yahudi,telah dijemput untuk memberi ceramah mengenai iklim politik Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.Ceramah itu dikatakan akan memberi fokus kepada kemungkinan berlakunya kekacauan semasa kempen PRU13. 

Ini jelas membuktikan hubungkait pihak pembangkang untuk mencetuskan keadaan huru hara di Malaysia bagi mengoncangkan kestabilan politik negara serta menjayakan agenda Anwar untuk merampas Putrajaya.Dalam hal ini pihak mana pula yang membiayai kos perjalanan,penempatan,makan minum Cynthia dan Ibrahim semasa berada di washington ??? tempat yang saya tinggal sekaran ni ???  Adakah ini pertama kali Orion Strategies melakukan kerja-kerja perundingan bagi pihak Suaram atau kerjasama antara Suaram dan firma tersebut sudah berjalan sekian lama secara sulit ??? Adakah Orion Strategies juga mempunyai kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana melihat reaksi melenting Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli apabila diajukan soalan tersebut,kemungkinan besar PKR adalah perancang kepada hubungan Suaram dan firma itu.Dalam isu kapalselam Scorpene adakah Orion Strategies memainkan peranan sebagai perancang strategi untuk memfitnah kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri ??? Disebabkan Suaram telah membawa fitnah berkenaan isu Scorpene ke peringkat antarabangsa, sudah tentunya Orion Strategies juga berperanan untuk menasihati NGO tersebut dalam gerakannya untuk menjatuhkan kerajaan.terlibat dengan penyiasatan dalam apa jua bentuk berhubung isu kapalselam Scorpene ??? Hakikat bahawa Suaram adalah alat PKR sementara parti itu pula adalah perkakas gerakan Zionis-Yahudi tidak boleh dinafikan lagi.Selagi rakyat tidak menyedari kenyataan ini negara yang dicintai akan terus diancam oleh campur tangan kuasa asing untuk menentukan nasib rakyat dan tanah air.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! ISU VIDEO SEKS !!! MUSTAPHA ALI BELI SURAT NIKAH UNTUK TUTUP PERBUATAN SEBENAR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 30 Apr 2013 07:00 PM PDT


SELEPAS pendedahan ini http://mymassa.blogspot.com/2013/04/biodata-wanita-simpanan-mustapha-ali.html Mustapha Ali semakin terdesak.Tarikh 3 Mei 2013 semakin dekat.Mari kita baca emel ahli PAS di bawah dari rakan blogger MyMassa 

Assalamualaikum WW Saudara Admin blog,Mohon disiarkan di blog saudara untuk sedarkan umat Islam di negara kita ini.Terima kasih.Video Seks Mustapha Ali sudah sebulan lebih berada di alam maya, sehingga ke hari ini Setiausaha Agong PAS,Mustapha Ali tidak dapat mempertahankan dirinya,parti PAS dan keluarganya.Dia berdiam diri,maknanya jika berdiam benarlah berlaku perbuatan Zina itu.Semakin hari kami ahli PAS semakin malu hati kami untuk mempertahan PAS,bagaimana hendak Istiqamah jika video SUA PAS Mustapha Ali ini sedemikian rupa,amat memalukan.

Minggu lalu,jamaah kami di Rusila banyaklah memberi hujah mereka bagaimana mahu membantu SUA PAS,Mustapha Ali yang kini sudah berzina sejak sekian lama rupanya.Sekarang kami dengar pula kononnya SUA PAS,Mustapha Ali mahu buat Kenyataan Akhbar pada 3/5/2013.Soalnya selepas lebih sebulan kenapa baru 3/5/2013 nak buat,kenapa tidak hari pertama lagi? Kenapa tidak menafikan dan angkat sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi yang dua ekor itu bukannya Mustapha Ali dan wanita simpanan? Kenapa tunggu nak dekat Pilianraya baru nak buat?


TERDESAK: MUSTAPHA ALI KEJAR MASA KE SONGKHLA SEBELUM 3/5/2013 BELI SIJIL NIKAH PALSU 

Sijil Nikah Songkhla 

Saya sebagai ahli PAS sangat terkejut bilamana SUA PAS Mustapha Ali dalam keadaan terdesak telah pergi menghantar orang-orangnya pergi ke Songkla atau Sadao,di Siam sana untuk membeli Sijil Nikah Palsu.Patutlah ambik masa sampai sebulan lebih baru nak jawab pada 3/5/2013.Kami tahu Mustapha Ali ada rekod buruk dalam PAS,selain panas baran dan suka cakap merapu,Mustapha Ali juga malas hadir mesyuarat seperti mesyuarat PASTI kami.Tapi dia memang rajin turun Kuala Lumpur untuk mesyuarat sambil bawa beg james bondnya tu.Geng-geng PAS memang suka tidur di hotel.tana di Kuala Lumpur.

Geng-geng PAS kata budak perempuan itu kerja SPA semua orang PAS kenal,Mat Sabu pun kenal.Ada juga sampai di telinga Mat Sabu pun gatal nak pakai.Tapi tak tahulah kalau dah pernah pakai juga.Barulah kami tahu,rupa-rupanya orang PAS ne kepala saja nampak warak pakai kopiah,baca Quran baca Hadis di depan kami,rupa-rupanya semua mereka hikpokrit.Hal Mustapha Ali ini hal besar,ini hal Zina,kalau bini dia kenapa tak tunjuk Sijil Nikah dalam masa 24 jam,ini dah lebih sebulan? Kalau bini dia,tak kan cerita rumah sewa,pindah rumah malah ambik wang dari sampul surat.Memang laku Mustapha Ali ini zina zina zina.

Ana Mufarraqah.
Maahad Darul Quran Rusila. 
17 Jamadilakhir 1434.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #PRU13 !!! #TOLAKPR !!! BIBIT-BIBIT 13 MEI SUDAH BERMULA !!! PR AKAN MAIN TAKTIK KOTOR ??? APA CERITA NI ???

Posted: 30 Apr 2013 04:00 PM PDT


Pilihanraya berdarah 1969 merupakan satu pengajaran keras yang tidak harus dan tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia.Orang yang bijak pasti tahu bahawa mereka yang melupakan sejarah akan terpaksa melalui yang sama berkali-kali.Bagaimanapun,setelah bertahun berlalu dalam suasana aman dan makmur,segala trauma dari tragedi tersebut,walaupun tidak pernah dilupakan,mula kelihatan bagai sebuah mimpi yang ngeri.Pun begitu jauh di dalam minda kita,kita sentiasa waspada kalau-kalau sejarah itu berulang,terutamanya sejak pemecatan Anwar Ibrahim.Sejak pemecatannya,beliau terus mengancam negara ini dengan drama ganas setiap kali melihat 'peluang' untuk berbuat demikian.Dan setiap kali juga,drama itu menyegarkan kembali ingatan terhadap tragedi 13 Mei.Reformasi,Bersih atau apa jua nama demonstrasi yang didalanginya,matlamatnya adalah jelas iaitu untuk mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan krisis.saya pasti,sekiranya beliau kalah lagi dalam PRU kali ini,maka bagi PR,anarki adalah perlu untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri tercapai

 Beliau tahu bahawa impian tersebut tidak begitu sukar untuk dicapai dengan DAP,yang menjadi dalang utama tragedi 13 Mei,berada di pihaknya.Mengimbas sejarahnya,tragedi tersebut tercetus apabila DAP tidak lagi mampu menyembunyikan warna sebenar mereka sebagai rasis dan chauvinis Cina.Sejak azali lagi,parti DAP lahir dan hidup atas kebencian terhadap Melayu,kerajaan,Sultan dan apa saja yang merujuk kepada perkara-perkara ini.Sebelum pilihanraya 1969 yang diadakan pada 10 Mei,keadaan sudah pun mula tegang berikutan tempoh berkempen yang panjang iaitu 21 hari.Tempoh itu digunakan sepenuhnya oleh pembangkang (DAP, Gerakan dan PPP) untuk mempromosi perkauman,kebencian,prasangka,keraguan serta keangkuhan kerana kejayaan mereka menguasai ekonomi negara ini.Mereka juga menghina dan memperlekehkan Melayu yang ketinggalan jauh di belakang.Bertitik tolak dari situ,keputusan PRU kemudiannya menyaksikan Perikatan kehilangan majoriti 2/3 iaitu pengurangan jumlah kerusi Parlimen dari 89 kepada hanya 66. 

Gabungan pembangkang Cina memenangi 25 kerusi manakala PAS 12.Pembangkang menganggap keputusan tersebut sebagai kemenangan di pihak mereka, atau sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur.Maka,pada 13 Mei,mereka pun mengadakan perarakan lengkap dengan penyapu yang diikat di kenderaan sebagai simbol ingin 'menyapu bersih' Melayu dari bandar itu.Mereka turut melaungkan kata-kata kesat dan mendabik dada bongkak terhadap Melayu.Pertumpahan darah berlaku apabila mereka gagal mengawal diri dan berarak memasuki kawasan Melayu,iaitu Kampung Baru untuk mempamerkan keangkuhan mereka.Jelas,mereka telah tersilap congak akan tahap kesabaran kaum Melayu yang selama ini dilihat lemah lembut dan suka mengalah.Mereka tidak menyangka bahawa kaum Melayu akan bangkit melawan mereka.Dalam sekelip mata,Kuala Lumpur pun menyaksikan Cina dipancung,Melayu ditikam,rumah dibakar dengan sekeluarga di dalamnya,kereta dimusnahkan dan sebagainya.Dalam satu kejadian,kongsi gelap Cina telah mengarahkan semua kaum Cina keluar dari panggung wayang sebelum mereka masuk ke dalam dan membunuh semua Melayu.Keadaan huru-hara ini pantas merebak ke luar Kuala Lumpur terutama di bandar di mana terdapat ramai kaum Cina. Maka, darurat pun diisytiharkan di Kuala Lumpur. 

Pasukan keselamatan seramai 2000 dari Rejimen Askar Melayu DiRaja dan 3600 polis dikerahkan untuk mengawal keadaan. 300 keluarga Cina dipindahkan ke pusat pelarian di Stadium Merdeka dan beberapa tempat lain bagi memastikan keselamatan mereka.Pada 16 Mei,Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dengan perkenan YDP Agong,Sultan Ismail Nasiruddin Shah diketuai oleh Tun Abd. Razak.Dengan Parlimen digantung,maka Mageran memegang kuasa tertinggi selama 18 bulan. Mageran telah memperkenalkan langkah keselamatan bagi memulihkan keadaan termasuk menubuhkan pasukan sukarelawan,tentera sempadan dan battalion pasukan polis.Keadaan pulih secara perlahan-lahan.Laporan rasmi menunjukkan kematian berjumlah 196 orang,cedera 439 hilang 39 dan ditahan 9143. Bagaimanapun ramai yang percaya bahawa jumlah kematian adalah jauh lebih tinggi. Angka-angka lain yang signifikan dalam sejarah ini ialah jangka masa kempen yang panjang iaitu 21 hari, serta keganasan yang bermula pada hari ke-3 selepas pilihanraya. Sehingga ke hari ini, DAP terus konsisten menuduh UMNO sebagai dalang dan sebagai rasis kerana masih mengingati tragedi itu. Soalnya, bagaimana UMNO boleh melupakannya jika DAP masih lagi membawa sikap perkauman yang sama sejak 1969 sehingga kini? Bukankah jelas bahawa orang-orang yang bijak tidak akan melupakan sejarah? Ia mungkin satu kebetulan bahawa Pilihanraya ke-13 ini yang digelar sebagai 'ibu kepada semua pilihanraya', diadakan dalam bulan yang sama iaitu bulan Mei. 

Tetapi,kejadian bom di ceramah,letupan di bilik gerakan,pukul dan belasah serta kata-kata kesat termasuk membangkitkan semangat perkauman yang sedang dilakukan oleh DAP tidak mungkin satu kebetulan.Malah,ia memperlihatkan seolah-olah semua ini adalah dirancang. Dalam kata lain,seolah-olah ada percubaan untuk mengulangi sejarah 13 Mei 1969.Hanya beberapa hari lepas,kita dikejutkan dengan pembunuhan pegawai tinggi kastam dengan tembakan.Ia mungkin tiada kena mengena dengan pilihanraya, namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan.Penggunaan bahan letupan dan pembunuh profesional bukanlah cara Malaysia.Malaysia mungkin telah melihat jenayah ganas tapi bukan dengan cara ini.Jenayah sebegini pastinya dirancang rapi dengan dana yang banyak. Maka,berbalik kepada Anwar Ibrahim,Raja Drama yang mempunyai hubungan akrab dengan puak Neo-con. Pihak Neo-con sudah terdedah sebagai dalang di belakang kejatuhan beberapa pemimpin dan kerajaan di beberapa negara seawal 1940-an lagi.Objektifnya ialah menguasai sumber negara tersebut,lokasi yang strategik dan seterusnya memerintah dunia.Ini dilakukan melalui rangkaian yang kompleks dalam bentuk NGO,agen,alat dan boneka yang telah dilatih, dibentuk,'dicipta' dan 'dipasang' di negara-negara sasaran. 

Modus Operandi mereka adalah sama dengan strategi perjuangan Anwar iaitu memburukkan kerajaan sedia ada,mengadakan demonstrasi jalanan yang kemudiannya bertukar menjadi ganas.Kita telah pun menyaksikan perkara yang sama berlaku di negara-negara Arab,yang mana dirujuk sebagai 'Arab Spring'.Kerajaan negara itu jelas telah gagal menangani 'serangan' oleh NGO,agen dan alat-alat Neo-con yang menyamar sebagai pejuang kebebasan,pertubuhan hak asasi serta parti politik.Akibatnya, satudemi satu negara Arab jatuh dengan pantas,bagaikan kesan domino.'Arab Spring' inilah yang menjadi impian Anwar dan beliau tidak pernah menyembunyikannya.

Beberapa kali beliau dilaporkan menyebutnya di dalam wawancara dan kenyataan dalam media antarabangsa.Antaranya,Financial Times pada 13 Januari 2013,Anwar berkata "Malaysia Spring dalam persiapan untuk berlaku.PR pasti menang mana-mana pilihanraya yang bersih".Pada 24 Februari 2013 di Bangkok, Inter Press Service melaporkan Anwar berkata "Arab Spring adalah berguna bagi dunia Islam." dan pada 15 April 2013,kepada US business Channel, CNBC,mungkin menyedari kenyataannya sebelum ini adalah 'silap',maka Anwar meringankan sedikit nadanya dengan berkata,"Peralihan dalam demokrasi dilakukan melalui pilihanraya maka kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan Timur Tengah atau Arab Spring".Dengan hakikat impian 'Malaysia Spring' Anwar dan DAP yang sarat dengan kebencian yang meluap-luap,serta dengan PAS yang mengalami kecelaruan emosi,ekstremisme rambang dan kesetiaan buta tuli, ditambah lagi dengan dana yang tiada hadnya dari pihak Neo-Con, maka tidak mustahil bahawa pengulangan sejarah 13 Mei kini berada dalam pembikinan. 

Jika difikirkan,slogan pembangkang sendiri, iaitu 'Ini Kalilah' engan sendirinya menggambarkan maksud yang jauh lebih besar dari sekadar 'sebuah pilihanraya yang paling penting'. 'Ini Kalilah' seolah-olah tiada pilihan,iaitu hanya sekali ini sahaja dan buat kesekian kalinya.Oleh itu,bukanlah satu paranoia atau tokok tambah jika dikatakan bahawa keganasan yang berlaku dalam kempen pilihanraya kali ini hanyalah permulaannya.Satu keganasan yang jauh lebih besar dan serius dijangka berlaku pada hari pengundian,sepertimana yang didedahkan oleh bekas pemimpin DAP yang telah meninggalkan parti itu.Tetapi jika kita melihat kembali sejarah 1969,hari ketiga selepas pilihanraya adalah hari yang benar-benar bahaya di mana kemenangan atau kekalahan boleh saja menjadi punca. Adakah kita sudah bersedia ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...