Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Luahan Rasa Dari Rakyat Kedah Mengenai Dato Paduka @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah
- TUDIAA!! Mahfuz Bean dah mula kempen anti AES di Kedah!! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir
- PANASS!! Rakyat 'PM Stadium' Kena Tangkap Minta Tolong Kerajaan Malaysia Pulak? #Blackout505
- TUDIAA!! Nak Pasang AES Dalam Lokap Pulak? he he..
- TUDIAA!! Beberapa Lagi MACAI Anwar akan ditangkap!! #SupportPDRM
- PANASS!! Telaga Minyak Telah Dijumpai Di Kelantan!
PANASS!! Luahan Rasa Dari Rakyat Kedah Mengenai Dato Paduka @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah Posted: 29 May 2013 08:17 AM PDT Kat bawah ni tulisan dari pembaca tetap Utusan Malaysia. Beliau meluahkan segala yang beliau rasa bila BN menang di Kedah dan Dato Paduka Mukhriz jadi Menteri Besar Kedah. Mari kita baca tulisannya.. SAYA merupakan penggemar ruangan rencana dan juga Forum di akhbar Utusan Malaysia. Hari ini saya mengambil tindakan untuk menulis di ruangan ini bagi meluahkan apa yang saya rasa sempena PRU-13 ini. Selepas keputusan PRU-13 disahkan oleh SPR, bahawa BN menang dengan majoriti mudah 112 kerusi, saya melonjak kegembiraan dan suami melakukan sujud syukur. Betapa bersyukurnya kami, kerana sekali lagi dengan izin Allah, BN dapat mentadbir negara tercinta ini. Kegembiraan kami bertambah setelah negeri kelahiran saya, negeri Kedah berjaya ditawan kembali. Untuk pengetahuan, semalam sebelum dan semasa hari mengundi saya dan suami keluar meninjau keadaan di sekitar bandar raya Alor Setar. Pada perkiraan saya, majoriti kenderaan yang mempunyai bendera adalah penyokong pembangkang. Sekiranya diadakan pertandingan memasang bendera dan sorakan penyokong, sudah pasti kemenangan milik mereka. Mereka bermaharajalela di jalan raya. Namun begitu, saya optimis majoriti kenderaan lain yang tidak memasang bendera adalah pengundi BN. Ini kerana, mengambil kira keseluruhan ahli keluarga saya yang merupakan pengundi tegar BN, tiada seorang pun di antara kami yang memasang bendera atas faktor keselamatan. Kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, saya percaya majoriti rakyat Kedah sungguh gembira di atas perlantikan Datuk Seri sebagai Menteri Besar. Besar harapan kami agar Datuk Seri dapat membawa perubahan kepada negeri Kedah. Ramai golongan belia di negeri Kedah yang bersedia untuk dipimpin dan ditunjukkan jalan agar dapat bersama-sama memajukan negeri tercinta ini khususnya dan negara amnya. Isilah dada mereka dengan ilmu agama dan ilmu dunia yang dapat dimanfaatkan. Jemputlah penceramah-penceramah yang digemari oleh golongan belia dan jadikan aktiviti mingguan atau bulanan supaya ilmu yang diterima dapat menghindarkan mereka daripada terpesong. Saya yakin Datuk Seri mampu melakukannya. AMIRA - Alor Setar Komen: Memang hampir semua rakyat Kedah gembira bila Dato Mukhriz jadi Menteri Besar Kedah. Tak kira Pas atau UMNO, ramai yang menyokong, Mc tak nafikan. Namun Mc minta Dato Mukhriz jangan lupa jentera yang menolong semasa dan sebelum PRU. Sebab dah ada bunyi-bunyi yang tidak sedap didengar. Mc sebagai penulis blog hanya menyampaikan saja. Suara kami kecil, kadang-kadang orang tak perasan pun. Sebab tu lepas PRU mana ada orang pedulikan bloggers, facebookers, twitterian dan troopers. Watak tak penting.. Waktu sekarang ni, siapa yang paling berjaya? Semestinya kaki-kaki bodek dan pengampu-pengampu orang kaya. Orang yang selama ni buat kerja akan disisihkann..begitulah kehidupan. Susah sesama, senang sesorang. he he he..orang kata, bukan Mc kata. McTheory: Itulah harga sebuah perjuangan.. |
TUDIAA!! Mahfuz Bean dah mula kempen anti AES di Kedah!! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir Posted: 29 May 2013 05:38 AM PDT Mahfuz ni penentang utama AES ketika Kerajaan Pusat umum nak laksanakannya. Kali ni Mahfuz berjuang mempertahankan negeri Kedah dari laksanakan AES. Kita baca apa alasan Mahfuz kali ni? Tetapi dalam masa yang sama perlu diakui ini juga adalah hadiah atau penghargaan dari Barisan Nasional buat Ahli-ahli PAS yang telah membantu Barisan Nasional merampas Kedah dengan kaedah sabotaj parti.. Menurut Mahfuz, selain bersifat hadiah kepada rakyat Kedah ia turut membuktikan Exco Kerajaan Kedah tidak mengetahui langsung apa yang berlaku di sebalik pelaksanaan AES yang menyebabkan Pakatan Rakyat khususnya PAS mendesak agar AES dihapuskan. "Mungkin Tajul tidak mengetahui kenapa kita mendesak agar membatalkan terus pelaksanaan AES dan saya rasakan beliau hanya mengetahui AES ini hanya melalui media-media masa milik mereka. sebab itu beliau bersetuju untuk pelaksanaan. "Saya yakin jika beliau telitikan kelemahan perjanjian di sebalik pelaksanaan AES tentu beliau akan berfikir dua kali untuk memberi kebenaran pelaksanaanya di Kedah," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily Kepada Mahfuz Omar, Anda kata ada sebab kenapa anda menentang AES. Tolong bagi sebab-sebabnya, kerana rakyat Kedah pun nak tahu juga sebab dan musababnya. Sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah, tentu kebijaksanaan Mahfuz mampu merungkai masalah AES ni. Sebenarnya AES ni baik untuk mengawal lalulintas. Ia menjadi pembantu kepada pihak berkuasa untuk mengawasi lalu lintas. AES bukan hanya kamera had laju yang cuba menangkap kereta pandu laju. AES juga boleh digunakan untuk mengesan kecurian, jalan sesak, cuaca, awasi lampu isyarat dan pelbagai lagi. Mc pun tak berapa nak sokong AES ni kerana perlaksanaannya perlu lebih dikaji, bukan main pacak ikut suka hati saja. Cuba bayangkan letak AES depan sekolah yang kelajuannya 30KM. Waktu malam takdak sekolah, kereta laju sikit, dah tentu kena AES. Sebab tu Mc kata, AES perlu dikaji lagi! Tapi Mc teringin juga nak dengar apa alasan Mahfuz dan sebab dia menolak AES. Sudah tentu ada sebabnya kann.. takkan suka-suka saja nak bantah apa kerajaan buat? Tapi dengan Mahfuz ni, segalanya mungkin. Entah-entah, maksud AES tu pun dia taktau apa.. main nak bantah saja kerjanya.. he he.. McTheory: Kerja |
PANASS!! Rakyat 'PM Stadium' Kena Tangkap Minta Tolong Kerajaan Malaysia Pulak? #Blackout505 Posted: 29 May 2013 02:37 AM PDT Kat bawah ni ada cerita lawak, mangkuk yang kena tangkap kat Singapore sebab demo 505 tempohari. Konon hero laa.. hambik hang!! Orang asing yang melanggar undang-undang di Singapura harus sedia menghadapi akibatnya, termasuk visa dan pas kerja mereka dibatalkan, kata kerajaan semalam. Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar mengeluarkan kenyataan sebagai respons terhadap pertanyaan media mengenai rayuan agar diringankan hukuman terhadap rakyat Malaysia yang ditangkap kerana menyertai protes haram di Singapura pada 8 Mei dan 11 Mei lepas. Menurut kenyataan itu, adalah jelas beberapa orang warga Malaysia yang menyertai dua perhimpunan haram di Merlion Park dengan sengaja tidak mengendahkan amaran berulang bahawa protes itu adalah haram. Ia berkata orang asing tidak harus mengimport perbezaan pendapat di negara mereka ke Singapura. "Mereka melanggar undang-undang Singapura, dan akan ditangani sewajarnya. "Beberapa orang pesalah Malaysia telah menghubungi anggota Parlimen Malaysia dan parti politik mereka untuk mengemukakan petisyen bagi pihak mereka terhadap langkah dikenakan ke atas mereka kerana melanggar undang-undang," kata kenyataan itu. Ia berkata tindakan mereka membabitkan pihak luar merupakan percubaan mendapatkan layanan istimewa dan lebih mempolitikkan lagi apa yang dilihat sebagai isu undang-undang dan ketenteraman domestik di Singapura. "Inilah sebabnya mengapa kami menentang kuat import isu dan politik luar ke Singapura". Kenyataan itu berkata Singapura menghargai hubungan bilateralnya yang akrab dengan jiran. Ini berdasarkan amalan saling menghormati dan prinsip tidak campur tangan dalam urusan negara lain masing-masing. Ia berkata Singapura tidak campur tangan dalam urusan domestik negara lain. Oleh itu, Singapura tidak akan membenarkan mana-mana pihak asing campur tangan dalam hal ehwal dalamannya. He he he.. dah kena tangkap hubungi Kerajaan Malaysia buat apa? Pi la cari Suhakam, Bersih, Ambiga, Majlis Peguam, Blackout 505 dan apa-apa kejadah lagi pertubuhan dan persatuan belaan Pakatan Haram!! Anwar kan dah umum jadi PM Stadium.. minta tolong kat dia sudah laa.. jangan dok cari Kerajaan Malaysia. Buat demo bantah Kerajaan Malaysia, lepas kena tangkap, sibuk nak minta tolong Kerajaan Malaysia buat apa? he he.. bongok! McTheory: Toksah layan laa.. biar depa dok tidoq lokap Singapore tuu.. hahaha.. |
TUDIAA!! Nak Pasang AES Dalam Lokap Pulak? he he.. Posted: 28 May 2013 11:33 PM PDT Ohh.. bukan AES, tapi cctv untuk mencegah berlakunya apa-apa yang tidak dingini. KUALA LUMPUR - Penyediaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik lokap tahanan dan pewujudan lebih banyak lokap berpusat merupakan antara cadangan yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menambah baik prosedur melibatkan tahanan polis. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga dapat memberi gambaran sebenar mengenai keadaan di bilik tahanan bagi mengelak pandangan serong masyarakat terhadap polis. Beliau berkata apabila CCTV disediakan, rakaman dapat menjadi bahan bukti jika sebarang kecederaan dan kematian berlaku. "Kami juga bercadang untuk tidak letakkan orang kena tuduh di balai-balai polis berkenaan tapi kita akan mohon kepada kerajaan untuk wujudkan (lebih banyak) pusat tahanan berpusat seperti lokap di Jinjang agar polis tidak terus dituduh ketika jalankan soal siasat," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pertahanan Awam, Jalan Semarak di sini hari ini. Ahmad Zahid, dalam pada itu, meminta semua pihak memberi kepercayaan kepada kementerian dalam melakukan siasatan rapi berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap. Beliau merujuk kepada kematian N. Dharmendran, 32, di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa lepas. Ahmad Zahid berkata siasatan dalaman dilakukan sekumpulan penyiasat dan ia diharap dapat menyelesaikan kes itu dan seterusnya membawa sesiapa yang terlibat ke muka pengadilan. "Berilah kepercayaan kepada KDN untuk jalanan siasatan ini secara adil...jika benar ada sesiapa yang telah lakukan sesuatu di luar kuasa dan perundangan, tindakan yang setimpal akan diambil," katanya. Mengenai perhimpunan jalanan yang kerap dilakukan pembangkang sejak akhir-akhir ini, Ahmad Zahid berkata ia lebih bersifat provokasi bertujuan mendapat liputan media luar negara. "Ia untuk menggambarkan seolah-olah negara kita ini sedang mengalami huru-hara kerana pihak pembangkang kalah pilihan raya," katanya.- Bernama McTheory: Bagus juga tu, untuk mengelakan fitnah pembangkang, taklah penat nak menjawab.. |
TUDIAA!! Beberapa Lagi MACAI Anwar akan ditangkap!! #SupportPDRM Posted: 28 May 2013 09:17 PM PDT Bila polis mula bertindak, mulalah mangkuk-mangkuk PR ni meroyan takut kena tangkap. Kalau taknak kena tangkap, duduk rumah diam-diam la. Sapa suruh pi demo sana sini. Sendiri buat, sendiri tanggung la. Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mempertahankan tindakan polis menahan beberapa aktivis pembangkang sebagai langkah penguatkuasaan undang-undang yang bertujuan mengekalkan keamanan dan menjamin keselamatan masyarakat. Beliau menyangkal dakwaan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali kononnya polis cuba mewujudkan era 'mahathirisme' dengan menangkap beberapa aktivis pembangkang, sebaliknya menegaskan ia dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. "Tetapi apa jua tindakan yang kami (polis) buat adalah tindakan yang patut kami buat iaitu menguatkuasakan undang-undang. Sebab itu kami dipanggil penguatkuasa. Polis kini tengah mengesan aktivis dan pemimpin Bersih 2.0 Hishamuddin Rais. Hishamuddin merupakan satu-satu suspek yang belum diberkas walaupun waran tangkap sudah dikeluarkan berkaitan dengan siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 petang tadi. Empat lagi yang lain—iaitu Mohd Tamrin Abdul Ghafar, Harris Fatillah Mohamed Ibrahim(Haris Ibrahim), Muahmmad Safwan Anang @ Talib, and Chua Tian Chang(Tian Chua) telah diberkas tadi. Mengikut satu kenyataan akhbar, timbalan ketua polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh, waran tangkap di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan telah dikeluarkan oleh mahkamah majistret. "Penama di para 1 hingga 4 waran tanggap telah disempurnakan dan dikehendaki hadir mahkamah Seksyen Jenayah 1, Kuala Lumpur pada 29 mei 2013 jam 8.30 pagi." McTheory: Tangkap pengkhianat negara...tangkap!! |
PANASS!! Telaga Minyak Telah Dijumpai Di Kelantan! Posted: 28 May 2013 06:13 PM PDT TUMPAT – Tiga sekeluarga di Kampung Baru Pasir Pekan di sini, terkejut apabila telaga yang digunakan sejak 30 tahun mengeluarkan minyak dipercayai petrol. Kejadian itu disedari Zulnurain Ahmad, 28, ketika membersihkan telaga di rumahnya dua minggu lalu. "Semasa saya ceduk air telaga dengan timba, saya nampak air telaga ini berminyak dan berbau seperti minyak petrol. "Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas ditapis ia seakan minyak petrol," katanya. Lebih meyakinkan Zulnurain, minyak yang diambil dari telaga itu apabila dituangkan ke dalam tangki mesin rumput, ia berfungsi dan apabila dicucuh api, ia terbakar. Dengan penemuan itu, misteri air telaga Zulnurain berbau minyak petrol selama empat bulan lalu terjawab. Zulnurain berkata, dia amat risau keselamatan keluarganya kerana telaga tersebut berada di dalam rumah. "Saya ada anak kecil berusia lapan bulan, bau petrol dari telaga itu memenuhi ruang rumah saya. "Bukan sahaja mendatangkan pencemaran bau, tetapi boleh mengundang kebakaran dan memudaratkan kesihatan saya kerana air telaga itu sudah tercemar," katanya. Zulnurain berkata, sejak penemuan minyak itu, hampir 100 liter minyak dipercayai petrol berjaya dikumpulkan dan diletakkan dalam tangki mesin rumput. Dua telaga jiran Zulnurain turut terlibat Tinjauan Sinar Harian di kampung tersebut mendapati dua lagi telaga iaitu di rumah Nik Yusof Nik Salleh, 75, dan Ahmad Othman, 69, turut berbau minyak petrol dan airnya berminyak. Didapati telaga milik Nik Yusof yang berada di belakang rumahnya seperti ada mata air bercampur minyak membuak keluar dari celah kerek telaga itu. Dari mana minyak ini datang terus menjadi misteri, bagaimanapun tinjauan wartawan mendapati kira-kira 200 meter dari kediaman mereka, beroperasi sebuah stesen minyak. Masalah air telaga bercampur minyak di percayai petrol sudah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar. "Kami harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan keselamatan kami tiga sekeluarga di sini. Komen: Kah Kah Kah.. ingat betul la ada minyak kat Kelantan.. rupanya tangki kedai minyak petrol yang bocor!! he he he.. kelakar sungguh laaa.. McTheory: Ingat Kelantan dah kaya dah lepas ni.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment