UMNO Online - “KPDNKK Sasar Transaksi Bernilai RM31.2 Juta Menerusi MIBEX 2013” plus 7 more |
- KPDNKK Sasar Transaksi Bernilai RM31.2 Juta Menerusi MIBEX 2013
- Tiada Permuafakatan Punca Selangor Lewat Lantik Exco?
- Berpijaklah Di Bumi Nyata, Pas Perlu Jujur Nyatakan Pendirian
- BN Sepakat Laksana Aku Janji, Terus Hargai Mandat Rakyat
- BN Will Fulfill Promises Of Development For Orang Asli In Cameron Highlands – Palanivel
- Sarawak Terima Peruntukan RM1.4 Bilion Di Bawah GTP 2.0
- BN Tunai Janji Bangunkan Perkampungan Orang Asli Cameron Highlands
- Pas Terus Dipersoal…Sokong Demokrasi Tetapi Jayakan Perhimpunan 505
KPDNKK Sasar Transaksi Bernilai RM31.2 Juta Menerusi MIBEX 2013 Posted: 29 May 2013 03:26 AM PDT PUTRAJAYA, 29 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), menyasarkan nilai transaksi RM31.2 juta menerusi Ekspo Perniagaan Malaysia-Indonesia (MIBEX) 2013. Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata ekspo yang akan mengetengahkan usahawan francaisor itu akan berlangsung dari 31 Mei hingga 2 Jun di Jakarta, Indonesia. “Ia akan disertai 10 francaisor dalam bidang makanan, kecantikan dan juga pakaian, selain lima syarikat jualan langsung, tiga koperasi dan lain-lain perniagaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Katanya ekspo itu akan memberi peluang kepada usahawan francaisor membina rangkaian perniagaan yang lebih luas memandangkan produk keluaran Malaysia diterima baik di Indonesia. Sementara itu, katanya Perbadanan Nasional Berhad (PNS) telah menerima anugerah “Outstanding SME Developement Award: Franchise Developmnet Programme” oleh Persatuan Institusi Pembangunan Kewangan Asia dan Pasifik (ADFIAP) dalam satu majlis di Ulaanbaatar, Mongolia, 22 Mei lepas. Hasan berkata anugerah itu berdasarkan kejayaan PNS dalam sektor francais termasuk akses kepada skim pembiayaan francais serta pembangunan modal insan melalui skim latihan francais. ADFIAP, sebuah badan NGO dalam status rundingan bersama Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, ditubuhkan untuk menggalakkan pembangunan mampan menerusi 131 ahlinya di 45 negara dan wilayah. |
Tiada Permuafakatan Punca Selangor Lewat Lantik Exco? Posted: 29 May 2013 03:21 AM PDT PETALING JAYA, 29 Mei – Sudahlah perlantikan Menteri Besar Selangor mengundang pelbagai masalah, kini perlantikan Exconya juga dilihat masih belum mencapai satu keputusan yang muktamad dengan negeri terbabit menjadi satu-satu negeri yang hingga kini masih belum mempunyai barisan Exco untuk menerajui pujuk pimpinan negeri. Menurut Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Jamilah Hanim Othman, tiada permuafakatan adalah punca mengapa perlantikan Exco Selangor terus tenggelam punca. "Mereka tidak bersatu dan tidak sepakat. Sudahlah perlantikan Menteri Besar pun bermasalah dan mencatat sejarah tersendiri apabila dikehendaki malafaz aku janji yang dibuat oleh Sultan dan kini perlantikan Exco turut caca marba. "Ini jelas membuktikan memang terdapat masalah dalam pakatan pembangkang. Terlalu banyak hati yang hendak dijaga dan terlalu banyak perkara yang harus mereka tolak ansur apatah lagi melihat kepada kedudukan Pas dan DAP yang menang lebih banyak kerusi tetapi PKR jadi tentunya tidak mustahil PKR bakal menjadi 'puppet' mainan rakan sekutu mereka.” Ujarnya, sebagai rakyat negeri Selangor maka secara jujur, beliau mahu melihat siapakah yang bakal dilantik untuk memegang portfolio Exco agama, adakah mereka akan mengekalkan Menteri Besar sebagai teraju agama atau melantik orang yang benar-benar layak. "Maklumlah, Pas adalah sebuah parti yang kononnya memerjuangkan agama dan DAP juga pernah mengatakan bahawa mereka juga memperjuangkan agama Islam jadi sudah pasti mereka harus meletakkan seseorang yang benar-benar layak dan berpengetahuan untuk menyandang jawatan Exco Agama," ujarnya kepada UMNO-Online. Tambah Jamilah, senarai Exco yang dikatakan bakal diumumkan esok, pasti menjadi tumpuan kerana ramai yang menyedari bahawa baik PKR, Pas dan DAP masing-masing mempunyai calon tersendiri untuk diletakkan sebagai Exco. "Kita lihat sahajalah adakah Selangor mampu menyelesaikan pergeseran antara mereka dengan baik atau mereka akan terus bercakaran sesama sendiri. Baru memimpin sebuah negeri sudah menjadi masalah untuk melantik barisan Exco jadi bagaimana pula sekiranya mereka memimpin negara, entah apa akan jadi. "Walaupun saya amat kecewa kerana rakyat Selangor masih tertipu dengan sandiwara pembangkang namun saya amat berharap agar rakyat akan sedar dan dapat menilai bahawa pembangkang lebih mementingkan jawatan daripada membela nasib rakyat. "Kita lihat sahaja apa akan jadi dalam tempoh lima tahun ini. Semoga rakyat akan lebih terbuka mata menilai siapakah yang lebih telus dalam membela nasib rakyat," ujarnya lagi. – MediaUMNO |
Berpijaklah Di Bumi Nyata, Pas Perlu Jujur Nyatakan Pendirian Posted: 29 May 2013 03:08 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Mei – Pas disaran berpijak di bumi nyata dan perlu jujur kepada seluruh rakyat negara ini berhubung proses demokrasi khususnya keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Ali Mazat Salleh berkata sudah tiba masanya parti itu jujur dan tidak berselindung di sebalik kata-kata berhubung perhimpunan 505. Menurut beliau, apa jua alasan dan apa pun kenyataan yang diberikan sehingga ke hari ini, seolah-olah nampak ketidakjujuran parti terbabit dan dilihat hanya menggunakan tutur kata dan tidak disusuli dengan perbuatan. "Kata sokong demokrasi dan difahamkan terima keputusan PRU lalu, tetapi kalau kita perhatikan ada juga kalangan pimpinan mereka yang hadir dan begitu juga penyokong mereka yang lain. "Jika betul mereka menyokong demokrasi, sepatutnya mereka boikot sepenuhnya perhimpunan berkenaan. Ini tidak, lain pula yang terjadi… setengah pemimpin kata begitu dan setengah pemimpin pula kata begini. Yang mana satu yang betul?" soalnya. Kata beliau lagi Pas perlu mengotakan apa yang telah diperkatakan oleh pucuk pimpinan parti tersebut yang menerima keputusan PRU-13 tanpa menimbulkan apa-apa tanggapan lain. "Dengan apa yang Pas lakukan iaitu berbeza dengan apa yang dinyatakan maka tentunya ia telah menjadi antara perbualan umum yang mana Pas dilihat seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata, sanggup terima kemenangan tetapi bersikap sebaliknya atas kekalahan di kawasan tertentu. "Sampai bila keadaan berterusan begitu? Ini adalah masa untuk bekerja seperti mana yang telah diperkatakan oleh ramai orang. Ini waktu untuk berkhidmat kepada rakyat yang telah memilih wakil rakyat. Pandanglah ke hadapan untuk kepentingan bersama," tegasnya lagi. Dilaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya dengan penuh kesyukuran dan kesabaran serta redha dengan segala ketentuan namun demikian terdapat sebilangan pemimpinnya sebagaimana Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu serta Naib Presiden, Datuk Husam Musa turut serta dalam himpunan blackout 505 yang dibuat atas alasan membantah keputusan PRU-13.- MediaUMNO |
BN Sepakat Laksana Aku Janji, Terus Hargai Mandat Rakyat Posted: 29 May 2013 02:53 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan melihat kejayaan besar Barisan Nasional (BN) Kedah dalam PRU-13 yang lalu merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh setiap kepimpinan UMNO dan BN dan bersama-sama membantu Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir untuk mengurus tadbir negeri terbabit. Katanya, dalam memastikan sokongan berterusan tindakan segera pihak kerajaan BN ialah mendapatkan input daripada rakyat bagi mengetahui hasrat dan harapan mereka terhadap kerajaan berhubung usaha membangunkan negeri terbabit. "Inilah cabaran yang sebenar, bagaimana untuk memenuhi segala harapan dan impian rakyat negeri Kedah, meletakkan kepentingan rakyat melebihi dari kepentingan peribadi kerana jika dulu kita hanya meletakkan slogan 'Rakyat Didahulukan,' tetapi hari ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan segala aku janji kita pada PRU-13 yang lalu. "Kita perlu melihat sedikit pengalaman kita yang lepas iaitu semasa Kedah berada di bawah pemerintahan Pas, bagaimana kita merencana dan bergerak untuk merampas kembali negeri terbabit dengan tindakan `menyusur akar' berjumpa rakyat iaitu untuk mendapatkan semula keyakinan dan sokongan mereka." Katanya, BN sentiasa melihat kepada sejarah dan turut mengambil iktibar suasana politik di Terengganu apabila BN kalah pada PRU-10 (1999) namun berjaya merampas semula dengan cemerlang pada PRU-11 (2004). "Inilah cabaran yang sebenar, bukan sahaja memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada sejak Pas memerintah Kedah tapi bagaimana menterjemah harapan besar rakyat Kedah kepada BN untuk memperbaiki kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Langkawi. Tambahnya, walaupun PRU-13 sudah berakhir dan Kedah kembali bersama BN, namun jentera BN khususnya UMNO harus cepat kembali turun ke akar umbi bagi mendalami dan memahami masalah rakyat, selain berusaha menyelesaikan masalah-masalah mereka. "Bila bercakap perihal kemenangan, kita tidak boleh menolak faktor dukungan penyokong sebagai ramuan penting kejayaan sesebuah parti politik. Oleh itu amat penting untuk mengekalkan kemenangan dengan member khidmat bakti kepada penyokong sendiri." Ujarnya lagi, BN selaku pemenang PRU-13 yang diamanahkan untuk kembali menerajui Kerajaan negeri perlu untuk berusaha sedaya mungkin memenuhi harapan para penyokongnya sepanjang lima tahun ini untuk masa akan datang. "Saya berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terus memberikan perhatian untuk negeri Kedah sebagai penghargaan kepada rakyat yang jelas menyokong penuh dan memberikan kemenangan besar kepada kepimpinan BN di negeri ini." Beliau turut menyarankan agar pihak kepimpinan UMNO di akar umbi khususnya Pergerakan Pemuda dapat memberikan tumpuan kepada pengundi-pengundi muda khususnya mendaftarkan anak-anak muda yang memasuki umur 21 tahun. – MediaUMNO |
BN Will Fulfill Promises Of Development For Orang Asli In Cameron Highlands – Palanivel Posted: 29 May 2013 01:08 AM PDT KUALA LIPIS, May 29 – The Barisan Nasional (BN) government’s promise to channel development projects in Orang Asli villages in the Cameron Highland Parliamentary area will be fulfilled, said Member of Parliament for Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel. He said construction of roads and houses and welfare aid to the Orang Asli would be continued. “In fact, the government aspires to boost the standard of living of the Orang Asli. The government does not discriminate in implementing development for the people. The interest of every citizen is always given priority,” he said at a thanksgiving ceremony on BN’s victory in the 13th general election at the Pos Koyan Orang Asli village here, yesterday. Palanivel, who is also Natural Resources and Environment Minister, said the accusations of the opposition that BN sidelined the Orang Asli were not true at all as many opportunities were provided for the community. He urged the Orang Asli community who wanted to get information on government development to contact the Orang Asli Development Department, elected representatives, penghulu, local leaders and Orang Asli chiefs (batin) and not through others. |
Sarawak Terima Peruntukan RM1.4 Bilion Di Bawah GTP 2.0 Posted: 29 May 2013 12:48 AM PDT KUCHING, 29 Mei – Sarawak menerima peruntukan berjumlah RM1.4 bilion tahun ini bagi meningkatkan liputan kemudahan asas luar bandar, termasuk projek jalan, bekalan air dan bekalan elektrik, dan program bantuan rumah kepada rakyat negeri ini di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0). Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata peruntukan itu turut merangkumi inisiatif untuk mewujudkan Program Desa Lestari di bawah program Perkampungan Abad ke-21 di Sarawak. “Di Sarawak terdapat tiga buah kampung iaitu Kampung Tellian Ulu di Mukah, Kampung Stass di Bau, dekat sini dan Kampung Tanjung Parang di Kota Samarahan yang dipilih untuk menyertai program Desa Lestari, yang merupakan program transformasi kampung,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini. Jabu, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak, berkata GTP 2.0, yang bermula dari tahun ini hingga 2015, akan memberi fokus kepada menambah capaian prasarana luar bandar, terutama di kawasan pedalaman dan jauh terpencil di Sarawak secara lebih holistik. Di bawah GTP 1.0 yang merangkumi tempoh 2010 hingga 2012, Jabu berkata projek jalan luar bandar melibatkan jarak 911.87km dengan kos RM1.70 bilion telah siap dibina atau dinaik taraf, melebihi sasaran awal sebanyak 900km. Selain itu, katanya sejumlah 22,936 unit rumah di bawah program bantuan rumah (PBR) telah siap dibina atau dibaik pulih dengan kos RM426.7 juta dalam tempoh sama. Pencapaian itu menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang kerana sasaran awal PBR negeri Sarawak untuk tiga tahun berkenaan ialah sebanyak 16,671 unit, katanya. |
BN Tunai Janji Bangunkan Perkampungan Orang Asli Cameron Highlands Posted: 29 May 2013 12:39 AM PDT KUALA LIPIS, 29 Mei – Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menunaikan janji melaksanakan projek pembangunan perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands. Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel berkata pembinaan jalan, rumah serta bantuan kebajikan kepada penduduk Orang Asli akan diteruskan, malah kerajaan berhasrat untuk meningkatkan taraf hidup golongan itu ke tahap yang lebih baik. “Kerajaan BN tidak pilih kasih di dalam melaksanakan pembangunan untuk rakyat, malah kepentingan setiap rakyat akan tetap diberikan keutamaan. “Orang Asli sama seperti penduduk lain, berhak menikmati pembangunan dan peluang yang disediakan kerajaan,” katanya pada majlis kesyukuran kemenangan BN pada pilihan raya umum lalu di perkampungan Orang Asli Pos Kuala Koyan, di sini semalam. Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata tohmahan pembangkang bahawa BN meminggirkan Orang Asli fitnah sama sekali malah banyak peluang disediakan kerajaan untuk masyarakat peribumi itu. Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat Orang Asli agar menghubungi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), wakil rakyat, penghulu, pemimpin tempatan dan tok batin untuk memperoleh maklumat tepat mengenai sesuatu projek pembangunan. |
Pas Terus Dipersoal…Sokong Demokrasi Tetapi Jayakan Perhimpunan 505 Posted: 28 May 2013 09:45 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Mei – Pas hari ini dipersoalkan sampai bilakah mereka akan bermain wayang berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu setelah beberapa pemimpin mereka dilihat cukup bersemangat menjayakan perhimpunan 505. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Afandi Yusof berkata tindakan berkenaan akan terus menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum akan sikap sebenar Pas berhubung perkara tersebut dan sewajarnya perkara tersebut perlu diperhalusi oleh pucuk pimpinan Pas. Menurut beliau Pas tentunya akan dilabel sebagai parti yang tidak berprnisip setelah menerima kemenangan di Kelantan namun beberapa pemimpinya turut serta dalam perhimpunan tersebut. "Kelantan sendiri kerajaannya adalah diterajui oleh Pas dan Menteri Besarnya adalah ADUN daripada Pas, Timbalannya ADUN Pas, kalangan Exco kerajaan negeri pula Pas tapi takkan di Kelantan boleh terima kemenangan namun tempat-tempat lain dipertikai. "Malah difahamkan sebelum ini pucuk pimpinan mereka dikatakan menerima keputusan berkenaan dan menyokong sistem demokrasi. Inilah sebenarnya yang akan menjadi penanda aras kepada tanda tanya rakyat akan sikap sebenar Pas. Apakah ini dikatakan berprinsip," katanya. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya berkata bukanlah hasratnya untuk mencampuri urusan parti tersebut, namun sekadar memberikan pandanagan setelah melihatkan kepada senario yang berlaku itu. "Bukannya apa, kita pun tidak mahu campur urusan parti mereka tetapi sepertimana yang menjadi tanda tanya yang lain, kita pun turut rasa terpanggil. "Yerlah, boleh terima kemenangan dan membentuk kerajaan negeri serta menyokong demokrasi tetapi turut serta dalam perhimpunan 505. Nampak sangat 'kluk kleknya' dan terserlah‚ wayangnya. Inilah yang dipersoalkan oleh orang ramai," katanya lagi. – MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment