Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! GRO Menjadi 'Hadiah' Kemenangan Pakatan Di Selangor! #TolakPR

Posted: 22 May 2013 08:18 AM PDT



Sehari dua lepas sekumpulan anggota polis dari IPD Shah Alam telah melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Setia Alam dan berjaya menahan 5 orang wanita asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO).

Penangkapan kelima-lima GRO warga Thailand ini bersama-sama 32 pengunjung yang leka diulit layan seksual sekali gus membuktikan Bandaraya Shah Alam yang suatu ketika dulu bersih dari kegiatan maksiat sebegini, kini sudah tidak seperti dulu lagi.

Serbuan itu dilakukan selepas hasil risikan selama 24 jam selepas menerima aduan awam mengenai kegiatan maksiat di premis tersebut.

Premis hiburan itu yang suatu ketika diumumkan oleh Kerajaan Selangor hanyalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti muzik ternyata benar-benar sudah berubah menjadi pusat maksiat seperti dibimbangi ramai sebelum.

Dulu di waktu zaman pemerintahan BN premis sebegini agak sukar untuk ditemui disebabkan keseriusan Kerajaan Negeri melakukan serbuan demi serbuan untuk membasminya. Tapi semenjak PR berkuasa di Selangor suasana sudah banyak berubah barangkali kerana ia dilihat sebagai penyumbang utama untuk kantung Kerajaan Negeri.

Barangkali inilah hadiah penuh makna bagi para pengundi di Selangor khususnya bagi penyokong PR apabila wujudnya premis sebegini yang pastinya akan terus bercambah dari masa ke semasa sama seperti kewujudan rumah urut di hampir setiap Seksyen di Shah Alam. - Panglima Perang


McTheory:
Tahniah rakyat Selangor.. pilihan yang amat bijak!

EKSKLUSIF! Kenyataan Rasmi YAB Menteri Besar Kedah Mengenai Himpunan Black Mental 505 Semalam!! #BlackOut505

Posted: 22 May 2013 06:38 AM PDT

Dato' Paduka Mukhriz Mahathir

KENYATAAN MEDIA
YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN

Jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, yang terlalu sedikit berbanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti rakyat menolak budaya liar yg cuba dibawa oleh Anwar dan pembangkang. Rakyat sudah menggunakan haknya untuk memilih Kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri Kedah.

Tumpuan kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat sekarang ialah untuk memenuhi segala akujanji dalam tempoh lima tahun akan datang dan memenuhi ikrar melakukan transformasi menjana pembangunan yang bermanafaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik atau latarbelakang .

Sehubungan dengan itu saya mengajak rakyat untuk mengalih tumpuan untuk turut sama menyumbang serta memainkan peranan menjadi sebahagian dari kejayaan merubah pencapaian Kedah menuju kemajuan. Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan Pru13 termasuklah di negeri yang mereka menangi.

Saya cabar pakatan untuk melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya masih tidak boleh menerima keputusan Pru13 yang lalu.

Jangan kelirukan rakyat dengan memanipulasikan isu undi popular. Tidak wajar untuk mereka memaksa Kerajaan Barisan Nasional berundur sedangkan mereka sendiri tidak mahu berundur di Negeri-negeri yang dimenangi.

Saya juga menyeru Anwar serta konco-konconya dalam pembangkang agar segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar bukannya sekadar membazir masa menerusi perhimpunan yang merosakkan keharmonian serta mencalar imej negara khususnya negeri Kedah yang aman damai.


Komen:
Ada berani ka Pakatan lepaskan kuasa dinegeri yang mereka menangi tu? Potong jari la puak tu tak berani. Mereka hanya pandai cakap saja! Kalau betul tak adil, MB Kelantan, Selangor dan KM Penang angkat sumpah buat apa? Cakap tak serupa bikin.

Habaq la hangpa cuma gila kuasa, takmau mengaku kalah!! Bodoh punya orang!!

McTheory:
Senyum tak perlu kata apa-apa.. senyum!

PANASS!! @MahfuzOmar Cabar @MukhrizMahathir Berdebat Dengannya? #HanyaDiKedah

Posted: 22 May 2013 05:38 AM PDT


Seronok kacau si Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru ni. Dia punya nak tunjuk terer, siap ajak MB Kedah ni berdebat! He he he.. Apa yang Mahfuz ni tahu, selain berdebat?

Kita baca apa dia cuba merepek!


Mahfuz marah, kenapa Mukhriz tak benarkan guna stadium Sukamenanti untuk himpunan Black Mental 505. Siap ungkit, Pas pernah benarkan Najib guna, Pas pernah benarkan Tun Mahathir guna masa pra PRU tempohari.

Kenapa kini sejak jadi pembangkang depa dah tak boleh guna..

Tak payah tanya Dato Mukhriz laa.. meh sini Mc boleh jawab.

Pas benarkan BN guna dulu, untuk majlis berkaitan dengan kerajaan. Majlis nasional yang dihadiri oleh pemimpin negara dan negeri.

Kemudian Pas benarkan BN guna, untuk kempen pilihanraya umum. Kalau BN nak buat himpunan bantah Kerajaan Pas Kedah pun rasanya Azizan tak bagi!!

Mahfuz lupa kot, geng 'Bersih KUIN' pernah nak guna stadium tu untuk buat perhimpunan, tapi akhirnya ditolak dan mereka buat dekat stadium tu juga, tapi tepi jalan. Kenapa tak benarkan? Kerana himpunan tu untuk bantah Kerajaan Pas Kedah!!

Sama juga macam sekarang ni.. Mahfuz nak suruh BN Kedah benarkan mereka berkumpul untuk hasut rakyat menentang Kerajaan? Gila ka apa?

Dato Mukhriz tu bijak la, kalau nak dibandingkan dengan Mahfuz, bak langit dan bumi!! Kalau bagi Phahrolrazi mungkin ada saingan. Tapi dah Pas pilih Mahfuz, memang lauk la kena kali ni.

Bab jemputan berdebat tu.. Mahfuz cabar orang lain saja la, sebab Dato Mukhriz sibuk nak cuci tahi-tahi bekas Kerajaan Pas Kedah yang dulu. KUIN saja dah beban RM46juta setahun..kalau Mahfuz nak tolong fikir cara settlekan pun ok juga. he he..

Kerajaan sibuk nak bekerja, pembangkang dok diam-diam dulu.. jangan kacau boleh?

McTheory:
Pi ceramah laaa.. kutip derma ka apa ka! he he..

TUDIAA!! Undi Dua Kali, Cerita Dongeng Zaman Moden Ciptaan Pakatan! #TolakPR

Posted: 22 May 2013 02:17 AM PDT


Diatas adalah keratan akhbar yang menunjukkan seorang pengundi muda mengakui bahawa dia boleh mengundi sebanyak dua kali dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Seorang sahabat Mc bertanya, budak tu mengundi siapa? Dia mengundi Pakatan atau dia mengundi BN? Dari gambar dalam keratan akhbar tu, nampak macam dia undi Pakatan.

Jika tidak, kenapa pulak Si Fuziah tu boleh turut serta dalam sidang media yang dibuat? Jelas, dari apa yang digambarkan, penyokong Pakatan pun boleh undi dua kali.

Sebelum ini, puak - puak Pakatan tu mendakwa bahawa wujud kemungkinan bahawa BN upah orang untuk mengundi sebanyak dua kali.

Tapi dalam kes ini, nampak gayanya semua dah jadi terbalik. Penyokong Pakatan pun boleh mengundi sebanyak dua kali. Dan ianya tidak mustahil. Si Fuziah tu dah membuktikannya.

Yang seterusnya, kenapa hanya buat laporan Polis? Bukannya Polis boleh ambik apa - apa tindakan pun terhadap perkara tersebut. Lain la kalau buat petisyen.

Sepatutnya, Fuziah memfailkan petisyen dan mempertikaikan perkara tersebut. Itu pun kalau dia benar - benar nak memperjuangkan Kebenaran.

Dengan cara itu, SPR boleh kira semula dan menyemak dakwaan yang telah dibuat. Hakikatnya, Fuziah tau mengenai perkara ini.

Tinggal lagi, tujuan dia bukannya nak menegakkan Kebenaran dan mencari jawapan bagi isu tersebut. Sebaliknya Si Fuziah tu hanya nak memburukkan imej SPR.

Satu lagi persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat Mc, ialah mengenai Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi. Apa yang diorang buat?

Adakah diorang pun berpakat dengan budak tu dan membiarkan dia melalui semua petugas SPR tanpa sebarang halangan dari mana - mana pihak?

Kenapa dia boleh terlepas sedangkan pencacai - pencacai Pakatan bersepah - sepah dekat luar pintu pagar bagi menghalang 'Pengundi Hantu'?

Kalau diorang boleh tahan 'Bangla' yang kebanyakkannya terdiri dari masyarakat orang India Malaysia, kenapa diorang boleh lepaskan budak ni begitu sahaja?

Nampak sangat wujud pertikaian dari kalangan petugas - petugas Pakatan dalam isu ini. Adakah mereka dah berpakat dalam isu 'Undi Dua Kali' ini?

Tidak mustahil kalau Si Fuziah tu cari 2000 orang penyokongnya untuk melakukan perkara tersebut. Dan perkara ni didedahkan bukan oleh orang lain. Tapi oleh Si Fuziah sendiri.

Maka saranan Mc kepada Si Fuziah. Buat la petisyen membantah keputusan PRU yang telah dimenanginya bagi membuktikan bahawa dia menang bukan sebab penyokong dia mengundi sebanyak DUA KALI!!! Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!!

Sumber dari Semut Hitam

McTheory:
Siapa yang tipu siapa ni?

TUDIAA!! Model Seluar Dalam Ni Nak Bunuh DS Najib dan Tun Mahathir? @PDRMsia

Posted: 21 May 2013 09:23 PM PDT


Konon lawa?

Buruknya muka tanpa makeup!!
Inilah model seluar dalam..tak sedar diri..
Setelah Mc baca apa yang si model 'seluar dalam' ni tulis kat dalam fb dia disini, memang Mc mengucap panjang, inilah hasil sikap membenci yang disemai oleh DAP kepada bangsa lain.

Ayat cina dap tu macam ni ..

Thought for Malaysia: Put bombs in najis and mahathir mamak's car and kill them both instantly, thus making all Malaysian happy. This shall be the true Merdeka day and I can finally return home in peace.


Sumber cerita ni Mc ambil kat SINI.

Nak bom DS Najib dan Tun Mahathir? Kalau nak rasa kena halau dari Malaysia, cuba la buat macam tu!!

Pihak berkuasa kena pantau hasutan macam ni. Kalau cybertroopers Melayu buat, awal-awal dah kena tangkap. Kali ni Mc harap tindakan yang sama juga perlu diambil keatas model seluar dalam ni.

Tak sedar diri hanya model seluar dalam, tapi berlagak macam bagus saja.


McTheory:
Takkan dia tak balik Malaysia kann?

PANASS!! Himpunan Maksiat di Kedah 505, Bukti Dap Berjaya 'SESAT'kan Pas!! #BlackOut505

Posted: 21 May 2013 06:50 PM PDT

Ustaz Pas dikepit oleh amoi-amoi Dap!!

Sudah dijangka himpunan BlackOut Mental 505 ni akan berlangsung dengan jayanya. Kita belum pun reda dari kempen PRU ke 13. Dah ada mangkuk ayun yang datang nak buat kacau menganggu orang bekerja nak majukan negeri Kedah ni.

Inilah kerja orang bodoh dan menyusahkan orang. Kalau mereka cerdik, sudah tentu mereka sekarang sudah menumpukan kepada negeri-negeri yang mereka menang. Buktikan bahawa mereka mampu buat lebih baik dari BN. Bukannya dengan buat kacau disana-sini.


Paling menyedihkan apabila upacara menyalakan api Solidariti bagi menyatakan sokongan terhadap Adam Adli yang diberkas pihak berkuasa.

Pas yang kononnya perjuangkan Islam harus ingat bahawa upacara membakar lilin atau menyalakan api bagi memperingati seseorang bukan ajaran Islam, sebaliknya lebih kearah ajaran kristian dan mujasi.

Umat Islam diajar untuk berdoa memohon bantuan dari Allah. Bukannya dengan menyalakan api secara ajaran kristian.

Apakah Pas hanya tahu berdoa untuk K.O kan UMNO, maki UMNO dan pecah perut musuh politiknya saja?

Disebalik ayat nak tarbiah Dap jadi Islam. Akhirnya Pas yang berjaya ditarbiah oleh Dap supaya menjadi lebih kristian!! Sebenarnya rakyat Kedah telah membuat pilihan yang tepat dengan menukar Kerajaan negeri.

Pas bukan lagi macam Pas yang dulu, hanya nama parti yang Islam. Tapi ajaran dan perlaksanaan dah jauh dari meyimpang!!

Gambar menarik posing terbaik dari Ustaz dan Ustazah Pas dipeluk-peluk!! 

Sukanya mereka!! he he..

McTheory:
Ulasan mengenai himpunan maksiat ini akan diteruskan lagi nanti..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...