CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[AIR ASIA BUAT HAL LAGI] Enggan Bawa Pulang Jenazah Ke Malaysia

Posted: 21 May 2013 06:56 PM PDT

Gambar Hiasan
 
Perkhidmatan syarikat penerbangan murah AirAsia sekali lagi menjadi perhatian umum berikutan keputusan syarikat itu enggan mengangkut pulang jenazah seorang wanita dari Jogjakarta ke negara ini.

Tindakan AirAsia memberi alasan 'tiada perkhidmatan menghantar pulang jenazah' menyebabkan waris wanita terpaksa membawa jenazah terlebih dulu menggunakan pesawat dari Jogjakarta ke Jakarta untuk menaiki Penerbangan Malaysia ke Kuala Lumpur malam ini.

Jenazah Fatimah Sudin, 71, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam. Warga emas itu meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang semalam di Rumah Sakit JIH, Jogjakarta kerana masalah jantung.

Anak Allahyarham yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, ibunya bersama sekumpulan rakyat Malaysia berangkat ke Jogjakarta menggunakan penerbangan AirAsia Jumaat lalu dan sepatutnya kembali ke tanah air pagi ini menggunakan penerbangan yang sama.

''Oleh kerana ibu saya menaiki pesawat AirAsia, maka ejen di Jogjakarta terus menghubungi syarikat tersebut untuk urusan penghantaran balik jenazah ibu saya. Bagaimanapun, ejen tersebut dimaklumkan AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan seumpama itu,'' katanya.

Dia yang terbang ke Jogjakarta sebaik mengetahui keadaan ibunya sedang tenat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Rumah Sakit JIH berkata, beliau sempat melihat keadaan ibunya yang sedang koma kira-kira pukul 1.50 petang semalam dan membacakan surah Yasin sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sejam selepas itu.

Dia berkata, selepas ibunya meninggal dunia dan dimaklumkan bahawa AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran jenazah, ejen di Jogjakarta menghubungi MAS untuk urusan tersebut.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana MAS tidak mempunyai penerbangan terus Jogjakarta ke KLIA, pihaknya terpaksa menguruskan penghantaran jenazah menerusi penerbangan Garuda ke Jakarta terlebih dahulu sebelum MAS dapat mengendalikan urusan tersebut sehingga selesai.

Menurutnya, pada petang Ahad lalu ibunya mengalami muntah-muntah ketika berada di dalam bas sebaik sahaja rombongan tersebut selesai menjamu juadah.

''Apabila tiba di hotel keadaan ibu saya semakin teruk, dan Allahyarham dimasukkan ke Rumah Sakit JIH. Doktor di sana memaklumkan ibu saya koma dan diserang angin ahmar selain mengalami masalah saluran darah tersumbat menyebabkan beliau tidak sedar.

''Allahyarham kemudian ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut sehinggalah saya tiba semalam,'' katanya.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, seorang pegawai AirAsia yang dihubungi memberitahu sebab syarikat itu tidak membawa jenazah adalah kerana mereka 'tidak mempunyai lesen' untuk berbuat demikian.-Utusan Online

[PENJENAYAH UGUT BUNUH NAJIB] Datuk Seri MENTERI KDN & POLIS Pohon Tangkap Penjenayah Ini

Posted: 21 May 2013 06:24 PM PDT

[PELAKON] Sharifah Nadia Akui Berita Pukul Suami Beri Kesan

Posted: 21 May 2013 06:16 PM PDT

Sharifah Nadia memberitahu berita mengenai dia memukul suaminya telah memberikan presepsi buruk masyarakat terhadapnya yang tidak tahu mengenai kejadian sebenar

PETALING JAYA: Pelakon yang pernah membintangi filem Diari Romeo iaitu Sharifah Nadia mengakui laporan dia didakwa mencederakan suaminya telah meninggalkan kesan kepada kehidupan peribadinya.

Sharifah atau nama sebenarnya Sharifah Nadia Yusnita Abd Haniff, 32, berkata, berita berkenaan telah memberikan presepsi buruk masyarakat terhadapnya yang tidak tahu mengenai kejadian sebenar.

"Apabila orang baca tentang artis wanita didakwa mencederakan suami berserta gambar saya yang
terpampang di akhbar sudah tentu ia memberi kesan kepada saya.

"Masyarakat tidak tahu cerita sebenar tentang apa yang berlaku dan saya agak terkilan apabila ada yang terus membuat pelbagai spekulasi tidak benar," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Sharifah pada 20 Mac lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana mencederakan suaminya, Lob Mahadir Abdul Shukur, 40 dengan mencalarkan tangannya pada November tahun lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekiranya sabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, Sharifah berkata, dia tidak perlu mempertahankan diri tentang berita yang dilaporkan akhbar tentangnya kerana ia tidak penting buat masa ini.

Jelas Sharifah, kebenaran akan terbukti di mahkamah dan tidak mahu membebankan fikiran dengan telahan masyarakat tentang kisah rumah tangganya.

"Apa orang nak kata tentang diri saya biarlah kerana hanya saya dan suami yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan rasanya saya tidak perlu untuk menjelaskan tentang keadaan sebenar kepada orang lain," katanya.

Mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak September 2011 dan dalam proses penceraian, Sharifah memberitahu kes berkenaan masih berjalan dan dia juga turut menfailkan kes dia dipukul suaminya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia masih dalam perbicaraan dan berharap ia dapat diselesaikan dengan segera," jelasnya.

Hasil perkahwinan dengan Lob, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Lob Ahmad Dani (6 tahun), Puteri Anis Khairah (5 tahun) dan Lob Umar Faiq (3 tahun).

[BUKTI, LAPOR POLIS] Fadhli Mengundi 2 Kali Untuk Uji Keberkesanan Pilihanraya

Posted: 21 May 2013 06:14 AM PDT

Mohd Fadhli (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berikutan boleh mengundi dua kali ketika PRU13 lalu. Turut hadir, Fuziah dan Mohd Aznel.

KUANTAN – Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.

Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.

Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.

"Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama," katanya.

"Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan," katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas Malaysia, Mohd Aznel Azharudin.

Pelik dengan situasi itu, Mohd Fadhli dari Perkampungan Sungai Isap Damai terus membuat laporan polis berikutan dengan mudahnya  dia boleh mengundi dua kali.

Katanya, dia menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal di jarinya selepas cuba membersihkannya dengan sabun dan ternyata hilang dalam tempoh itu juga.

"Jadi saya ambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi," katanya.

Sementara itu, Fuziah mendakwa, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.

"Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik mereka SPR mengadakan PRU sekali lagi," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...