Kedah Ke KL - MctHeory |
- GILA AHH!! Disebabkan VIDEO Ini Anwar YAKIN Dia Jadi PM Malaysia!! #PRU13
- TUDIAA!! MB Kedah TOLAK Rayuan Perhimpunan #BlackOut505, Lu Orang Boleh Blahhh!! #HanyaDiKedah
- GEMPAR!! Ustaz Kazim Elias Di Ugut BUNUH? #TolakPR
- PANASS!! Anwar, Negara Ni Bapak Hang Punya Ka? #TolakPR
- HOT INFO! Anwar Punca Balai Polis Kena Serang?
- TUDIAA!! Tindakan Drastik Yang Berani Dari MB Kedah!! #HanyaDiKedah
GILA AHH!! Disebabkan VIDEO Ini Anwar YAKIN Dia Jadi PM Malaysia!! #PRU13 Posted: 19 May 2013 08:17 AM PDT Mungkin disebabkan video ini, puak pencacai Pakatan Haram percaya gila mereka akan menang PRU ke 13. Ada ka patut guna bomoh untuk tahu siapa menang? ha ha ha.. syirik sungguh! Laungan Allahuakbar tu pun hanya topeng untuk tutup kesalahan menipu! Serupa Pas la juga, guna agama untuk raih sokongan politik! Puii!! Bomoh kat atas ni, lebih kurang sama macam bomoh kat bawah ni juga kot. Bomoh temberang!! kah kah kah... kelakar laaa.. McTheory: Apa la punya bangang puak Pakatan ni.. hahahaha.. | ||||
TUDIAA!! MB Kedah TOLAK Rayuan Perhimpunan #BlackOut505, Lu Orang Boleh Blahhh!! #HanyaDiKedah Posted: 19 May 2013 05:37 AM PDT
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan. Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran. "Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima. "Kalau setakat nak berhimpun tidak ada masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini hari ini. Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim. Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas berkata, pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut. Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'. Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat. "Kita sudah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya. Semalam, Mc sendiri sempat berbual dengan YAB Menteri Besar Kedah, mengenai perkara ini, Mc berbual di rumah rasmi beliau sewaktu majlis kesyukuran. Kerana Mc mendapat tahu, pihak pembangkang membuat rayuan untuk terus berhimpun. "Apakah Dato' akan luluskan permohonan rayuan tersebut?" Mc menyoal Dato' Mukhriz "Sudah tentu tidak, kerana perhimpunan tersebut untuk menghasut dan isinya karut!" jawab beliau.. "Jika mereka teruskan juga, bagaimana?" Mc menyoal lagi.. "Pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap mereka" Tegas Dato' Mukhriz. Mc tersenyum puass.. lalu meminta untuk undur diri. Inilah pemimpin muda tegas yang kita cari!
McTheory: Hitam tu warna Syaitan, syaitan memang suka menghasut? | ||||
GEMPAR!! Ustaz Kazim Elias Di Ugut BUNUH? #TolakPR Posted: 19 May 2013 02:17 AM PDT Untuk terus melindungi kebatilan dan keserakahan mereka, tanpa ragu-ragu mereka melakukan pelbagai perkara onar, termasuklah mengugut untuk membunuh dan mengancam nyawa dan keselamatan orang yang boleh menelanjangkan kejahatan dan perangai syaitan mereka. Itulah yang berlaku kepada penceramah agama terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias yang telah mengambil keputusan untuk berhenti berceramah bermula dari 28 November lepas apabila ancaman terhadap keluarga dan harta bendanya semakin menjadi-jadi. Dia juga kecewa kerana telah dilabelkan sebagai USTAZ POLITIK. Bukan itu sahaja Ustaz Kazim pernah beberapa kali disantau sebegitu teruk sehingga kehilangan suara. Siapa tidak kenal Ustaz Kazim yang berjaya membina sebuah pondok pengajian terkenal seperti Al-Barakah di Kampung Manjoi. Ustaz Kazim merupakan salah seorang daripada penceramah yang paling diminati sehingga pernah suatu ketika ceramahnya di Youtube mendapat tempat pertama paling banyak penonton . Sememangnya ustaz Kazim juga agak 'glamour' yang memang ditunggu-tunggu ceramahnya. Programnya di sebuah stesen televisyen kabel seperti Astro Oasis, menjadi tarikan ramai walaupun ceramahnya dalam program berkenaan dibuat secara santai. Berbanding dengan sesetengah ustaz atau penceramah glamour yang sangat BERPIHAK KEPADA PARTI POLITIK PAS seperti Ustaz Azhar Idrus, Kazim Elias yang telah dipecat dari PAS suatu ketika dahulu kerana berjaya membuktikan kebatilan dan rancangan jahat Dewan Ulama PAS Perak, amat dibenci oleh para pengikut Pakatan Rakyat khususnya PAS. Jika penceramah seperti Ustaz Azhar Idrus atau lebih terkenal dengan nama glamour Ustaz McDee mendapat pujian beribu-ribu turun untuk mendengar ceramahnya kerana beliau pro-pembangkang. Walaupun sebutannya banyak yang tidak fasih berbahasa Melayu tetapi demi menyokong pembangkang mereka akan turun beramai-ramai sambil memberi pujian. Ustaz Azhar Idrus pula kelihatan sangat bebas, aman dan tidak pernah diancam walaupun ceramahnya, seringkali membinatangkan, membodohkan dan menghina intelektual sesiapa sahaja yang tidak disukainya. Bahkan Ustaz Mcdee itu disanjung dan dipuja, meskipun sebagai Ustaz Politik Glamour, beliau tidak menepati ciri-ciri seorang pengajar atau penceramah. Beginikah cara kebebasan yang mereka perjuangkan? Astagfirullahalazim! | ||||
PANASS!! Anwar, Negara Ni Bapak Hang Punya Ka? #TolakPR Posted: 18 May 2013 11:17 PM PDT Anwar dengan marah sombong menyerang Datuk Zahid Hamidi dengan kata-kata "Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu punya kah?", itupun gara-gara kena sindir dengan sebuah tulisan sahaja. Rakyat boleh menjawab, "Anwar kau ingat negara ini kau punyakah?" . Tatkala Pemimpin-pemimpin seluruh dunia mengucapkan Tahniah dan mengiktiraf kemenangan DS Najib dan BN dalam PRU13 baru-baru ini, seorang manusia bernama Anwar Ibrahim lantaran malu yang amat sangat, telah menangguhkan janji bersaranya dan kembali mengajak rakyat turun di jalan raya. Pemimpin-pemimpin PAS menerima dan menyeru ahli-ahli PAS supaya reda dengan kekalahan Pakatan, dimana pemimpin-pemimpin PAS di peringkat Pusat, PAS Terengganu, Kerajaan PAS Kelantan dan semakin ramai pemimpin PAS mengucapkan Tahniah kepada DS Najib, maka apakah relevannya tipudemo-tipudemo lagi itu. Siapa menipu rakyat? Zahid Hamidi atau Anwar Ibrahim? Siapa yang berkata pengundi berkulit gelap dan hitam sebagai pengundi Bangla! Parti mana yang menahan pengundi berkulit gelap, merampas ICnya kemudian apabila tersalah orang memujuk pengundi berkulit gelap itu dengan sejumlah wang ringgit? Siapa tipu rakyat menggunakan nama Ulama besar Dr. Yusof Qardawi kononnya dialah seorang manusia paling layak menjadi Perdana Menteri! Walhal surat itu surat palsu yang dikarangnya sendiri. Jika Anwar Ibrahim bukan menipu, tidak mungkin Azmin Ali menyuruhnya "musahabahlah kau Anwar", tidak mungkin Azmin Ali berkata "sudah bosan mengheret rakyat berdemo demi kepentingan peribadi". NEGARA INI KAMU PUNYAKAH ANWAR? Kami rakyat sudah bosan dengan kerenahmu, menyusahkan kami rakyat jelata yang mahu hidup aman dan damai. Kamu tahukah berapa ramai kakitangan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang ponteng kerja, balik awal kerana dipaksa menguruskan dan melibatkan diri dalam demo kamu? Kamu ingat ini negara kamukah Anwar sehingga mengganggu fikiran mulia anak-anak kami dengan kata-kata Rasis dan Menghasut kamu. Apakah di Malaysia ini kamu tidak pandai bercakap mulia, berucap mahabbah, bersantun dan bersopan tanpa perlu mengheret rakyat ke tengah padang lalu kamu kotorkan padang itu, kamu rosakkan tandas dengan segala macam sampah, di luar stadium busuk dengan bekas makanan dan rokok-rokok kamu, sehingga kami anak-anak geli dan nak muntah bila lalu di kawasan itu. Kamu ingat ini negara kamu kah kamu suka hati buat begitu? Kami tahulah kamu pelajar Sastera dengan keputusan kelas 3, tak mengapalah saya pun bukanlah pandai sangat tapi saya tahu membezakan angka 133 dengan 89. Saya tahu siapa menang siapa kalah! Yang saya tidak faham kenapa orang kalah tidak mengaku kalah masih menjerit-jerit meroyan dia menang! Anak saya tahun 1 pun tahu angka 89 lebih kecil daripada angka 133! Kamu memang penipu Anwar Ibrahim, kamu kata SPR menipu tapi dalam diam-diam kamu sedang menyusun langkah untuk menghantar petisyen kepada SPR? Kamu Anwar sangat ketingggalan zaman, ketika PRU13 sudah berlalu diteruskan dengan pembentukan kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri termasuklah di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, Raja-Raja di Perlis, Johor, Perak, Selangor, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu,Pahang dan SPB Yang DiPertuan Agong turut bertitah supaya rakyat kembali bersatu...kamu pula masih lagi gila-gila bayang di tengah padang! Kenapa kamu tidak beritahu Lim Kit Siang "sudahlah bro Kit Siang, kita dah kalah tak payahlah demo-demo ne, saya malu ne, saya dah tua ne,"...kenapa kamu tidak beritahu penaja-penaja kamu atau orang-orang di luar negara yang barangkali kamu pinjam wang mereka dengan janji-janji manis kamu beritahu kepada mereka "saya sudah kalah, sorilah kita cuba next PRU". Senang dan mudah. Kalau semua itu kamu tidak boleh buat, apakah kerana kamu fikir negara ini kamu punya wahai Anwar Ibrahim, kamu menghina rakyat yang mahukan keamanan dan kedamaian dengan tipudemo-tipudemo kamu itu? Pesanan dari luar negara: "Anwar, we don't need RCI on general election. We need urgently RCI on Lahad Datu!". Apa kamu ingat negara ini negara kamu kah Anwar hanya nak buat RCI pilihanraya PRU13, apa pasal tak buat RCI Lahad Datu yang membunuh dengan kejam lebih 10 perajurit negara? Saja nak sampaikan pesanan ini kepada Anwar, sampaikanlah kepadanya. (artikel ini adalah kiriman emel, oleh Datuk S. dipetik dari MyMassa) | ||||
HOT INFO! Anwar Punca Balai Polis Kena Serang? Posted: 18 May 2013 08:37 PM PDT
Apa nak jadi la dengan rakyat Malaysia sekarang ni. Dulu rakyat Malaysia cukup respek dengan polis dan undang-undang. Namun sejak wujudnya manusia yang bernama Anwar Ibrahim ni. Pelbagai masalah dah wujud, hingga sudah ada kumpulan yang menentang undang-undang. Celaka sungguh, semuanya salah Anwar Ibrahim..manusia paling celaka dalam Malaysia! Memetik laporan bernama, Dua lelaki termasuk seorang anggota polis Pasukan Gerakan Am Batalion Keenam, Bakri, Muar, cedera setelah diserang lima lelaki bersenjata parang di kawasan Balai Polis Labis, di sini, Sabtu. Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukaimi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, anggota polis berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, kaki kanan, dan anggota tubuh badan, manakala rakannya hanya mengalami cedera ringan. "Kedua-dua mangsa bersama dua orang lagi termasuk isteri mangsa sebelum itu sedang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Labis-Segamat. "Bagaimanapun ketika di pertengahan jalan iaitu kira-kira dua kilometer daripada Balai Polis Labis, kereta yang dinaiki mangsa telah ditahan oleh sekumpulan lelaki," katanya ketika dihubungi di sini malam Sabtu. Menurutnya anggota polis berkenaan yang keluar daripada kereta selepas itu telah ditetak dengan parang daripada belakang oleh salah seorang lelaki terbabit menyebabkan mangsa terpaksa menyelamatkan diri dan kembali masuk ke dalam kereta. Katanya, melihat keadaan itu rakan mangsa bertindak memecut kenderaan ke arah balai polis, namun telah diekori oleh kumpulan lelaki tersebut dengan sebuah kereta. "Rakan mangsa yang keluar untuk membuat laporan kemudian telah diserang di kawasan balai polis berkenaan sebelum anggota polis di balai polis berkenaan bertindak menahan mereka yang terlibat," katanya. Berikutan itu, polis menahan lima lelaki berusi 30 hingga 40-an di tempat kejadaian dan merampas empat bilah parang yang digunakan untuk menyerang mangsa. Mereka ditahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata. Kedua-dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat di sini untuk menerima rawatan lanjut. Anggota polis berkenan kini masih menerima rawatan di hospital berkenaan manakala rakannya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar. P/s: Sejak Anwar dok buat kacau ni, makin ramai orang mereng mengamuk!! McTheory: Semua salah Anwar, mengajar manusia jadi jahat! | ||||
TUDIAA!! Tindakan Drastik Yang Berani Dari MB Kedah!! #HanyaDiKedah Posted: 18 May 2013 05:43 PM PDT Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir mengarahkan aktiviti pembalakan di Gunung Inas Baling dan Tasik Pedu Padang Terap yang dibantah rakyat, dihentikan bagi mengelakkan ia memberi kesan negatif alam sekitar dan rakyat. Tegas beliau, aktiviti itu perlu dihentikan sementara supaya kajian semula dapat dilakukan termasuk menyemak semua konsesi pembalakan bagi memastikan ia mematuhi setiap syarat berdasarkan laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA). "Sekiranya ada sebarang aduan berasaskan kepada bukti menyatakan bahawa syarat tersebut walaupun sedikit tidak dipatuhi, maka saya tidak akan teragak-agak untuk mengarahkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan (terus) dengan segera," katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN) Kedah di Seri Mentaloon, di sini hari ini. Mukhriz berkata, semakan semula terhadap konsesi itu bukan bertujuan hendak 'kacau rezeki orang' tetapi bermatlamat memastikan kepentingan rakyat didahulukan. "Pada masa depan seboleh-bolehnya saya tak mahu keluarkan konsesi pembalakan lagi. Kita kena cari sumber pendapatan lain untuk Kedah," katanya. Sementara itu, Mukhriz berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Kolej Universiti Insaniah (Kuin) termasuk Rektornya Prof. Datuk Dr. Jamil Osman bagi menyelesaikan masalah yang berlaku di kolej universiti milik kerajaan negeri itu. Beliau turut meminta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyiapkan laporan menyeluruh menentukan hala tuju baharu Kuin. "Kita juga berbincang dengan pihak lain yang terlibat dengan Kuin. Paling penting kita kena jaga kebajikan pelajar, kakitangan dan kemudian baharu pengurusan," katanya. Mengenai bayaran pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk Kuin di Kuala Ketil, beliau berkata, jumlah itu terlalu membebankan rakyat kerana wang kerajaan negeri adalah wang rakyat. Laporan berita yang dipetik dari Utusan. Jenuh la MB baru ni nak kena cuci balik 'tahi' yang Pas Kedah tinggalkan. Paling teruk hutang bank RM46 juta setahun tu. Macam mana la Kerajaan Negeri Kedah nak bayar balik? Selamat dapat balik kat BN, kalau bagi pada Pas lagi, bungkuih la Kedah!! McTheory: Tu pun Pas tak sedaq diri lagi!! adehh |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment