CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[PERANG EXCO SELANGOR] DAP Selangor PERTIKAI senarai Exco

Posted: 19 May 2013 01:49 AM PDT

Tony Pua berkata DAP seharusnya mendapat empat kerusi Exco berbanding tiga yang diumumkan Khalid
PETALING JAYA, 19 Mei — DAP Selangor mempersoalkan senarai Exco kerajaan negeri yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, seminggu selepas pergolakkan dalam PKR mengenai jawatan tertinggi negeri selesai.

Timbalan pengerusi DAP negeri Tony Pua mengatakan parti itu seharusnya mendapat empat kerusi Exco berbanding tiga yang diumumkan Khalid dan jawatan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Semalam kami dapati senarai nama yang lain" kata Pua kepada pemberita di Subang Jaya di sini hari ini.

"Kami mahu tahu mengapa... tiada masalah pada Khamis. Ia adalah mesyuarat sekejap setengah jam," tambah beliau.

Pua mengatakan Khalid dan PR Selangor – yang diwakili oleh Teresa Kok dan Datuk Teng Chang Kim bersama-sama pemimpin PAS Khalid Samad dan Dr Rani Osman – telah bersetuju dalam mesyuarat Khamis lepas DAP akan mendapat empat tempat dalam Exco dan PAS mendapat tiga dan boleh memilih Speaker Selangor.

Khalid memberitahu pemberita malam tadi empat kerusi Exco akan diberikan kepada PAS sementara DAP dan PKR masing-masing mendapat tiga kerusi selain jawatan speaker diberikan kepada DAP.

Pua berkata mengetahui tahu tentang senarai exco tersebut selepas membaca komen di Twitter oleh Abdul Khalid malam tadi.

"Kami terkejut dengan Tan Sri," kata MP Petaling Jaya Utara itu.

"Apa gunanya mesyuarat itu?" katanya.

Pua berkata Teng dan Kok telah cuba untuk menghubungi Khalid untuk mendapatkan penjelasan, tetapi tidak berhasil.

Semalam, Abdul Khalid dalam satu majlis kesyukuran di Pandamaran Jaya berkata ahli exco akan diumum dalam satu majlis angkat sumpah yang akan diadakan dua minggu lagi serta mendedahkan telah menyerahkan senarai nama kepada Sultan Selangor.

Khalid, yang ditanya berulang kali untuk mendedahkan senarai Exco yang dipilihnya, mengelak untuk menjawab sama ada timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali berada dalam senarai itu ataupun tidak.

Sebelum ini, Azmin difahamkan mengintai jawatan penting di negeri terkaya itu sehingga tercetus sedikit pertikaian dan drama dan berakhir selepas Abdul Khalid mengangkat sumpah Selasa lalu, lebih seminggu selepas selesai pilihan raya umum 5 Mei.

Khalid telah dilantik semula sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua selepas Pakatan Rakyat (PR) memenangi majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2013 dengan meraih 44 kerusi 56 kerusi DUN.

PAS dan DAP memenangi 15 kerusi setiap satu, manakala PKR pula 14 kerusi.

Khalid tak bimbang jika Azmin jadi exco

Posted: 19 May 2013 01:29 AM PDT


EKSKLUSIF Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yakin pentadbiran kerajaan negeri Selangor tidak akan pincang kerana yakin dengan kemampuannya untuk mengetuai pentadbiran itu buat penggal kedua selepas mengangkat sumpah minggu lalu.

Bercakap dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pagi ini, bekas tokoh koporat berusia 66 tahun itu berkata oleh kerana beliau berjuang sewaktu zaman Reformasi, maka beliau perlu jujur dalam pentadbirannya.

"Saya datang dari (zaman) Reformasi dahulu. Apa yang teruk yang boleh berlaku kepada saya? Saya tidak boleh mentadbir? Kalau saya tidak boleh mentadbir, saya tidak akan melakukannya.

"Kamu datang daripada kumpulan ini, yang mahu kamu berkhidmat kepada rakyat. Sekiranya kamu ingin berkhidmat, kamu mesti merendah diri (humility) untuk menerangkan kepaada rakyat Selangor bahawa kamu boleh mentadbir," katanya.

Beliau menjawab soalan berhubung kemungkinan kemasukan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan kumpulannya dalam majlis eksekutif negeri boleh menjejaskan kedudukannya.


"Tidak," tegasnya apabila ditanya sekiranya kehadiran Azmin mungkin boleh memberi kesan kepada gaya pengurusan pentadbiran Khalid.

Mengulas mengenai kemampuan peranannya dalam parti pula, Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata beliau perlu bijaksana menyatakan sesuatu yang betul dan memberitahu pemimpin parti apa yang dilakukannya adalah tepat.

Sebagai contoh, katanya, terdapat ramai di kalangan pemimpin partinya yang didakwanya mahu  menggunakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), untuk mendapatkan duit bagi tujuan politik.

"Saya perlu bijak. Saya kata, kita dalam gerakan Reformasi. Kita percaya bahawa kita tidak boleh menggunakan wang rakyat, sebarang tindakan untuk mendapat wang, melakukan sesuatu melampaui CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang biasa, ia tidak boleh diterima," katanya.

Katanya, beliau akan menganggap cadangan seperti itu sebagai satu perkara yang teruk.

Bagaimanapun, golongan pemimpin parti yang tidak dinamakannya itu akan bertenang selepas beliau memberikan penjelaskan, katanya lagi.

"Tapi kemudiannya selepas ia boleh diterima akal, mereka akan tenang," katanya sewaktu ditemubual di kediamannya di Bukit Damansara.

[PERHATIAN PENYOKONG PAS] Pas TIDAK SOKONG PRO-PR Jatuhkan Kerajaan guna KEKERASAN

Posted: 19 May 2013 12:35 AM PDT


SHAH ALAM – Pas berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro-PR untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas berpendirian begitu kerana di negara ini masih terdapat prosedur lain terutamanya melalui mahkamah atau petisyen untuk mencabar keputusan PRU13.

Menurutnya, oleh sebab itu, Pas sekarang masih mengumpul bukti yang didakwa berlakunya penyelewengan di seluruh negara pada PRU13 lalu."Pas berpendirian tidak akan bersama dengan perjuangan kumpulan ini. Memang terdapatnya perasaan tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya tetapi Pas akan mengambil pendekatan mengikut saluran undang-undang dengan mengemukakan petisyen.

"Bagaimana pun Pas tiada kuasa untuk menghalang kumpulan ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebuah portal berita melaporkan, sebuah NGO yang menggelar diri mereka Asal Bukan Umno (ABU) melalui jurucakapnya Haris Ibrahim, merancang untuk mengadakan himpunan besar-besaran untuk menggulingkan kerajaan seterusnya merampas Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib turut berpendirian Pas tidak bersetuju dengan cara kekerasan untuk mengambil alih kuasa kerana cara tersebut sudah pasti akan merosakkan negara.

Katanya, Pas memilih cara demokrasi sebagai wadah perjuangan untuk menegakkan cita-cita membentuk sebuah negara Islam di Malaysia.

"Pas tolak cara kekerasan, Pas hanya memilih cara demokrasi, kami tidak akan ikut mereka," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga menolak sebarang usaha menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan kerana cara tersebut akan menghumban negara ke kancah ketidakstabilan.

Setakat ini, sebanyak enam perhimpunan besar oleh mereka yang menggelarnya sebagai 'Himpunan 505' bermula daripada perhimpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu, tiga hari selepas PRU13.

[SIAPA LEBIH BERKUASA?] Hutan Cameron Highlands Terus Digondol

Posted: 18 May 2013 07:39 PM PDT

AKTIVITI pembersihan hutan yang berlaku berhampiran dengan Pos Terisu, Cameron Highlands ini dianggarkan membabitkan sekurang-kurangnya empat bukit dan lembah

CAMERON HIGHLANDS: Aktiviti pembersihan tanah mapan berterusan pada skala yang mengejutkan di sini, dengan kawasan hutan yang dianggarkan berkeluasan beberapa saiz padang bola sepak ditebang bagi memberi laluan kepada penukaran projek pertanian.

Sebahagian besar kerja-kerja pembersihan tanah itu berlaku jauh daripada pandangan awam.
Aktiviti pembersihan hutan yang berlaku berhampiran dengan Pos Terisu itu dianggarkan membabitkan sekurang-kurangnya empat bukit dan lembah.

Sesetengah daripadanya tidak lagi menyerupai bukit apabila puncaknya mula diratakan bagi memudahkan petani menanam sayur-sayuran.

Tinjauan The Star menunjukkan pekerja mengendalikan mesin pada hujung minggu walaupun tidakan itu adalah sesuatu yang dilarang.


Hakisan yang berlaku juga menjejaskan banyak sungai, dengan air yang mengalir perlahan akibat saluran tersumbat apabila kelodak masuk ke dalam sungai.

Proses penggondolan hutan itu juga dilakukan di kawasan yang mempunyai cerun yang sangat curam yang boleh mengakibatkan tanah runtuh sekiranya hujan.

Buktinya jalan yang menghala ke kawasan ini dipenuhi dengan lubang besar malah terdapat juga bahagian yang telahpun runtuh.

Presiden Persatuan Alam Sekitar Serantau Cameron Highlands, R. Ramakrishnan berkata, aktiviti pembersihan bukit di kawasan itu mula dilakukan dalam tempoh kurang daripada sebulan yang lalu yang menjangkau lebih 40 hektar.

Katanya, beliau telah membuat tinjauan beberapa kali ke kawasan itu dan mendapati aktivinya makin dipercepatkan semasa pilihan raya umum yang lalu.

"Kakitangan Pejabat Tanah dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini menjadi penyebab pihak terbabit bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahu, termasuk membawa masuk jentera berat yang dilarang," katanya, sambil menambah bahawa sebanyak tiga jengkaut dan 20 traktor dikesan berada di satu kawasan.

VIDEO Datuk Bandar HISAP KOKAIN cetus kemarahan

Posted: 18 May 2013 07:17 PM PDT

DATUK Bandar Toronto, Rob Ford diserbu oleh sekumpulan wartawan di luar pejabatnya di Toronto, Kanada selepas video yang mendakwa dia menghisap kokain tersebar.

TORONTO, Kanada - Satu klip video yang didakwa menunjukkan Datuk Bandar Toronto, Rob Ford menghisap dadah jenis kokain mencetuskan kemarahan orang ramai di negara ini.

Video itu bagaimanapun tidak disiarkan secara meluas. Jadi agak sukar untuk memastikan ketulenannya.

Laman web gosip, Gawker dan akhbar The Toronto Star melaporkan video itu dirakam oleh seorang lelaki yang mendakwa dia menjual kokain kepada Ford.

Ford menyifatkan tuduhan itu sebagai merepek. Dia kemudian membuat komen sama sebanyak dua kali di luar pejabatnya dan menambah 'ada berita lain yang dimahukan oleh Toronto Star daripadanya'.

This photo shows Toronto Mayor Rob Ford with a man who, according to a source, is fatal gunshot victim Anthony Smith. The photo was given to the Toronto Star by the same person who later showed Star reporters a video in which Ford appears to be smoking crack cocaine.

Jurucakap polis Toronto, Mark Pugash memberitahu pihaknya memantau rapat perkembangan situasi terbabit.

Toronto Star menyatakan dua orang wartawannya menonton satu klip video yang menunjukkan Ford duduk di atas sebuah kerusi dan menyedut sesuatu daripada botol kaca. Akhbar itu turut menuduh Ford membuat kenyataan antigay kepada pemimpin Liberal, Justin Trudeau.

Timbalan Datuk Bandar Toronto, Doug Holyday mempersoalkan ketulenan video itu sambil menyatakan video boleh diubah dan pengedar dadah tidak boleh dipercayai. - AP


May 17 - Toronto Mayor Rob Ford denies allegations that he smoked crack cocaine after reports that a video exists that allegedly shows him doing so

Ketua Pemuda Umno Bagan Serai meninggal

Posted: 18 May 2013 07:54 AM PDT

Keadaan Sharudin yang terlantar di Unit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Taiping sambil ditemani isteri dan ahli keluarga.
BAGAN SERAI - Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang tidak sedarkan diri sejak tiga hari lalu disahkan meninggal dunia malam ini.

Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi hati, jantung dan buah pinggang setelah dijangkiti bakteria di Hospital Taiping jam 8.30 malam.

Sebelum ini arwah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping kerana mengalami masalah berkenaan.

Calon Barisan Nasional(BN) Dun Selinsing pada PRU13 itu meninggalkan seorang balu dan tiga anak setelah bertarung nyawa pada awalnya di Hospital Columbia Asia sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.

Ketika menjalani rawatan beberapa pemimpin politik sempat melawat beliau termasuklah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha.

Pada petang sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, Umno Bahagian Bagan Serai sempat mengadakan majlis doa selamat bagi memohon agar kesihatan Sharudin pulih.

Kepimpinan Umno Bahagian Bagan Serai sebelum ini sentiasa memantau keadaan Sharudin dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Tarmizi ketika ditemui menegaskan pihaknya bersimpati dengan keadaan Sharudin yang disifatkannya sebagai pemimpin politik mesra rakyat.

Menurutnya, Sharudin juga dianggap komited dalam perjuangan parti dan sentiasa memberikan yang terbaik sewaktu dipilih sebagai calon BN pada PRU13 lalu.

[DESAK ADAM BEBAS, BERKHEMAH DEPAN BALAI POLIS] Polis beri amaran TINDAKAN TEGAS

Posted: 18 May 2013 05:21 AM PDT

SHAH ALAM - Beberapa kumpulan aktivis pelajar merancang untuk mengadakan himpunan di hadapan Balai Polis Jinjang malam ini sebagai tanda protes terhadap penahanan, Adam Adli Abdul Halim.

Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 124 Akta Hasutan.

Dipetik laman mikro Twitter salah seorang ahli kumpulan aktivis, Mandeep Singh, mereka akan mula berkumpul di hadapan balai polis tersebut pada jam 8 malam dengan memakai pakaian bewarna hitam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan Adam Adli ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah sekesyen 4 (1) Akta hasutan 1948, pada jam 3.15 petang tadi.

Mohmad juga menasihatkan orang ramai supaya tidak meneruskan aktiviti yang boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada negara.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan pecah keamanan dan mencetuskan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya pada satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 6.30 petang, hari ini.

Sebelum itu, beberapa pemimpin pembangkang turut melahirkan reaksi tidak puas hati dengan tindakan yang dikenankan terhadap aktivis tersebut.

"... aktivis pelajar Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan di Bangsar sebentar tadi. Zahid tunjuk taring?," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dipetik di laman Twitternya.

Rakan seperjuangannya N.surendran turut melahirkan perasaan sama ekoran penahanan Adli.

"Kejam," katanya apabila mengetahui perkara itu yang disebarkan melalui media.

18 MEI [MENGHASUT] Adam Adli DITAHAN POLIS kerana menghasut

Posted: 18 May 2013 03:28 AM PDT


SHAH ALAM - Aktivis pelajar, Adam Adli hari ini ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.

Menulis di laman mikro Twitter miliknya, Adam berkata dia ditahan di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Dilaporkan, Adam yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.

Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Adam sebelum ini pernah menggemparkan negara kerana menurunkan bendera yang memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Adam melakukan perbuatan itu dalam satu himpunan haram 17 Disember tahun lalu.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...