Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Rakyat Kelantan MInta BN Jangan Tunaikan Janji! #PRU13

Posted: 12 May 2013 08:49 AM PDT



Rakyat di kawasan Parlimen Gua Musang, mahu Kerajaan Persekutuan membatalkan hasrat menunaikan tujuh janji dalam manifesto BN untuk rakyat Kelantan.

Ini kerana secara keseluruhan rakyat negeri itu menolak BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lalu, dengan mengekalkan Pas di Kelantan.

Sebaliknya, mereka mahu kerajaan menunaikan janji itu di kawasan Parlimen dan Dun yang dimenangi BN sahaja.

Penduduk, Che Ahmad Said, 51, berkata, kawasan BN yang kalah itu menunjukkan pengundinya menolak projek pembangunan, yang dijanjikan kerajaan jika BN dapat memerintah Kelantan.

Beliau berkata, mereka langsung tidak memikirkan keperluan kemudahan asas di kawasannya, dan masih mahu hidup mundur di bawah pemerintahan kerajaan Pas.

"Oleh itu, Kerajaan Persekutuan hendaklah membatalkan hasrat melaksanakan tujuh janji BN termasuk pembinaan Jalan Kota Bharu - Kuala Krai dan beberapa projek lagi.

"Tak ada gunanya kerajaan melaksanakan kemudahan itu jika rakyat di kawasan terbabit menolaknya, dengan tidak memberi kemenangan kepada BN pada PRU13 lalu," katanya.

Hamzah Dol, 76, pula berkata, pengundi di kawasan lain perlu mencontohi Gua Musang, yang masih kekal memberi kemenangan kepada BN pada PRU13 lalu kerana mahukan kemajuan dikawasan berkenaan.

"Pembangunan yang lebih pesat di kawasan Parlimen itu sejak berpuluh tahun lalu, memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menikmati pembaharuan,"katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, bukan sahaja kemudahan jalan, juga kemudahan lain yang boleh meningkatkan taraf ekonomi rakyat yang masih dahagakan kemajuannya.

"Tambahan pula Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai banyak pengalaman dalam pentadbiran, sekali gus akan membangunkan lagi kawasan berkenaan," katanya. - Sinar.

HOT INFO! Guan Eng Sudah Rasa Diri Macam 'Dewa Kaum Cina'!! #TolakDAP

Posted: 11 May 2013 10:18 PM PDT

Silap pulak.. ini bapak dia.. heh//
Lim Guan Eng seolah-olah mengejek tindakan MCA dan Gerakan menutup bilik gerakan mereka selepas kalah pada PRU ke 13 ni.

Malah dengan yakin, Guan Eng menyatakan, rakyat tidak akan terpengaruh atau terasa kesan penutupan tersebut.

Baginya, MCA dan Gerakan lebih kepada menutup kedai dan bukan sekadar pusat-pusat khidmat mereka.

"Pemimpin-pemimpin DAP dan ahli-ahli perlu berusaha lebih dengan menggantikan BN sama ada MCA atau Gerakan, dalam berkhidmat kepada rakyat di mana MCA atau Gerakan telah meninggalkan rakyat," ujarnya semasa Persidangan Khas DAP untuk 38 ahli parlimen dan 103 Dun di sini, hari ini.

Katanya, MCA dan Gerakan terlalu memandang rendah harapan rakyat untuk perubahan jika mereka fikir menutup pusat khidmat atau pejabat mereka sebagai membalas dendam kerana kekalahan dalam pilihan raya umum boleh menakut-nakutkan pengundi.

Tegasnya, DAP tidak menutup pejabat atau pusat khidmatnya apabila kalah dalam setiap pilihan raya umum sejak 1966 sehingga 2008 tetapi terus berjuang untuk rakyat.

Bagi Mc, DAP sekarang sudah berada ditahap yang berlagaknya amat tinggi. Kalau kita boleh sukat dengan ketinggian, rasanya mereka dah sampai tahap melambung-lambung. Apa saja yang mereka cakap, kaum cina akan telan dan percaya bulat-bulat.

Itulah masalah utama kita sekarang ni, hanya dengan tindakan ajaib saja yang mampu untuk merubah keadaan.

DAP kata sejak dari dulu dia tak pernah tutup bilik gerakan. Nak tutup macam mana? Sebab bilik gerakan Dap tak pernah buka dan beri khidmat pada rakyat. Kaum cina mungkin tak terasa sekarang ni, sebab Gerakan dan MCA sentiasa menjaga mereka.

Tapi bila MCA dan Gerakan tarik diri dari menjadi wakil kaum cina dalam Kerajaan, akan ada kesannya kelak. Malah Mc pasti, kaum cina akan menyesal kerana mengundi DAP.

DAP tak pernah memberi khidmat sebagai penjaga pada rakyat, DAP hanya penghasut, dari mula mereka ditubuhkan sampaila sekarang. Jadi macam mana mereka nak berkhidmat untuk rakyat?

Penang? Apalah sangat nak dibandingkan Penang tu dengan Malaysia?

McTheory:
Tak sabar nak tengok apa jadi lepas ni..

PANASS AIHH!! Sampai Bila Penguatkuasa dan SPR Nak Biar Fitnah PR? #TolakPR

Posted: 11 May 2013 06:16 PM PDT


Dari sebelum mengundi sehinggalah selepas mengundi. Pelbagai fitnah dah tohmahan puak Pakatan pada Kerajaan. Kalau disertakan bukti tu takpa juga, ini main tuduh saja. Kemudian fitnah berluas-luasa.

Fitnah kalau tak ditangani, dia akan jadi betul. Sebab perkara yang tak betul, kalau diulang-ulang, lama-lama orang akan percaya. Sebelum ramai orang percayalah, kerajaan Malaysia kena tangani dengan cepat.

Rakyat Malaysia dah bosan dengan pemfitnah tegar ni..tolonglah ambil tindakan. Sekarang ni puak PR dok merusuh, kami rakyat Malaysia naik menyampah tengok puak ni dok merusuh berdemo sana-sini.

Rakyat Malaysia pilih BN sebab nak kan keamanan, tolong jaga amanah kami ni. Jangan sampai rakyat dah tak yakin dengan penguatkuasa. Sekarang dah ada bunyi-bunyi minta Polis atau KDN buat kerja lebih tegas.

SPR sampai sekarang tak pernah bertindak bila dituduh dengan pelbagai fitnah, SPR hanya diam saja. Apa benda ni? Sepatutnya SPR bingkas bangun, tepis fitnah atau saman pada penuduh. Ini tidak, buat tak layan saja. Cybertroopers cacai BN ni la yang dok backup sama ada Kerajaan, polis atau SPR.

Inilah kelemahan Kerajaan dan penguatkuasaan di Malaysia. Apakah Kerajaan mahu, pejuang pro BN ni keluar pergi ketuk kepala pendemo-pendemo PR tu sendiri? Kami dah tak tahan tengok, sabar pun ada had!!

Kami boleh menepis fitnah dan terangkan kembali pada rakyat tentang dakyah dan fitnah cai PR tu. Tapi tuan punya diri juga perlu bertindak. Sampai bila kita nak telan semua tuduhan dorang tu? Mc bagi pihak rakan-rakan yang lain merayu supaya pihak penguatkuasa lebih tegas dan pantas dalam mentangani fitnah dalam media siber.

Lebih-lebih lagi SPR, tolong laa.. sampai bila nak biar? Sampai negara huru-hara ka?

McTheory:
Naik menyampah dengan cai-cai PR kaki fitnah tuu.. melampau sangat!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...