BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ISU MB SELANGOR !!! AMK SALAHKAN PAS SELANGOR ??? APA CERITA NI ???

Posted: 12 May 2013 12:00 PM PDT


Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyalahkan PAS Selangor atas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang menyaksikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuma memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding PAS menang 15 kerusi.Ketua AMK Selangor,Azmizam Zaman Huri berkata,PKR sepatutnya memenangi jumlah kerusi yang sama dengan PAS di Selangor sekiranya PAS tidak meletakkan calonnya di kerusi DUN Kota Damansara. 

 "PKR seharusnya memenangi jumlah kerusi yang sama atau lebih jika merujuk kepada kerusi DUN Kota Damansara dan DUN Semenyih yang menunjukkan calon PKR tewas akibat pertembungan tiga penjuru yang salah satunya ditandingi PAS iaitu di Kota Damansara," katanya melalui satu kenyataan media.Justeru,Azmizam berkata,AMK Selangor bertegas bahawa kerusi Menteri Besar Selangor tidak boleh bersandar kepada bilangan kerusi DUN sahaja seperti yang diwar-warkan oleh PAS.Menurutnya,PAS Selangor tidak wajar mempertikaikan kerusi Menteri Besar Selangor untuk PKR dan berharap memberi ruang untuk PKR memilih calonnya sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau dalam pada masa sama turut membangkitkan tindakan DAP memberi laluan kepada wakil PAS menjadi Menteri Besar di Perak pada tahun 2008 meskipun DAP memenangi lebih banyak kerusi DUN atas semangat pakatan. – mynewshub.my

RENUNG-RENUNGKAN

HOT AND FULL VIDEO !!! #PRU13 !!! ANWAR IBRAHIM KENCING RAKYAT MALAYSIA DI PERAK !!! #TOLAKPR !!!

Posted: 12 May 2013 09:31 AM PDT


tu diaaa,malam tadi anwar ibrahim menyalahkan SPR DAN UMNO !!! sedapnya bercakap,mentang-mentang dah tak ada ISA anwar ibrahim menghasut rakyat untuk menumbangkan kerajaan.apa cerita ni ??? mana janji kononnya kata nak berambus ke luar negara untuk menjadi proffesor dan nak berundur.nampak sangat pengencingan dilakukan ni.apa pun lihat video penuh di bawah




KALAU BOSAN TERUS KLIK MINIT 26:20 

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! ANWAR IBRAHIM KECEWA KAW-KAW !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 12 May 2013 05:23 AM PDT


Kegagalan pakatan pembangkang mengalahkan BN dalam PRU-13 diakui oleh ramai pemimpin PR sebagai satu detik yang agak mengecewakan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim setelah sekian lama bertungkus lumus dan bermati-matian mahu mengejar puncak kuasa di Putrajaya.Anwar sedar,kegagalan PR kali ini bermakna berakhirlah riwayat politiknya apatah lagi sebelum ini Ketua Umum PKR itu pernah berikrar akan berhenti dari politik sekiranya tewas dalam PRU-13 dan menumpukan tugasannya menjadi Pensyarah di Universiti luar negara.Sekarang PR bukan sahaja telah tewas malah gagal mengekalkan pemerintahan PAS di Kedah manakala majoriti kemenangan Anwar di Parlimen Permatang Pauh juga merosot.Sedangkan di masa yang sama UMNO selaku komponen utama BN yang merupakan musuh ketat Anwar pula terus gah.Dek kerana kecewa itulah Anwar bertindak di luar batasan dengan menghasut penyokong PR untuk memulau keputusan PRU-13 dan cuba membangkitkan kemarahan umum melalui perhimpunan protes yang diadakan di Stadium MBSJ,Kelana Jaya baru-baru ini.


SAH !!! ANWAR IBRAHIM KENCING RAKYAT MALAYSIA !!!

Jika tidak kerana ramai pengundi Melayu Islam dan Bumiputera yang lain bersama sebahagian pengundi keturunan India memihak kepada BN,barangkali hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Ke-7 sudah tercapai,namun takdir Illahi menetapkan jawatan tersebut bukan hak miliknya.Tambah mengecewakan Anwar bila mana gerakannya memprotes keputusan PRU-13 bagaikan disabotaj rakan sepakatan apabila DAP dan PAS yang mengekalkan pemerintahan masing-masing di Kelantan dan Pulau Pinang enggan memulaukan majlis angkat sumpah bagi jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri.Ahmad Yaakob,MB Kelantan yang baru mengangkat sumpah untuk jawatan itu sehari selepas PRU-13 selesai bagi menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng mengangkat sumpah memegang jawatan Ketua Menteri pada 7 Mei 2013 untuk penggal kedua.Tindakan kedua-dua rakan PKR dalam PR itu jelas membuktikan pengiktirafan mereka terhadap ketelusan proses pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR sekali gus menolak tohmahan Anwar dan gerombolan pengikutnya yang mendakwa PRU-13 dicemari penipuan dan penyelewengan. Seandaianya benar wujud penipuan atau ketidaktelusan berlaku dalam PRU-13,bermakna bolehlah diandaikan PAS dan DAP telah bersekongkol dengan BN untuk menghalalkan penipuan yang didakwa Anwar,bukan begitu pembaca Badut Rakyat ??? Hakikatnya,samada penipuan,penyelewengan atau ketidaktelusan langsung tidak wujud,melainkan apa yang sibuk diperkatakan Anwar dan kumpulannya tika ini hanyalah luahan kekecewaan gara-gara cita-cita peribadi menuju puncak Putrajaya tidak kesampaian.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! IDEAS U-TURN PULAK DAH !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 12 May 2013 01:30 AM PDT


Kumpulan pemikir Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan Centre for Public Policy Studies (CPPS) dalam laporan mereka menggesa rakyat agar menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kerana ianya sah.Dalam laporan mereka tentang PRU13,Wan Saiful Wan Jan,Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS dan Presiden CPPS Tan Sri Ramon Navaratnam menggesa rakyat Malaysia menerima keputusan PRU13 kerana ianya kredibel serta tiada sebarang bukti penipuan yang ditemui.Kedua-dua kumpulan berkenaan yang dilantik SPR sebagai pemerhati pilihan raya turut mengiktiraf pilihan raya berkenaan dan SPR menurut mereka menjalankan PRU 13 mengikut prosedur seperti yang telah ditetapkan.Keputusan PRU 13 yang memihak kepada BN dengan memenangi 133 kerusi Parlimen itu juga jelas mereka menggambarkan kemahuan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.Isu-isu yang ditimbulkan terlalu kecil untuk mengubah keputusan PRU13,memandangkan sebarang isu yang ditimbulkan telah diselesaikan oleh pegawai-pegawai SPR.Jelas badan pemikir itu lagi,secara keseluruhan,PRU13 telah berjalan dengan lancar dan saksama. 

Dalam satu kenyataan,seorang jurucakap kerajaan berkata bahawa pemantauan Ideas tidak menjelaskan perjalanan PRU13 secara keseluruhan.Malah,tuduhan yang dilemparkan bahawa BN menyemarakkan api perkauman tidak benar sama sekali memandangkan penyokong PR yang bertindak menghalang beberapa orang rakyat Malaysia yang kelihatan seperti rakyat Bangladesh untuk membuang undi.Isu kebebasan media disekat juga tidak tepat kerana media di negara ini juga termasuk media internet yang mempunyai lebih ramai pembaca daripada media cetak arus perdana.Sebagai contoh,pada 5 Mei 2013 portal pro pembangkang MeloyaKini telah menerima kunjungan seramai 4.3 juta pembaca,manakala gabungan pembaca dua akhbar Inggeris terbesar negara hanyalah sekitar 500,000 sahaja.Ideas juga membangkitkan isu Undi Elektorat sedangkan ia telah diamalkan sekian lama di Malaysia dan juga negara-negara lain termasuk AS dan UK.Segala keraguan yang ditimbulkan ketika pilihan raya lalu nyata hanya menjadi propaganda pembangkang supaya penyokong mereka mendesak kerajaan mengadakan pilihan raya sekali lagi kerana konon-kononnya mereka tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya pada 5 Mei lalu.

Sedangkan jelas BN memenangi lebih kerusi berbanding PR dan isu itu digunakan pemimpin pembangkang untuk menutup kekalahan yang memalukan mereka selepas beria-ia kononnya mereka akan menawan Putrajaya.Anwar Ibrahim juga turut menggesa rakyat menganjurkan demonstrasi dan bantahan supaya kerajaan akan menuruti kemahuan mereka,yang dilihat bakal menjadi pencetus kepada fenomena 'Arab Spring'.Laporan yang dikeluarkan Ideas dan CPPS itu ternyata mengukuhkan kejayaan BN membentuk kerajaan secara adil tanpa sebarang penipuan. Segala dakwaan-dakwaan yang dikeluarkan pembangkang juga sehingga kini tidak diikuti dengan bukti kukuh sebaliknya dakwaan-dakwaan kosong yang diterima tanpa usul periksa.Ia sekaligus membuktikan kerajaan BN yang dibentuk selepas PRU 13 adalah kerajaan yang sah.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! SPR PERLU SIASAT ORANG CHINA JADI PENGUNDI HANTU !!!

Posted: 11 May 2013 10:00 PM PDT


Sedang gerombolan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk memperkatakan konon wujudnya rakyat Bangladesh yang diimport sebagai pengundi hantu,diam tak diam ramai rakyat negara ini turut tertanya-tanya perihal kemungkinan kewujudan pengundi hantu dari negara China.Asas persoalan ini cukup mudah kerana ramai pengundi keturunan Cina yang keluar awal pagi di pusat-pusat pengundian pada PRU-13 baru-baru ini bukan sahaja tak dikenali penduduk tempatan malah kebanyakannya bila disoal selidik agal bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu.Malah ada banyak kes menunjukkan ramai yang langsung tak boleh bertutur Bahasa Kebangsaan,seolah-olah satu frasa kata pun tak ada dalam kepala mereka.Bukankah senario ini cukup pelik bagi rakyat Malaysia ??? 

Biasanya jarang benar rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang tidak fasih bertutur Bahasa Kebangsaan meskipun ada antaranya sejak kecil belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina,namun masing-masing tetap boleh berbicara dalam Bahasa Melayu walaupun ada yang tidak begitu fasih.Keadaan ini menimbulkan syak wasangka berkemungkinan ada diantara pengundi keturunan Cina ini bukannya rakyat Malaysia sebaliknya di datangkan khas dari negara China seterusnya memperolehi kad pengenalan negara ini secara sindiket atau pemalsuan,kemudian didaftarkan pula sebagai pengundi.Dua tahun lalu pihak Imigresen pernah mengumumkan terdapat lebih 90,000 warganegara China yang sudah tamat tempoh visa pelawatnya masih tinggal di negara ini termasuklah sebahagian besarnya berkecimpung dalam industri pelacuran,rumah urut,spa dan lain-lain aktiviti haram.Tak mustahil angka itu jauh lebih besar dan ada kemungkinannya ada antara mereka yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan dan menjadi pengundi.Jika perkara ini benar-benar wujud,maka ia merupakan satu ana,man kepada keseloamatan negara.Mana mungkin masa depan negara ini dibiarkan bebas ditentukan oleh warganegara asing.Justeru itu,pihak JPN dan SPR perlu mengambil inisiatif untuk menyiasat lebih lanjut perkara ini untuk membongkar kebenaran supaya tiada lagi yang tertanya-tanya.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! UNDI POPULAR DAN UNDI ELEKTORAL !!! MANA LEBIH BAGUS ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 11 May 2013 07:00 PM PDT


Anwar Ibrahim berjaya memperalatkan pengundi-pengundi yang rata-rata tidak faham konsep undi elektoral yang selama ini diamalkan di Malaysia dan kebanyakan negara dunia termasuk AS dan UK.Walaupun PR memang undi popular,konsep undi elektoral yang selama Ini dilaksanakan menghalang PR membentuk kerajaan.Anwar menggunakan sentimen ini untuk menghasut rakyat yang tidak puas hati untuk bangkit membantah keputusan PRU13.Seorang pensyarah dan klimatologis dari Universiti Malaysia Sabah telah menjelaskan isu ini dalam laman Facebook beliau.Ini semua adalah perancangan beliau untuk memastikan hajat hidupnya selama ini tercapai iaitu untuk menjadi PM.Apa sahaja cara digunakan bagi membantah segala apa keputusan mahupun ketetapan yang telah dilaksanakan bertahun-tahun selama ini.Kalau selama ini Malaysia mampu aman dengan sistem pilihan raya sebegini,mengapa baru sekarang dibangkitkan cara yang diguna ??? Mengapa tidak sewaktu beliau masih berada di dalam kerajaan BN dan juga ketika beliau masih lagi menjadi TPM ??  

Nampak sangat apa yang dilakukan dan direncanakan Anwar selama ini hanyalah sekadar untuk memenuhi nafsu dan kehendak beliau.Dengan cara yang kotor,Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengorbankan maruah penyokong-penyokongnya untuk turut sama menipu rakyat yang lain.Buktinya,Anwar sudah berjaya membuatkan penyokong tegar Pakatan Rakyat untuk mempercayai setiap bait kata beliau dan mereka yang tidak berapa bijak ini mula menyebarkan fahaman dan kepercayaan mereka yang sebenarnya berlandaskan pembohongan Anwar.Inilah puncanya kepada rakyat yang mempunyai keintelektualan yang tinggi, namun cukup sekadar mendengar apa yang dikata pemimpin yang diagungkan mereka.Sepatutnya,sebagai rakyat yang sudah terdedah dengan pelbagai kemudahan, kita haruslah lebih bijak menilai dan memahami sesuatu keadaan dengan rasional dan waras. Kefahaman yang membabi buta lah yang menyebabkan ramai mereka yang sesat dan terus tenggelam dengan dunia ciptaan mereka.Dengan fantasi yang tidak bertepi dan dengan janji yang tidak akan ditepati.Kalau perlu bangkit,bangkitlah menentang yang tidak menegakkan kebenaran,bangkitlah menentang mereka yang sentiasa inginkan keganasan.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! ANWAR IBRAHIM RANCANG UNTUK CETUSKAN REVOLUSI SETELAH GAGAL JADI PM ??? APA CERITA NI ???

Posted: 11 May 2013 04:00 PM PDT


Setelah amat kecewa tidak dapat menjadi Perdana Menteri ke tujuh Malaysia,Anwar Ibrahim kini merancang untuk mencetuskan keganasan dan huru hara dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang.Perasaan marah Anwar nampaknya sukar dibendung melihat kepada air muka dan raut wajah beliau mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang lain sehari selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.Seperti diduga Anwar mendakwa BN telah merampas kemenangan yang kononnya sepatutnya dimiliki pembangkang.Beliau mendakwa kononnya terdapat unsur-unsur penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memenangkan BN.Seperti biasa juga SPP menjadi sasaran pembangkang yang seringkali dituduh menjadi talibarut dan perkakas UMNO.Hakikatnya jika proses pengundian dikatakan begitu teruk dimanipulasi oleh SPR tidak mungkin pembangkang mampu meningkatkan jumlah kerusi parlimen daripada 82 pada PRU 2008 kepada 89 kali ini.Pada masa yang sama pembangkang juga menambah jumlah kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi kepada 230 berbanding 196 pada tahun PRU ke 12.

Malah pembangkang mampu mengekalkan penguasaan ke atas negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. BN pula kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 berbanding 140 pada PRU 2008.Bagaimana diasak,dicabar dan berhadapan dengan keadaan yang amat getir daripada pembangkang sekalipun, namun majoriti rakyat negara masih terus menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap BN untuk terus menerajui negara.Kemenangan BN juga membuktikan rakyat menerima baik program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib sejak empat tahun lalu.Kemenangan BN juga menunjukkan rakyat juga menolak politik fitnah,adu domba,pecah belah dan janji palsu yang menjadi sebati dengan amalan pembangkang. Kekalahan pembangkang adalah petunjuk jelas bahawa rakyat menolak Anwar sebgai pemimpin pembangkang seterusnya cita-cita beliau menjadi Perdana Menteri.Mana mungkin rakyat Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam serta kuat pegangan agama mahu dipimpin oleh seorang individu seperti Anwar yang rosak moral dan akhlaknya.Mustahil Anwar boleh menjadi pemimpin nombor satu Malaysia apabila dirinya sendiri tidak terpimpin dan dibelit dengan pelbagai dakwaan rasuah,penyelewengan termasuk melakukan sekas songsang yang amat dibenci oleh agama.

Atas kekecewaan dan kemarahan kerana apa yang diimpi tidak tercapai,Anwar telah mengadakan Himpunan Kemarahan Rakyat di Stadium Kelana Jaya kelmarin.Yang marah hanya Anwar seorang kerana sekutunya Pas dengan rela dan penuh kesyukuran menerima kekalahan pembangkang dengan berlapang dada.Ini satu sikap Pas yang harus dipuji walaupun semasa berkempen parti itu menentang BN sebagaimana amalan biasa dalam mana-mana pilihan raya di mana-mana negara.Tetapi ini berbeza dengan sikap Anwar yang perasan dirinya telah dinafikan menjadi Perdana Menteri dengan meletakkan kesalahan kepada BN dan SPR.Malah pentadbiran Presiden Barack Obama dari Amerika Syarikat secara jelas telah mengiktiraf serta menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh BN.Mungkin Anwar lupa bahawa beliau telah berjanji pada dirinya dan rakyat Malaysia bahawa beliau akan kembali kepada dunia akademik sebagai pensyarah universiti sekiranya gagal dalam cubaan untuk menjadi Perdana Menteri.Beliau mungkin lupa tetapi rakyat dan media yang melaporkan kenyataannya tahun lalu mempunyai memori yang panjang.Adalah elok beliau menerima kekalahan pakatan pembangkang secara 'gentleman' serta hati terbuka. 

Mengadakan demonstrasi dengan menggunakan Bersih sebagai landasan untuk mencetuskan keganasan dan ketidakstabilan politik pasca PRU13 hanya akan mengundang tindakan undang-undang yang keras daripada pihak keselamatan.Seperti mana yang dinasihati oleh Perdana Menteri pada malam kemenangan BN,cukuplah selama empat tahun pembangkang berpolitik secara agresif dan menimbulkan pelbagai polemik da kontroversi sehingga masyarakat berpecah.Marilah semua rakyat tidak mengira bangsa,agama dan oroientasi politik berganding bahu ke arah 'national reconciliation' atau perpaduan nasional.Masa untuk berpolitik pilihan raya sudah tamat pada 5 Mei lalu dan suara keramat rakyat sudahpun memberi kemenangan kepada BN.Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang boleh menolak keputusan PRU13 yang memihak kepada BN atau menjerit sepuas hati mereka untuk membantah tetapi hakikatnya keputusan muktamad telah diumumkan oleh SPR dan ianya perlu diterima oleh semua rakyat.Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...