House PK |
- TAHNIAH KHALED NORDIN! MB BARU NEGERI JOHOR YANG TERSOHOR!
- APA SUDAH JADI DENGAN AIR ASIA NI?
- TAK RASIS KATA CINA DAP? NEGERI PERAK MERUPAKAN BUKTI CINA DAP MEMANG RASIS NAK MAMPOS!
- PENDEDAHAN BERAPI! SEMAKIN RAMAI BANGUN DAN TOLAK MUSIBAT BERNAMA KHAIRY SI KITOL!
TAHNIAH KHALED NORDIN! MB BARU NEGERI JOHOR YANG TERSOHOR! Posted: 14 May 2013 01:11 AM PDT JOHOR BARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-15 dalam satu upacara yang diadakan di Bukit Timbalan dekat sini pada Selasa. Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan Menteri Besar Johor selama 18 tahun. Majlis angkat sumpah diadakan dihahadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Sembilan termasuk Setiausaha Publisiti MCA Kebangsaan yang juga ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong, turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri pada majlis berkenaan. Sebelum ini, MCA telah menyatakan mereka tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan kerana parti itu mencatatkan pencapaian kurang memberangsangkan pada hari pengundian 5 Mei berbanding pilihan raya umum 2008. Tee memegang portfolio Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepengunaan. Hanya dua bekas Exco, iaitu Asiah Md Ariff (Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga) dan Md Jais Sarday (Exco Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dikekalkan dalam barisan kepimpinan yang baru. Lain-lain anggota exco termasuk Hasni Mohamad (Benut) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan R.Vidyanathan (DU NKahang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia. Selain itu, Abdul Mutalib Abdul Rahim (DUN Layang-Layang) pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama, Latif Bandi (DUN Endau) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ismail Mohamad (DUN Bukit Serampang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani. Ketua Pemuda Umno Johor yang juga anggota DUN Sri Medan pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan. Sumber: Mstar |
APA SUDAH JADI DENGAN AIR ASIA NI? Posted: 13 May 2013 11:27 PM PDT Aku nampak dalam Bernama TV depa cium mulut. tapi mengenali Malaysia yang ramai penyokong Anwar apa nak heran kan? Ada kisah disebalik perkara ini, KLIK SINI |
TAK RASIS KATA CINA DAP? NEGERI PERAK MERUPAKAN BUKTI CINA DAP MEMANG RASIS NAK MAMPOS! Posted: 13 May 2013 06:00 PM PDT Pada pilihan raya umum tahun 2008, Barisan Nasional (BN) telah kehilangan negeri Perak apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya memperoleh 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 59 yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun, BN berhasil mengemudi semula pemerintahan di Perak hanya selepas 11 bulan di bawah urus tadbir PR apabila 3 ahli DUN dari PR telah melompat parti. Perkara ini menjadi kontroversi kerana BN dikatakan tidak mendapat mandat sebenar dari rakyat negeri Perak kerana tindakan lompat parti ini. Namun keputusan PRU-13 menyaksikan negeri Perak berjaya dipertahankan BN melalui proses pilihanraya yang adil. Namun kemenangan yang diperoleh adalah tipis memandangkan fenomena 'tsunami Cina' yang melanda Semenanjung Malaysia. Negeri Perak yang sebelum ini sememangnya kubu kuat parti DAP dari PR di sebahagian kerusi Parlimen menyaksikan pertambahan mendadak bilangan majoriti undi yang dimenangi. Faktor ini mungkin disebabkan oleh fenomena 'tsunami Cina' seperti yang dinyatakan oleh pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak . Walau bagaimanapun, faktor 'tsunami Cina' ini diimbangi dengan gelombang sokongan majoriti kaum Melayu dan India terhadap BN yang membolehkan BN membentuk kerajaan dengan kelebihan 3 kerusi DUN . Parti DAP berjaya mengekalkan rekod cemerlang apabila memperoleh 100% kemenangan di kesemua 18 kerusi DUN yang ditandingi. PAS pula hanya memenangi 5 kerusi daripada 22 DUN yang ditandingi, merosot 1 kerusi berbanding pilihanraya sebelumnya. PKR turut mengalami kehilangan 2 kerusi DUN apabila hanya memenangi 5 berbanding 7 kerusi yang dimenangi pada tahun 2008. Jadual berikut adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi DAP untuk parlimen dan DUN. Pada pilihan raya umum tahun 2008, Barisan Nasional (BN) telah kehilangan negeri Perak apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya memperoleh 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 59 yang dipertandingkan. Jadual berikut adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi PAS untuk parlimen dan DUN. Jadual berikut adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi PKR untuk parlimen dan DUN. Daripada jadual yang ditunjukkan di atas, daripada 24 kerusi parlimen Perak yang ditandingi PR , 5 buah parlimen dengan peratusan pengundi Cina 51-60% keatas disapu bersih (100%) oleh DAP dari PR. Bagi kerusi parlimen yang mempunyai peratusan pengundi Cina sebanyak 41-50% , daripada 3 buah kerusi yang ditandingi PR , kesemua 3 buah kerusi dimenangi (100%). Untuk 31-40% kawasan pengundi Cina, PR telah memenangi di 2 buah parlimen yang ditandingi (100%). Manakala untuk kerusi parlimen yang mempunyai peratusan pengundi Cina sebanyak 21-30% dan kurang , PR hanya berjaya memperoleh 2 buah kerusi daripada 14 yang dipertandingkan dimana peratus kerusi yang dimenangi semakin berkurangan sehingga 14.3% . Dari data yang ditunjukkan di atas agak jelas apabila peratusan pengundi Cina yang semakin berkurangan di kerusi parliamen yang dipertandingkan, peratus kemenangan PR juga semakin berkurangan. Pola pengundian yang serupa turut ditunjukkan bagi kerusi DUN yang dipertandingkan . Bagi DUN yang mempunyai 41-60% keatas pengundi Cina , PR rakyat memperoleh kesemua kerusi yang dipertandingkan (100%). Untuk 3 DUN yang mempunyai 31-40% pengundi Cina , PR hanya berjaya memperoleh kemenangan di 2 kerusi iaitu sebanyak (66.7%) . Pola pengundian mula berubah di 36 DUN yang mempunyai peratus pengundi Cina yang rendah iaitu dalam lingkungan 1-30% . PR hanya berjaya memperoleh 6 kerusi daripada 36 DUN iaitu sebanyak (16.7%). Dari corak pengundian yang ditunjukkan untuk DUN dan Parlimen ,BN hanya memenangi 1 kerusi DUN (Chenderiang) di kawasan yang mempunyai peratus pengundi Cina dalam lingkungan 31 hingga 60% . Faktor kemenangan BN di kawasan yang peratus pengundi Cina yang rendah (1-30%) dibantu sokongan pengundi-pengundi Melayu dan India. Kekalahan BN di kawasan yang mempunyai peratus pengundi Melayu yang tinggi pula mungkin disebabkan kawasan tersebut merupakan kubu kuat tradisi pihak parti lawan. Melalui perbandingan jumlah undi yang diterima oleh DAP di kawasan yang majoritinya pengundi Cina , dapat dilihat jurang perbezaan undi semakin besar berbanding pilihanraya yang sebelumnya. Pola pengundian itu saja dapat menjelaskan peralihan sokongan kaum Cina kepada PR secara besar-besaran. Sumber: KL Pos |
PENDEDAHAN BERAPI! SEMAKIN RAMAI BANGUN DAN TOLAK MUSIBAT BERNAMA KHAIRY SI KITOL! Posted: 13 May 2013 07:00 AM PDT Saya telah lama tidak menulis mengenai Khairy Jamaluddin. Seingat saya sejak beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia hanya sekali saya mengkritik beliau kerana kegagalan beliau menyusun jentera pemuda UMNO negeri-negeri. Hari ini apabila ada teman-teman membelasah beliau kerana menawarkan diri ke dalam kabinet, saya tidak turut serta. Biarlah beliau Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda BN menjadi Menteri atau Timbalan Menteri. Namun hari ini apabila beliau menggunakan logik seakan orang bodoh untuk menjustifikasikan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13, saya fikir – "Sudahlah, KJ!" Dalam wawancara dengan Berita Harian hari ini Khairy berkata, "analisis kita jangan cetek sangat, jangan kata ini salah satu komuniti." Memang tak perlu salah orang lain. Yang paling banyak salah adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang selama 4 tahun ini tidak berbuat apa-apa untuk memperkuatkan jentera Pemuda terutamanya di Selangor. Sebab itu Selangor kalah teruk. Jentera Pemuda di seluruh negara hanya berjuang kerana tidak mahu BN kalah. Kalau mengharapkan kepimpinan KJ dah lama terlungkup. Berapa banyak negeri bertukar Ketua Pemuda di bawah KJ kerana tidak berkesan? Sebab apa tidak berkesan? Sebab KJ selama menjadi Ketua Pemuda sedaya upaya cuba menaikkan kroninya sebagai KP negeri biarpun tidak mendapat sokongan penuh. Bagaimana orang sehebat KJ boleh menafikan bahawa perubahan pola pengundian kaum Cina kali ini sangat jelas? Bagaimana KJ mahu menafikan bahawa berlaku Tsunami Cina kali ini sedangkan hamipr 97% kaum cina tidak menyokong BN kali ini? KJ menyatakan isu rasuah. Jika isu rasuah menjadi keutamaan begitu besar sehingga berlaku Tsunami Cina, mengapa Pakatan di Selangor yang terbabit dengan skandal Talam, Pasir, Yayasan Selangor dan PKNS masih menang lebih besar? Khairy sebagai ketua Pemuda masih tertipu dengan politik kaum Cina yang kononnya anti rasuah. Lalu Kerajaan pun mendakwa bekas Menteri Besar Selangor kerana isu penyalahgunaan kuasa yang sekarang keputusan hakim mahkamah tinggi menjadi lawak jenaka sahaja. Adakah sokongan orang Cina di Selangor bertambah baik? Kerajaan juga mendakwa bekas Menteri pengangkutan, Tun Ling Liong Sik atas tuduhan menipu kabinet dalam isu PKFZ walaupun Tun Mahathir sendiri kata beliau tidak ditipu. Adakah sokongan orang Cina di Selangor bertambah hebat? KJ mengatakan kekalahan Zulkifli Nordin di Shah Alam kerana Melayu tidak menyokong BN. Memang benar ada Melayu lupa daratan yang lulus luar negara, perasan pandai tidak menyokong BN dan yang taksub kepada Pas. Tapi hakikatnya Zulkifli Nordin dan kedua-dua calon UMNO Shah Alam kalah kerana orang Cina. Kalau KJ tidak pandai membaca "kiraan peti undi" kerana jadi wakil rakyat parachut, mungkin ada orang boleh bantu beliau. Kalau KJ boleh membuka mata sedikit beliau tentu sedar bahawa kekalahan BN di Sepang kerana kebodohan Ketua UMNO Bahagian Sepang memecah belahkan bahagian di saat akhir. Siapakah Ketua UMNO Bahagian Sepang ini kalau bukan penyokong kuat Pak Lah dan kumpulan KJ suatu ketika dahulu? KJ kata cara MCA dan Gerakan mendekati kaum Cina cara "outdated". Habis apa yang beliau buat selama menjadi Pengerusi Pemuda BN? Berapa banyak "enggagement" yang KJ telah buat dan berjaya menukar minda kaum Cina? Kosong! Setelah sekian banyak yang Najib dan BN lakukan, adalah mustahil untuk segala pembaharuan ini tidak dapat menambah undi atau sekurang-kurangnya mengekalkan undi kaum Cina. Namun undi kaum Cina merosot dengan teruk. Apa sebabnya? Apakah KJ mahu mengatakan pentadbiran Mohd Najib lebih teruk daripada Pak Lah? Jadi tiada sebab untuk undi orang Cina merosot dengan begitu teruk kecuali orang Cina telah membuat keputusan menolak BN. Hakikatnya, orang Cina merasakan Pakatan akan memberi mereka lebih banyak keuntungan kepada bangsa mereka. Sebab itu mereka menyokong PKR, PAS dan DAP walau apa pun yang terjadi. Mereka akan menggunakan apa sahaja isu untuk menolak BN. Ada yang menggunakan isu rasuah walaupun Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang sendiri penuh rasuah. Mereka menggunakan isu moral Chua Soi Lek walaupun moral pemimpin PKR seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali lebih teruk dari CSL. Mereka menggunakan isu pengundi hantu walaupun sehingga hari ini mereka tidak dapat membuktikan. Mereka menggunakan isu kos sara hidup yang tinggi walaupun hakikatnya merekalah yang menaikkan kos sara hidup. Jika Khairy tidak menyedari hakikat ini selagi itulah BN akan berhadapan masalah. Walaupun sebelum ini saya menyokong KJ ke dalam kabinet, namun sekarang saya fikir kehadiran KJ dalam kabinet hanya menjadi seperti Saifudin Abdullah sahaja. Merugikan BN! Akhir sekali janganlah memalukan pemuda merayu-rayu memohon jawatan kabinet. Bukan jantan pemuda UMNO merayu jawatan kabinet! Kuliah Politik Untuk KJ 1. Pengundi Cina Mahu Kawalan Pemerintahan 2. Beranikah AG Mendakwa Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Sumber: MyKMU |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment