CELAH GELEGAR |
- SENARAI Anggota KABINET TRANSFORMASI
- [DERHAKA?] Ibu Dedah Pelakon Baru Afiq Muiz Buang Keluarga
- Tiada masalah jika tak ada suara Cina dalam kerajaan - Ahli Akademik
SENARAI Anggota KABINET TRANSFORMASI Posted: 13 May 2013 06:08 PM PDT Di Jabatan Pengarang Sinar Harian petang semalam, setelah jenuh berbincang dengan berbagai-bagai hujah untuk menyokong pilihan masing-masing, kami ketengahkan senarai anggota Kabinet Transformasi yang difikirkan layak. Di Jabatan Perdana Menteri, barisan sedia ada yang terdiri daripada Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili masih boleh dikekalkan dengan portfolio masing-masing. Jamil Khir malah mempunyai kedudukan yang lebih kukuh berbanding penggal lalu kerana beliau kini tidak lagi bersandar pada kerusi Ahli Dewan Negara (Senator). Kejayaannya merampas kerusi Parlimen Jerai dari tangan Pas harus diberi pengiktirafan. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula sudah sampai masa untuk dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh, kekal di JPM. Walaupun MCA sebagaimana yang diumumkan oleh presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sudah membuat ketetapan untuk menolak jawatan dalam kerajaan, Sinar Harian berpendapat wakil parti itu yang menang tidak seharusnya dipinggirkan. Pemimpin seperti timbalan presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong masih perlu diberi tempat dalam kerajaan. Mereka juga dilihat barisan pelapis yang berkeupayaan untuk menongkah tsunami Cina yang sedang melanda. Tiong Lai harus diberi pertimbangan untuk menduduki portfolio tradisi MCA sebagai Menteri Pengangkutan manakala Dr Wee mengambil alih portfolionya sebagai Menteri Kesihatan. Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel yang baru menang kerusi Parlimen Cameron Highlands pula boleh mengambil semula portfolio Kerjaraya yang sebelum ini cukup sinonim dengan Datuk Seri S Samy Vellu. Pada penggal lalu, kementerian itu dipegang oleh Umno menerusi Datuk Seri Shaziman Abu Mansor. Datuk S Subramaniam yang mengekalkan kerusi Parlimen Segamat, dikira paling sesuai untuk kekal juga sebagai Menteri Sumber Manusia. Dari Sabah, Datuk Anifah Aman dianggap cukup berkeupayaan untuk dikekalkan sebagai Menteri Luar. Dari Sarawak pula selain mengekalkan Datuk Seri Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Fadzillah Yusoff dikira layak untuk naik pangkat sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Sebelum ini, beliau timbalan menteri di kementerian berkenaan. Bagi memperkasakan lagi bidang pertanian dan industri asas tani sekali gus mendekatkan lagi kerajaan dengan masyarakat luar bandar yang setia menyokong ketika pengundi bandar mula beralih arah, menteri yang diberi tanggung jawab itu juga seharusnya daripada kalangan pemimpin kanan parti. Untuk itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dikira sesuai. Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menduduki kerusi yang sama dalam Umno, beliau juga pernah diberi portfolio ini pada era kerajaan Pak Lah. Dua lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dijangka akan dikekalkan jawatan lalu. Bekas Menteri Kerjaraya, Shaziman pula mungkin akan mengambil alih teraju Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini kerana ketetapan MCA untuk menolak jawatan Kabinet dilihat paling banyak boleh diisi wakil parti itu hanya dua kerusi menteri. Datuk Noriah Kasnon yang berjaya mengekalkan rekod cemerlang di kerusi Parlimen Sungai Besar, wajar diberi pertimbangan untuk naik pangkat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dalam pada itu, muka baru yang dikira tidak dapat tidak harus berada dalam Kabinet termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Meskipun kali pertama, Khairy harus diberi pertimbangan untuk lantikan sebagai menteri penuh. Kementerian paling sesuai dengannya jika bukan Belia dan Sukan ialah di Angkasapuri (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan). Idris pula sebagai Menteri Pelajaran. Ini mengambil kira kesan besar yang ditinggalkannya di Terengganu menerusi pelbagai program kecemerlangan seperti program Ulul Albab yang kemudian diteruskan di MRSM sejak beliau memegang jawatan Pengerusi Mara. Juga kejayaannya mengilhamkan Sekolah Imtiaz yang menggabungkan pendidikan Islam dan sains di bawah Yayasan Terengganu (YT). Dari Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dijangka paling sesuai untuk isi portfolio sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ini sebagai hadiah kepada Umno Kedah yang berjaya ambil alih pemerintahan negeri daripada PR dan sehubungan itu, usaha untuk menggiatkan pembangunan kawasan luar bandar negeri itu harus diberi perhatian. Dari Wilayah Persekutuan, Datuk Johari Abdul Ghani dijangka akan mengisi slot sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Ini menepati isu yang perlu diperjuangkannya sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa di mana isu Kampung Baru menjadi fokus sejak sekian lama. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dijangka kekal dengan portfolionya. Mungkin kejutan, Datuk Saifuddin Abdullah yang tewas pada pilihan raya lalu masih diperlukan. Malah beliau wajar dilantik Senator dan Menteri Pengajian Tinggi memandangkan keupayaannya mendekati dan memahami golongan pelajar universiti sebagai langkah mendekatkan mereka dengan kerajaan. Menidakkan Saifuddin dengan fungsi itu seolah-olah membiarkan jurang pelajar dan kerajaan semakin melebar. Datuk Seri Noh Omar hampir pasti kekal dalam Kabinet dengan portfolio Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Datuk Seri Mustapa Mohamed mungkin sebagai Menteri Kewangan manakala Datuk Seri Husni Hanadzlah ke MITI. Dalam pada itu, pada barisan timbalan antara yang boleh diketengahkan termasuk Datuk Irmohizam Ibrahim, juga Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad. Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Rahim dijangka mengisi salah satu kerusi timbalan menteri. Ya, benar agak ramai muka lama masih berada dalam Kabinet ramalan Sinar Harian. Inilah transformasi di mana peralihan harus dibenarkan berlaku secara lancar dan teratur daripada yang lama kepada yang baru. Dalam beberapa tahun, mungkin sesingkat dua tahun akan datang, mungkin akan ada peralihan lagi. | ||||||
[DERHAKA?] Ibu Dedah Pelakon Baru Afiq Muiz Buang Keluarga Posted: 13 May 2013 05:40 PM PDT KUALA LUMPUR: "Dia sudah berubah... seperti anak derhaka," luah Hasliza Mohd, 48, ibu kepada pelakon baru Afiq Muiz yang benar-benar kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon. Hasliza berkata tatkala ibu-ibu lain menerima ucapan gembira daripada anak anak mereka sempena sambutan Hari ibu pada Ahad lalu, dia tidak berpeluang meraikannya seperti itu. "Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni. "Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu," ujar Hasliza sebak meluahkan rasa hatinya secara eksklusif kepada mStar Online ketika ditemui di sebuah restoran di Cheras pada Isnin. Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq, 20, yang disifatkannya sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita. Hasliza berkata, Afiq yang sebelum ini seorang anak yang baik dan mendengar kata telah berubah menjadi panas baran dan bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya. "Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan ini kepada media akan memulihkan kami sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq. "Tetapi rasanya inilah saja cara untuk dia (Afiq) membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah. "Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya. "Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu," katanya. Lebih daripada itu ibu ini mendedahkan, dia turut menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasih Afiq yang berbaur ugutan dan kasar bahasanya. Soalnya, adakah itu caranya seorang wanita menghormati orang yang lebih tua? Malah lebih terharu Hasliza hanya mengetahui kononnya Afiq hendak berumahtangga menerusi laporan media. "Saya sanggup membuat apa saja agar Afiq kembali ke pangkuan kami dan saya mahu dia kembali sedar asal usulnya yang datang dari keluarga susah. Ingat jasa ibu, ayah dan adik-adik ketika kami sama-sama mahu namanya naik dalam industri seni. "Saya sayangkan dia dan hanya mahu dia kembali seperti dulu. Kerana dia salah seorang anak yang soleh dan tidak pernah melukai hati ibu bapanya," katanya. Sebelum mengakhiri pertemuan dengan mStar Online, Hasliza berharap pendedahan ini akan membuka hati anaknya itu untuk berubah. "Afiq... Umi (ibu) sayang Afiq. Jangan tinggalkan Umi... kembalilah pada Umi dan ingatlah... syurga itu di bawah telapak kaki ibu," katanya sedih. Sementara itu Afiq yang dihubungi berkata, dia dan ibunya tidak mempunyai sebarang masalah dan merasakan ada pihak yang cuba memburuk-burukkan dia kepada keluarga dan pihak media. "Saya tak ada masalah dengan ibu dan keluarga yang lain. Siapa yang pandai-pandai buat cerita seperti ini? "Kenapa mereka mahu memburukkan saya? Gosip seperti ini membuatkan saya tertekan dan kalau boleh saya tidak mahu layan lagi," tegasnya. | ||||||
Tiada masalah jika tak ada suara Cina dalam kerajaan - Ahli Akademik Posted: 13 May 2013 04:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Sekiranya berlaku ketiadaan wakil kaum Cina dalam Kabinet maka ia tidak akan menimbulkan masalah besar kepada kerajaan atau masyarakat Cina, kata seorang ahli akademik hari ini. Pendirian kedua-dua parti itu telah menimbulkan persoalan daripada semua pihak. Sebilangan pihak khuatir masyarakat itu akan dipinggirkan sekiranya mereka tidak mempunyai suara dalam Kabinet manakala ramai termasuk Ser mempunyai pandangan sebalik. Ser memberitahu Bernama bahawa hakikat pengundi Cina menolak calon MCA dan Gerakan membuktikan isu wakil Cina dalam Kabinet juga tidak menjadi kebimbangan kepada mereka. Beliau berkata politik dalam era baharu ini perlu juga berpisah daripada tradisi dan lebih penting lagi, ahli politik yang dipilih harus mewakili semua kaum dan bukan bangsa tertentu atau parti politik. Katanya ahli politik yang hanya memperjuangkan untuk sesuatu kaum sahaja bukan sesuatu yang baik dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. "Saya fikir ini adalah realiti di Malaysia hari ini. Kita perlu beralih daripada tradisi," katanya. Ser, seorang pakar dalam pengajian kaum Cina di Malaysia, berpendapat sektor yang mungkin mempunyai kesan ialah pendidikan Cina tetapi masalah itu mungkin hanya sementara sahaja. Beliau yakin Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri untuk semua dan dengan pendekatan 1Malaysia, beliau tidak akan meminggirkan pembangunan masyarakat Cina termasuk pendidikan Cina selepas PRU13. "Saya percaya beliau akan melakukan perubahan dan melihat pendekatan baru bagi memenuhi keperluan dan kepentingan pendidikan Cina. "Salah satu cara yang boleh saya lihat ialah beliau akan melantik seorang pendidik Cina untuk duduk dalam kerajaan bagi menjaga pendidikan Cina," katanya. Sebelum ini, seorang timbalan menteri Cina memegang portfolio untuk menjaga pendidikan Cina. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment