CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Exco: Sultan Johor mahu wakil Cina

Posted: 13 May 2013 01:19 AM PDT


SENAI - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, betapa pentingnya ada wakil daripada pemimpin Cina dalam barisan exco kerajaan negeri pada  penggal yang baru.

Titah berkenaan disuarakan Tuanku ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Adun Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap baginda di Istana Pasir Pelangi di sini, kelmarin.

Mohamed Khaled berkata, tuanku bertitah mahu barisan exco kerajaan negeri yang bakal dilantik turut dibarisi wakil daripada  pemimpin kaum Cina kerana baginda amat mengambil berat soal perpaduan antara kaum di Johor.

"Tuanku mahu ada wakil pemimpin Cina dalam barisan exco. Jadi, saya harap titah tuanku ini akan diterima baik dan dijayakan wakil pemimpin Cina dari- pada MCA atau Gerakan yang menang pada PRU13," katanya ketika kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, beliau turut  meminta semua pihak agar menunggu keputusan rasmi berhubung senarai barisan exco kerajaan negeri sehingga tarikh mengangkat sumpah yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Tambahnya, tunggu sehingga keputusan rasmi barulah diketahui siapa yang dilantik.

Terdahulu, akhbar ini, semalam, melaporkan pertemuan Najib yang diiringi  Mohamed Khaled menghadap Sultan Ibrahim.

Pertemuan perdana menteri bersama Sultan Ibrahim itu  difahamkan bertujuan membincangkan perlantikan Menteri Besar Johor yang baru bagi menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman selain mempersembahkan cadangan nama barisan exco kerajaan negeri untuk penggal baru.

Pas kesal BN Terengganu tidak lantik pegawai Dun, Parlimen di kawasan tewas

Posted: 12 May 2013 06:55 AM PDT


KUALA TERENGGANU - Pas hari ini menyatakanan kekesalan terhadap kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang tidak akan melantik Pegawai Pembangunan Dun (PPD) dan Pegawai Pembangunan Parlimen (PPP) di kawasan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Negeri, Ariffin Deraman berkata, PPD dan PPP tidak diwujudkan mungkin akibat rakyat 'tidak mengenang budi' BN hingga menyebabkan beberapa calonnya seperti di kerusi Dun Bukit Payong, Ru Rendang dan Bukit Tunggal kecundang.

"Sepatutnya peruntukan kepada Adun pembangkang khususnya Pas juga diberi sama seperti yang disalurkan kepada PPD sebelum ini, baru berlaku keadilan dalam pengurusan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ariffin berkata, untuk jangka panjang, Pas sedia ter (kenyataan Ahmad) kerana ia memudahkan urusan Adun Pas untuk bersama dengan rakyat.

Ariffin berkata demikian ketika mengulas pelantikan menteri besar dan 10 anggota exco Terengganu yang baru di Istana Maziah semalam.

Adun Alor Limbat itu turut menyentuh kenyataan Ahmad bahawa projek perumahan mampu milik hanya akan dilaksana di kawasan yang dimenangi BN.

Ariffin berkata, ini menunjukkan diskriminasi dan kezaliman.

Di negara demokrasi, amalan sedemikian tidak wajar berlaku, kata beliau.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...