UMNO Online - “Negara Terdedah Ancaman Jika Anwar Dipilih Memimpin – Dr Sidek Baba” plus 9 more

UMNO Online - “Negara Terdedah Ancaman Jika Anwar Dipilih Memimpin – Dr Sidek Baba” plus 9 more

Link to UMNO Online

Negara Terdedah Ancaman Jika Anwar Dipilih Memimpin – Dr Sidek Baba

Posted: 05 Apr 2013 06:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April –  Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.

Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.

“Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat,” kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, Jumaat.

Sidek baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat, tetapi beliau menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat atas tiga sebab – masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar.

Beliau berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir pada Jumaat selama sejam bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kemusykilan yang berbangkit berkaitan bekas rakan karibnya Anwar, yang bersama-sama beliau berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

“Tun (Dr Mahathir) ialah seorang yang teliti dan tidak mudah disogok dengan maklumat untuk jatuhkan timbalan (perdana menteri) dia (Anwar).

“Bila saya masuk (tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998)selama 16 hari saya juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya terima,” katanya.

Sidek berkata beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.

“Ada orang kata saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan kebatilan. Takkan kerana benda tidak benar berlaku saya harus membisu? Saya akan bertanggungjawab depan Allah nanti.

“Saya tidak tuduh dia (Anwar) liwat atau zina. Saya hanya sebut saya kaji bahawa kredibiliti Anwar tercabar. Sebab itu saya berhak untuk tidak memaksa diri saya bersama dengan dia. Itu hak saya seperti orang lain yang memihak pada dia. Berlaku adillah pada saya,” katanya.

Sidek juga berkata beliau tidak berniat mengaibkan Anwar, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang perlu bagi menghentikan kemungkaran yang berlaku.

Beliau melahirkan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendiriannya itu dan berharap ia digunakan sebaik mungkin, dan turut membidas penulis blog yang menghentam tindakan beliau itu tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya.

Kepada pihak yang cuba menyifatkan pendedahannya sebagai satu konspirasi, Sidek mencabar mereka mengemukakan bukti bagi melawan hujah yang beliau tampilkan.

Ditanya kesediaannya jika dicabar Anwar untuk berdebat, beliau berkata: “Untuk apa? Untuk kebenaran atau cuma silat lidah?” Sidek dalam pada itu berkata PAS perlu meneliti semula prinsip perjuangan asal parti itu yang dilihat sudah tergadai selepas bersama dalam pakatan pembangkang.

Sambil memuji Barisan Nasional yang terbukti boleh mentadbir dengan baik berdasarkan jejak rekod yang ada, Sidek berkata jika ada pihak yang berhasrat melakukan perubahan rejim, mereka perlu mengambil kira masalah yang bakal timbul dalam menguruskan kejayaan perubahan itu.

Program Santai Kunci Kekuatan UMNO Kubang Pasu Raih Sokongan Rakyat

Posted: 05 Apr 2013 06:04 AM PDT

KUBANG PASU 5 April – Program setiap minggu bersama penduduk setempat dilihat menjadi kunci utama kepada Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

Keyakinan itu disurakan oleh Ahli Parlimennya yang juga Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Johari Baharum yang melihat kaedah berkenaan cukup serasi dan diterima oleh semua pelbagai lapisan masyarakat di bahagian tersebut.

Menurut beliau dengan pendekatan itulah segala masalah dan segala keluh kesah yang dihadapi oleh penduduk di Kubang Pasu dapat menyatakan masalah mereka untuk diselesaikan sekaligus memberikan pembelaan sewajarnya.

"Kubang Pasu ini pola penduduknya pelbagai…Ada yang jadi nelayan..ada yang jadi pesawah dan berbagai-bagai lagi. Peniaga pun ada. Semua itu saya beri penekanan yang penting apabila timbul pelbagai masalah.

"Sebagai contoh masalah padi yang dihinggapi penyakit kita ambil jalan penyelesaian untuk bantu…. banjir kita ambil penyelesaian untuk bantu. Masalah nelayan berbangkit kita cari jalan selesaikan. Masalah peniaga kita pun cari kaedah terbaik untuk bantu mereka. Begitu juga dengan maalah lain yang timbul.

"Konsep saya gunapakai adalah dengar sendiri masalah mereka bagi memudahkan segala tindakan selanjutnya dan inilah formula keakraban BN Kubang Pasu dengan penduduk setempat. Atas dasar inilah, saya yakin mereka akan terus memberi kepercayaan kepada BN pada pilihan raya umum nanti," ujarnya.

Datuk Johari seterusnya menambah sebagai Ketua Bahagian dan juga Ahli Parlimen, beliau membahagikan masa dalam usaha memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat.

"Sebagai Ahli Parlimen saya jumpa semua orang…..masalah yang timbul saya dengar dan akan cari jalan selesaikan. Tidak kira warna parti dan sebarang fahaman ideologi. Semua kita bantu dan selesaikan.

"Sebagai Ketua bahagian pula, saya akan berjumpa dengan seluruh jentera saya untuk memastikan segala pelaksanaan parti tercapai. Inilah kunci utama saya bersama jentera yang lain di Kubang Pasu bukan sahaja hari ini malah sejak saya menjadi Ahli Parlimen dahulu," katanya.

Sungguhpun begitu, beliau turut menasihati seluruh jentera agar tidak selesa dengan kedudukan semasa di kawasan tersebut.

"Insyaallah…gerak kerja kita terus diperhebatkan khususnya untuk menarik sokongan pengundi baru. Kita akan ikhtiar yang terbaik untuk memastikan BN Kubang Pasu terus mendapat kepercayaan pengundi," katanya. -MediaUMNO

 

Program Transformasi Kerajaan BN Bela Nasib Semua Rakyat – Muhyiddin

Posted: 05 Apr 2013 05:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata program transformasi yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pembelaan dan manfaat kepada segenap kelompok masyarakat di negara ini.

“Saya boleh katakan dengan program-program transformasi yang dilakukan kerajaan BN, tidak ada satupun kelompok dalam masyarakat kita yang terbiar atau tidak terbela.

“Semua diberi perhatian, bantuan dan pertolongan,” katanya semasa berucap pada jamuan yang diadakan selepas solat Jumaat di Madrasah Islahiah Addiniah, Taman Ibu Kota di sini hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata rakyat harus memberi mandat kepada BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang dalam memastikan agenda transformasi negara dapat diteruskan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada Rabu untuk memberi laluan kepada PRU-13.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berjumlah RM52,000 kepada 26 mangsa kebakaran rumah di Kampung Puah di sini baru-baru ini.

Timbalan pengerusi BN itu berkata usaha transformasi negara wajar diteruskan dalam mengejar matlamat status negara maju menjelang 2020 yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi.

“Di hadapan kita ini sudah terbentang suatu usaha besar yang telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya dan rakan-rakan dalam Kabinet sokong, dan kita mahu melihat dasar transformasi itu tidak terhenti di sini,” katanya.

Muhyiddin menarik perhatian kerajaan pimpinan BN yang memerintah Malaysia sejak lebih lima dekad berpengalaman luas dalam soal menguruskan negara termasuk dari segi ekonomi, pendidikan, keselamatan dan perpaduan.

“Walaupun kita sudah mentadbir negara 55 tahun tetapi parti tidak tua, pemimpin bertukar bersilih ganti bahkan lebih bertenaga daripada dulu, berupaya, berkemampuan, ada wawasan dan cita-cita.

“…dan yang lebih penting kita memahami kehendak rakyat,” tegasnya.

BN Terus Diyakini Untuk Menerajui Kepimpinan Negara – Dr Khoo Kay Kim

Posted: 05 Apr 2013 04:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April – Pilihan Raya Umum ke-13 ini akan melihat Barisan Nasional (BN) akan mendapat tentangan hebat daripada pakatan pembangkang tetapi akhirnya keputusan berpihak kepada BN yang akan terus mendapat mandat menerajui kerajaan, kata penganalisis politik tempatan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Katanya, berdasarkan perkembangan semasa pakatan pembangkang sememangnya akan mencuba berhabis-habisan untuk mendapatkan kepercayaan rakyat menjelang hari pengundian tetapi akhirnya BN lebih diyakini.

"Pakatan pembangkang akan memberi saingan dalam pelbagai aspek kepada BN tetapi dengan pengalaman dan kematangan BN yang dahulunya Parti Perikatan iaitu sejak 1955, maka akhirnya BN akan menang PRU ini," katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, biarpun ada khabar angin yang mengatakan bahawa akan berlaku kekacauan dan huru-hara pada hari pengundian tetapi ianya diwujudkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan mahu merosakkan sistem demokrasi.

"Sejak pilihan raya pertama hinggalah tahun 2008, rakyat tidak pernah berdepan dengan masalah dalam pilihan raya dan mana-mana parti yang menang akan membentuk kerajaan dan perlu membuktikan kebertanggungjawabannya kepada masayarakat.

"Biarlah rakyat yang menjalankan tugas mereka sebagai pengundi dengan memilih serta membuat penilaian berdasarkan kepada pelbagai perkara yang berlaku antara BN dan pakatan pembangkang. Masyarakat hari ini adalah mereka yang mampu berfikir dengan matang dan mempunyai latar pendidikan yang baik untuk membuat keputusan."

Ujar beliau yang juga profesor di Universiti Malaya, terpulanglah kepada ahli politik yang mana mereka perlu bijak dalam mengaplikasikan pelbagai insiden yang berlaku.

"Apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 adalah antara kesan daripada pilihan raya yang sangat memeranjatkan tetapi ia tidak merebak hingga ke seluruh negara apabila anggota berkuasa dapat mengawalnya," katanya.

Sehubungan itu, beliau juga percaya bahawa kekacauan tidak akan berlaku berikutan kesungguhan pihak berkuasa yang sentiasa bersedia dalam menjaga ketenteraman awam dan memastikan kelangsungan keamanan dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membubarkan Parlimen pada 3 April lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selepas. - MediaUMNO

Pentas Srikandi Wanita Untuk Jawab Isu Kelirukan Rakyat

Posted: 05 Apr 2013 04:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April – Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Sohar berkata, jentera Wanita akan terus bergerak dan tidak akan goyang dengan apa jua provokasi yang cuba dilakukan oleh pakatan pembangkang bagi melemahkan semangat juang jentera pilihan raya mereka.

Ujarnya, WanitaUMNO  telah dapat mengesan beberapa strategi pakatan pembangkang bagi merosakkan perancangan jentera parti mendekati pengundi.

"Contohnya di tempat saya iaitu di Hulu Selangor, jentera Wanita menyalurkan bantuan kepada mereka yang terpilih. Tetapi terdapat lebih kurang 20 orang yang telah datang kononnya telah menerima kiriman pesanan ringkas memberitahu mereka telah terpilih untuk mendapat bantuan tersebut.

"Tetapi apabila diperiksa ianya adalah kiriman pesanan ringkas palsu yang dikirim daripada telefon tidak bernombor. Saya percaya, pakatan pembangkang akan buat apa sahaja untuk melemahkan semangat jentera Wanita kerana mereka sebenarnya takut dengan kita.

"Jentera Wanita adalah kekuatan parti dan pakatan pembangkang sedar bahawa untuk melemahkan parti maka jentera Wanita harus dirosakkan," ujarnya dalam satu sidang media di Pejabat pergerakan tersebut di sini, hari ini.

Tambah Rosni, Wanita juga telah melancarkan pentas Srikandi yang telah bergerak ke seluruh negeri bagi menjawab setiap isu baik isu nasional mahupun isu setempat.

"Pentas Srikandi ini telah mula beroperasi lebih kurang dua bulan lalu. Setakat ini ianya mendapat sambutan yang amat baik terutamanya di Kelantan.

"Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Kelantan memang dahagakan perubahan. Kita di Wanita sebenarnya dapat merasakan semangat yang amat berlainan pada kali ini di dalam berdepan dengan PRU-13.

"Semangatnya amat berbeza dan mungkin inilah kesan daripada kejayaan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datu kSeri Najib Tun Razak. Kita yakin, rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada BN untuk terus menerajui kepimpinan negara," ujarnya lagi. – MediaUMNO

Hanya Orang Tak Siuman Saja Yang Gila Ambil Kerja Tuhan

Posted: 05 Apr 2013 04:07 AM PDT

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan antara beberapa pemimpin utama PAS yang tak pernah serik dari mencetuskan kontroversi demi kontroversi gara-gara tutur katanya yang kasar, celupar dan tidak berhikmah.

Tak berapa lama dulu Nik Aziz pernah sibuk menjaja isu syurga dan neraka, seolah-olah dirinya penjaga kunci yang akan menentukan orang yang sokong PAS masuk syurga dan orang UMNO masuk neraka.

Sebelumnya, Nik Aziz dengan selamba menyatakan kesediaan bersahabat dengan syaitan semata-mata untuk menjustifikasikan perlunya hubungan kerjasama PAS dengan DAP.

Terbaru, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan mendakwa orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.

Alasannya konon kerana UMNO menerima dasar kebangsaan yang ditakrifnya sebagai menolak Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Makin tua makin merapu pula orang tua tak sedar diri yang gila kuasa mahu bertongkat langit sampai mati ini.

Nampak sangat Nik Aziz dah tersesat arah kerana salah memahami maksud kebangsaan mengikut fahaman sempit, tapi peliknya liberalisme dan pluralisme yang berakar umbi dalam PKR sedikit pun tak berani disentuhnya.

Ada pemimpin Melayu yang bersekongkol dalam DAP yang berpegang pada fahaman sosialis, tak pula Nik Aziz pertikaiannya. Mentang-mentang geng sendiri, hipokrit punya manusia bertopengkan agama.

Nik Aziz sebenarnya terdesak nak memainkan semula persepsi yang PAS itu Islam dan Islam itu PAS, menyokong PAS bermakna menyokong Islam dan menolak PAS maka dituduhnya menolak Islam.

Hakikatnya, Nik Aziz tak sedar yang PAS hanyalah sebuah parti politik semata-mata yang tertubuh akibat kekecewaan pemimpin-pemimpin awalnya.

Untuk pengetahuan Nik Aziz, semangat kebangsaan atau nasionalisme yang mendasari perjuangan UMNO merujuk pada wathan (tanah air), Dar al-islam dan Diyar al-islam, maksudnya satu perjuangan mendaulatkan tanah air tanpa mengetepikan ajaran Islam.

Susur galur fahaman yang sama juga yang mendasari kelahiran PAS di zaman Ahmad Fuad yang kemudian diteruskan oleh Burhanuddin Al Helmi dan Asri Muda.

Adakah Nik Aziz sanggup mengira pahala dan dosa mereka, atau sebab mereka ini pernah bersama PAS maka terkecuali dari timbang tara Nik Aziz dan PAS….?

Orang UMNO yang Nik Aziz kata tak dapat pahala bila bersolat inilah yang sakan berjuang memerdekakan tanah air dan berjuang memajukan ummah untuk bersaing dengan penganut agama lain supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

UMNO ini jugalah yang sibuk berjuang mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T dari dinodai oleh DAP dan PKR, sedangkan PAS sehingga sekarang gagal mengubah dasar PR supaya kembali menghormati kalimah Allah S.W.T.

Justeru itu, tak usahlah Nik Aziz memesongkan orang ramai tatkala diri sendiri gagal memahami realiti, lebih baik Nik Aziz cermin diri sendiri dan perbetulkan hala tuju PAS yang semakin dekat bergelumang dengan fahaman PR yang liberalisme dan pluralisme, ada juga faedahnya.

medan-info-kita.blogspot.com

Nik Aziz Patut Jaga Mulut Dari Keluarkan Kenyataan “Sakit”

Posted: 05 Apr 2013 03:56 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 April – Mursydiul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sewajarnya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Timbalan Rektor Al-Madinah International Universiti, Dr. Fadlan Mohd. Othman  berkata apa yang dikatakan oleh Nik Aziz sepertimana laporan media bahawa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu kononnya menolak dasar Islam memerlukan penjelasan lanjut.

Menurut beliau Majlis Syura Pas atau pun Dewan Ulama parti itu perlu tampil ke depan dan sepatutnya memberikan penjelasan terperinci mengenai apa yang diperkatakan oleh Mursyidul Am Pas itu.

"Jika benar itu diperkatakan oleh Nik Aziz, beliau perlu berikan penjelasan lanjut. Paling tidak Dewan Ulama atau Majlis Syura perlu buat penjelasan kerana kita bimbang ianya boleh menimbulkan kekeliruan.

"Kita ingin mengingatkan agar jangan berulangnya sejarah hitam sebelum ini yang mana wujudnya sembahyang dua imam, nikah imam kerajaan tidak sah dan sebagainya lagi. Inilah yang kita tidak mahu.

"Sepatutnya Nik Aziz perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana sepertimana yang saya sebutkan di atas boleh menimbulkan kekeliruan sekaligus menambahkan jurang perpaduan sesama umat Islam yang berlainan ideologi politik," katanya UMNO-Online.

Dr Fadhlan seterusnya menambah pihaknya cukup hairan bagaimana Nik Aziz boleh mengeluarkan kenyataan tersebut terutama kononnya UMNO menolak Islam.

"Jika UMNO tolak Islam apakah kita boleh nampak masjid…perbankan Islam, agensi Islam, pendidikan Islam dan sebagainya lagi. Jika dihuraikan satu persatu cukup banyak dan sudah terpampang di depan mata secara praktikalnya. Malah dalam perlembagaan UMNO sendiri pun dah ada berkait Islam ini," katanya.

Semalam, Nik Abdul Aziz sekali lagi mencetuskan kontroversi melalui fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO apabila mendakwa sembahyang ahli parti itu tidak memberikan sebarang pahala kerana UMNO telah menolak dasar Islam. -MediaUMNO

Manifesto BN Hadapi PRU 13 Teruskan Tradisi Membela Rakyat

Posted: 05 Apr 2013 03:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April – Manifesto yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok di stadium Bukit Jalil diyakini akan terus mendekati dan menyentuh akar umbi rakyat melalui program-program bantuan yang mendahulukan rakyat, demikian menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk M. Zain.

Menurut beliau lagi, manifesto yang bakal diumumkan esok pastinya satu manifesto yang berpaksikan pada realiti serta mampu untuk dilaksanakan oleh kerajaan kelak.

“Saya yakin, manifesto yang bakal diumumkan oleh PM esok merupakan satu manifesto yang bakal meneruskan tradisi BN dalam usaha untuk membela rakyat dan membangunkan negara. Ianya pasti satu manifesto yang mampu ditunaikan sekiranya BN diberikan mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Dan sudah tentu, ianya bukan satu manifesto angan-angan yang menjanjikan bulan dan bintang seperti manifesto Pakatan Pembangkang. Saya yakin manifesto BN akan bertambah baik dari apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini dan lebih praktikal untuk dilaksanakan,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, dengan track record yang ada pada kerajaan BN sepanjang tempoh lebih 55 tahun memerintah, beliau berkeyakinan manifesto BN kali ini akan tampil dengan lebih banyak pembaharuan dari sudut perlaksanaan dasar dan program transformasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan hari ini.

“Justeru itu, saya menyeru rakyat agar terus memberikan kepercayaan dan memberikan mandat sepenuhnya kepada kerajaan BN untuk terus mentadbir negara, agar segala usaha bagi melaksanakan dasar serta tranformasi kerajaan untuk rakyat dan negara terus dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Jika kita lihat hari ini, kerajaan BN  tak pernah berjanji untuk memberikan bantuan BR1M pada rakyat, tetapi kerajaan bagi juga kerana mahu membantu meringankan beban rakyat.

“Apatah lagi sekiranya BN memasukkan program-program bantuan rakyat seumpama itu di dalam manifesto yang bakal diumumkan kelak, sudah pasti kerajaan BN akan laksanakan segalanya kerana kerajaan BN hari ini  sudah terbukti sebuah kerajaan yang menepati segala janji-janji mereka kepada rakyat,” jelasnya. -MediaUMNO

Learn From Bitter Lesson Of 2008 – Zambry

Posted: 05 Apr 2013 03:45 AM PDT

GERIK, April 5  - All candidates, leaders and supporters of Perak Barisan Nasional (BN) should learn from the bitter lesson of 12th general election in 2008.

Perak BN chairman Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said they should unite to ensure victory for BN candidates who contest on the party ticket and not on their personal capacity.

“Show unity especially after the name of candidates are announced. Learn from the lesson of 2008 and don’t let BN fail in Perak,” he told reporters here today.

Zambry, who is also Perak Menteri Besar said those not listed as candidates should show a good example by being loyal BN supporters.

Perak BN learnt a biter lesson in 2008 general election when Pakatan Rakyat wrested the state government after winning 31 seats.

The DAP won 18 seats, PKR won 7 seats while PAS won 6 seats. BN won 28 of the 59 seats contested.

However, the Pakatan state government collapsed 11 months later when four state assemblymen, two from DAP and two from PKR quit to become BN friendly independents.

This left Pakatan with 27 seats, opening the door for BN who has 28 seats to takeover the Perak state government on Feb 6, 2009.

Asked about PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim who is expected to contest a parliamentary seat in Perak, he said it is his democratic right.

“I heard that he (Anwar) wants to contest Lumut parliamentary seat.”

Zambry urged the opposition to respect BN’s democratic right by following the rules and regulations and refrain from engaging in the politics of hate.

Anwar last night announced that PKR will field first admiral (rtd) Mohamad Imran Abdul Hamid as the candidate for Lumut parliamentary seat.

Earlier, Zambry officiated the groundbreaking ceremony for the construction of a new mosque in Jalan Baru Gerik/Kulim.

He then officiated the groundbreaking ceremony for a bridge across Sungai Perak linking Kampung Chenawing to Tanjung Rimbun and Kampung Batu Enam in Bandariang.

Zambry Minta Mereka Yang Tidak Dicalonkan Jadi Penyokong Setia BN

Posted: 05 Apr 2013 03:12 AM PDT

GERIK, 5 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meminta mereka yang tidak tersenarai sebagai calon BN pada pilihan raya umum kali ini agar terus menjadi penyokong setia parti.

Katanya seluruh warga BN, baik yang menjadi calon mahupun tidak, harus menjadikan pengalaman pada 2008 sebagai pengajaran penting dan memastikan peristiwa sama tidak berulang.

“Saya ingin ingatkan semua di peringkat BN supaya bersatu hati terutama apabila pengumuman mengenai calon dibuat…belajarlah daripada pengalaman pahit 2008, jangan biarkan sekali lagi BN kecundang di bumi Perak ini,” katanya di sini, Jumaat.

Katanya rakyat di Perak kini memberi komitmen yang kuat untuk memastikan calon BN meraih kemenangan, justeru perkara itu perlu disokong pemimpin yang tidak dicalonkan.

“Mereka perlu terus menjadi penyokong yang setia kepada BN kerana kita perlu mengambil falsafah politik iaitu ketika kita menjadi calon mereka berada di belakang sentiasa memberi sokongan yang baik, bila masa kita berakhir seharusnya perkara yang sama ditunjukkan, kita perlu menjadi contoh yang baik,” katanya.

Zambry berkata bagi yang dicalonkan pula, mereka mesti memastikan tanggungjawab dilaksana dengan lebih baik.

Pada pilihan raya umum 2008, BN Perak yang menang 28 kerusi dewan undangan negeri gagal membentuk kerajaan selepas parti pembangkang iaitu DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masing-masing menang 18, tujuh dan enam kerusi bersetuju bergabung, sekali gus membolehkannya menubuhkan kerajaan negeri.

Bagaimanapun selepas 11 bulan, dua anggota dewan undangan negeri (Adun) DAP dan dua daripada PKR bertindak keluar parti dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN, seterusnya membuka ruang kepada BN kembali berkuasa pada 6 Februari 2009.

Mengulas hasrat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Perak, Zambry berkata setiap individu yang layak berhak bertanding di mana sahaja yang dia inginkan.

Terdahulu Zambry merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan sebuah masjid baharu di Jalan Baru Gerik/Kulim berhampiran Sekolah Menengah Teknik Gerik di sini.

Ini diikuti perasmian majlis pecah tanah projek jambatan merentasi Sungai Perak yang menghubungkan Kampung Chenawing dan Tanjung Rimbun, Kampung Batu Enam di Bandariang di sini.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...