BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! MAHASISWA KOMITED BANTU RAKYAT DAN SOKONG BN !!!

Posted: 05 Apr 2013 12:00 PM PDT


Sebuah pergerakan mahasiswa telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan kepimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Siswa4U merupakan pergerakan yang terdiri daripada lebih 500 pemimpin mahasiswa berbilang kaum daripada semua institusi pengajian tinggi (IPT) turut berjanji untuk membantu Perdana Menteri dalam meyakinkan rakyat agar terus memberikan mandat kepada beliau dan barisan pimpinannya.Sokongan terbuka mereka itu menunjukkan bahawa golongan mahasiswa begitu komited untuk menyumbangkan idea dan masa dalam membela dan membantu rakyat Malaysia.Malah mereka juga turut menghargai pindaan kepada AUKU yang telah dibuat oleh PM dan BN.

Pengerusi SISWA4U,Mohd Hafiz Ariffin berkata,sesuai dengan keterbukaan kerajaan yang telah meminda perkara 15(2) AUKU,aktivis SISWA4U dengan ini menyatakan kesediaan sepenuhnya untuk berpartisipasi dalam proses demokrasi dalam PRU-13 secara sihat malah turut bersedia sekiranya diperlukan untuk membantu kempen pilihan raya."Selain itu kami juga menolak sikap segelintir mahasiswa yang menzahirkan pandangan dan idealogi mereka secara tidak betul dan ganas.SISWA4U pula mengambil pendekatan yang berbeza yang jauh lebih harmoni dan menggambarkan imej mahasiswa yang lebih terpelajar dan bermaruah," ujarnya dalam sidang media khas.Pakatan pembangkang sebelum ini sering dilihat mempengaruhi dan mengunakan golongan mahasiswa dalam menjayakan matlamat Anwar untuk ke Putrajaya.Maka sejak itu bermulalah tindakan-tindakan biadap seperti menurunkan gambar pemimpin,memijak,membakar malah tidak kurang juga ada yang bertindak mengalungkan bunga untuk orang mati. 

Baru-baru ini pula,seramai 3 orang telah ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat.Walaupun mereka mendakwa kononnya mewakili suara mahasiswa,namun pada hakikatnya mereka hanya terdiri dari segelintir kumpulan.Malah hasil penelitian yang dilakukan kebanyakkan mereka juga adalah merupakan orang yang sama dijadikan alat oleh pimpinan pakatan pembangkang yang berselindung disebalik hak kebebasan akademik.Menurut Hafiz lagi,agenda transformasi yang dijalankan Datuk Seri Najib menunjukkan iltizam pemimpin nombor satu negara itu dalam melaksanakan perubahan menyeluruh terhadap negara,kerajaan dan parti sejak mula mengambil alih tampuk pemerintahan. 

Ujarnya lagi,SISWA4U bukan menyatakan sokongan secara membuta tuli dan tiada asas tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap setiap transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri maka telah terbukti hanya Barisan Nasional yang paling layak diberi mandat untuk terus menjadi pucuk pimpinan negara. "Kami akan terus bergerak untuk membantu kerajaan mendekati anak muda. Sebagaimanan Perdana Menteri bersungguh mendekati anak muda dan menjiwai denyut nadi anak muda melalui pelbagai pendekatan termasuk melalui media sosial, begitu juga kami SISWA4U.

RENUNG-RENUNGKAN

BUBAR !!! SAH !!! TERNYATA PR SANGAT BACUL !!!

Posted: 05 Apr 2013 05:00 AM PDT


Tatkala menunggu Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen,PR lah yang kononnya paling tidak sabar.Berbagai-bagai spekulasi dimainkan berkenaan kenapa parlimen belum dibubar sedangkan pada penggal-penggal sebelum ini mereka juga yang marah-marah jika Perdana Menteri bertindak mempercepatkan pilihanraya.PR menuduh Perdana Menteri sebagai takut,tidak bersedia,malah ada juga yang berimaginasi yang Perdana Menteri sengaja melambatkan pembubaran kerana ingin mencetuskan huru-hara.Sekali dengar,tampak seolah-olah PR benar-benar sudah gila kerana terlalu sangat gilakan kuasa.Di masa yang sama,PR tidak pula bertindak membubarkan terlebih dahulu DUN di negeri-negeri yang diperintah mereka.Dalam mereka gah bercakap tentang keyakinan mereka untuk menang dan bakal menawan lebih banyak negeri, mereka terus menunggu agar parlimen dibubar dahulu.Akhirnya,apa yang ditunggu-tunggu sangat oleh PR pun sudah berlaku.saya ingat PR akan menerimanya sebagai 'berita yang telah dijangka',tetapi sebaliknya,PR menuduh pula pembubaran itu berlaku kerana hanya kerana PM menerima tekanan serta desakan dari berbagai pihak.Hanya setelah pengumuman pembubaran dari PM,barulah PR turut mengumumkan pembubaran serentak DUN di negeri-negeri jajahan mereka.Dengan itu,saya tidak faham bilakah agaknya tarikh yang tepat di mata PR untuk PM mengumumkan pembubaran.Apa yang kita lihat ialah,jika awal pun salah,lambat pun salah.

Inilah yang berlaku apabila PR benar-benar ketandusan modal di saat-saat akhir.Segala peluru,bom,termasuk bom jangka yang dipasang mereka telah pun meletup tanpa memusnahkan apa-apa.Sehinggakan akhirnya,bila perang benar-benar akan bermula,mereka terpaksa berlawan tanpa senjata tetapi sekadar berpencak silat sumbang sambil mulut menyumpah-nyumpah rambang.Isu kalimah Allah yang diharapkan menjadi peluru bagi menjauhkan pengundi bukan Islam dari BN ternyata memakan diri.Isu Lahad Datu yang dijangka menjadi bom nuklear menghapuskan terus BN,telah sebaliknya menjadi pembakar semangat perpaduan,sekali gus menjana kekuatan BN.Isu Altantuya,scorpene,SPR dan sebagainya pula telah pun selesai dengan keputusan PR kalah teruk.Hakikatnya,PR tersalah jangka tarikh pilihanraya.Mereka telah berkempen begitu lama selama setiap hari,setiap minit dan saat,selama empat tahun tanpa henti.Menabur fitnah dan memainkan isu yang lemah sebegitu lama pastinya meletihkan. Ini kerana cerita-cerita yang dimainkan perlahan-lahan berubah, ditokok tambah atau dikurangkan disana sini dalam usaha memastikan ia terus relevan. 

Oleh kerana cerita tersebut berdasarkan fiksyen dan bukannya kebenaran,maka versi asal tidak lagi boleh disemak dan dipastikan.Akhirnya strategi mengelirukan rakyat untuk meraih sokongan ini ternyata menyebabkan PR sendiri menjadi keliru lalu buntu.Justeru,yang baculnya,yang penakutnya dan yang terdesak dan tertekannya bukanlah BN,tetapi PR sendiri.Kerana itu mereka tidak berani membubarkan DUN negeri mereka terlebih dahulu.Kita tahu bahawa PR masih belum mampu menyelesaikan isu calon dan kerusi.Di sana sini kedengaran ketidakpuasan hati berkenaan sifat Anwar Ibrahim yang kuku besi,sikap Lim Guan Eng yang angkuh dan sikap Hadi Awang dan Nik Aziz yang bodoh. Suara PAS tidak dihormati di Pulau Pinang dan Selangor.Suara DAP tidak dihormati di Kedah.PAS Kelantan pula sanggup mendengar suara DAP Perak sehingga ke tahap menghadiahkan tanah.Di celah-celah itu pula,balak di Kedah sudah hampir selesai,air di Selangor sudah hampir habis,tanah Kelantan sudah banyak tergadai,yang tidak selesai tidak habis dan tidak tergadai ialah DAP Pulau Pinang yang sibuk melaksanakan projek-projek mega yang tidak perlu dan dengan cara yang tidak telus.Jelaslah,PR berada dalam keadaan kecut perut untuk menghadapi pilihanraya.Taktik pecah dan perintah dengan menghasut semangat perkauman, hanya menyebabkan bangkitnya semangat untuk bersatu yang lebih kuat di kalangan rakyat apabila BN bertindak menggiatkan penjelasan dan seruan ke arah perpaduan.Nampaknya,malang sekali bagi PR kerana di saat gendang perang dipalu,parti mereka hanya mampu memainkan isu 'tarikh pembubaran parlimen' sahaja sebagai peluru.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! MENJELANG PRU 13 !!! PEMBANGKANG AKAN TUMBANG - DAIM ZAINUDDIN !!!

Posted: 05 Apr 2013 02:00 AM PDT


Dalam wawancara bersama akhbar China Press baru-baru ini,bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin,melahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan menang majoriti yang lebih besar dalam PRU13.Ramai sedia maklum Tun Daim ini adalah seorang pengkaji dan pemikir yang hebat dalam membuat analisis mengenai politik negara sekali gus akan membuatkan Anwar Ibrahim dan pimpinan pakatan pembangkang kegelisahan.Lebih menggembirakan ialah selain yakin dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib dan Barisan Naiosnal (BN),Tun Daim turut mensasarkan BN akan mampu menang dengan majoriti yang lebih besar dalam PRU13.Menurutnya,walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor,Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor,Kedah dan Kelantan.Malah beliau percaya,BN mempunyai peluang untuk merampas semula DUN Selangor dan Kedah sekiranya Datuk Seri Najib meletakkan calon menteri besar yang boleh diterima rakyat. 

Jika BN letakkan calon yang benar-benar sesuai,Tun Daim percaya BN mampu menang majoriti yang lebih besar. "Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu," katanya.Selain dari itu,Tun Daim turut mengatakan permasalahan terbesar dengan pakatan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008. Katanya, disebabkan itu mereka dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat. Beliau turut menafikan, andaian kononnya Perdana Menteri sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP.Ini kerana menurutnya pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja. Dalam temuramah berkenaan, beliau turut menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi. "Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN," soalnya. 

Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.Ketika diminta mengulas mengenai makhluk bernama Anwar Ibrahim,Tun Daim di dalam wawancara yang disiarkan sebelum ini mengatakan Ketua Pembangkang itu bukan setahun dua dalam kerajaan.Beliau masuk UMNO tahun 1981 dan sudah jadi Timbalan Menteri pada tahun 1982 hingga ke jawatan akhirnya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1998.Cuba tengok kiri dan kanan sepanjang 16 tahun itu ada ke tidak sesuatu sesuatu dasar atau program atau projek istimewa Anwar yang boleh didirikan satu tugu peringatan sebagai lambang kehebatannya.Jawabnya tentu tidak ada.Kejayaannya meniti setapak dengan segera dalam hiraki politik semata-mata kerana beliau dicop sebagai 'Budak Bermata Biru' Tun Dr Mahathir Mohamad waktu itu.Kesimpulannya,jentera BN di setiap kawasan pusat daerah mengundi (PDM) perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan calon yang dipilih oleh kepimpinan diterima.Jentera dan petugas parti perlu meletakkan kepentingan parti dihadapan berbanding kepentingan peribadi bagi mengelakkan sebarang unsur yang boleh merencatkan gerak kerja yang dilakukan.Apa yang penting ialah,mengembalikan semua keyakinan rakyat khususnya pengundi terhadap BN/Umno sekaligus memberikan kemenangan kepada setiap calon yang dipilih oleh kepimpinan.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! CALON PAS SEDIA CERAIKAN ISTERI MASING-MASING ??? FUYOOOO !!!

Posted: 04 Apr 2013 11:00 PM PDT


Gelanggang pertarungan PRU 13 secara umumnya telah bermula sebaik sahaja Perdana Menteri,Datuk Seri Najib membuat pengumuman pembubaran Dewan Rakyat setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong.Tika ini tumpuan umum beralih pula kepada SPR menantikan pengumuman bilakah pula jatuhnya tarikh penamaan calon dan hari pengundian,namun di sebalik semua itu ada pihak yang di ambang kecelaruan fikiran menantikan saat tersebut.Pihak yang dimaksudkan itu bukannya bakal calon malah bukan juga pimpinan politik parti tetapi mereka adalah sekumpulan kaum hawa berstatus isteri dan ibu kepada anak-anaknya.Mereka dilanda gelisah,debaran tak keruan dan kebimbangan kerana inilah saat paling sukar bila mana terpaksa menerima hakikat suami masing-masing yang mewakili PAS dalam PRU 13 kelak akan mengangkat sumpah baiah talak tiga.Setiap calon PAS wajib mengikuti syarat ini demi mengikat kesetiaan mereka kepada parti sekaligus kelak di kemudian hari tiada seorang pun akan melompat keluar dari PAS.Baiah talak tiga maksudnya jika sumpah dilanggar maka terputuslah hubungan suami isteri di dunia dan akhirat,si isteri akan menjanda dan anak-anak pula bakal kesedihan dilanda duka hilang sebuah keluarga bahagia. 

Bertahun-tahun menjalin hubungan mesra suami isteri dikurniakan anak-anak yang lincah bergurau senda bagaikan sia-sia sebaik sahaja sumpah baiah talak tiga jaminan kesetiaan kepada PAS dilafazkan.Ia satu bentuk paksaan dalam rela tapi itulah hakikat syaratnya jika mahu menjadi calon PAS dalam pilihan raya.Andai tidak sanggup menerima syarat bersedia menceraikan isteri dengan talak tiga,jangan sesekali berangan untuk menjadi calon PAS.Demikian murahnya kesetiaan seorang isteri kepada suami pada nilaian PAS sehingga sanggup dijadikan pertaruhan demi keutamaan parti. Baiah talak tiga ini bukannya lagi satu rahsia dalam PAS setelah ianya diakui sendiri oleh pemimpin PAS mengenai kewujudannya demi menjaga kepentingan politik kepartian PAS meskipun hubungan suami isteri dijadikan sandaran & gadaiannya.Bagi PAS soal parti lebih utama,hukum hakam agama boleh sahaja mereka manipulasi untuk kepentingan parti, sama seperti mana para pimpinannya sering memanipulasi soal pahala dan dosa,syurga dan neraka untuk mengumpan sokongan keduniaan. Sedangkan kesucian kalimah Allah S.W.T PAS sanggup biarkan tergadai demi memenuhi tuntutan DAP sebagaimana dipersetujui secara bersama oleh PR,apa sangatlah menggadaikan hubungan suami isteri para calonnya demi kepentingan PAS,bukan begitu pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! CHUA JUI MENG TIDAK AKAN BERTANDING PADA PRU 13 ???

Posted: 04 Apr 2013 07:00 PM PDT


Pengumuman oleh Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim mengenai pencalonan rasmi Lim Kit Siang mewakili PR di Parlimen Gelang Patah dilihat memberi kesan besar menyebabkan gerak kerja PKR Johor bagaikan kehilangan jeneral perang.Mana tidaknya bila mana selepas pengumuman itu,Pengerusi PKR Johor,Chua Jui Meng terus senyap menyepikan diri membawa hatinya yang rajuk selepas kerusi Parlimen Gelang Patah yang menjadi sasarannya kini diberikan kepada DAP.Tindakan Anwar menyebelahi Lim Kit Siang sukar dimaafkan oleh Chua Jui Meng selain turut mengecewakan penyokong PKR kerana merasakan Anwar sengaja mengkhianati mereka.Masing-masing sebelum ini cukup teruja untuk melihat Chua Jui Meng bertanding di Gelang Patah yang dikira kerusi selamat untuk Pengerusi PKR Johor itu.Segala usaha dan wang ringgit yang dikorbankan kini melayang begitu sahaja dan hasilnya pula dituai oleh Lim Kit Siang. 

Bagi Anwar pula soal setia kawan dalam politik tidak pernah kekal,ia hanya berguna bila ia dianggap menguntungkan dirinya sahaja.Dalam kes di Gelang Patah,ternyata Anwar lebih meyakini pemimpin DAP berbanding pemimpin dalam partinya sendiri.Chua Jui Meng perlu menerima hakikat di mana letak kedudukan dirinya pada mata Anwar yang tergamak membiarkan pemimpin dalam parti sendiri terkonteng-konteng tanpa pembelaan.Tika ini banyak spekulasi membayangkan kemungkinan Chua Jui Meng akan keluar dari PKR atau pun mungkin mengambil langkah drastik mengganggu kempen PR di Johor setelah dirinya diketepikan.Dalam perkembangan terbaru,Nanyang Siang Pau melaporkan pada hari Sabtu 6 April 2013 atau esok,Chua Jui Meng akan membuat satu pengumuman penting berkemungkinan besar mengenai hala tuju politiknya.Ada sumber menyatakan Chua Jui Meng hampir pasti menolak tawaran bertanding di tempat lain dan mungkin menyepikan diri serta tidak akan mengambil bahagian dalam PRU 13.Jika ia menjadi kenyataan bermakna PR akan mendepani PRU 13 dalam keadaan tempang,kalau pun Chua Jui Meng berubah fikiran saat akhir menerima tawaran bertanding di mana-mana kawasan ia tetap memberi kesan moral kepada jentera PKR.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! NIK AZIZ DAH SESAT !!! SEMBAHYANG ORANG UMNO TAK DAPAT PAHALA ??? APA CERITA NI ???

Posted: 04 Apr 2013 04:00 PM PDT


Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan antara beberapa pemimpin utama PAS yang tak pernah serik dari mencetuskan kontroversi demi kontroversi gara-gara tutur katanya yang kasar,celupar dan tidak berhikmah. Tak berapa lama dulu Nik Aziz pernah sibuk menjaja isu syurga dan neraka, seolah-olah dirinya penjaga kunci yang akan menentukan orang yang sokong PAS masuk syurga dan orang UMNO masuk neraka.Sebelum ini,Nik Aziz dengan selamba menyatakan kesediaan bersahabat dengan syaitan semata-mata untuk menjustifikasikan perlunya hubungan kerjasama PAS dengan DAP.Terbaru,Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan mendakwa orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.Alasannya konon kerana UMNO menerima dasar kebangsaan yang ditakrifnya sebagai menolak Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 

Makin tua makin merapu pula orang tua tak sedar diri yang gila kuasa mahu bertongkat langit sampai mati ini.Nampak sangat Nik Aziz dah tersesat arah kerana salah memahami maksud kebangsaan mengikut fahaman sempit,tapi peliknya liberalisme dan pluralisme yang berakar umbi dalam PKR sedikit pun tak berani disentuhnya.Ada pemimpin Melayu yang bersekongkol dalam DAP yang berpegang pada fahaman sosialis,tak pula Nik Aziz pertikaiannya. Mentang-mentang geng sendiri,hipokrit punya manusia bertopengkan agama.Nik Aziz sebenarnya terdesak nak memainkan semula persepsi yang PAS itu Islam dan Islam itu PAS,menyokong PAS bermakna menyokong Islam dan menolak PAS maka dituduhnya menolak Islam. 

Hakikatnya,Nik Aziz tak sedar yang PAS hanyalah sebuah parti politik semata-mata yang tertubuh akibat kekecewaan pemimpin-pemimpin awalnya.Untuk pengetahuan Nik Aziz,semangat kebangsaan atau nasionalisme yang mendasari perjuangan UMNO merujuk pada wathan (tanah air),Dar al-islam dan Diyar al-islam,maksudnya satu perjuangan mendaulatkan tanah air tanpa mengetepikan ajaran Islam. Susur galur fahaman yang sama juga yang mendasari kelahiran PAS di zaman Ahmad Fuad yang kemudian diteruskan oleh Burhanuddin Al Helmi dan Asri Muda.Adakah Nik Aziz sanggup mengira pahala dan dosa mereka atau sebab mereka ini pernah bersama PAS maka terkecuali dari timbang tara Nik Aziz dan PAS ??? Orang UMNO yang Nik Aziz kata tak dapat pahala bila bersolat inilah yang sakan berjuang memerdekakan tanah air dan berjuang memajukan ummah untuk bersaing dengan penganut agama lain supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. UMNO ini jugalah yang sibuk berjuang mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T dari dinodai oleh DAP dan PKR,sedangkan PAS sehingga sekarang gagal mengubah dasar PR supaya kembali menghormati kalimah Allah S.W.T. Justeru itu,tak usahlah Nik Aziz memesongkan orang ramai tatkala diri sendiri gagal memahami realiti,lebih baik Nik Aziz cermin diri sendiri dan perbetulkan hala tuju PAS yang semakin dekat bergelumang dengan fahaman PR yang liberalisme dan pluralisme,ada juga faedahnya.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...