Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Jentera BN Di Tetak!! #TolakPas

Posted: 05 Apr 2013 08:18 AM PDT

Bachok. 11.45 mlm 3 Mei 2013 berlaku kes tetak di Pos BN Chabang 3 Melawi. Pemilik kedai di tetak oleh seorang penyokong PAS yang datang bersama adik mangsa.

Mangsa di arah menurunkan semua poster BN. Poster BN kemudiannya di potong dengan pedang dan mangsa di tetak di bahu. Mangsa cedera di bahu kanan dan menerima 13 jahitan.

Kes disiasat Peg. Penyiasat IPD Bachok di bawah seksyen 324. Nombor report1093/2013.

P/S : Ini baru betul politik gangster kan?Siap tetak-tetak bagai.SAY NO TO PAS. Sumber dari SINI

Apa bangang sangat puak Pas ni. Bab poster sampai nak tetak-tetak? Adehh...

McTheory:
Islam pala hotak apa korang ni..

PANASS!! Penganut Agama Pas Datang Minta Maaf Kat Ustaz Kazim? #TolakPAS

Posted: 05 Apr 2013 05:37 AM PDT


Bukanlah Mc nak tuduh orang yang dok umpat Ustaz Kazim tu orang Pas. Tapi rasanya itulah yang berlaku sekarang ni. Ustaz Kazim selalu menegur sesiapa saja yang melakukan kesilapan, hatta Ulamak Pas paling tersohor si Nik Aziz tu. Sebab tu ahli Pas tak dapat menerima hakikat tersebut. Bila tak dapat menerima hakikat, dimaki pulak si Ustaz Kazim. Samalah seperti apa yang terjadi kepada Ayahanda Tun Dr Mahathir dulu.


Alhamdullilah nampaknya orang yang minta maaf pada Ustaz Kazim ni Allah dah buka kan hatinya. Selamatlah dia tak pi jumpa Nik Aziz untuk membersih dosa, kalau tak bukan dosa dia bersih, rasanya makin parahlaa..

McTheory:
Syurkur ahli Pas ada yang makin sedar..

PANASS!! Kaitan Mazlan Aliman dan Pengalaman lampaunya dengan #Felda?

Posted: 05 Apr 2013 02:16 AM PDT



 
Sebut nama Mazlan Aliman, dah tentu kita tahu bahawa dia ni penentang Felda nombor satu di dunia ni. Tapi kita tahu ke latar belakang family dia?

Mazlan Aliman pernah 'bengang' dengan Felda kerana dalam majalah 'ICT Jelas' keluaran Felda Bil : 4/2010, ada mengeluarkan satu wawancara bersama Abd Rahim bin Aliman, iaitu abang kepada Mazlan Aliman.

Wawancara tersebut sungguh menarik sekali. Di hati kecil Mc berkata, 'patutlah Mazlan marah sangat dengan Felda'. Mc tidak mahu menulis panjang lebar berkenaan artikel tersebut tetapi cukuplah dengan menulis semua yang di 'hitam'kan di majalah:


1) Saya adalah anak peneroka. 6 orang adik beradik saya yang lain juga adalah peneroka.

2) Dari segi pendidikan pula, sejak darjah 5, anak-anak peneroka ini dijaga oleh Felda sampailah mereka memasuki universiti.

3) Jangan percaya kepada orang luar yang ada niat politik datang ke tempat kita kononnya nak membantu.

4) Nasihat saya kepada peneroka... Marilah kita bersama Felda. Ikutlah program tanam semula bersama Felda. Kita semakin tua. Kalau kita berduit pun, kita tidak mempunyai tenaga untuk menguruskan ladang 10 ekar.

5) Akhir sekali saya juga selaku abang kepada saudara mazlan Aliman, ingin menyeru kepada peneroka-peneroka yang terlibat bersama beliau, PULANGLAH KE PANGKAL JALAN.

 
Oleh itu, Mc juga nak berpesan kepada Mazlan supaya janganlah memecah belahkan masyarakat peneroka. Ingatlah, Felda sudah banyak berjasa kepada peneroka. 

Memang Felda bukanlah 100% sempurna namun pihak pengurusannya telah berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada mereka. Ingatlah, tidak semestinya apabila bertukar kerajaan, semuanya akan menjadi baik.

Cuba kita lihat contoh negara luar, ramai banyak negara yang kacau bilau bila bertukar Kerajaan? Apakah kita nak negara kita jadi seperti itu? Fikirkanlahh..

McTheory:
Menyesal kemudian tidak berguna

PANASS AIHH!! Video Masjid Yang Bakal Menghantui Pas Kedah!! #TukarKedah #SaveKedah @MukhrizMahathir

Posted: 04 Apr 2013 11:37 PM PDT



Skandal buku Kedah sejahtera Pas yang dengan padat dengan penipuan telah terbongkar! Terutamanya isu masjid yang telah menyebabkan kemarahan rakyat Kedah dan ajk masjid sendiri.

Tak percaya? Tengok dua video Lembu punya susu, sapi dapat nama! Membongkarkan segala penipuan Pas tentang masjid yang kononnya mereka bina!




Apa macam? Jom #TukarKedah Untuk #SaveKedah!

McTheory:
Bab bina masjid pun tipu.. memang jahanam la..

TERKINI!! Dun Kedah Sudah Dibubarkan!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 04 Apr 2013 09:23 PM PDT

Sebentar tadi, Menteri Besar Pas Kedah Azizan Razak sudah pun secara rasminya membubarkan Dun Kedah pada sidang media yang diadakan sebentar tadi.

Dun Kedah dibubarkan selepas mendapat perkenan YDP Agong, yang juga merangkap Sultan Kedah. Ini bermakna tamat tempoh kuasa Pas di Kedah.

Selepas ini rakyat Kedah akan diberi peluang untuk bertukar semula ke kerajaan yang pandai buat kerja dan mendahulukan rakyat. Kita Tolak Pas kerana Pas hanya pandai cakap tapi tak pandai buat kerja!

Tolak Pas, Selamatkan Kedah!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

TUDIAA!! Senarai Calon Pas Kedah Bocor? #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 04 Apr 2013 07:12 PM PDT



Alamak, macamana aku boleh dapat senarai calon Pas Kedah ni?? Padahal Azizan baru saja habaq 2,3 hari lepas nak umum senarai calon depa bila bubar Parlimen..

Tapi senarai lengkap depa dah ada kat aku..huhu..Serabut jugak aku tengok senarai calon calon depa, yang dah jadi YB la ni pakat lompat habis pi tempat lain..Awat jadi lagu tu?? Servis depa kat rakyat tak habis lagi tiba tiba nama naik kat kawasan lain..Yang bestnya nama nama yang duk nak kerat Azizan ada yang lekat ada yang tak lekat..

Aku tak tau la apa akan jadi kalau Azizan dah umum senarai calon kali ni..Dah tentu penyokong kuat YB YB yang duk ada sekarang ni akan mengamuk sakan..Kalau tak percaya tengok lah..Aku boleh sebut 1 per 1 calon depa kalau aku nak, tapi bagi sikit masa lagi aku dedah gambar penuh senarai calon depa..

Cuma aku nak tanya pemimpin Pas yang duk mesyuarat pasai calon calon tu..betui ka dak gambar ni dari dokumen hangpa..Sebab senang sangat nak curi..hehehehe

Sebenarnya Mc pun dah tengok list yang Medan Tempur bawa ni. Apa yang Mc pelik nama Phahrolrazi siap bertanding dua tempat lagi. Ingatkan Azizan dah kerat awai, rupanya atas kuasa pusat Phahrol dipilih juga.

McTheory:
Kesian Azizan, tempang tanpa kuasa..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...