Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Lagi Projek 'Hantu' yang Bakal Menghantui Pas Kelantan! #TukarKelantan
- PANASS!! Bukti Pas Berlaku Kejam Pada Ulamak Pondok!! #TolakPAS
- PANASS!! Akibat Merajuk Ramai Pemimpin Dap Letak Jawatan!! #TolakPR
- PANASS!! Komplot Terbaru Agenda Jahat Mahfuz dan Dap!! #TukarKedah #SaveKedah
- TERHANGAT!! Penganas Sulu 'Gertak' Tunjuk Kelengkapan Perang Mahu Serang Malaysia!! #Pray4Sabah #PRU13
- TUDIAA!! Bila Tian Chua dan Bob Lokman Ceramah di BATU, Apa Jadi? #TolakPR
PANASS!! Lagi Projek 'Hantu' yang Bakal Menghantui Pas Kelantan! #TukarKelantan Posted: 10 Apr 2013 08:34 AM PDT Bermula dengan pendedahan nama akaun syarikat yang memungut derma seperti didedahkan oleh RBF Online, kisah lama yang menghantui PAS dan kutipan derma mula datang kembali. Ketakutan mula wujud kalau-kalau Lebuh Raya 'Husam' ini bukan sahaja indah khabar dari rupa seperti gegar gempita projek Takaful Kifalah Warga Emas, projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, projek Depu dan Dinar Emas Kelantan. Itu adalah senarai 'pet project' YB Dato' Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancang Ekonomi dan Kebajikan PAS Kelantan. Habis perasmian, masalah bermula. Tetapi kemelut ini bukan setakat menjadi identiti Husam bahkan ia juga menjadi jati diri PAS Kelantan yang diterajui 'ayah politik' Husam iaitu Nik Aziz sendiri. Pelbagai projek dirasmikan dan dibuat pecah tanah, tetapi siapnya tidak pernah. Antaranya yang mampu disenaraikan termasuklah projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup dan terkini ialah projek stadium Bukit Merbau. Bahkan projek Bandar Baru Tunjong pun jika tidak kerana pembangunan pesat projek-projek Persekutuan di situ, tidak akan ada apa melainkan pokok kelapa dan sawah gersang. Secara kasar, jika dicampur kesemua kos projek tersebut ianya membawa kepada hampir RM10 Billion. Terkini dicampur pula projek Lebuh Raya Rakyat bernilai RM1.9 Billion. Tidak ada yang mustahilnya bagi Kerajaan Negeri untuk membina projek-projek bernilai berbillion ringgit. Bahkan Kerajaan Negeri Melaka yang mendapat peruntukan persekutuan yang amat kecil jika dibandingkan dengan Kelantan, mampu melakukan lebih dari yang dapat dibayangkan oleh kebanyakan kita. YAB Ketua Menteri Melaka, yang dikeji dan dihina oleh pimpinan PAS, sebenarnya jauh lebih mulia dari YAB Menteri Besar PAS Kelantan di dalam menunaikan janjinya kepada rakyat. Segala kelemahan dan kekurangan PAS ini berpunca dari kelemahan urus tadbir dan ketidakmampuan untuk mengembangkan sumber pendapatan negeri. Akhirnya, pemimpin PAS Kelantan kembali kepada satu benda yang amat mereka pandai lakukannya, iaitu mengutip derma. Setelah puas mengutip derma dari tauke-tauke balak dan dari ahli partinya sendiri, sekarang rakyat Kelantan pula menjadi mangsa kutipan derma PAS. Selain dari mengutip derma, PAS juga bijak menyalahkan orang lain didalam semua benda dan amat arif dalam strategi benci-membenci. Sudah pasti peristiwa masam Lebuh Raya Rakyat ini akan disabit kesalahannya kepada Barisan Nasional. Apa yang PAS tidak pernah khabarkan kepada rakyat bahawa, hampir setiap jalan di Negeri Kelantan, tidak kiralah jalan persekutuan ataupun jalan negeri adalah dibuat hasil 'derma' Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Bahkan projek jalan raya sepanjang 30 kaki untuk masuk ke rumah pimpinan-pimpinan PAS yang diberi kepada kontraktor berkopiah hijau itu juga datangnya dari wang pemberian Barisan Nasional. Dari tahun 2006 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukan sejumlah hampir RM500 juta terus kepada Kerajaan PAS Kelantan bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri. Ini tidak termasuk pemberian tahunan untuk penyelenggaraan cerun jalan negeri, bil lampu jalan dan lampu trafik. Dari 2008 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Persekutuan memberi sebanyak lebih RM 22 juta bagi tujuan tersebut terus kepada Kerajaan PAS Kelantan. Data-data ini terdapat didalam Laporan Ketua Audit Negara dan ia juga tercatat setiap tahun di dalam penyata kewangan Kerajaan PAS Kelantan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga menyediakan peruntukan untuk naiktaraf jalan-jalan negeri dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2011 sahaja, sejumlah hampir RM15 juta diperuntukan kepada 12 PBT di Kelantan. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga menyediakan peruntukan untuk pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung. Di dalam Rancangan Malaysia Ke 9, KKLW telah membelanjakan hampir RM5 juta untuk tujuan tersebut di dalam negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS. Pimpinan PAS harus sedar, mereka perlu bijak mengurus tadbir negeri dan berusaha menambah sumber pendapatan negeri bagi menjamin segala janji-janji mereka dapat ditunaikan. Pemimpin PAS berceramah dan memaki hamun musuh politik mereka hampir setiap malam tidak akan membawa sebarang hasil kepada rakyat Kelantan. Ia hanya sekadar menambah sumber pungutan derma untuk parti PAS, tuan punya tapak ceramah dan para penceramah. Rakyat hanya dapat rasa masam dari janji manis. SUMBER: KICKDEFELLA | ||
PANASS!! Bukti Pas Berlaku Kejam Pada Ulamak Pondok!! #TolakPAS Posted: 10 Apr 2013 05:37 AM PDT Akibat KELANTANGAN Abdullah Sa'amah MENGKRITIK PAS, Bangunan Lima Tingkat Di Pondok Geting DI SITA Majlis Daerah Tumpat Dua puluh empat jam selepas Persidangan Pondok Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz mengeluarkan deklarasi bahawa haram bagi umat Islam mengundi Pas dalam pilihan raya umum nanti, Kerajaan Pas Kelantan bertindak menyita Pondok Geting di sini. Tindakan sita terhadap Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama, Abdullah Sa'amah itu dibuat oleh Majlis Daerah Tumpat (MDT) atas dakwaan membina bangunan tanpa kebenaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan berkenaan. Bagaimanapun, tindakan yang dibuat oleh MDT itu mencetuskan persoalan kerana bangunan tambahan yang dibina dalam kawasan pondok tersebut sebenarnya mengikut prosedur ditetapkan. Malah pada masa yang sama, poster palsu yang menyatakan Abdullah adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ditampal pada batang pokok kelapa dan wakaf sekitar kawasan itu. Abdullah yang ditemui di sini hari ini berkata, kedua-dua tindakan tersebut dipercayai bermotifkan politik kerana kelantangan beliau menentang Pas di atas pentas ceramah di seluruh negara. Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak gentar sama sekali dengan fitnah dan tekanan yang dibuat oleh Pas itu, malah akan meneruskan perjuangannya menyedarkan umat Islam mengenai perjuangan palsu Pas. "Ini hanya keputusan politik untuk memberi tekanan kepada saya supaya berhenti berceramah, saya tidak hendak buat apa-apa, cuma hendak baca surah Yasin dan solat hajat supaya masalah ini dapat diselesaikan dan mereka yang terlibat diberikan hidayah. "Saya berjuang atas UMNO dengan ikhlas dan akan berusaha bagi memastikan Barisan Nasional mengambil alih semula pentadbiran negeri ini, jadual ceramah saya akan diteruskan seperti biasa, pada 14 April ini saya akan berada di Kedah," katanya dalam sidang akhbar. Abdullah memberitahu, MDT turut mengeluarkan saman semalam ketika beliau berada di Gurun, Kedah dengan memberi tawaran kompaun sebanyak RM500 kerana kesalahan membina bangunan tanpa kebenaran. Katanya, sebelum itu pihak berkuasa tempatan tersebut telah menghantar empat notis amaran sejak Februari lalu. "Bangunan lima tingkat ini dibina hasil sumbangan Kerajaan Pusat yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu. "Kita mengikut prosedur yang ditetapkan, malah ketika surat amaran yang pertama dihantar saya bertanya kepada penguat kuasa terbabit untuk apa surat ini, dia hanya berkata tidak ada apa-apa, boleh teruskan pembinaan. "Tetapi hari ini apabila pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ke MDT untuk bertanya mengenai saman tersebut, isu lain pula timbul. MDT menjelaskan bangunan tersebut akan hanya boleh diteruskan sekiranya mendapat persetujuan daripada 12 orang pemiliknya," kata beliau. sumber : UTUSAN MALAYSIA Kekejaman yang dilakukan Pas terhadap Ulamak Pondok! Ini yang dinamakan parti Islam? Mereka menganiaya pada sesiapa pun yang menentang mereka! Apakah itu ajaran Islam? Fikirkanlahh.. McTheory: Haprak punya Pas! | ||
PANASS!! Akibat Merajuk Ramai Pemimpin Dap Letak Jawatan!! #TolakPR Posted: 10 Apr 2013 02:37 AM PDT Belum pun mengundi, jauh sekali menang dan menjadi kerajaan, hendak menamakan calon juga Pakatan Rakyat sudah kelam-kabut, atau lebih tepat, gagal sama sekali. Jika di Perlis kita menyaksikan PKR dan PAS berbalah, di Kedah PAS dan DAP berbalah, yang terkini, di Johor kita boleh menyaksikan bagaimana DAP dan DAP serta PKR pula berbalah. Pergolakan dalaman parti sendiri dan pertelagahan antara rakan sekutu sudah tidak dapat ditutup lagi, sehingga Anwar sendiri terpaksa mengaku di dalam ceramahnya di Melaka semalam bahawa terdapat gaduh-gaduh 'sedikit', namun boleh diselesaikan. Kerana 'gaduh-gaduh sedikit itulah' maka hari ini 3 pemimpin DAP telah sah meletakkan jawatan akibat tidak berpuas hati dengan tindakan anak beranak kuku besi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang masuk campur dalam urusan parti itu di Johor. Mereka yang meletakkan jawatan adalah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Chen Hau, Timbalannya Norman Fernandez dan Setiausahanya, Tan Chen Choon. Jelas, 'gaduh-gaduh' itu bukanlah sedikit seperti kata Anwar, tetapi benar-benar serius. Bayangkan, mereka yang meletakkan jawatan itu bukannya calang-calang tetapi merupakan pemimpin DAP peringkat tinggi di negeri itu. Justeru, tidak hairanlah apabila 5 lagi dikhabarkan telah bersedia untuk menurut langkah mereka, antaranya, ADUN Mengkibol, Ng Lam Hua. Dr. Boo Chen Hau diketahui bermati-matian mempertahankan DAP sehingga bergaduh sakan dengan Datuk Chua Jui Meng. Namun, setelah mendapat keyakinan untuk menang, DAP sanggup menolak Dr. Boo bagi memberi laluan kepada 'orang-orang pilihan' keluarga Lim. Sehingga meletakkan jawatan, Dr. Boo masih belum disahkan sama ada akan bertanding. Dari situ, pergolakan dalaman DAP turut menular kepada PKR apabila calon PKR sendiri terpaksa mengalah dan tercampak ke kawasan-kawasan yang kurang selamat lalu menyebabkan ketidakpuasan hati semakin memuncak. Antara pemimpin PKR yang menjadi mangsa ialah Chua Jui Meng sendiri, di mana beliau telah 'ditendang' ke Segamat daripada kawasan selesanya, Gelang Patah, atas keterpaksaan untuk memberi laluan kepada Tokong Lim Kit Siang. Sebelum ini, Chua pernah meminta antara parlimen Bakri atau Kulai apabila dinafikan pencalonan di Gelang Patah. Tetapi, permintaan Chua telah ditolak mentah-mentah di mana DAP bertegas tetap akan meletakkan calonnya di kedua-dua kerusi itu juga. Selain itu, kita juga menyaksikan perebutan kerusi Johor Jaya di mana kedua-dua DAP dan PKR telah mengumumkan calon masing-masing, iaitu Liow Cai Tung dan Jimmy Phua. Setakat ini, masih tiada kata putus mengenai pertindihan kerusi tersebut. Desas-desus mengkhabarkan bahawa akan berlaku lagi perletakan jawatan oleh beberapa pemimpin DAP negeri itu dalam masa terdekat. Jumlah yang dianggarkan ialah 8 orang, termasuk yang telah dinamakan sebagai calon kerana tidak puas hati dengan kawasan yang diberi. Dalam pada itu, dalam satu program minggu lepas, ahli DAP sendiri telah berpiket kerana tidak puas hati terhadap kepimpinan yang meletakkan calon luar. PKR juga dikhabarkan sudah mula memboikot semua program DAP dan hanya memberi kerjasama di dalam program-program PAS. Dari senario di atas, apa yang dapat kita simpulkan ialah Lim Kit Siang benar-benar seorang kuku besi dan Anwar Ibrahim langsung tidak dihormati oleh DAP sebagai bakal Perdana Menteri PR. Anwar tidak mampu mempertahankan parti dan calon pilihannya, Anwar tidak mampu mengawal keadaan dan Anwar bukanlah seorang Ketua yang efektif. DAP pula terbukti sebagai parti chauvinis dan kiasu yang tidak menghormati sesiapa termasuk rakan dan ketua sendiri. Lebih dari itu, ia memperlihatkan bagaimana PR tidak mampu duduk semeja, berbincang dan membuat keputusan yang kemudiannya dipatuhi oleh semua pihak. Justeru, rakyat kini dapat menilai sendiri di mana adalah mustahil PR akan mampu menguruskan negara sekiranya mereka memerintah, sedangkan untuk mengurus gerak kerja awal pilihanraya juga, mereka telah gagal sepenuhnya | ||
PANASS!! Komplot Terbaru Agenda Jahat Mahfuz dan Dap!! #TukarKedah #SaveKedah Posted: 10 Apr 2013 12:17 AM PDT Namun semalam Tuan punya badan sediri telah hadir menjelaskan bahawa beliau adalah warga negara Malaysia yang dilahirkan di Pengkalan Kundor. Seorang tukang kebun di Wisma Darul Aman terkejut apabila dituduh pendatang asing dari Myanmar dan menerima taraf kewarganegaraan secara tidak sah bagi membolehkannya mengundi dalam beberapa pilihan raya umum lalu. Ramli Ahmad, 48, berkata, tuduhan itu adalah fitnah dan tidak benar sama sekali kerana dia dilahirkan di Pengkalan Kundor, Kedah dan kedua ibu bapanya iaitu Ahmad Syaarie dan Midah Abdullah berasal dari Kemaman, Terengganu.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana pihak berkenaan boleh mendapatkan butiran peribadinya kerana tidak pernah menyerahkan dokumen itu melainkan sewaktu memohon bantuan ketika menghadapi bencana banjir. "Semasa saya berada di rumah kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, seorang rakan menunjukkan satu akhbar Cina menyiarkan saya pendatang asing dari Myanmar pada tahun 1993 sedangkan saya memiliki kad pengenalan secara sah. "Disebabkan tidak puashati dengan kenyataan ahli parti politik itu saya kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam11.44 malam, bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut," katanya kepada media di pejabat MCA, di sini, semalam. Hadir sama, Setiausaha Sulit Menteri Perumahan dan dan Kerajaan Tempatan, Loh Eng Chong. Ramli berkata, sebelum ini dia pernah mengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum 2004 di Kuala Perlis dan kali kedua pada 2008 di Alor Setar kerana berpindah tempat tinggal namun, tiada masalah yang berlaku. "Anak-anak saya seramai lima orang juga menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain mempunyai sijil kelahiran, memasuki sekolah serta yang sulung kini sedang menunggu tawaran masuk ke universiti. "Walaupun saya anak tunggal dan kedua-dua ibu bapa saya sudah meninggal dunia namun, saya masih ada ramai saudara mara di Pahang. Saya pernah beberapa kali melawat mereka di sana," katanya. Menurutnya, dia percaya punca kepada pertikaian status warganegaranya berlaku disebabkan turut memiliki sijil pengesahan perakuan taraf kewarganegaraan yang dikeluarkan pada 22 Disember 1993. "Saya mendapat sijil pengesahan perakuan berkenaan kerana sijil kelahiran asal hilang dalam satu insiden kebakaran dan sijil itu menjadi dokumen pengenalan sementara sebelum diberikan sijil kelahiran yang baru. "Tuduhan yang dilemparkan bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah saya dan mengaibkan nama baik keluarga tetapi juga menimbulkan persepsi negatif masyarakat," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut akan dijalankan. Medan Tempur Kedah | ||
Posted: 09 Apr 2013 09:17 PM PDT Penganas Sulu MNLF gertak Malaysia kononnya mahu hantar bantuan dan serang Malaysia? Tengok video kat bawah ni.. Mereka menyatakkan pasukan kombat mereka mempunyai mesingun, RPG, Mortar dan persenjataan canggih untuk siap siaga menggempur jika Malaysia mahu mencabar mereka. Malah mereka mempunyai bekalan senjata untuk 100 tahun? Wow! Banyak betul duit MNLF ni. Siapa agaknya dalang yang bertanggung jawab 'menyara' penganas antarabangsa disini? Tapi mereka silap, rakyat Malaysia jangan risau, Malaysia tak lekeh, malah kita telah bersedia dari awal untuk mempertahankan negara dari sebarang ancaman luar! Kita tengok pulak kelengkapan persenjataan Malaysia! Yeahh.. Harimau mengaum!! Bak langit dan bumi, itu baru persenjataan yang diupdate tahun 2007. Kalau sekarang apa tah lagi. Kalau Malaysia diserang, Mc diantara rakyat Malaysia yang sanggup berkorban untuk berjuang bersama-sama pihak keselamatan negara. Mc tak sanggup melihat negara tercinta ini dinodai. Kekalkan keamanan negara kita, hapuskan petualang negara tidak kira di luar negara, apatah lagi yang ada didalam negara kita. Rasanya faham kot, siapa petualang yang dimaksudkan! McTheory: Ya Allah.. kekalkan keselamatan negara kita, harap rakyat Malaysia bijak memilih.. 'Saya Pilih Malaysia'! | ||
TUDIAA!! Bila Tian Chua dan Bob Lokman Ceramah di BATU, Apa Jadi? #TolakPR Posted: 09 Apr 2013 06:55 PM PDT Gambar dibawah adalah ceramah yang dibuat oleh Tian Chua penghina polis dan Bob Lokman badut sarkas Pas. Kalau dulu, sambutan ceramah dua ekor ni, memang padat dengan manusia, tapi kini?? Tengoklah sendiri. Sedihh.. memang sedihh.. Ini menunjukkan Rakyat Batu sudah muak dengan helah PR yang bekas YBnya jarang turun padang, tiada sumbangan di dalam pembangunan Batu dan hanya asyik berceramah menghentam dan mencari salah Kerajaan. Nampak gauanya mulut celupar Tian Chua yang mengatakan Tragedi Lahad Datu hanya sandiwara UMNO memberi kesan yang mendalam di hati penduduk. Kali ini Parlimen Batu milik Barisan Nasional. Insyallahh.. Habis la lu Tian Chua.. kasi mampus sama lu laa.. McTheory: Rakyat Malaysia semakin bijakk.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment