CELAH GELEGAR |
- Nik Aziz perlu kemuka bukti, bukan tuduh melulu
- [VIDEO] Mesyuarat PKR, dipengerusi ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nak roboh Jambatan telah BOCOR
- AMARAN Polis: "Jangan salah guna jawatan bekas penjawat awam"
- [VIDEO] Papa Gomo mahu cabar Anwar di Permatang Pauh
Nik Aziz perlu kemuka bukti, bukan tuduh melulu Posted: 08 Apr 2013 07:46 AM PDT KUANTAN 8 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu mengemukakan bukti serta fakta, bukan setakat membuat tohmahan bahawa program-program berkaitan Islam yang dilaksanakan UMNO tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam. Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Datuk Dr. Abd. Wahid Manap berkata, sebagai seorang yang bergelar tok guru, Nik Abdul Aziz tidak seharusnya membuat tuduhan melulu. "Adakah apa yang ditunjukkan Nik Abdul Aziz itu memperlihatkan sikap seorang yang bergelar tok guru mahupun ulama. "Janganlah kita menggunakan Islam demi kepentingan politik. Kalau ini digunakan, ia memperlihatkan keadaan sebenar sama ada Nik Abdul Aziz ini merupakan seorang ulama atau pun tidak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, malam ini. Nik Abdul Aziz semalam mendakwa UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor. Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam. Abdul Wahid berkata, sebagai seorang Menteri Besar, Nik Abdul Aziz seharusnya tahu peraturan projek yang dilaksanakan kerajaan sama ada dilaksanakan secara tender terbuka mahupun tertutup dan tidak pernah sebarang projek itu diberikan secara percuma. "Kita juga mahu Nik Abdul Aziz jelaskan bagaimana kerajaan Pas Kelantan boleh beri lebih 4,000 hektar tanah kepada dua pemimpin DAP yang mana perkara itu tidak diuar-uarkan. "Persoalannya, tanah itu untuk apa? Sedangkan rakyat Kelantan sendiri terlalu berkehendakkan tanah dan kerajaan Kelantan sewenang-wenangnya beri kepada DAP," katanya |
[VIDEO] Mesyuarat PKR, dipengerusi ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nak roboh Jambatan telah BOCOR Posted: 08 Apr 2013 05:47 AM PDT Rakaman video klip dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh ADUN Seri Setia, wakil rakyat PKR ini, Nik Nazmi telah mengkhianati penduduk Taman Medan...! Pada minit ke 4;11:00 wakil Ahli Parlimen PJS menentang keputusan Nik Nazmi untuk merobohkan jambatan tersebut, ini membuatkan Adun Seri Setia naik angin dan mencabar wakil Ahli Parlimen PJS untuk ambil alih pengerusikan mesyuarat.... Selamat menonton video klip dibawah ini: Sumber: Blog MIK |
AMARAN Polis: "Jangan salah guna jawatan bekas penjawat awam" Posted: 08 Apr 2013 05:16 AM PDT Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata ini kerana polis mengesan ada pihak memaparkan jawatan yang berbeza dengan penceramah yang dimaksudkan bagi mengelirukan masyarakat. Polis mengesan ada parti politik meletakkan nama bekas seorang pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada kain rentang untuk mempromosikan ceramah politik mereka, namun yang datang berceramah bukan individu berkenaan. Perbuatan ini salah dan boleh dikenakan tindakan tegas, katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini. Beliau merujuk kepada ceramah sebuah parti politik pada 21 Mac lepas yang meletakkan jawatan berbeza pada nama penceramah sedangkan penceramah dimaksudkan memegang jawatan lain ketika berkhidmat. Mengulas lanjut, Ramli berkata perbuatan itu bukan sahaja menjejaskan imej jabatan berkenaan tetapi juga mengelirukan masyarakat yang mungkin menganggap penceramah mewakili jabatan terbabit. Beliau juga menegaskan setiap bekas penjawat awam boleh berkempen atau memberi ceramah namun hanya atas pandangan peribadi. Sementara itu, Ramli berkata semalam PDRM menerima 340 permohonan untuk mengadakan ceramah politik, perjumpaan dengan penyokong, kempen dan lain-lain. Mengenai perbuatan khianat yang berkaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Ramli berkata sembilan kes dilapor di Selangor semalam, membabitkan bakar bendera, turunkan kain rentang serta mematahkan kayu bendera. "Polis ingatkan golongan muda supaya tidak bertindak sedemikian kerana jika ditangkap khususnya mereka yang masih belajar serta penjawat awam, ia boleh menjejaskan masa depan mereka," katanya. Kes terkini berlaku di Beranang, Semenyih, Kajang membabitkan sekumpulan lelaki yang sedang memasang bendera sebuah parti telah dihalau dan diugut pukul oleh 30 lelaki, katanya |
[VIDEO] Papa Gomo mahu cabar Anwar di Permatang Pauh Posted: 08 Apr 2013 04:40 AM PDT Perkara itu diumumkan oleh wakilnya, Mohamad Rafi Awang Kechik hari ini, demikian menurut Star Online. Mohamad Rafi, Presiden Nadi Rakyat Malaysia berkata, Papa Gomo yang nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Anwar. "Selepas bercakap dengan pelbagai kumpulan dan banyak pihak, saya mahu mendedahkan kesemua salah laku kepada pengundi di kawasannya. "Kami juga mahu menamatkan kerjaya politik beliau," kata Mohamad Rafi bagi pihak Papa Gomo pada sidang media di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini. Jumaat lalu, Anwar mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi Permatang Pauh. Sementara itu dipetik Bernama, Mohamad Rafi berkata Papa Gomo sedia bertanding di mana-mana kawasan yang akan ditandingi Anwar. Identiti sebenar individu yang dikenali sebagai Papa Gomo akan didedahkan pada hari penamaan calon nanti, katanya. Blog Papa Gomo sering mendedahkan dakwaan salah laku pemimpin pembangkang. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment