House PK |
- SABOTAJ? BEBAL NAK MAMPOS? TAK NAK MENANG KE?
- GEMPAR! PAS MENIPU DUIT TABUNG PERAJURIT LAHAD DATU! SPRM SILA AMBIL TINDAKAN!
- APA NI WEI! DAH PRU PUN MASIH NAK BERGADUH LAGI KE?
- PANAS BERAPI! TURUN HARGA KERETA, SIAPA TIRU SIAPA SEBENARNYA NI?
SABOTAJ? BEBAL NAK MAMPOS? TAK NAK MENANG KE? Posted: 08 Apr 2013 11:45 PM PDT Pelik sikit tajuk aku hari ini, well tajuk aku almost everday memang pelik punya, cuma ini hari lain macam sikit sebab aku hati dah panas ni. Kita dalam mode PRU, kita nak BN menang tapi ada sesetengah manusia suka sangat buat hal. Siapa orang yanh aku maksudkan tu? Mereka ialah dikalangan manusia yang suka jual nama PM dan nak tunjuk mereka sangat berkuasa. Aku malas nak cakap banyak, korang baca la apa yang GAP tulis KAT SINI Tolong la, kita nak menang kan? So fokus la pada PRU dan lupakan sengeketa sesama kita..adehhh Bukan apa, aku takut kesilapan yang dilakukan oleh Tun Dol al Bodohwi tu bakal berulang kembali. Tolong la wahai Tuan PM, jauhkanlah diri anda dari manusia yang hanya pentingkan diri sendiri. Kami sayang PM. Kami mahu BN menang. Aku alergik le dengan Limau Tambun ni... |
GEMPAR! PAS MENIPU DUIT TABUNG PERAJURIT LAHAD DATU! SPRM SILA AMBIL TINDAKAN! Posted: 08 Apr 2013 05:00 PM PDT Tindakan mengutip derma untuk atas nama anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu menggunakan akaun parti politik merupakan satu tindakan pecah amanah yang serius. Ini kerana adalah mustahil untuk sesebuah parti atau pertubuhan mengetahui yang mana satu derma untuk pertubuhan mereka yang mana satu derma untuk perajurit. Tindakan Parti Islam se-Malaysia mengutip derma untuk perajurit yang terkorban di Lahad Datu menggunakan akaun parti sendiri merupakan satu kesalahan serius. Malahan tidak mustahil sumbangan dan derma tersebut telah pun disalahgunakan. Apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mendiamkan diri dengan perbuatan sebegini? Sudah puas menghina dan mempermainkan perasaan wira-wira negara yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, puak-puak PAS cuba membuat "damage control" dengan umpan "tabung Lahad Datu" versi Pakatan Haram. Terpampang di media online rasmi PAS, Harakahdaily, tentang kempen "tabung Lahad Datu" yang kononnya dikutip untuk waris-waris wira negara yang terkorban dari "sandiwara Tian Chua" itu. Kononnya, "tabung" mereka itu adalah "tabung khas" yang sama seperti "Tabung Wira Lahad Datu" yang dianjurkan Kumpulan Media Prima. Betulkah begitu? Dan apakah hasil derma dan sumbangan itu akan terus disalurkan kepada waris-waris mangsa? Di iklan "tabung" anjuran PAS itu tertera nombor akaun Maybank bernombor 5640 2540 0414. Cuba bawa wang RM10 dan cuba tekan nombor tersebut di mesin "cash deposit" di bank berkenaan. Jangan terkejut "beruk" sekiranya anda dapati bahawa akaun "tabung khas PAS" itu didaftarkan di atas nama "Parti Islam Se-Malaysia" atau lebih dikenali sebagai PAS! Ia berbeza dengan akaun Maybank anjuran Kumpulan Media Prima yang bernombor 5142 7133 9000, di mana jelas menunjukkan bahawa akaun itu didaftarkan khas di atas nama "Tabung Wira Lahad Datu". Sebenarnya, saya was-was dengan segala tabung yang dicipta atau dianjurkan oleh PAS. Sejarah menunjukkan PAS sememangnya "pantang" dan "allergic" dengan perkataan "tabung" dan sebarang perkara yang berkaitan dengannya. Misalnya, "Tabung Memali". Tabung tersebut kononnya dikutip oleh PAS dan dikhaskan untuk membantu waris-waris tragedi Memali di Baling, Kedah, beberapa puluh tahun dulu. Namun "tabung" tersebut lesap entah ke mana. Malah waris-waris tragedi Memali sendiri merungut dan kecewa apabila hak mereka dinafikan dan wang yang terkumpul untuk mereka itu tidak disalurkan secara telus. Mesing jahit yang kononnya dibeli untuk mereka menyara diri pun habis dijual puak-puak PAS! Kalau jumlah kutipan tabung Memali itu hanya berjumlah RM2, mungkin kita boleh tolong gantikan. Tapi kalau hasil kutipannya yang berjumlah berjuta-juta ringgit, padanlah PAS bersikap "kelam mata" dan memaksa Cikgu Non untuk tutup mulut, bukan? Selain itu, tabung Koperasi Kohilal yang ditubuhkan PAS yang kononnya bertujuan untuk meningkatkan ekonomi para pengikut ajaran mereka juga khabarnya diseleweng teruk dan didiamkan begitu saja. Sehingga kini, tiada sesiapa pun di dalam PAS yang mampu merungkai kehilangan dan kerugian yang ditanggung oleh Kohilal. Kehilangan wang itu kekal menjadi "misteri" yang mungkin "ghaib" bagaikan "dicuri bunian kayangan"… Jadi, apakah kita boleh percaya dengan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang dianjurkan PAS itu? Sudahlah didaftarkan di atas nama "Parti Islam Se-Malaysia", kita khuatir dan ragu-ragu sekiranya wang tersebut sebenarnya akan digunakan sebagai dana PRU ke-13 bagi membiayai kempen PAS kali ini di seluruh Malaysia. Saya faham, mungkin PAS tak cukup lagi mengutip wang dari para pengikutnya menerusi tabung, tong, karung dan guni yang diedarkan ketika mereka mengadakan majlis ceramah. Tapi kalau terdesak sangat pun nak pakai duit, tak payahlah buat cara begini. Buruk sangat caranya… Kalau betul nak kutip wang untuk waris-waris wira Lahad Datu, apa kata kalau PAS pergi bertemu sendiri dengan waris-waris berkenaan dan minta nombor akaun mereka. Siarkan nombor akaun tersebut supaya wang sumbangan itu terus disalurkan ke akaun yang terlibat. Susah sangat, kah? Bukan apa, melalui sejarah "tabung" yang dianjurkan PAS, saya yakin ramai rakyat di negara ini yang was-was dan tidak percaya dengan cara parti itu mengendalikan amanah rakyat itu. Kalau duit pengikut sendiri pun PAS "kebas", apatah lagi wang rakyat? Lesap lagilah nampaknya… Sumber: MyKMU |
APA NI WEI! DAH PRU PUN MASIH NAK BERGADUH LAGI KE? Posted: 08 Apr 2013 04:00 AM PDT Aku terkejut dengan pendedahan yang dilakukan oleh Cili Padi di blog beliau tentang krisis dalaman yang sedang berlaku di satu negeri di utara Semenanjung. KLIK SINI Apa ni wei, dah PRU ni masih nak berebut ke? Sedih la aku macam ni... |
PANAS BERAPI! TURUN HARGA KERETA, SIAPA TIRU SIAPA SEBENARNYA NI? Posted: 08 Apr 2013 02:14 AM PDT Tika ini heboh di kalangan beberapa kerat pemimpin penyokong PR khususnya dari PKR yang sibuk memperkatakan dakwaan bahawa Manifesto BN bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" telah meniru idea dari Manifesto PR. Salah satu inti pati Manifesto BN yang dikatakan ditiru dari Manifesto PR ialah mengenai janji penurunan 20% hingga 30% harga kereta secara berperingkat-peringkat. Untuk mengetahui hakikat siapa yang meniru siapa, kita perlu mengimbas kembali tahun-tahun sebelumnya kerana ia kaedah terbaik untuk mencari kebenaran. Pada 22 Mac 2006, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan Dasar Automatif Negara (DAN) selepas rangka pelan mengenainya diumumkan seawal 19 Oktober 2005. Antara tujuan utama kewujudan DAN 2006 ialah mengurangkan cukai terhadap kereta-kereta import yang enjinnya di bawah 1,800cc selanjutnya meningkatkan daya saing pasaran bagi syarikat tempatan dan antarabangsa. Kesan awal perlaksanaan dasar itu menurut analisis oleh OSK Research tika itu menyaksikan harga kereta buatan nasional telah mengalami penurunan antara RM353 hingga RM385. Sementara kereta import jenama luar yang dipasang di negara ASEAN seperti Honda City, Nissan Sentra dan Toyota Altis pula penjimatan yang diperolehi ialah sekitar RM1,900 hingga RM4,000. Untuk menghindari kesan buruk dasar kepada syarikat penjual kereta terpakai (secondhand), maka melalui DAN 2009 yang diumumkan pada 28 Oktober 2009 pula diperkenalkan Pewartaan Harga Kereta Import Terpakai bagi menangani pengisytiharan bawah harga. Dengan langkah penambahbaikan itu, para pengusaha kereta terpakai boleh bernafas lega dan risiko perniagaan mereka rosak atau muflis dapat dikurangkan. Contoh mudah untuk mengetahui impak positif dari DAN 2006 diikuti DAN 2009 ialah bila saat ini kita sudah dapat membeli kereta baru (VIVA 660) pada harga RM24,912.15 yang mana pada tahun 2009 harganya adalah RM28,800.00. Pada tahun 2004, kita hanya mampu bergaya dengan kereta Kancil 660 yang harganya tika itu ialah RM25,846.00 namun dengan harga yang hampir sama pada tahun 2011 hingga sekarang kita boleh memiliki model kereta yang sedikit besar dan selesa. Sedangkan PKR melalui Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli hanya mula bercakap mahu menurunkan harga kereta pada pertengahan 2012, lewat 6 tahun dari DAN 2006 yang diperkenalkan oleh Kerajaan BN. Malah janji PR melalui manifestonya untuk meliberalisasikan harga kereta supaya sebuah kereta dapat dijual pada harga serendah RM25,000 sebenarnya sudah lama dicapai semenjak tahun 2004 lagi, tapi baru sekarang PR sibuk memperkatakannya. Berdasarkan beberapa ringkasan fakta di atas, patutnya kita dah tahu siapa yang meniru siapa. Apa pun tak usahlah pelik dengan sikap lembik dan lembap Rafizi Ramli dan PKR, tak berapa lama dulu pun mereka sibuk mendakwa BN mencedok idea mereka dalam hal pemberian permit individu untuk pemandu teksi, padahal sebenarnya BN sudah mula membincangkan isu permit teksi individu semenjak 1999 lagi. Yang penting, dalam hal menikmati harga yang lebih rendah untuk apa sahaja model kereta, ia tidak semudah diperkatakan. Banyak perkara perlu dihalusi supaya ia tidak memberi impak negatif pada ekonomi negara. BN telah berusaha semenjak 2005 lagi ke arah itu. Semua penjimatan ini tidak berlaku secara mendadak, ia berdikit-dikit yang pentingnya setiap dasar dan penambahbaikan yang dilakukan oleh Kerajaan BN mengambil kira kepentingan semua pihak. Petikan: MyKMU.Net |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment