CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[TIDAK SERAH BORANG] Calon BN Pasir Mas (Che Johan) JELASKAN Demi KALAHKAN PAS - Mohon Maaf & Sedia Terima Hukuman

Posted: 20 Apr 2013 02:11 AM PDT



PASIR MAS 20 April - "Saya memohon maaf kepada Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menarik diri daripada dicalonkan dan saya bersedia untuk menerima apa jua hukuman."

Demikian luahan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa selepas tidak menyerahkan borang pencalonan pada proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi kerusi Parlimen Pasir Mas di sini pagi ini.

Tindakan Che Johan itu menyaksikan 'mentor politiknya' Datuk Ibrahim Ali akan bertanding satu lawan satu menentang anak Mursyidul Am Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz.

Che Johan berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi memastikan Pas tewas di kerusi tersebut dan membantu BN mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Serentak dengan itu, beliau menyeru kepada semua pihak supaya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Ibrahim dan semua calon BN di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir, Tendong dan Chetok.

"Selepas mendapat tahu Ibrahim mencalonkan dirinya dan saya pasti pagi tadi selepas saya melihat beliau menyerahkan borang pencalonan, maka saya menarik diri daripada bertanding di Parlimen Pasir Mas untuk mengelak pertandingan tiga penjuru kerana semua tahu pertembungan tiga penjuru amat sukar untuk BN menang di sini.

"Jadi saya mengambil langkah untuk menarik diri lebih-lebih lagi saya melawan Ibrahim yang saya anggap seperti ayah dan mentor politik saya. Saya tidak mahu kami berdua terkorban dan dengan hati yang berat saya menarik diri bagi memastikan Pasir Mas tidak jatuh ke tangan pembangkang dan seterusnya membantu BN mengambil balik Kelantan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Pasir Mas di sini hari ini

Banyak pihak melihat tindakan Che Johan merupakan pilihan yang tepat kerana tindakan beliau bertanding akan menyebabkan berlakunya pecahan undi diantara beliau dan Ibrahim Ali.

Situasi ini pastinya akan menguntungkan PAS.

Ramai yang percaya, jika situasi satu lawan satu di antara Ibrahim Ali dan Nik Abduh maka peluang adalahb lebih besar untuk memihak kepada Ibrahim.

Memandangkan sebelum ini secara terang-terangan Ibrahim Ali telah menyatakan sokongan kepada UMNO dan BN maka, jika Ibrahim memenangi kerusi ini pastinya akan menguntungkan BN juga.

[PENCALOAN DITOLAK SPR] Calon Parlimen Bukit Bintang TIDAK Bawa Pencadang, Penyokong & TIADA Wang Deposit Kerana Gagal Dapat Pinjaman Bank

Posted: 20 Apr 2013 01:30 AM PDT


KUALA LUMPUR: Hasrat K. Maniarasu untuk menjadi calon kerusi Parlimen Bukit Bintang pada pilihan raya umum 5 Mei ini tidak kesampaian apabila permohonannya ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini kerana Maniarasu, 52, yang mendakwa bekerja sebagai pengumpul data, gagal membawa pencadang dan penyokong serta tidak membawa wang deposit.

Beliau datang seorang diri ke pusat penamaan calon Parlimen Bukit Bintang hari ini untuk menjadi calon pada PRU ini.

Gelagat beliau yang berkemeja t kuning dan berseluar kuning air masuk bersendirian ke Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Jalan Hang Tuah pada jam 9.15 pagi menarik perhatian media dan petugas SPR di situ.

Sebelum itu, calon BN Frankie Gan Joon Zin dan calon DAP Fong Kui Lun telah menyerahkan borang pencalonan mereka.

Maniarasu diminta melengkapkan borang pencalonan terlebih dahulu tetapi apabila menyerahkan borang berkenaan kepada Pengurus Pilihan raya Parlimen Bukit Bintang Abdul Samad Lope Pihie pada jam 9.55 pagi, permohonannya telah ditolak. 

Ketika ditemui pemberita, Maniarasu berkata dia tidak diberitahu oleh mana-mana pihak tentang syarat-syarat menjadi calon.

"Saya juga boleh memanggil pencadang dan penyokong tetapi masa yang diberi selama sejam adalah terlalu singkat. "Kami wajar diberi masa 10 jam," katanya.

Katanya lagi beliau juga gagal menyediakan wang deposit pilihan raya dan deposit kempen sebanyak RM15,000 kerana gagal mendapat pinjaman bank.

Beliau kemudian berlalu meninggalkan pusat tersebut.

Abdul Samad kemudian mengumumkan pertembungan satu lawan satu antara Frankie dan Fong pada pilihan raya kali ini.

Abdul Samad mengumumkan Frankie menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.05 pagi dan diikuti Fong, dua minit kemudian

[CALON BEBAS] Gobalakrisnan tanding BEBAS di Padang Serai, isteri di Lunas

Posted: 20 Apr 2013 01:03 AM PDT


KULIM 20 April - Penyandang kerusi Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrisnan hari ini membuat kejutan apabila tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Kulim, di sini.

Selain mempertahankan kerusi tersebut sebagai calon Bebas, Gobalakrisnan turut membawa bersama isterinya, M. Vasanthi bertanding calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas.

Gobalakrisnan bakal berhadapan dengan Datuk Heng Saei Kee dari Barisan Nasional (BN), Naib Presiden PKR, N. Surendran; Hamidi Abu Hassan (Berjasa) dan seorang lagi calon Bebas, Othman Wawi.

Bagi kerusi DUN Lunas, selain Vasanthi, turut bertanding ialah Pengerusi MIC Kedah, S. Ananthan (BN) dan N. Prabakaran dari Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Penyandang kerusi DUN Merbau Pulas, Datuk Siti Aishah Ghazali (Pas) pula akan berhadapan dengan calon BN, Datuk Marlia Abd. Latif.


Keluar PKR 

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan pada Januari 2011 telah mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta melepaskan semua jawatannya dalam parti itu berkuat kuasa serta merta.

Gobalakrisnan masuk PKR setelah dipujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kembali aktif dalam parti pada tahun 2006. Beliau sendiri mengakui termakan pujukan Anwar ketika itu atas dasar untuk membangunkan komuniti masyarakat India dalam PKR. Namun pujukan itu hanya umpan politik, bak kata pepatah, 'habis madu sepah dibuang!'.

 "Saya sudah fed-up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR," katanya.

Beliau berkata, selama ini tindakan Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.

Katanya, beliau yakin hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya akan tersasar sekaligus gagal kerana Ketua Pembangkang itu nyata gagal untuk menyelesaikan masalah dalaman parti sendiri.

[DUN SUNGAI ACHEH] PERANG TERBUKA PKR (Chegu Bard) Lawan PAS (Ust. Yusni) - Pakatan Haram GAGAL Selesai

Posted: 20 Apr 2013 12:25 AM PDT


NIBONG TEBAL 20 April - Parlimen Nibong Tebal dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh menyaksikan pertandingan tiga penjuru dalam dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Calon Parlimen ialah Datuk Zainal Abidin Osman (BN), Datuk Mansor Othman (PKR) dan Teng Kok Peng (Bebas).

Calon DUN Sungai Acheh ialah Datuk Mahmud Zakaria (BN), Badrul Hisham Shaharin (PKR) dan Mohd Yusni Mat Piah (Pas).  

DUN Jawi menghadapi pertandingan satu lawan satu antara Tan Cheng Liang (BN) dan Soon Lip Chee (DAP).

DUN Sungai Bakap pula menyaksikan satu lawan satu antara Mohd Foad Mat Isa (BN) dan Maktar Shapee (PKR).


PAS dan PKR Masing-Masing Letak Calon di DUN Sungai Acheh

Kekecohan dalam Pakatan Haram di DUN Sungai Acheh muncul ekoran Pas menamakan Ketua Pemuda Pas negeri, Mohd. Yusni Mat Piah sebagai calon di Sungai Acheh manakala PKR negeri pula menamakan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard sebagai calon di tempat yang sama.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Salleh Man berkata, keputusan Pas bertanding di DUN Sungai Acheh telah dimuktamadkan pada perbincangan di peringkat pusat Pas.

Beliau hairan mengapa PKR meletakkan calonnya bertanding di situ sedangkan kerusi tersebut asalnya adalah kerusi milik Pas yang menyerahkan untuk ditandingi PKR pada PRU-12.


Manakala Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard berkata saya menerima watiqah untuk memikul amanah untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Pulau Pinang berikutan keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Perebutan Kerusi DUN Sungai Acheh Gagal diselesaikan BUKTI Pakatan Haram Tidak Sepakat

Sebelum ini Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh akan diselesaikan sebelum hari penamaan pada 20 April.

"Oleh kerana ada dua pengumuman, sekarang menjadi tugas pimpinan tertinggi parti (KEADILAN) Azmin Ali dan (PAS) Datuk Mustafa Ali untuk uruskan.

"Mesti diselesaikan sebelum penamaan calon," kata Saifuddin pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.

Kata Saifuddin, menurut rukun perundingan Pakatan Rakyat, parti di kerusi yang kalah tipis akan diberi keutamaan untuk bertanding semula.

"Sungai Acheh, kerusi di bawah Parlimen Nibong Tebal kalah tipis pada 2008. Dalam rukun perundingan, parti yang kalah tipis atau marginal akan diberi keutamaan."Sungai Acheh (KEADILAN) kalah (bawah) 300 undi. (Sewajarnya) keutamaan bertanding kepada yang kalah tipis," jelas Saifuddin.

Manakala, PAS Pulau Pinang pula pelik dengan tindakan  Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri yang bertindak mengumumkan calon PKR mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Nibong Tebal dekat sini, sedangkan mereka telah bersetuju PAS bertanding di kerusi tersebut.

Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man berkata tindakan Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman mengumumkan perkara itu dilihat seolah-olah membelakangi keputusan Pakatan di peringkat pusat yang diputuskan sebelum ini.

Pertembungan itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah pada hari pencalonan hari ini, kedua-dua pihak PAS dan PKR masing-masing mengemukakan borang pencalonan menyebabkan berlakunya pertandingan 3 penjuru yang terdiri daripada BN, PAS dan PKR.

Ini jelas tiada persepakatan dalam Pakatan Haram.

[SIASATAN DIJALANKAN] Calon BN Tidak Serah Borang di Pasir Mas - Mustapha

Posted: 19 Apr 2013 11:10 PM PDT

To' Pa LAWAN Abdullah Ya'kub di DUN Ayer Lanas.

JELI: Barisan Nasional Kelantan akan melancarkan siasatan berhubung kegagalan calon Parlimen Pasir Mas, menyerahkan borang pencalonannya pada Sabtu.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed melahirkan rasa terkejut beliau dan mendakwa parti akan menjalankan penyiasatan khas berhubung isu berkenaan.

"Kita akan mengadakan mesyuarat khas dengan semua biro politik untuk membincangkan mengapa calon tidak menyerahkan borang pencalonan dan strategi kita yang seterusnya bagi kerusi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan calon BN di Pejabat Tanah dan Daerah Jeli pada Sabtu.

Dilaporkan calon BN bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Pasir Mas tidak menyerahkan borang pencalonan bagi memberi ruang kepada saingan dua penjuru antara Presiden Pribumi Perkasa Datuk Ibrahim Ali dengan anak Nik Aziz, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Mustapa yang lebih mesra dengan panggilan Tok Pa, juga akan menyaksikan saingan satu lawan satu dengan calon PAS, bagi kedua-dua kerusi Parlimen Jeli dan DUN Ayer Lanas.

Beliau akan berdepan dengan calon PAS, Mohd Apendi Mohamed di Jeli dan Abdullah Ya'kub di Ayer Lanas.

Mustapa, yang dikatakan akan dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya BN berjaya merampas Kelantan, menegaskan BN mensasarkan untuk memenangi 23 kerusi.

"Saya yakin kita ada peluang yang lebih baik dengan barisan calon kali ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk orang muda, ulama, teknokrat, pesara kerajaan dan aktivitis," katanya.

Ditanya adakah beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan seterusnya, beliau berkata

"Semua 45 orang yang dicalonkan bagi kerusi DUN mempunyai peluang untuk menjadi Menteri Besar", katanya.

Umno Pecat Bekas Tim. Ketua Menteri P.Pinang (Datuk Seri Mohd Shariff) Kerana BERTANDING BEBAS

Posted: 19 Apr 2013 11:55 PM PDT

Datuk Seri Mohd Shariff Omar
NIBONG TEBAL: Umno pada Sabtu memecat seorang lagi pemimpin iaitu bekas Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shariff Omar berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu diambil setelah beliau mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman mengesahkan mengenai pemecatan itu.

"Ia adalah pemecatan secara automatik kerana ia tertera di dalam peraturan parti," ujarnya.

Calon Parlimen Tasek Gelugor (dari kiri) Datuk Seri Shariff Omar (Bebas) , Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (PAS) dan Shabudin Yahaya (BN) di Dewan Serbaguna Sungai Dua di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding di kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Mohd Shariff menjadi wakil rakyat Umno selama enam penggal dan pernah juga menyandang jawatan persekutuan iaitu sebagai bekas timbalan menteri pertanian.

Pagi Sabtu beliau telah mengemukakan borang permohonan untuk bertanding atas tiket Bebas menentang Shabudin Yahaya dari Barisan dan wakil PAS, Datuk Abdul Rahman Maidin yang juga bekas presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Shabudin kini adalah ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor.

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamalia Ibrahim TANDING BEBAS di Kuala Kangsar, Merajuk Tidak di calonkan BN

Posted: 19 Apr 2013 10:39 PM PDT


Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Kamilia kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN dengan tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti iu sebagai calon.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.

Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan.

Dalam pilihan raya umum lalu veteran wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz mengalahkan Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi di Kuala Kangsar. 

Di dalam posting terbaru Datuk Kamilia menyatakan "Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno."

Beliau juga menyatakan " Nantikan jawapan untuk segala teka-teki di wadah rasmi saya di sini. Sedia berkhidmat, sekian terima kasih"

[TANDING BEBAS] Kamilia & Ahli BN lain Tanding BEBAS AKAN DIPECAT

Posted: 19 Apr 2013 10:33 PM PDT


PRU-13: Surat pemecatan ahli BN tanding Bebas dikeluarkan Isnin ini - PM
PEKAN 20 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, surat pemecatan kepada mana-mana pemimpin dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding sebagai calon Bebas akan dikeluarkan Isnin ini.

Menurut beliau, langkah ini bagi memastikan disiplin parti.

"Kalau ada satu dua kita terpaksa korban, itu lebih baik daripada kita korbankan parti yang dikasihi ini," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari di kediaman beliau di sini hari ini.

Antara pemimpin BN yang bertanding calon Bebas ialah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim.

Muhyiddin kecewa tindakan Kamilia tanding calon Bebas

PAGOH - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan keputusan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno.

"Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.

"Kita dah nyatakan sebelum ini, secara automatik beliau dipecat daripada parti," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon yang akan bertanding di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata tindakan pemecatan itu menunjukkan ketegasan parti untuk menangani anggota yang belot terhadap parti.

"Bagi saya, keputusan beliau (Kamilia) adalah sesuatu yang mendukacitakan," katanya.

Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada Pas.

Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13.

Menjawab perkara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kamilia telah menolak tawaran bertanding bagi kerusi Dun Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Terdahulu, Kamilia membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau yang pada mulanya disangka tiba untuk memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), dilihat memasuki pusat penamaan calon Parlimen Kuala Kangsar di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.

[PASIR MAS] BN TIDAK SERAH BORANG, Ibrahim Ali pertahan Pasir Mas, lawan anak Nik Aziz

Posted: 19 Apr 2013 08:22 PM PDT


Di luar jangkaan ramai, kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan.

Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.

Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.

BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Datuk Zulkifli Noordin.

Ibrahim pada 16 April, hari yang sama selepas BN mengumumkan calon, dengan kecewa akhirnya mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.

Justeru, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, pemerhati politik berpendapat, keadaan yang berlaku tidak akan menguntungkan BN dan berpotensi memecahkah undi mereka sendiri.

Ia pasti mewujudkan keadaan serba-salah bagi penyokong mereka sama ada mengundi BN atau Ibrahim - wakil rakyat lama mereka yang pro-BN.

-Malaysiakini

Presiden Pertubuhan Al-Ehsan Umum Tanding Calon Bebas Di Perai

Posted: 19 Apr 2013 07:36 PM PDT

Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman
GEORGE TOWN: Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Beliau yang baru dibebaskan dari tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) berhubung pencerobohan bersenjata di Lahad Datu itu berkata, keputusannya untuk bertanding adalah satu cita-cita yang telah lama terpendam.

Muhammad Ridzwan berkata, sebagai anak tempatan di Perai, beliau kecewa dengan bekas wakil rakyatnya Dr P.Ramasamy yang mengabaikan pembangunan dan masyarakat di kawasan itu.

Katanya, beliau berpendapat telah tiba masanya pemilih kawasan DUN Perai mempunyai seorang wakil rakyat bebas yang dapat membela dan memperjuangkan nasib mereka.

"Yang ada (di Perai) hanya dua pusat beli belah Giant. Selain itu banyak lot kedai dibiar kosong. Perkembangan ekonomi setempat juga sangat perlahan mungkin kerana wakil rakyat di situ (Dr Ramasamy) sibuk dengan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Menteri II," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang malam Khamis.

Muhammad Ridzwan, 47 yang ditahan selama 17 hari di bawah SOSMA dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam tanpa bicara selepas didapati tidak bersalah petang Khamis.

Mengulas penahanannya, beliau berkata polis memberi kerjasama yang baik dan beliau telah memberi segala keterangan bagi membantu siasatan.

[SOAL JAWAB Bersama DR.JUANDA] MENGENAI PENCALONAN

Posted: 19 Apr 2013 06:46 PM PDT



1. Apakah Dr akan bertanding dalam PRU13 dan di mana kawasannya?


Dr Juanda Jaya: Kenyataan saya kepada Straits Times Singapore sebelum ini ialah saya kena buat penilaian. Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya keran fitnah terlalu banyak dan penerimaan terhadap sarjana belum mantap. Pilihan tempat memang banyak tetapi tiada yang sesuai. Politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya. Sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya dunia dan akhirat.

2. Mengenai pencalonan di kerusi Parlimen Kangar, pada mulanya Dr dicalon tetapi akhir Pas yang akan letak calon, sebenarnya apa yang terjadi?


Dr Juanda Jaya: Perbincangan memnbabitkn banyak pihak. bukan hanya PR. Kawan-kawan BN pun tanya ajak bincang. Banyak tempat dicadang. Isu Kangar hanya tahap perbincangn dan ziarah kawan-kawan daripada kedua belah pihak. Ini normal bagi orang politik yang mencari dokongan. Saya kurang minat sebab bukan penduduk tempatan. Kalau BN tawar pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk terima kepelbagaian. Sentimen sentiasa menjuarai isu. 

Apa yang berlaku di antara PKR, Pas, saya tidak ambil tahu dan tidak berminat untuk tahu kerana saya bukan ahli parti mereka. Sebenarnya tidak wujud tawaran rasmi. Meraka hanya tanya. Saya tidak pernah bagi kata putus. Banyak pihak buat spekulasi tanpa berusaha memahami apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepad saya. Saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin saya. Saya tidak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis. Isytihar secara unilateral suatu sikap tidak beradab kepada orang lain. Apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif pada banyak pihak. Ini perlu difahami terutama meraka mahu jadi ahli politik. Saya ambil sikap diam diri kerana tidak mahu sakiti hati mana-mana pihak. Semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orangg politik kita masih belum matang seperti negara lain.


3. Mengapa Dr pilih PKR dan tidak Pas atau Umno? Apakah akan tetap dengan PKR selepas apa berlaku?

Dr Juanda Jaya: Soalan ini kurang relevan kerana saya menyokong apa sahaja usaha yang baik untuk negara ini.

4. Adakah boleh katakan scara rasmi Dr tidak bertanding? Atau mungkin ada kejutan berlaku esok?

Dr Juanda Jaya: Kejutan?  Ya. Setiap hari kita pasti terkejut dengan perkara baru yang ALLAH tentukan untuk kita. Serahkan saja kepada-Nya. Pasti semua akan baik belaka.


[REDHA] Naib Ketua Puteri Umno nafi akan TANDING Tiket Bebas

Posted: 19 Apr 2013 06:34 PM PDT


SUNGAI PETANI: Pergolakan membabitkan Umno Sungai Petani apabila Naib Ketua Puteri Umno, Shahanim Mohd Yusoff (gambar) dikatakan bakal bertanding sebagai calon Bebas berakhir selepas beliau menyatakan pendirian terus menyokong Barisan Nasional (BN).

"Kalau sehingga esok pagi jika nama saya tak naik (sebagai calon), saya akan tetap hadir di pusat penamaan calon menyokong calon BN," katanya ringkas ketika ditemui di kediannya di sini, Jumaat.

 "Ikhlas hati...saya tetap sokong calon BN," katanya

Pendirian ringkasnya itu sekaligus menamatkan spekulasi kononnya beliau merancang strategi untuk mensabotaj parti termasuk mempertimbangkan dengan serius bertanding sebagai calon Bebas.

Sebelum ini difahamkan khabar angin Shahanim akan bertanding sebagai calon Bebas didorong oleh bantahan pengundi DUN Pantai Merdeka yang terletak dalam Parlimen Sungai Petani yang menolak calon muka baru Barisan Nasional (BN) iaitu, Ali Yahya.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, BN tewas di kesemua kerusi termasuk Parlimen dan tiga DUN dalam bahagian Sungai Petani.

[TERKINI] Saya Tidak Bertanding PRU13 - Hasan Ali

Posted: 19 Apr 2013 06:47 PM PDT


KENYATAAN DATUK DR HASAN ALI BERHUBUNG PENYERTAANNYA PADA PRU13 AKAN DATANG

Persoalan-persoalan mengenai penyertaan saya di dalam PRU 13 menjadi tanda tanya kepada teman-teman politik dan sahabat-sahabat sekerjaya serta anggota masyarakat. Pejabat saya dan saya sendiri dihujani dengan panggilan telefon, mesej pesanan ringkas dan email untuk mengetahui posisi yang saya ambil berkaitan dengan perkara tersebut.

Saya akui ada menerima tawaran untuk bertanding dalam PRU ke 13 dengan cadangan ditempatkan dikawasan-kawasan dijangkakan boleh memberikan kemenangan kepada saya. Saya berterimakasih dan menghargai harapan dan kepercayaan pimpinan Umno/Barisan Nasional terhadap saya. Namun setelah berbincang dan menerima pendapat dan pandangan daripada berbagai pihak dan ditambah pula dengan peluang yang dibukakan oleh Allah untuk saya terlibat langsung di dalam 3 pilihanraya umum sebelum ini, maka saya dengan segala rendah diri  mengambil keputusan untuk tidak bertanding di dalam PRU ke 13 ini.

Saya merasakan lebih selesa bersama dengan JATI untuk berusaha terus melonjakkan keberlangsungan Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja di negara ini. Cabaran yang semakin getir yang bakal dilalui  dalam mengagungkan Islam dan memartabatkan Melayu, memerlukan gabungan NGO yang padu dan mantap serta mempunyai daya tahan dan daya juang untuk membentengi sebarang percubaan untuk menidakkan Islam dan Melayu di negara ini.

Saya dan teman-teman di JATI telah membuat ikrar untuk terus berjihad untuk tidak melihat Islam dan Melayu diinjak-injak di bumi bertuah ini.

Saya dan rakan-rakan dalam JATI berserta dengan NGO-NGO Islam akan menggerakkan seluruh kekuatan yang boleh dijana untuk menentukan UMNO/BN terus berkuasa termasuk merampas semula negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 ini. 

Seperti yang telah diumumkan, sokongan kepada UMNO/BN selain daripada bertepatan dengan kaedah usul fiqh, sokongan JATI yang tidak berbelah bagi tersebut adalah untuk melihat pimpinan UMNO yang ada sekarang  diberi kekuatan oleh Allah dan berikutan dengan itu bersunguh-sungguh untuk menjadikan Islam sebagai landasan kepada pembangunan negara yang bakal diredhai oleh Allah SWT.

Harapan saya dengan kenyataan ringkas ini dapat meredakan sebarang spekulasi, khabar angin dan prasangka yang akhirnya tidak membuahkan sesuatu yang berfaedah. Sebaliknya segala kekuatan yang ada hendaklah ditumpukan kepada usaha meraih kemenangan kepada UMNO/BN sebagai langkah mengelakkan malapetaka yang mungkin boleh menimpa rakyat negara ini sekiranya Pakatan Rakyat diizinkan mentadbir negara ini. 

DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Tmn Tun Dr Ismail, KL
19 APRIL 2013
Sumber: KLPos

[STRATEGI JIJIK] DAP Jangan Main Isu Roket Raih Simpati

Posted: 19 Apr 2013 06:44 AM PDT


MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan DAP supaya tidak memanipulasikan isu penggunaan lambang roket kerana ia sudah pun dibenar untuk digunakan bagi mewakili mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang percubaan untuk memainkan isu tersebut dalamkempen-kempennya adalah semata-mata bertujuan meraih undi dan simpati sedangkan masalah itu sudah diselesaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Ini sudah diputuskan (penggunaan lambang roket oleh DAP), jadi kita harap pemimpin DAPtidak memutarbelikan (fakta) atau menunjukkan rasa kasihan dan teraniaya.

"Ada juga tanggapan ini perbuatan Umno, ini hak Pendaftar Pertubuhan (ROS). Satu ketikaUmno diharamkan dan bukan dihapuskan pada 1988.

"Waktu itu saya di Johor, terkejut saya Umno diharamkan tapi kita terpaksa hidupkan semula.

"Dalam kes ini bukan (DAP) diharamkan, itu maklumat yang diterima daripada ROS. Kita tidak campur tangan dalam soal DAP," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Daerah
Mengundi (PDM) Kampung Tengah, Sungai Terap, di sini Jumaat.

SPR semalam mengesahkan bahawa DAP boleh menggunakan lambang roket untuk bertanding dalam PRU-13 dan ia dibenarkan walaupun siasatan ROS berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa

Kerja Pusat (CEC) parti itu masih berjalan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, perkara itu sudah dijelaskan oleh ROS dan masalah DAP sebelum ini ialah berkaitan pemilihan CEC yang dikatakan tidak sah.

Mengenai nasihat SPR supaya calon yang akan menyerahkan borang penyertaan pada hari penamaan calon pada Sabtu agar tidak datang beramai-ramai, Muhyiddin menasihatkan para penyokong menjaga tingkah laku masing-masing.

Katanya yang dicalonkan di kerusi Parlimen Pagoh, BN boleh memberi jaminan para penyokong yang mengiring calon masing-masing tidak akan melakukan sebarang kelakuan yang boleh menimbulkan ketegangan atau panas.

"Kita dalam parti ni tahulah kerana bersemangat, hendak menunjukkan menyokong kepada parti, tidak boleh duduk diam kat rumah, hendak keluar rumah juga untuk lihat apa yang berlaku. Apa yang penting suasana perlu sentiasa aman.

"Saya fikir BN boleh berikan jaminan (tidak berlaku apa-apa), jika ada pun, jumlah yangmenghantar tidak ramai sehingga boleh jejaskan keamanan juga timbulkan keadaan huru hara.

Kita sedar dalam keadaan PRU yang panas, keadaan itu membimbangkan tetapi kita boleh bagi jaminan keadaan ini tidak berlaku," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...