CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Bekas MB bakal sertai Pas

Posted: 10 Apr 2013 06:47 PM PDT


PASIR PANJANG – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendedahkan kemungkinan seorang bekas menteri besar akan menyertai parti itu, tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pengumuman yang dibuat dalam satu majlis di Kampung Permatang, itu tidak mendedahkan nama individu serta menteri besar dari negeri mana.

Mohammad Nizar berkata, penglibatan bekas menteri besar itu diketahui melalui mesyuarat ahli jawatankuasa Pas Pusat, Selasa lalu.

"Seorang bekas menteri besar akan berikan borang masuk Pas tidak lama lagi," katanya.

Menerusi beberapa laman blog, ada yang menjangkakan menteri besar yang dimaksudkan adalah dari Perak dan Selangor, namun sehingga kini belum ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu.

Sekiranya individu yang dimaksudkan adalah bekas menteri besar Perak, dua nama yang berkemungkinan menyertai parti itu adalah Tan Sri Ramli Ngah Talib yang mentadbir Perak (1983-1999) dan Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali (1999-2008).

Mengulas mengenai peletakan calon Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Mohammad Nizar berkata, Perak turut mengemukakan seorang calon Cina yang bakal bertanding di Dun Asahan.

Katanya, Richard Wong yang juga Naib Ketua DHPP Perak bakal bertanding bagi mencabar kedudukan Barisan Nasional (BN) di Dun Asahan yang berada di bawah Parlimen Alor Gajah, Melaka.

"Pencalonan ini adalah sebagai bukti bahawa Pas parti untuk semua," katanya

[FITNAH MELAMPAU] Facebook TUDUH PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz PENGAMPU No.1 & PENGKHIANAT BANGSA

Posted: 10 Apr 2013 09:47 AM PDT


Pihak berkuasa dipohon untuk menyiasat pemilik Facebook atas nama Sabri Abd Rahman (alamat FB https://www.facebook.com/sabri.abdrahman.1) yang dilihat seolah-olah cuba membuat fitnah dan propaganda bagi menjatuhkan kredibiliti PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan secara langsung juga akan menjejaskan kredibiliti SPR.

Tindakan ini dilihat merbahaya kerana boleh menyebabkan orang ramai dan pengundi tidak percaya dengan keputusan pilihanraya umum ke-13.

Ini juga boleh menggugat ketenteraman awam apabila berlaku kekecohan dan huru hara akibat pengundi membantah keputusan pilihanraya. Jika berlaku dalam skala yang besar, situasi ini boleh mnghancurkan negara.

Tindakan tegas perlu segera diambil dengan menyoal siasat pemilik facebook yang tidak bertanggungjawab dan bertindak melampau serta melangkaui batas-batas susila media sosial untuk mengetahui kenapa beliau menuduh Tan Sri Pengerusi SPR sebagai Pengkhianat Bangsa. Apakah objektif beliau memangkah muka Tan Sri Pengerusi SPR dengan menggunakan dakwtat merah yang memberi gambaran seolah-olah Pengerusi SPR sangat teruk dan langsung tidak boleh dipercayai.





Berdasarkan gambar pejuang-pejuang bersenjata di dalam album photo Facebook Sabri Abd Rahman, dipercayai beliau merupakan seorang yang berminat dengan perkara sedemikian.

Mungkin juga beliau merupakan salah seorang yang bersimpati dengan perjuangan Islam di Timur Tengah.






[FITNAH MELAMPAU] FB Penyokong Amno FITNAH Tun M Meninggal Dunia, Pohon POLIS SIASAT dan AMBIL TINDAKAN TEGAS

Posted: 10 Apr 2013 09:11 AM PDT


Berita Terkini - Bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporan telah meninggal dunia.



Itulah antara kandungan FITNAH yang dibuat oleh PR yang mana rakyat lihat ini sebagai tindakan mereka yang takut dengan aura dan kehebatan Bekas Perdana Menteri Malaysia.

Akibat terdesak, mereka sanggup menfitnah dengan mereka cerita berita palsu ini. Difahamkan petang tadi Tun Mahathir membuat rakaman di Studio TV3 bagi rancangan Soal Jawab yang akan disiarkan jam 10.00 malam ini.

Kesimpulannya, FITNAH jahat PR ini sangat kurang ajar.. Bahlul!!

Alamat FB tersebut ialah  https://www.facebook.com/nurizaty.afrina




Sumber : Budak Conan

BN, UMNO tak pernah tolak Islam - Prof. Datuk Dr. Sidek Baba

Posted: 10 Apr 2013 08:00 AM PDT


KUALA LUMPUR 10 April - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menolak Islam dalam pentadbiran negara malah tiada hujah yang dapat membuktikan perkara itu.

Sebaliknya, kata tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba, kerajaan terus memberi penekanan kepada agama Islam yang merupakan asas Perlembagaan serta dalam masa sama tidak mengetepikan hak penganut agama lain.

Katanya, tanggapan kononnya perjuangan UMNO bersifat assabiyah merupakan tuduhan melulu kerana parti itu tidak pernah menzalimi kaum lain.

"Sifat assabiyah sebenar adalah dengan menzalimi kaum lain dalam memperjuangkan hak kaum mereka dan perkara itu tidak wujud dalam perjuangan UMNO yang tidak pernah lupa terhadap kaum lain di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel dalam Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden anjuran Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kumpulan Felda di sini hari ini.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...