UMNO Online - “Komitmen Kerajaan BN Jaga Kebajikan Pemandu Teksi Terbukti – Rais” plus 9 more

UMNO Online - “Komitmen Kerajaan BN Jaga Kebajikan Pemandu Teksi Terbukti – Rais” plus 9 more

Link to UMNO Online

Komitmen Kerajaan BN Jaga Kebajikan Pemandu Teksi Terbukti – Rais

Posted: 29 Jan 2013 04:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dalam menjaga kebajikan pemandu teksi di negara ini demi kepentingan golongan itu dan imej perkhidmatan teksi negara.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku Penaung Pertubuhan Teksi Malaysia berkata komitmen kerajaan BN jelas terbukti melalui pelbagai program melibatkan pemandu teksi yang dilaksanakan.

“Program Bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) merupakan cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. TR1Ma melibatkan insurans berkelompok, khairat kematian, duta teksi, insentif rebat penjualan dan pembelian teksi serta cukai jalan teksi hanya RM2 setahun.

“Justeru pemandu teksi diingatkan supaya memilih kerajaan yang sudah terbukti membela kebajikan mereka berbanding yang belum melakukan apa-apa dan hanya mencari kesalahan pihak lawan,” katanya.

Rais berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Taklimat Bajet 2013 dan Forum Pertubuhan Pemandu, Pengusaha Teksi/Limousine dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas di Kompleks Kraf di sini hari ini.

Lebih 350 anggota Petekma dari seluruh negara menghadiri majlis tersebut.

Hadir sama ialah Pengarah Jasa Datuk Fuad Hassan.

Sementara itu Presiden Petekma Yusof Lahir ketika berucap merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pelbagai bantuan yang diberi kepada pemandu teksi.

Beliau turut menyeru 21,000 anggota Petekma di seluruh negara supaya terus menyokong kerajaan sedia ada supaya nasib pemandu teksi terus terbela.

Penyertaan Nasharudin Ke Gaza Model Kerjasama Hamas & Fatah – Dr Mahathir

Posted: 29 Jan 2013 03:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Jan –  Pas perlu melihat penyertaan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau berkata Pas tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura Pas.

Katanya ia seharusnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat umat Islam Malaysia walaupun pembangkang tetapi boleh bekerjasama dengan kerajaan demi membawa mesej keamanan sejagat.

“Sebaliknya Pas tak suka lihat ada orang Pas bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)…kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai,” katanya  selepas melancarkan buku ‘Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration’ di sini, Selasa.

Ditanya jika Nasharudin perlu mengubah platform perjuangan iaitu keluar daripada Pas, Mahathir berkata: “Itu terpulang kepada dia.”

Ahad lepas, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan dibuat pada 13 Jan lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Word “Allah” Cannot Be Translated Into Any Other Language – Tengku Abdullah

Posted: 29 Jan 2013 03:23 AM PST

KUANTAN, Jan 29  - The kalimah (word) “Allah” is a special word and cannot be translated into any other language in the world, as it is a specific name for the Almighty to people of the Islamic faith, says the Tengku Mahkota of Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

He said translating “God” or “Lord” into “Allah” would be in conflict with academic values and translation precepts.

“The meaning of God in Islamic teachings is very different from the Christian perspective, as Allah in Islam is the One True God (Maha Esa). He was not born, nor has children and is not the same as human beings,” Tengku Abdullah said, adding that this was stated in the Al-Ikhlas chapter of the Quran.

He was speaking at the launching of a donation drive and handing-over of donations for the Palestine-Gaza Fund, here, today.

Tengku Abdullah said misusing the word “Allah” would occur if it was allowed to be translated into “God” or “Lord”, inviting anger and religious tension, while polytheism is a big sin in Islam.

He said using the word “Allah” in Malay language Bible would give rise to all kinds of suspicion, as to his knowledge, there were no Bible in the Tamil, Chinese or any other language that had translated “God” or “Lord” into “Allah”.

Tengku Abdullah said in Pahang, the ruling on the use of the word “Allah” by non-Muslims was made in 2008 through the implementation of the Control and Restrictions on the Propagation of Non-Islamic Religions Enactment 1989.

He added that the National Fatwa Council at its 82nd Muzakarah on May 5-7, 2008, also issued an edict on the matter as provided for under the Federal Constitution.

He said the “kalimah Allah” issue which had now become polemic must he handled with care and should not be debated openly in the media, but discussed behind closed doors among scholars, religious experts and political leaders.

He also urged Muslims in this country to defend the “kalimah Allah” and prevent the misuse of other sacred words which had been ruled not to be used by non-Muslims.

“People should take note and respect the sensitivities of each other’s religion so that racial and religious harmony in this country will prevail,” he said.

On another matter, he said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s concern for the plight of the Palestinians including his recent visit to Gaza should motivate all quarters to offer humanitarian aid to the oppressed Palestinians.

“I hope our country’s good deeds will attract much world attention towards bringing peace to Palestine.

“I am proud that several non-governmental organisations like the Perdana Global Peace Foundation, Haluan Palestin and Aman Palestin have volunteered to assist the Palestinians,” he said.

Tengku Abdullah who was happy with the encouraging response from government agencies, the private sector and the public to the humanitarian fund, said the donations collected in Pahang had reached RM1.1 million.

Also present were Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob and Perdana Peace Global Organisation (PPGO) executive director Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz said the total nationwide collection for the fund amounted to more than RM5 million, of which RM2 had been allocated to buy medicines, foodstuff and other necessities for the Palestinians.

He said PPGO now planned to provide clean water supply to the Palestinians in Gaza and the West Bank due to the supply shortage, with many of the water sources not safe for consumption as they were feared to contain toxins.

50 Innovation Business Opportunities Open For Bidding, Says Najib

Posted: 29 Jan 2013 03:20 AM PST

PUTRAJAYA, Jan 29  - Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today announced that 50 Innovative Business Opportunities (IBOs) under the third phase was now open for investors to bid.

He said those interested can surf www.innovation.my for further details.

“The efforts undertaken by the Malaysian Innovation Agency (AIM) to promote innovation in three core industries of intellectual, business and social has had a positive impact,” said Najib, who is also the agency’s administrative council chairman, when presenting the 2012 AIM Annual Report.

The 50 IBOs are expected to generate RM930 million covering, among others, the agriculture, health, communication, nano-technology and construction sectors.

In the field of intellectual innovation, AIM has collaborated with  high-tech industries to undertake stem cell research, non-invasive heart valve procedures and digital autopsy visualisation.

Najib said the government had agreed to invest in stem cell research with  KLSMC Stem Cells Sdn Bhd to develop leading edge bone marrow technology.

Besides being accredited by the Ministry of Health, the prime minister said the technology had obtained patent rights from the United States.

AIM has entered into collaboration with Mardil Medical Inc to undertake non invasive heart valve procedures and a memorandum of understanding has been signed between Mardil Medical and the National Heart Institute to establish a Mardil-Asia Pacific centre of excellence.

Meanwhile, Najib said the investment in I-Gene Sdn Bhd was aimed at pioneering medical visualisation and digital autopsy.

As for the National Biomass 2020, the prime minister said it had the potential to generate RM30 billion in revenue and 66,000 jobs with the establishment of three biomass processing plants.

On the Genovasi Innovation programme, launched on Aug 1, 2012, Najib said 5,000 ambassadors would be produced from this skills training programme over five years with the first intake to begin soon with 128 students.

Meanwhile, the i-Think project, a collaboration between AIM and the Ministry of Education, has been implemented in 1,000 schools nationwide after a  successful pilot project in ten schools.

“The programme which uses eight mind mapping application to encourage innovation, collaboration and exploration among students will be extended to all 10,000 schools nationwide by 2014,” he said.

…Kalau Alasan Tak Hadir Mesyuarat, Nik Aziz Dulu Patut Kena Buang..

Posted: 29 Jan 2013 03:13 AM PST

Pemecatan bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama Pas sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh suku sakat Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu.

Kelibat Ustaz Nasharudin yang turut sama menyertai lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan Pas untuk dijadikan alasan utama pemecatan tersebut.

Lain-lain alasan seperti tidak datang mesyuarat memaksa Majlis Syura memecat Ustaz Nasharudin pada pertemuan 13 Januari 2013 yang lepas sebenarnya hanyalah tempelan sahaja untuk mengabui mata ahli dan penyokong Pas.

Jika alasan tidak datang mesyuarat adalah punca utama pemecatan Ustaz Nasharudin tentunya sudah lama Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama dibuang dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama Pas.

Bukan satu rahsia pun sejak Nik Aziz mempengerusikan badan tertinggi Pas itu, sudah banyak teguran dari ahli bawahan mengenai kelesuannya. Terlampau jarang diadakan perjumpaan disebabkan kepimpinan Nik Aziz yang lemah dan tidak cakna dengan perjalanan parti.

Malah semasa penggal yang lepas, satu mesyuarat pun diadakan sekalipun tika itu wujud banyak isu yang melingkari Pas dan PR. Jadinya, dilihat pada asas ini selayaknya sudah lama Nik Aziz ditendang keluar dari Majlis Syura Ulama dan pengerusinya diambil alih oleh Timbalan Mursyidul AM Pas, Ustaz Haron Din.

Nama Majlis Syura Ulama Pas hanya kembali kedengaran ketika wujudnya isu melibatkan Ustaz Nasharudin, itupun dalam mesyuaratnya pada September 2012 yang lalu Nik Aziz sengaja buat perangai keluar awal setelah mengetahui agenda perbincangan tidak membabitkan kedudukan Ustaz Nasharudin.

Bibit kebencian Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharudin sudah lama membuak semenjak timbulnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang mana Ustaz Nasharudin adalah antara orang perantaraan yang dihantar oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang untuk membincangkan kerjasama antara UMNO dan Pas.

Bibit kebencian Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharudin sudah lama membuak semenjak timbulnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang mana Ustaz Nasharudin adalah antara orang perantaraan yang dihantar oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang untuk membincangkan kerjasama antara UMNO dan Pas.

Bagi orang tua seperti Nik Aziz yang bertuhankan nafsu amarah, tindakan Ustaz Nasharudin itu telah melanggar pantang larang yang ditetapkannya. Tiada perpaduan mahupun muzakarah antara Pas dan UMNO demi kepentingan Islam selagi nyawa masih mengalir dalam tubuh Nik Aziz.

Berbalik pada isu pemecatan Ustaz Nasharudin, sehingga kini surat pemecatan langsung tidak diterima oleh bekas Timbalan Presiden Pas itu. Berita pemecatannya hanya diketahui melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Tak mustahil surat pemecatan itu pun baru selesai dikarang selepas kelibat Ustaz Nasharudin dilihat bersama rombongan PM di Gaza, Palestin.

Dalam hal ini, Ustaz Nasharudin tidak keseorangan. Beliau bukan satu-satunya pemimpin Pas yang dianiayai sedemikian rupa dipecat tanpa diberi ruang pembelaan diri. Sudah ramai pemimpin Pas yang menjadi mangsa gaya kepimpinan Pas yang bersifat kuku besi dan diktatorship.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden Pas merangkap Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Hasan Ali juga pernah mengalaminya, lama sebelum itu, bekas pemimpin Pas kawasan Pasir Putih, Kelantan, Cikgu Musa Salleh juga pernah menghadapinya.

Dalam Pas, perihal berlapang dada bukannya satu pilihan sebaliknya persoalan dendam kesumat seringkali menjadi taruhan utama dalam menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin, lebih-lebih lagi jika seseorang itu dilihat bercanggah pandangan dengan Nik Aziz.

Walau apapun, pemecatan Ustaz Nasharudin yang diumumkan tatkala umat Islam seluruh dunia meraikan keberanian pemimpin Malaysia memasuki Semenanjung Gaza untuk sama-sama merasai sendiri keperitan penduduk Palestin yang dizalimi Israel, bukanlah satu tindakan bijak oleh Pas.

Tindakan tergesa-gesa dan bercorak kuku besi dan tidak demoktarik sebegini tidak akan membantu Pas mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU 13. Suka atau tidak, kepimpinan Pas perlu menerima hakikat tiba masanya kelak parti itu akan semakin terpinggir dari sokongan umat Islam.

Dr Muslim Umar

Bila Pakatan Huru Hara, Fitnah Tak Menjadi, Kini Pembangkang Cuba Adu Domba BN

Posted: 29 Jan 2013 02:58 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semakin panas sehinggakan pakatan pembangkang semakin tidak senang duduk apatah lagi taktik lontar fitnah, dan persepsi negatif tidak menjadi, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Katanya, kepimpinan pakatan pembangkang cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada menjurus kepada isu dalaman yang dihadapi mereka lantas melontarkan pelbagai tohmahan pada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Mereka cuba sembunyikan apa yang berlaku kerana banyak sangat percanggahan dan idealogi dalam pakatan pembangkang yang mana ia bukan hanya membabitkan tiga parti yang berbeza matlamat tetapi dalam parti masing-masing itu juga wujudnya pertelingkahan yang mengundang perpecahan," katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini beliau mengambil Pas sebagai analogi bagi menggambarkan bagaimana wujudnya ketidaksefahaman dalam kepimpinannya sehinggakan isu fundemantal turut diketepikan biarpun ia atas nama agama dan perpaduan Islam.

"Kerana itulah Majlis Syura Pas menyingkirkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa daripada anggota Majlis Syuranya lantaran ia ada kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang melakukan misi kemanusiaan di Palestin.

"Parti-parti pembangkang membuat tohmahan dan tuduhan terhadap usaha dan bantuan kerajaan namun malangnya yang mendapat aib daripada tohmahan terbabit adalah mereka sendiri kerana realitinya kebajikan BN terhadap rakyat bukan bersifat pura-pura."

Tegasnya, apabila pakatan pembangkang melemparkan tuduhan pada BN maka yang terpalit adalah mereka sendiri apabila kebenaran mengatasi persepsi palsu yang pembangkang lakukan.

"Setelah taktik kotor mereka ini gagal maka mereka cuba pula adu domba antara para pemimpin BN dan parti-parti kompenannya namun apa yang berlaku adalah dalam pakatan pembangkang itu sendiri wujud sikap saling tidak mempercayai, saling mencurigai serta tidak ada permuafakatan sebagaimana BN.

"Niat buruk pakatan pembangkang untuk cuba tanamkan bibit-bibit kebencian dikalangan rakyat terhadap BN gagal kerana rakyat amat mengenali kerajaan yang telah lebih 55 tahun mentadbir negara ini," ujarnya.

Katanya, matlamat songsang pakatan pembangkang ini tidak akan dapat membantu malah sekiranya mereka menang dalam PRU ke-13 sekalipun ia umpama mendapat 'abu' daripada kesejahteraan yang telah dibakar.

"Pakatan pembangkang terlalu taksub untuk berkuasa sehingga sanggup mengenepikan nilai etika dan agama malah sekiranya mereka menang PRU maka tentunya masyarakat yang wujud ketika itu adalah yang penuh dengan rasa benci, saling berprasangka dan bermusuhan sebagaimana ia ditanamkan dalam diri rakyat hari ini."

Tegasnya, selama ini BN berkerajaan dengan berasaskan perpaduan ummah dan kesejahteraan sejagat sedangkan matlamat pakatan pembangkang ialah cuba pisah-pisahkan masyarakat yang wujud selain perasaan negatif agar terhasilnya masyarakat yang tidak stabil dan huru-hara.

"Perdana Menteri telah meletakkan Malaysia dikedudukan terbaik dengan masyarakat antarabangsa hari ini terarah kepada negara kita walhal pakatan pembangkang mahukan kita berundur ke belakang dengan melakukan perubahan yang tidak menyumbang kepada kemajuan."

Lantaran itu, beliau menyeru masyarakat agar tidak terpesong dengan persepsi, tohmahan, tuduhan, fitnah dan adu domba pakatan pembangkang malah sekiranya ada berita yang negatif disampaikan maka lakukanlah rujukan dan penilaianan berasaskan pemikiran waras dan maklumat yang lengkap. - MediaUMNO

Jangan Pandai Kecam, Patut Anwar, Kepimpinan Pas Ikut Jejak Najib Pergi Gaza – Muaamar Ghadafi

Posted: 29 Jan 2013 02:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Presiden Gerakan Belia 4B, Mua’amar Ghadafi Jamal  Haji Jamaluddin mencabar kepimpinan Pakatan Pembangkang untuk mengikuti jejak langkah Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak melawat bumi Palestin  dan bukan hanya berani mencemuh dan mengkritik lawatan PM ke Gaza Palestin baru-baru ini sahaja.

Menurut beliau, jika benar kepimpinan Pakatan Pembangkang, khususnya Pas benar-benar  berjuang menegakkan Islam, sepatutnya mereka berhenti daripada mencemuh dan mengkritik, sebaliknya mengatur lawatan untuk pergi ke sana.

"Saya cabar kepimpinan Pakatan Pembangkang, khususnya kepimpinan Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk  ikut jejak langkah PM kita melawat umat Islam di sana. Jangan hanya tahu bercakap dan mengkritik saja, tetapi buktikan dengan perbuatan sekiranya mereka benar-benar parti yang membela perjuangan Islam.

"Jangan hanya tahu kondem dan kritik saja. Terang-terang lawatan PM kita bermotifkan kebaikan untuk umat Islam sejagat,  itu pun mahu dikritik dan dicela oleh puak pembangkang. Kalau benar mereka berjuang untuk Islam, pergilah ke sana. Jangan hanya tahu bercakap saja tapi habuk pun tak ada," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Sepatutnya, kepimpinan Pakatan Pembangkang, khususnya Pas merasa malu dan segan dengan tindakan berani Datuk Seri Najib melawat ke Palestin untuk melihat sendiri keadaan nasib umat Islam di sana.

"Tapi saya yakin, biarpun di mulut mereka mengkritik lawatan tersebut, namun jauh di sudut hati ada terselit rasa bangga dengan keberanian PM kita. Namun, disebabkan kepentingan politik  apatah lagi dengan pendirian Ketua Pembangkang mereka yang nampak berpihak kepada Israel, maka rasa bangga itu  tidak berani mereka luahkan," ujarnya.

Sementara itu menurutnya lagi, lawatan PM ke Palestin itu juga merupakan satu manifestasi yang membuktikan bahawa kerajaan hari ini tidak retorik dan berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu umat Islam yang menghadapi konflik khususnya di Palestin.

"Saya mewakil belia-belia 4B dan juga anak-anak muda di negara ini merasa bangga dengan kesungguhan yang diperlihatkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dalam usaha untuk membantu umat Islam di Palestin.

"Jelas bahawa kerajaan di bawah pimpinan beliau hari ini bukan hanya sekadar bercakap tetapi melaksanakan apa yang dikatakan. Bukan sekadar hanya tahu berjanji, tetapi juga tahu bagaimana untuk melaksanakan janji-janji," akhirinya. -MediaUMNO

Ustaz Nasharuddin Semakin Jauh Dari Najis Politik!

Posted: 29 Jan 2013 01:55 AM PST

Senario politik negara bergegar lagi, apabila Majlis Syura PAS bertindak menggugurkan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis tersebut.

Tentunya ramai yang menyangka perkara ini, kerana semenjak isu pemecatan Hasan Ali dari PAS, hanya tinggal Ust. Nasha seorang yang berani bersuara serta menegur kekhilafan kepimpinan PAS.

"Tiang seri" PAS bergegar tatkala menerima teguran-teguran yang tepat dan tiada kompromi dari Ust Nasha, apatah lagi sekiranya melibatkan isu akidah.

Suatu ketika dahulu, PAS cukup rajin melabelkan Tun M sebagai diktator, mahazalim dan sebagainya akibat kononnya tidak boleh dikritik. Kini, Allah tunjukkan pula sifat sebenar PAS. Allah maha kuasa.

Bagi penulis, adalah sesuatu yang melucukan apabila wujudnya kenyataan dari Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh bahawa antara penyebab pelucutan tersebut ialah ketidakhadiran Ust Nasha di dalam mesyuarat.

Apakah Majlis Syura PAS menganggap kita, rakyat Malaysia berada satu level pemikiran dengan kanak-kanak PASTI sehingga jawapan "separiah" itu dikeluarkan oleh Setiausahanya?

Amalan biasa oleh PAS kepada pengikutnya, iaitu doktrin pembodohan ahlulnya dengan alasan-alasan seperti ini. Lebih malang, ianya dikeluarkan oleh setiausaha Majlis Syura!

Apa yang berlaku kebelakangan ini memberi impak yang cukup positif yang diterima oleh Ustaz Nasha berikutan keberadaannya bersama Perdana Menteri di Mekah, dan yang terbaru di Palestin. Ramai di kalangan rakyat yang gembira dengan perkara ini. Nikmat perpaduan terserlah.

Kalau pun berlainan parti, bukankah tujuannya sama, membantu umat Islam yang ditindas? Rupanya, ada mata-mata yang sakit, serta hati yang terluka tatkala foto-foto putik perpaduan tersebar.

Ustaz Nasha sebenarnya cuba diancam secara politiknya, dengan ditunjukkan jalan keluar. Itu lebih bagus, kerana boleh membezakan antara kaca dan permata. Tinggallah najis-najis politik yang berpaksikan Anwar Ibrahim.

Namun penulis percaya, Ustaz Nasha tidak sedikit pun terganggu di atas pemecatan ini. Malah, semangat beliau akan lebih berkobar, demi perpaduan ummah.

selangordaily.com

Pas Takut Bayang Sendiri, Tak Sedia Serah Nama Calon Kepada SPRM

Posted: 29 Jan 2013 01:29 AM PST

KEMAMAN, 29 Jan – Pas kelihatan takut dengan bayang sendiri bila tidak bersedia menyerahkan senarai nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan.

Menyatakan demikian, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata parti pembangkang itu memang tidak berani menentukan bersih atau tidaknya bakal calon mereka.

“Sudah menjadi sikap Pas dan Pakatan Pembangkang yang suka menentang prosedur termasuk berkaitan saringan oleh SPRM. Kita (Barisan Nasional) memang akur dengan saringan yang dibuat oleh SPRM kerana mahu pastikan calon kita bersih dan tidak timbul masalah kemudian, berbanding Pas,” katanya di sini hari ini.

“Pas yang gemar menuduh UMNO/BN terbabit rasuah, penyelewengan dan sebagainya, cepat-cepat desak dan pergi ke SPRM untuk disiasat, tetapi apabila pemimpin mereka sendiri terbabit, mereka tidak laporpun untuk disiasat,” katanya.

Beliau mengulas keputusan Pas tidak akan menyerahkan senarai nama bakal calon mereka kepada SPRM, sebagaimana dilakukan UMNO dan BN, kerana percaya semua calon mereka bersih.

Baru-baru ini Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sehingga ini Pas berpuashati dengan semakan dan siasatan senarai nama calon yang dibuat jawatankausa dalaman parti itu yang telah diteliti Majlis Syura.

Mengenai isu kalimah Allah, Ahmad berkata ahli Pas yang waras pemikiran akan menolak dan meninggalkan parti itu apabila membenarkan kalimah suci itu digunakan oleh bukan Islam.

“Tapi, bagi yang taksub, buat apa pun dia akan anggap pemimpin mereka betul,” katanya.

Sementara itu Ahmad berkata, beliau percaya BN mampu menang dengan cemerlang pada PRU13 berdasarkan sikap semasa rakyat termasuk ahli Pas sendiri semakin bosan dengan parti itu menjadi pak turut kepada DAP.

30,000 Orang Dijangka Sertai Himpunan Rakyat 1Malaysia Di Pasir Puteh

Posted: 29 Jan 2013 01:26 AM PST

PASIR PUTEH, 29 Jan –  Kira-kira 30,000 rakyat dijangka menyertai Program Himpunan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai di sini Khamis ini.

Pengerusi Pembangunan Parlimen Pasir Puteh Zawawi Othman berkata mereka terdiri daripada rakyat pelbagai peringkat termasuk guru, petani, nelayan, pekebun dan peniaga kecil.

Zawawi, yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, memberitahu pemberita di sini Selasa kehadiran Muhyiddin akan memberi suntikan dalam usaha Barisan Nasional (BN) untuk merampas empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau berkata ia juga memberi harapan besar untuk menawan kerusi Parlimen Pasir Puteh yang turut dimenangi Pas pada PRU Ke-12.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Cherang Rotan Tengku Hussin Tengku Abdul Rahman berharap kehadiran pemimpin nombor dua negara itu akan dapat memberi suntikan semangat kepada golongan petani yang masih hidup dalam kemiskinan.

Katanya sebilangan besar penduduk di Pasir Puteh terdiri daripada golongan petani yang sentiasa berharap mendapat pembelaan daripada sebuah kerajaan yang mampu mengubah taraf hidup mereka, setelah terbukti kerajaan Pas gagal berbuat demikian.

Muhyiddin dijadual memulakan lawatan sehari ke negeri ini dengan mengadakan perjumpaan tertutup bersama pemimpin BN Kelantan di Kota Baharu.

Beliau kemudian akan mengadakan perjumpaan khas bersama pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan sebelum menghadiri perjumpaan khas bersama penjawat awam persekutuan dan negeri di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...