Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Si Kening Wassatiah Abby Abadi KUTUK PM ke GAZA!! @Abby_Abadi112

Posted: 29 Jan 2013 07:37 AM PST


Apa masalah dengan minah mangkuk ayun ni. Dengki sungguh dia bila PM ke Gaza. Tweet yang dia bagi memang menyakitkan hati. Walaupun Mc rasa macam taknak peduli, tapi bila baca, memang rasa macam nak saja ludah muka menyakitkan hati tu.


Sapa kata Islam tak diperjuangkan di Malaysia? Kerajaan Malaysia mengikhtiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Wujudnya perkongsian ekonomi orang Islam, ada zakat, ada penabungan untuk ke haji, setiap penempatan baru wajib ada masjid atau surau, shopping kompleks syaratnya kena ada surau mengikut keluasan, azan dibenarkan, ceramah agama boleh dimana-mana saja dan banyak lagi undang-undang Islam yang telah kerajaan Malaysia gunapakai.

Tapi Abby perlu ingat, Malaysia juga berbilang kaum dan agama. Jadi, agama lain pun perlu juga diberi pilihan dan hiburan dengan cara mereka sendiri. Itu yang kerajaan Malaysia lakukan sekarang. Umpama kita tengok TV, remote kat tangan kita. Channel mana kita nak pilih, itu bergantung pada hati dan iman kita la. Dosa dan pahala di tangan anda, jangan salahkan orang lain.

Mc cakap pada yang faham, tapi kalau bodoh macam Abby ni tak guna, campak ke hutan saja bagus. Hidup didunia menyusahkan orang.

McTheory:
Abby si kening wasatiah!! ha ha ha..

PANASS!! Video Sambutan PM Pulang Dari GAZA Memang Menarik!

Posted: 29 Jan 2013 06:17 AM PST


Alhamdulillah.. Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana Perdana Menteri kita, DS Najib Razak bersama rombongannya selamat pergi dan selamat pulang dari Gaza, Palestin.

PANASS!! Pok Nik Jumpa Karpal Sebab Minta Izin Isu Kalimah Allah!

Posted: 29 Jan 2013 04:36 AM PST



Kecoh betul di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily dan blog-blog pro-PAS semalam mengenai kunjungan Mursyidul Am PAS ke Pulau Pinang dan telah mengadakan pertemuan dengan seorang Bishop Katolik, Sebastian Francis di sana.

Kononnya, dengan pertemuan antara Nik Aziz dan Bishop tersebut, ia akan meredakan ketegangan yang tercetus dari isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible berbahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.

Malah dalam lawatan Nik Aziz ke negeri jajahan Guan Eng itu, dia telah menyambut harijadinya di kediaman Pengerusi DAP dan Karpal Singh telah menghadiahkan sebiji kek harijadi padanya dalam lawatan tersebut.

Kononnya, mereka berdua "mesra"lah, kan? Memanglah "mesra semacam" saja bila Nik Aziz dan Karpal dikatakan berbicara mengenai pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura PAS…

Apatah lagi bila laporan mengenai kunjungan Nik Aziz ke rumah Karpal dan pertemua dengan Bishop itu tidak menyentuh langsung tentang soal penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible bahasa Melayu…



Cuba sebut tentang isu itu, saya yakin Nik Aziz takkan lama di Pulau Pinang…kan?

Sepanjang lawatan Nik Aziz di Pulau Pinang, tiada sebarang laporan pun dari media-media pro-pembangkang yang melaporkan tentang sebarang perbincangan mengenai isu kalimah "Allah" berlangsung di antara Nik Aziz dengan pemimpin DAP atau Bishop tersebut.

Malah cakap-cakap mulut di kalangan para penyokong PAS di sebelah utara semenanjung menyifatkan lawatan Nik Aziz itu hanyalah sekadar propaganda untuk meredakan kemarahan mereka terhadap DAP dan PKR yang mahu kalimah "Allah" tercemar di negara Islam ini.

Kata mereka, mereka tidak sekali-kali akan tertipu dan percaya lagi dengan mainan propaganda tersebut selagi DAP dan PKR menurut kehendak Majlis Syura PAS yang mahu hak eksklusif penggunaan kalimah "Allah" itu dikekalkan sebagaimana yang ditetapkan kerajaan selama ini.

Paling menarik, sekumpulan penyokong PAS yang saya temui di Sungai Petani tadi berkata, biarlah PAS tidak memerintah sehingga kiamat asalkan kalimah "Allah" tidak dicemari DAP dan PKR, serta Islam tidak dicabar oleh kedua sekutu parti mereka.

Sebenarnya, para penyokong PAS sudah lama memendam rasa dan menahan sabar dengan kerenah DAP dan PKR yang sejak lima tahun dulu memandang "lekeh" pada parti mereka serta mencabar perjuangan parti "bulan" itu.

Malangnya, mereka mendakwa para pemimpin PAS sendiri sangat lemah dan terlalu "beri muka" kepada DAP dan PKR sehingga kedua parti pembangkang itu "naik kepala" dan "tumbuh tanduk syaitan di atas kepala".

Tekad mereka, tiada lagi undi yang akan diberikan kepada DAP dan PKR pada PRU ke-13 nanti. Mereka tidak akan meninggalkan parti, tapi para penyokong PAS ini akan "mengajar" DAP dan PKR tentang "akar umbi PAS bukannya keldai seperti para pemimpin mereka".

Salah seorang rakan PAS saya yang terkenal dengan sokongan terhadap gerakan Syi'ah di utara berkata, PAS sepatutnya keluar dari Pakatan Haram, tapi dia yakin bahawa para pemimpin PAS takkan berani buta begitu.

Bila ditanya sebab dia berkata begitu, selamba saja dia berkata, memang pemimpin PAS di zaman ini tidak sama dengan pemimpin PAS di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, mereka semuanya gila kuasa dan jawatan politik!

Persoalannya, bila para penyokong PAS sendiri pun sudah mengamuk dan bersuara begini, maka memang benarlah kedudukan PAS hanya berada "di bawah tapak kaki" DAP dan PKR. Hina sungguh sehingga sanggup menjual agama demi kuasa.

Sekurang-kurangnya DAP masih sayangkan agama mereka (Kristian) dan Anwar masih sayang pada cita-citanya (nak jadi PM). PAS masih sayangkan Islam lagi, kah?

TUDIAA!! Apabila Dr MAZA Di Panggil Ulamak Muzabzib!!

Posted: 29 Jan 2013 01:19 AM PST


Tengok sendiri penjelasan Ustaz Rasul Dahri yang boleh menjinakkan ego MAZA. Apa itu Ulamak Muzabzib? Lihat penerangan video dibawah,

PANASS!! Blogger Pakatan Haram Di Tangkap Khalwat 'Bersama' Bini Orang?

Posted: 28 Jan 2013 09:26 PM PST


Seorang blogger Pakatan Haram yang agak popular dikalangan pemfitnah tegar Pakatan telah ditangkap khalwat bersama isteri orang semalam. Kononnya dia ni seorang blogger yang hebat fitnahnya. Sekali dia fitnah boleh gegar satu Malaysia.

Dia di tangkap berhampiran rumahnya (kawasan gelap) apabila berdua-duaan bersama seorang perempuan didalam kereta, keadaan yang mencurigakan. Kejadian berlaku di Permatang Pauh. Setelah disoal siasat, perempuan terbabit adalah isteri orang.

Semasa kedatangan pihak berkuasa, kedua-dua pasangan berada didalam yang begitu mengaibkan. Mengikut laporan, punya la asyik 'bersama' hingga tidak sedar kelakuan 'aib' mereka tu sedang diperhati dan dirakam. 

Identiti blogger terbabit terbongkar apabila banyak alatan media, gajet dan pas majlis didalam keretanya. Setelah disoal siasat, pemuda terbabit mengaku dirinya memiliki blog Anak Sungai Derhaka atau URLnya http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Pemuda yang mengaku blogger terbabit cuba menghubungi seorang 'VVIP' untuk meminta bantuan, namun handphonenya dirampas dan dibawa ke balai.

VVIP yang dia cuba hubungi itu, merupakan MP Permatang Pauh, pejuang LGBT, juga mempunyai video lucah bersama 'pelacur china' yang tersebar baru-baru ini. - sumber - Haramkahdaily.net

Biasa la, puak Pakatan haram ni, memang suka sapu bini orang. Janda dan anak dara ada, dia taknak, bini orang juga yang depa sapu. Dosa pahala tolak tepi, apa yang penting 'sedap'.

Berita ini adalah jawapan kepada FITNAH "Anak Sungai Derhaka" kepada Blogger dan Troopers UMB. Kononnya troopers dibayar mengikut 'perkataan'. Satu perkataan dua ringgit. Dei macha, cerita bodoh dan fitnah macam lu buat, sapa pun boleh. Contoh 'cerita fitnah' macam cerita yang aku buat diatas.. sedap?

Gambar lu letak, haram takdak sekor pun UMB. Video yang lu taruk tu pun, bukan video UMB, itu video Tun Maharezza, atau lebih dikenali sebagai TMX. TMX takdak kena mengena langsung dengan UMB. Kalau lu nak fitnah, bikin elok-elok sikit la bro. Ini fitnah macam budak sekolah.

Bila tak betul sapa yang susah? Sapa yang malu? Fitnah bodoh macam lu, budak tabika punya karangan lagi sedap der.. he he..


McTheory:
Sory, ayat kasar, layan orang bodoh memang patut macam tu!

PANASS!! Ramalan Saham Felda #FGVH Bakal Rugikan Peneroka?

Posted: 28 Jan 2013 08:10 PM PST


Mc sebenarnya agak keliru dengan bahasa-bahasa pelabur ni. Hari tu kita ada pakar ekonomi yang bernama Dr. Rosli, Mazlan Aliman import dia ni dari Bangladesh kerana di sana dia seorang CEO di sebuah syarikat disana.

Dr. Rosli balik Malaysia, duduk semeja bersama Mazlan Aliman dan menghentam Kerajaan Malaysia kerana menyenaraikan saham felda FGVH ke pasaran antarabangsa. Kenapa la dia marah sangat dengan penyenaraian tu?

Dulu Mazlan Aliman kata FGVH ni gadai tanah peneroka, tetapi bila Kerajaan Malaysia dijelaskan bahawa FGVH ni tak ada kena mengena dengan tanah peneroka, dia bawa pula si Dr. Rosli ni membuat analisis saham dan mengeluarkan 'fatwa', katanya peneroka akan kehilangan segala-galanya jika saham FGVH jatuh di pasaran.

Benarkah begitu?

Setahu Mc, Kerajaan akan menanggung sebarang kerugian yang dihadapi oleh peneroka disebabkan FGVH. Kalau ada keuntungan pula, keuntungan saham FGVH akan dirasai oleh semua pemegang saham. Ini janji Kerajaan kepada peneroka yang mempunyai saham FGVH.

Namun bukan itu yang nak diceritakan, Mc sebenarnya keliru dengan Dr. Rosli ni. Dr Rosli kata saham FGVH akan turun susut dan mengalami kerugian. Sedangkan penganalisa pasaran saham pula menyuruh para pelabur membeli saham FGVH sementara harganya turun rendah.

Kalau mengikut analisa pasaran saham, saham FGVH ini mempunyai pegangan yang kukuh dan masa depan yang stabil. Dijangka FGVH akan melonjak naik sehingga ke RM5.46. Semua ini bergantung kepercayaan pelabur kepada kemampuan FGVH.

Sesungguhnya FGVH sebuah syarikat yang besar dan mempunyai masa depan yang masih jauh dan cerah. Sebab itu penganalisa saham BBIM Securities meletak target yang agak tinggi untuk FGVH, kerana mereka percaya FGVH mampu pergi lebih jauh.



Kejatuhan sekarang bukanlah bermakna saham FGVH tidak kukuh, mungkin kejatuhan itu diselangi dengan khabar angin dan berita yang buruk tentang FGVH, hingga menyebabkan pelabur terpengaruh dengan semua cerita tersebut.

Hakikat yang sebenar, kalau kita bertindak bijak dan mengikut saranan dari penganalisa saham, sepatutnya kita beli saham FGVH sementara ia masih rendah. Kalau dah naik tinggi nanti, jangan kita menyesal, kerana kita sudah tahu, cuma degil taknak mempercayainya.

Takkanlah kita nak percaya cakap seorang CEO dari Bangla yang mengaku pakar tetapi tidak tu. Baik kita percaya badan penganalisa yang sememangnya 'pakar' sebenar dalam bidang saham.

Entah-entah, bangla pun dah tak percaya cakap CEO tu lagi, sebab tu dia lari balik Malaysia. hehe..

McTheory:
Apa agaknya ONAR yang dia kat buat kat bangla sana tu..

PANASS!! Kisah Pas Kupang Tipu Geran Tanah, Jawapan Balas Dari Adun Pas Kupang Nak Saman Media? #TukarKedah #SlmtknGngInas

Posted: 28 Jan 2013 04:37 PM PST


Setelah pendedahan dilakukan oleh media berkenaan kes penipuan YB Pas ambil duit orang kampung, kononnya untuk keluar geran tanah.

Pendedahan tersebut boleh baca kat SINI dan SINI. Kalau tak baca sudah tentu anda semua tak tahu cerita sebenar.

Selepas pendedahan tersebut, blog Kamera Kupang telah mendedahkan jawapan dari Pejabat Adun Pas Kupang. Maknanya Cikgu Joe dah panas pungkoq dengan pendedahan media terhadapnya.

Memang puak pencacai Pas ini bodoh takdak dah. Korang kena dengar betul apa pakcik Tahak Lahamad kata, malah kami ada rakaman pakcik Tahak dalam video kat bawah.

Pakcik ni tak cakap pun dia yang mohon tanah tu...tapi nama beberapa orang anaknya yang memohon. Resit yang dikeluarkan bukan atas namanya tapi atas nama anak-anaknya. Cuma dia yang mengusahakan tanah-tanah tu.

Tak percaya, dengar betul-betul apa pakcik Tahak tu kata.


Seorang peneroka terlibat, Tahak Lahmad, 70, berkata, dia mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun dahulu dengan mengusahakan tanaman getah dan durian.

"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.

"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.

"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi.

he he he.. nampaknya Cikgu Joe dah mula rasa panas punggung. Tu la orang suruh buat kerja elok-elok, tapi hangpa dok tipu orang kampung. Kalau nak kata hangpa tolong orang kampung pun agak-agak la. Dah hampir 3 tahun, senyap dan sunyi tanpa berita.

Malah tanah di Gunung Inas tu dah diberikan pada orang lain. Bukan ini saja bukti kami, kami ada banyak lagi bukti wahai Cikgu Joe. Kalau Azizan nak jawab, biar dia jawab. Kita tengok apa kata MB taktau apa tu nak bersuara juga.

He he he.. Islam konon.. Islam pala angguk dok muhung orang merata!

McTheory:
Banyak lagi pendedahan.. sapa suh buat jahat.. kami bongkar laa!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...