House PK

House PK


PENDEDAHAN BERAPI! BENARKAH IJN MENGANIAYA ORANG MISKIN NI?

Posted: 24 Jun 2012 11:00 PM PDT

Institut Jantung Negara atau IJN sedang mengadakan program PEMERIKSAAN JANTUNG PERCUMA di kawasan FELDA di Pahang.

IJN ni sebenarnya bagus. Sangat bagus kalau anda seorang kakitangan kerajaan, pesara kerajaan atau ada tabungan KWSP yang cukup besar atau pemegang polisi insuran atau yang lebih penting, ANDA SEORANG KAYA YANG BANYAK DUIT.

Kalau setakat anda seorang marhein yang bekerja sendiri dan tidak pernah mencarum dalam KWSP atau polisi insuran perubatan, IJN boleh diibaratkan sebagai perangkap maut yang menghirup darah anda dengan kejam tanpa anda ada peluang untuk keluar dari perangkap IJN!

Sudah terlalu ramai yang terperangkap dengan jenama IJN yang menempatkan pakar-pakar jantung di situ. Dengan kos berjumpa doktor untuk sekali sahaja boleh mencecah RM300 belum dicampur ubat, ada banyak persoalan yang boleh dimunculkan tentang peranan IJN yang ingin dijual oleh pentadbiran Abdullah Badawi dahulu.

Bukan kes terpencil apabila pesakit marhein dibebani hutang dan surat tuntutan bermohorkan pejabat peguam dari IJN. Biarpun IJN menerima geran dari kerajaan yang jumlahnya puluhan juta setiap tahun, namun IJN tetap mengamalkan, tidak ada duit, jangan dapatkan rawatan di sini.

Masalah cekik leher dan hirup darah oleh IJN terhadap bukan golongan yang 'diberikan keistimewaan' seolah-olah menunjukkan IJN sedang cuba mengumpulkan keuntungan besar tanpa menghiraukan tanggungjawab sosial mereka terutama apabila IJN diwujud dan diasaskan dengan menggunakan wang rakyat.

Dan mujur jugalah kerajaan Najib Abdul Razak meneruskan kerja Mahathir untuk membina hospital pakar jantung yang setaraf dengan IJN sama ada di Serdang, Selangor, Kuantan, Pahang mahupun Kuching, Sarawak yang kos rawatan ditanggung hampir seratus peratus oleh kerajaan!!!

Apabila IJN sedang melakukan program yang konon-kononnya kebajikan, maka berhati-hatilah kerana anda mungkin akan terperangkap dengan surat tuntutan hutang yang jumlah mungkin akan mencecah ratusan ribu ringgit!!!!

Sumber: Flying Kick

House PK: IJN, do you care to explain?

PANAS BERAPI! NIZAR LAKNATULLAH CUBA FITNAH DR ZAMBRY DALAM TWITTER!

Posted: 24 Jun 2012 09:00 PM PDT

Setelah pembohongan demi pembohongan yang dilakukan Mantan Menteri Besar Perak yang masih lagi meroyan dengan kekalahan Pakatan Rakyat di Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kini dilihat tidak habis-habis mempertikaikan setiap tindakan yang dilakukan Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Nizar Jamaluddin yang semakin hari semakin nyanyuk dan kurang akal itu hari ini sekali lagi cuba membuat fitnah ke atas Dr Zambry melalui kenyataan dalam Twitter nya pagi tadi.

"TLDM diperalatkan dan dihina oleh Zambry Kadir dgn mengadakan senamrobik &bagi goodies, ceramah politik pagi ni! UBAH!"

Dalam pada itu, Zambry ketika mengulas mengenai tindakan Nizar itu menganggap kenyataan berbaur fitnah seperti itu adalah satu tindakan normal bagi pemimpin Pas itu.

Walaupun Nizar merupakan salah seorang pemimpin tertinggi Pas Perak, namun seperti biasa setiap tutur katanya tidak sedikit pun menggambarkan beliau adalah seorang yang benar-benar mengamalkan sikap seorang muslim.

Jika tidak, sudah pasti Nizar tahu bagaimana untuk menjaga ada patah lagi setiap pertuturan dan kenyataan yang dikeluarkan itu.

Menurut Zambry lagi, berikutan sikap Nizar yang sering kali lepas mulut maka sememangnya wajar untuk kebanyakkan rakyat mula menggelarkan beliau sebagai pembohong bersiri.

"Nizar ni biasalah dia… dia kan kaki pembohong bersiri, bila saya turun balik ke kawasan saya dan berjumpa rakyat… saya tidak seperti dia yang mulut laser dan tidak tahu menjaga mulut langsung.

"Inilah sikap Nizar, cakap berbohong sepanjang masa… saya datang berjumpa dengan rakyat, tambahan lagi dalam kawasan pengkalan TLDM… saya tidak akan meluahkan kenyataan-kenyataan yang berbaur politik dan sebagainya kerana kita tahu peraturannya bukan seperti dia.

"Nizar kalau bercakap kire ikut sedap mulut dia saja… apa dia nak cakap ikut sedap saja dia nak belasah orang ke ape ke… dia nak tweet nak hantar mesej dan sebagainya ke semua dia tak fikir sebelum buat.

Tambah Zambry lagi, apa sahaja yang Nizar luahkan tidak kiralah melalui saluran mana hampir kesemuanya bertujuan untuk member imej buruk sama ada kepada beliau mahupun BN.

Terlalu banyak pembohongan yang Nizar lakukan sehinggakan rakyat semakin muak dan jelik dengan pemimpin meroyan itu.

Sumber: Perak Today

GEMPAR BERKUNYIT! VIDEO TERBARU ANWAR AKAN DIDEDAH TIDAK LAMA LAGI?

Posted: 24 Jun 2012 07:00 PM PDT

Laman web paling kontroversi, Wikileaks, pernah mendedahkan berita paling hangat tetapi tidak mengejutkan iaitu bahawa Perisikan Singapura dan Bekas Pemimpin Singapura, Lee Kwan Yew memberitahu Australia's Office of National Assessments (ONA) dalam perbualan mereka yang Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, adalah bersalah sepertimana yang didakwa.

Kenyataan itu berdasarkan 'perisikan teknikal' iaitu kemungkinan besar dengan memintas talian komunikasi. Ia kemudiannya melaporkan bahawa ONA telah menyemaknya dan Singapura telah mengesahkannya bahawa "ia adalah satu perangkap dan Anwar mungkin tahu mengenainya tetapi tetap masuk ke dalamnya".

Walaupun selera seks atau mungkin juga 'ketagihan' seks Anwar telah menjadi pengetahuan umum, Anwar bagaimanapun terlepas dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari pada awal tahun ini.

Tetapi ini bukan bermakna Anwar boleh merasa lega. Baru-baru ini, kisah mengenai video yang berada dalam tangan Perisikan Singapura, yang menunjukkan beliau melakukan hubungan homoseksual dengan seorang lelaki kacak, telah dibangkitkan kembali dan rancak dibincangkan di internet. Benar, bahawa kisah ini dibangkitkan kembali mungkin kerana pilihanraya semakin hampir, tetapi itu tidak bermakna yang kisah ini telah 'basi' atau tidak benar sama sekali.

Sumber-sumber melaporkan bahawa pasukan Anwar semakin terdesak dan tertekan walaupun video tersebut belum lagi dimuatnaikkan ke internet.

Kita tidak perlu menjadi seorang genius untuk mengetahui bahawa video tersebut disimpan oleh Perisikan Singapura untuk kegunaan masa depan. Singapura adalah musuh azali Malaysia dan Lee Kwan Yew tidak mungkin dapat bersemadi dengan aman jika beliau meninggal dunia sebelum DAP atau saudara sebangsanya dapat memerintah Malaysia.

Anwar, dikatakan peluang terbaik untuk Singapura mencapai impian untuk meluaskan sempadannya di utara. Justeru, masuk akallah kenapa Singapura harus terlibat dalam demonstrasi BERSIH dan Anti-Lynas malah melatih rakyat mereka untuk campurtangan dalam pilihanraya Malaysia.

Singapura perlu meletakkan Anwar di atas takhta supaya mereka boleh melondehkan seluarnya dan mengikat tangannya. Anwar akan menjadi anjing paling patuh yang akan melepaskan takhta apabila masanya sesuai untuk DAP mengambil alih.

Tetapi, penulis melihat bahawa ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk Singapura dan DAP meneruskan strategi dan rancangan yang bukan lagi rahsia ini.

Video seks Anwar – sama ada secara biasa atau songsang, tidak lagi boleh dianggap sebagai alat yang mampu mengawalnya. Di Malaysia, penyokong Anwar akan menyokongnya walau apa pun yang terjadi dan akan mempersetankan saja segala gambaran negatif mengenai dirinya tanpa berfikir dua kali. Manakala yang tidak menyokongnya pula, tidak memerlukan tambahan bukti untuk meyakinkan mereka bahawa beliau memang benar-benar bersalah.

Lagipun, parti Anwar sedang nazak kerana kelemahan kepimpinan dan ketidakcekapan. Dengan perbalahan dalaman yang tidak pernah selesai, parti ini mungkin tidak dapat hidup lama untuk menghadapi pilihanraya.

Bagaimanapun, rakyat tetap berminat untuk menilai 'keupayaan' manusia Anugerah Tuhan ini. Di masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak kewujudan pengundi atas pagar. Oleh itu, pendedahan video seks ini tetap akan menjadi bonus kepada Malaysia.

Untuk itu, mungkin rakyat Malaysia boleh menahan nafas menunggu dengan sabar dan Anwar pula boleh berhenti bernafas terus kerana kita mempunyai alasan untuk percaya bahawa video tersebut sedang terlepas dari genggaman Singapura dan mungkin akan jatuh terus ke internet pada masa yang tepat, sebelum pilihanraya

BLUE BEARY

PENDEDAHAN PANAS! APA PERANAN PERMATA NEGARA SEBENARNYA?

Posted: 24 Jun 2012 05:00 PM PDT

Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah pelopor kepada pendidikan awal kanak-kanak di negara ini yang mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Melalui Program Anak PERMATA negara, kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun yang tinggal di luar bandar berpeluang menikmati pendidikan awal yang berkualiti.

Setakat ini, lebih 20,000 kanak-kanak di seluruh negara mendapat kemudahan itu yang ditawarkan kira-kira 600 pusat PERMATA.

Pegawai Tugas- Tugas Khas Perdana Menteri, Rizal Mansor, berkata sepanjang mengenali isteri pemimpin nombor satu negara itu, Rosmah seorang yang berfikiran panjang dan begitu menyayangi bangsa dan negara ini tanpa rasa berbelah lagi.

Salah satu usaha yang dipelopori Rosmah ialah penubuhan Pusat Anak Permata Negara yang bertujuan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun dengan pendapatan keluarga di bawah RM1,500 sebulan.

"Idea yang dipelopori oleh Rosmah ini memberi peluang kepada lebih 20,000 kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara mendapat pendidikan awal yang berkualiti.

"Setakat ini, terdapat lebih 600 pusat PERMATA yang beroperasi di seluruh negara, sekaligus membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Rosmah dalam meningkatkan taraf pendidikan awal di kawasan luar bandar.

Read more...

PANAS BERAPI! MARI LIHAT MB SELANGOR YANG GAGAP TAPI BERLIDAH BIAWAK!

Posted: 24 Jun 2012 02:19 AM PDT

Khalid Ibrahim seperti biasa, apabila membabitkan salah laku dan buruk laku Faekah Husin, akan cepat-cepat mengeluarkan penafian. Apabila pendedahan dibuat berhubung perangai Faekah yang memberikan sokongan kepada syarikat guaman anak saudaranya untuk mendapat projek, Khalid merupakan orang pertama selepas Faekah sendiri yang membuat penafian.

Kata Khalid, Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong.

Namun Khalid Ibrahim seperti orang tua nyanyuk yang terlupa akan kata-katanya sendiri.

Pada 28 Julai 2010 jam, 4:47 petang, Khalid Ibrahim membuat satu kenyataan yang kedengaran sangat mulus:

"ELAK KELUAR SURAT SOKONGAN BERUNSUR PERNIAGAAN" (SUMBER)

Dalam kenyataannya, Khalid Ibrahim menyatakan surat sokongan hanya boleh dikeluarkan untuk tujuan kebajikan sahaja. Jadi, secara tidak langsung, pembelaan Khalid Ibrahim ke atas Faekah Husin dalam kes ini, tentulah mempunyai kaitan dengan kebajikan. Faekah Husin cuba membuat kebajikan terhadap syarikat guaman anak saudaranya. Justeru pada pandangan Khalid Ibrahim, Faekah tidak menyalahgunakan kuasanya dan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Beberapa kes sebelum ini melibatkan Exco, pembantu Exco, bahkan ADUN yang kononnya menyalahgunakan kepala surat rasmi telah didedahkan, sehingga menyebabkan wujudnya kekecohan, terutama yang membabitkan pembantu Ronnie Liu yang berlakon tercedera dan patah kaki dengan kaki seluar panjang di dalam balutan simen!

Faekah bukannya satu-satunya orang besar Pakatan Rakyat Selangor yang melakukan kesalahan salahguna kuasa sebaliknya sekadar sebahagian daripada pasukan penyalahguna kuasa di Selangor.

Anehnya, golongan ini jugalah yang berkokok deras tentang penyelewengan orang lain, walaupun hakikatnya merekalah yang melakukan kesalahan berkenaan.

Sudah semakin jelas, Pakatan Rakyat Selangor terutama sekali Faekah Husin yang sentiasa gatal mulut hendak membasuh orang, perlu membasuh punggung sendiri terlebih dahulu. Berbanding kerajaan terdahulu yang sentiasa menjadi umpat keji Pakatan Rakyat, khususnya Faekah Husin, ternyata, walau hanya memegang kekuasaan selama hampir empat tahun sahaja, sudah terlalu banyak penyelewengan dan skandal yang berlaku di Selangor!

Sumber: Sel13.com
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...