PISAU.NET

PISAU.NET


Video Anwar Pecah Rekod Dunia

Posted: 12 Dec 2012 08:42 AM PST





Pisau kata "realiti didalam haprak pakatan.."

ANWAR DALANGI GERAKAN LEMAHKAN PDRM

Posted: 12 Dec 2012 07:40 AM PST

Kumpulan pembangkang yang didalangi oleh Anwar Ibrahim kini berusaha keras untuk melaga-lagakan kepemimpinan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan tujuan untuk melemahkan institusi berusia lebih dua abad itu.


Portal-portal berita yang menerima dana daripada yayasan yang dinaungi oleh oleh penyangak matawang, George Soros, seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini, saban hari menerbitkan artikel yang menjadi gelanggang perbalahan antara pemimpin-pemimpin PDRM masa kini dan lalu.


Contoh jelas ialah kenyataan-kenyataan yang dipetik dari bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).


Kedua-dua portal berita tersebut kini giat membongkar cerita-cerita dan dakwa-dakwi lama membabitkan Musa dan Ramli semasa mereka memegang jawatan masing-masing.


Maka keluarlah pelbagai kisah 'dalam kelambu' dan berlakulah berbalas-balas kenyataan serta nafi-menafi semasa sendiri.


Masing-masing cuba menegakkan keadilan bagi diri masing-masing tetapi yang menjadi mangsa ialah institusi PDRM itu sendiri.


Inilah tujuan dan agenda sebenar portal berita yang mendapat dokongan kewangan daripada sumber-sumber Zionis antarabangsa iaitu melemahkan institusi kepolisian yang telah banyak berjasa menjamin keselamatan negara.


Ini terserlah semasa zaman darurat dan kebangkitan gerakan subversif komunis apabila Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak gugur menjadi mangsa kekejaman golongan penentang itu.


Ini tidak termasuk beratus-ratus anggota polis yang terbunuh di tangan komunis semasa berjuang dan bertugas menjaga keamanan negara.


Antara institusi yang menjadi sasaran ialah institusi kepolisian kerana tanpa agensi penguatkuasa undang-undang yang kuat dan kredibel, sesebuah negara itu mudah dibolosi oleh musuh negara.


Kini saluran media pembangkang dijadikan landasan bagi mencapai objektif tersebut dan disebabkan itu sokongan dana asing datang mencurah untuk melaksanakan perancangan jahat mereka.


Di belakang semua yang berlaku tidak lain tidak bukan ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Anwar tidak peduli jika negara terbakar dan hancur sekali pun asalkan beliau menjadi Perdana Menteri.


Terpahat di dalam dokumen-dokumen mahkamah semasa perbicaraan 1998 bahawa Anwar ketika menjawat posisi Timbalan Perdana Menteri telah menyalahguna kuasanya untuk memaksa pihak polis menukar beberapa butiran penting di dalam affidavit yang mensabitkan beliau dengan perlakuan jenayah liwat ke atas pemandu isterinya dan juga adik angkat beliau.


Apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi kesalahan liwat dan salahguna kuasa beliau mendakwa PDRM telah dipergunakan dan pemecatannya adalah satu konspirasi politik.


Dalam minda Anwar, beliau adalah manusia suci yang mencecah status maksum yang tidak pernah meliwat sesiapa, tidak pernah mengambil satu sen rasuah atau satu saham malah satu inci tanah pun.


Hakikatnya seperti yang rakyat sedia maklum adalah sebaliknya.


Siapa tidak tahu betapa rapatnya Anwar dengan Ramli semasa kedua-dua berada dalam kerajaan.


Bukankah Ramli yang didakwa menjadi individu yang menjadi kroni dengan menyalurkan banyakmaklumat rahsia polis dan juga kerajaan kepada sahabatnya itu untuk dijadikan peluru politik oleh Anwar menyerang kerajaan?


Kini Ramli terus digunakan oleh Anwar untuk menyerang Musa yang sememangnya didendami beliau kerana bekas KPN itulah yang menjadi pegawai penyiasat kanan yang bertanggungjawab ke atas kes liwat bekas Menteri Kewangan itu.


Seperti mana yang dijelaskan oleh Musa, diminta hadir ke kediaman Anwar yang mahu tahu mengenai hasil siasatan kes liwat terhadap beliau.


Perbuatan Anwar tersebut tidak boleh dinafikan adalah satu kesalahan yang cuba mengganggu serta mempengaruhi penyiasatan polis.


Bagaimana pun, Musa berkata beliau hanya bertandang sekali sahaja ke rumah Anwar atas arahan orang nombor dua itu dan enggan menurut perintah seterusnya kerana menghidu wujud agenda politik disebalik tindakan itu.





PM Palestin Tak Mahu Jumpa Nik Aziz!

Posted: 11 Dec 2012 10:00 PM PST

Kenapa Ismail Haniyeh PM Palestin tidak mahu berjumpa Anwar sebaliknya nak jumpa Najib? Kenapa ketua Hamas ini tidak pula mahu berjumpa dan bersolat dengan Nik Aziz atau Hadi?


Apa yang Najib dah buat hingga  Ismail Haniyeh mahu bersolat bersama Ds Najib Presiden Umno yang didoakan kehancuran oleh khawarij PAS?


Kenapa PM Palestin tidak menyuarakan penghargaan kepada para pemimpin PAS sedangkan merekalah paling banyak tidor diatas jalan menegakkan bendera Palestin,PAS paling banyak terpekik terlolong di atas jalan raya di Kuala Lumpur demi Palestin sebaliknya Najib juga yang PM Palestin mahu berjumpa..



GAZA 11 Dis. - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menyatakan hasratnya untuk bersolat dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, sokongan dan doa rakyat Malaysia kepada Palestin diharap akan terus mengukuhkan hubungan dan ikatan kedua-dua negara.

Ismail yang juga pemimpin Hamas berkata, hubungan akrab dengan Malaysia itu dapat diterjemahkan dalam pertemuan sempena menyambut Hari Hamas ke-25 baru-baru ini apabila bendera Malaysia berkibar megah.

Sebelum itu, beliau menerima kunjungan sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia di kediamannya di Al Shouterd di sini.

Menurut Ismail, beliau menghubungi Perdana Menteri dan menjemput pemimpin yang kuat menyokongnya itu berkunjung ke Gaza.


"Kemungkinan beliau akan mengadakan lawatan ke Palestin pada Januari nanti," katanya yang membayangkan pertemuan mereka akan berlangsung di Masjid al-Aqsa.
Jelas Ismail, sebagai ketua negara, beliau berterima kasih atas pengorbanan dan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Pada majlis itu, Abdul Azeez turut menyampaikan pesanan dan menghadiahkan sebilah keris sumbangan Perdana Menteri.

Sebelum mengakhiri majlis tersebut, Ismail sempat berdoa dan diaminkan oleh semua hadirin termasuk sukarelawan KP1M - Utusan.


Pisau kata "Kerajaan BN yang didoakan kehancuran paling banyak bantu umat Islam Palestin"

Akibat Selingkohan Dengan ANAK,Mazlan Bakal Di Saman.

Posted: 11 Dec 2012 04:30 PM PST

Portal berita PKR Keldaian Daily,Harakah kitab muktabar lidah bercabang PAS dan juga Mazlan Aliman hari ini akan disaman oleh pihak Felda kerana membuat fitnah kononnya minyak sawit dijual kepada pihak Israel.


Faktanya minyak sawit Felda dijual kepada rakyat Palestin,tetapi proksi yahudi dinegara ini telah mengsabotaj usaha Felda untuk menjual minyak sawit kepada rakyat Palestin yang semua orang tahu disekat ekonominya oleh Israel.

Mazlan Aliman yang terkenal bersumbang mahram dengan "ANAK"nya hingga melahirkan baka peneroka bebal sekarang ini begitu kuat membuat fitnah terhadap Felda.Semua ini demi kelangsungan untuk meraih undi secara murahan.


Fitnah buat haprak pakatan ibarat makan kuaci..ibarat pekena teh tarik dan roti canai.Dengan fitnah inilah haprak pakatan akan turun berdemo secara besar besaran tidak lama lagi seolah Felda menjual minyak sawitnya kepada Israel.


Tahukah anda,fitnah ini mendapat sokongan daripada Nik Aziz,Hadi dan barisan pemimpin PAS.

KUALA LUMPUR - Felda menghantar notis tuntutan kepada Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan berikutan didakwa membuat tuduhan yang Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, tuduhan itu tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah. 
"Malah, ia telah menjatuhkan imej Felda sebagai sebuah konglomerat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 
Justeru, beliau berkata, Felda menerusi peguamnya telah mengambil tindakan awal untuk menyaman Mazlan, Harakh dan Suara Keadilan mengenai kenyataan-kenyataan itu, yang turut disiarkan di laman web sosial Facebook Mazlan. 
"Notis tuntutan telah dihantar oleh pihak peguam kepada pihak-pihak yang terlibat pada 10 dan 11 Disember," katanya. 
Isa berkata, Felda mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis, pengarang, ketua pengarang, penerbit dan pencetak akhbar "Harakah" yang didakwa selaku pihak-pihak bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah terhadap Felda. 
Tindakan sama turut diambil terhadap PKR yang mengendalikan akhbar Suara Keadilan, katanya. 
Sehubungan itu, beliau berkata Felda memberi tempoh 14 hari kepada Mazlan dan kedua-dua akhbar itu untuk memohon maaf, menarik balik kenyataan itu dan menawarkan pampasan yang setimpal kepada Felda di atas tindakan mereka. 
"Jika mereka gagal berbuat demikian, Felda akan mengarahkan pihak peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang telah diberikan sebelum ini," katanya. - Bernama


Pisau kata "Lynas pun kena fitnah..takmau saman jugakkah?"

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...