BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! SELANGOR TIDAK AKAN BERDEPAN DENGAN MASALAH AIR ??? BETUL KER ATAU KENYATAAN BENGAP ???

Posted: 12 Dec 2012 03:00 PM PST


Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim serta pemimpin PR seringkali memberitahu umum bahawa negeri itu tidak akan berdepan dengan masalah bekalan air terawat, hatta masalah mendapatkan sumber air mentah pun tidak dialami. Dengan gah MB Selangor itu meyakinkan rakyatnya supaya jangan bimbang atau terganggu dengan laporan-laporan media yang menyebut isu kekurangan air terawat dan penurunan paras air mentah di beberapa empangan dan sungai sekitar negeri.Katanya bekalan air mentah di Selangor lebih dari mencukupi sehingga melimpah-limpah menyebabkan banjir di beberapa kawasan.Untuk meningkatkan lagi keyakinan umum yang masalah air tidak akan melanda Selangor,maka pemimpin PKR itu memberi jaminan bekalan air di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019.Mendengar jaminan tersebut maka bersorak sakanlah para penyokong PR memperlekehkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) yang mereka yakini sebenarnya tidak diperlukan sama sekali.Dalam pada mereka bersorak sakan,Khalid Ibrahim mengumumkan akan mengkaji untuk membeli air dari Terengganu dengan menyalurkan air mentah dari Tasik Kenyir ke empangan-empangan dan sungai di Selangor.Sebelum itu,Kerajaan PKR Selangor menyatakan akan merawat bekalan air dari lombong-lombong terbiar di negeri itu untuk disalurkan kepada pengguna di Lembah Klang termasuklah untuk diminum oleh rakyatnya.Pelik bukan ??? 

Jika bekalan air mentah dan air terawat di negeri ini mencukupi sehingga tahun 2019, apa perlunya lagi mengambil air lombong dan air dari Tasik Kenyir ??? Dalam jangka waktu terdekat juga,tatkala jaminan diberi sumber air mentah sedia ada di empangan dan sungai mencukupi sehingga 2019 dan air mentah dari Pahang dinafikan keperluannya,tiba-tiba pula Kerajaan PKR Selangor bercakap pula untuk meneroka sumber air bawah tanah.Lebih pelik lagi,bila mana Kerajaan PKR Selangor tiba-tiba mahu mengkaji penggunaan teknologi membran untuk meningkatkan keberkesanan pengeluaran air terawat di loji-loji rawatan air sedia ada.Untuk kajian keberkesanannya memerlukan berjuta ringgit hangus diikuti kos pemasangan permulaan yang mencecah RM50 juta hingga RM95 juta perlu dikorbankan untuk satu-satu loji.Sedangkan selama ini pemimpin-pemimpin PR Selangor termasuk MB serta exconya sering memperlekehkan dan meremehkan laporan oleh pakar mengenai risiko berlakunya masalah bekalan air terawat berikutan operasi sebahagian loji rawatan air sudah menghampiri tahap maksima. 

Jika laporan oleh para pakar berkaitan permasalahan bekalan air terawat tidak benar atau diragui kesahinanya, bukankah satu pembaziran untuk kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim membuat kajian terhadap teknologi membran ??? Tambah memeningkan kepada rakyat Selangor apabila semasa pembentangan Bajet 2013 pada November lepas,MB Selangor mengumumkan pula peruntukan RM100 juta untuk mengkaji kaedah storm water,yakni guna pakai air hujan untuk kegunaan harian pengguna.Nampak sangat Khalid Ibrahim selaku MB Selangor yang paling bengap dalam sejarah dan kerajaan negeri pimpinannya tiada hala tuju yang jelas bila bercakap isu masalah bekalan air terawat dan air mentah di Selangor.Pusing sana pusing sini dengan pelbagai kajian itu ini, alih-alih duit rakyat hangus berjuta-juta ringgit hanya semata-mata untuk menutup kesilapan dan keterlanjuran mereka yang dengan egonya menolak perlaksanaan Langat 2 dan PPAMPS.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HARIMAU MALAYA TERIMA LAYANAN BURUK !!! APA CERITA NI ???

Posted: 12 Dec 2012 11:00 AM PST


Layanan buruk yang diterima oleh pasukan Malaysia pada sesi latihan semalam tidak akan melemahkan semangat pemain negara apabila menghadapi Thailand pada saingan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012 di sini,esok,kata ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal.Beliau berkata skuad Malaysia,yang digelar Harimau Malaya,perlu memikirkan secara positif dan berazam memenangi perlawanan esok,sebagai laluan untuk mempertahankan kejuaraan yang dicapai pada 2010. 

"Ia memang satu perlawanan yang sukar tetapi tiada apa yang mustahil," katanya pada sidang media pra perlawanan di hotel penginapan pasukan di sini hari ini.Rajagobal berkata sesi latihan tidak berjalan lancar selepas tuan rumah menyediakan padang yang kurang sempurna di mana pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal menyifatkannya sebagai 'bendang' kerana ia telah dibanjiri.Beliau berkata mana-mana jurulatih ingin melihat latihan pasukan mereka berjalan lancar tetapi peluang itu dinafikan semalam.Jurulatih itu berkata pasukannya akan bermain bermati-matian untuk menang dan bukan semata-mata mencari keputusan seri esok.Thailand dan Malaysia terikat 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Ahad lepas.Mengikut format perlawanan Piala AFF Suzuki,keputusan seri tanpa jaringan esok akan menafikan Malaysia peluang ke final manakala seri 1-1 akan memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.Manakala keputusan seri 2-2 akan menjamin laluan Malaysia ke final.

Sementara itu,jurulatih Thailand,Winfried Schaefer yakin persembahan pasukannya tidak akan terganggu dengan larangan beliau berada di bangku simpanan di Stadium Supachalasai di sini esok.Schaefer,yang dibuang padang oleh pengadil pada aksi separuh akhir pertama,mempertahankan tindakannya dengan mendakwa beliau menjerit untuk memberi arahan kepada pemainnya dan bukan memarahi pegawai perlawanan.Dalam pada itu,pengurus pasukan Harimau Malaya,Datuk Seri Subahan Kamal,berkata Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) telah memohon maaf kepada pasukan Malaysia atas kemudahan padang latihan diberikan semalam.Pasukan teknikal AFF yang memeriksa padang latihan itu tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya sebelum membenarkan padang itu digunakan untuk sesi latihan skuad Malaysia. - Bernama

HOT NEWS !!! 20,000 RUMAH MAMPU MILIK AKAN BERADA DI PULAU PINANG !!! LIM GUAN ENG TERKEJUT BERUK ???

Posted: 12 Dec 2012 07:30 AM PST


Lim Guan Eng anak kesayangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang rupanya tidak senang duduk dan terkejut beruk apabila Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membantu merealisasikan impian penduduk Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah mampu milik.Ternyata janji PM untuk menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) memberi kesan yang agak mendalam sehinggakan memaksa Ketua menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu bingkas bangun dan melatah mempertikaikannya.Menurut Guan Eng,tiada sebab untuk pengundi Pulau Pinang teruja dengan janji tersebut memandangkan soal pembinaan dan penyediaan rumah sememangnya sudah menjadi tanggungjawabn Kerajaan Pusat yang diterajui BN.Tapi pemimpin DAP itu lupa, isu perumahan bukannya terpikul di bahu Kerajaan Pusat semata-mata sebaliknya tanggungjawab sebenar menyelesaikan kemudahan perumahan untuk rakyat sepatutnya menjadi prioriti utama Kerajaan Negeri pimpinannnya lebih-lebih lagi bila memperkatakan keperluan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.mana rumah untuk rakyat pulau pinang ??? apa kena mengena dengan kerajaan pusat ??? sikit-sikit kerajaan pusat.habis tu kerajaan negeri duk melenggang lah ??? macam tu ??? dengan merobohkan gerai dan menghancurkan hidup kaum melayu di balik pulau ??? cuba anda pergi balik pulau,apa yang tinggal di sana ???

saya sambung balik,dengan adanya PR1MA,golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bergaji sekitar RM2,500 hingga RM7,500 sebulan atau kombinasi gaji bersama suami dan isteri dalam lingkungan tersebut akan berpeluang memiliki rumah sendiri yang berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 yang lebih selesa.Malah lebih menarik lagi jika harga pasaran sesebuah rumah itu nilainya mencecah RM500,000 namun melalui PR1MA harga yang ditawarkan jauh lebih rendah,hanya sekitar RM300,000 atau lebih sedikit.Ini baru betul dan kena caranya membantu meringankan beban rakyat dan bukannya mengikut kaedah sekarang yang diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya mendahulukan kehendak pemaju perumahan yang hanya memfokuskan selera orang-orang kaya sahaja.Hatta perumahan kos rendah untuk rakyat marhaen pun langsung tidak mendapat perhatian Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir oleh Ketua Menteri yang berkiblatkan Singapura itu.Mujur jugalah Kerajaan Pusat prihatin dengan permasalahan rakyat,dengan demikian ada jugalah sekurang-kurangnya 70 Projek Perumahan rakyat (PPR).Tapi biasalah,sudah adat DAP selaku parti pembangkang di peringkat Pusat untuk mempertikaikan apa sahaja idea dan projek pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN.bila Kerajaan Pusat tampil memenuhi impian golongan pendapatan rendah dan sederhana,tentulah Guan Eng sukar untuk menutup kerisauaannya takut kehilangan undi golongan tersebut kelak.Nak diharapkan kerajaan DAP Pulau Pinang membantu pelbagai golongan rakyat ini semua,jenuhlah menunggunya.seperti yang saya kata kat atas,kesian rakyat pulau pinang.Tunggu kucing tumbuh tanduk pun takkan kelihatan walau satupun projek perumahan mampu milik untuk golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! MANIFESTO DI GANTI TAWARAN MEGA ??? MACAM YEAR END SALE JER ??? APA CERITA NI ???

Posted: 12 Dec 2012 05:00 AM PST


Manifesto bukanlah satu perjanjian,demikian kata-kata keramat yang terpancul keluar dari mulut Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim pada 29 Ogos 2012 yang lepas ketika mengulas tuntutan rakyat Selangor yang mahu tunggakan air percuma berjumlah RM300 juta dilangsaikan oleh Kerajaan PKR Selangor.Maksud pemimpin PR itu ialah apa sahaja yang termaktub dalam manifesto yang dicanangkan oleh PR bukanlah satu bentuk perjanjian yang wajib dipenuhi sebaliknya ia hanya satu umpan politik semata-mata untuk mengaburi mata pengundi.Jika sekalipun ia sebenarnya adalah satu janji, namun ia sekadar untuk ditaburi, boleh sahaja bila-bila masa diingkari dan bukannya satu kemestian untuk dipatuhi.Mungkin menyedari sebahagian besar rakyat masih mengingati kata-kata keramat pemimpin PKR itulah agaknya maka semasa pakatan pembangkang menghimpunkan penyokong mereka di Dataran Rakyat, Kompleks Pas Pahang, Kerdau sehari dua lepas perkataan MANIFESTO dan JANJI diganti dengan perkataan TAWARAN MEGA.(Diulangi sekali lagi, TAWARAN MEGA dan bukannya JAM OMEGA.Harap pembaca Badut Rakyat baca betul-betul).Dalam perhimpunan politik penuh retorik yang dihadiri sekitar 7,000 orang penyokong PR itu (media propaganda PR dakwa 20,000 dan 30,000 yang hadir), Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah mengumumkan Tawaran Mega 3+6 meliputi peringkat pusat dan negeri. 

Antara kandungan tawaran mega peringkat pusat itu termasuklah melibatkan penempatan generasi kedua Felda, pembayaran royalti 20% dan isu prasarana kemudahan perhubungan.Diikuti enam tawaran peringkat negeri membabitkan penyediaan lot rumah dan penstrukturan kampung baru, permohonan tanah, isu tanah Orang Asli, penurunan cukai pintu dan sistem tender terbuka.Melihat pada respon sesetengah penyokong PR yang terlopong mendengar segala tawaran itu sambil bertepuk tangan,mudah untuk anda fahami itu tandanya mereka mudah tertipu dengan retorik terbaru Anwar dan gerombolannya.Namun bila diperhatikan ramai juga penyokong PR yang lain hanya sekadar tersengih sinis semacam mendengar penjual ubat di jalanan menjual temberang,itu maknanya dah ramai juga penyokong PR yang semakin menyedari tipu daya pemimpin mereka.Sama ada ia satu manifesto,janji politik atau tawaran mega itu dan ini, maksudnya tetap sama, bunyinya saja berlainan. 

Hakikatnya reputasi Anwar dan gerombolan pemimpin PR dalam bab menabur janji sana sini sudah terkenal seantero dunia.Di Selangor,Kedah,Pulau Pinang mahupun Kelantan sehingga kini tiada satupun pendidikan percuma hatta untuk anak-anak yang bersekolah di tadika pun masih perlu membayar yuran bulanan dan yuran pendaftaran tahunan.IPT kelolaan Kerajaan PKR Selangor yang hanya dua buah itu pun tak termampu untuk diberi pendidikan percuma malah Kedah yang memiliki sebuah IPT pun tak tertanggung yuran pengajiannya oleh Kerajaan PAS Kedah,ada hati lagi nak kelentong orang ramai dengan janji baru yang ditaburi. Ibu tunggal yang dijanjikan elaun bulanan sampai sekarang tertanya mana perginya janji yang ditaburi.Gaji minima RM1100 yang diwar-warkan sampai sekarang tak terlaksana di Selangor, Kedah, Penang ataupun Kelantan.Ini semua realiti dan hakiki bila kita membicarakan janji PR.Bagi mereka segala janji manis sama ada yang termaktub dalam manifesto, pengisytiharan di pentas politik mahupun janji yang ditaburi di media-media,semuanya sekadar untuk mengaburi mata khalayak sahaja.

RENUNG-RENUNGKAN 

AFIQKLTOWN MASUK PKR ??? JOM LIHAT VIDEO !!!

Posted: 12 Dec 2012 03:35 AM PST



ANDA LIHAT VIDEO DI ATAS !!! 

BETUL KER AFIQ KL TOWN MASUK PKR ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM MEMBERI TANAH SELANGOR KEPADA KRONI - GOBALA !!!

Posted: 12 Dec 2012 12:30 AM PST


Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar dan peguam PKR Sivarasa Rasiah didakwa menjadi dalang merampas 25 ekar tanah estet di dua buah lokasi di negeri itu,kata Ahli Parlimen Padang Serai,N Gobalakrishnan.Tanah-tanah yang terlibat adalah 10 ekar tanah Estet CoalField dan 15 ekar tanah Estet Bukit Raja.Dalam kes melibatkan tanah Estet Bukit Raja,Sivarasa yang merupakan peguam mewakili penduduk di ladang berkenaan menyarankan agar tanah tersebut diserahkan kepada kerajaan negeri untuk pembangunan usahawan. 

"Tanah diberi untuk 26 keluarga itu,tetapi tanah 10 ekar itu dirampas,siapa dalang di belakang itu ialah Exco kerajaan negeri, Dr Xavier dan kerajaan negeri sendiri dan itu adalah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Menteri Besar,Tan Sri Khalid sendiri.Dan satu lagi tempat adalah ladang Bukit Raja,CoalField Estet 10 ekar,ladang Bukit Raja 15 ekar,15 ekar ini diberikan oleh Sime Darby untuk pekerja-pekerja estet Bukit Raja.Tetapi apa yang berlaku ialah YB Sivarasa,Ahli Parlimen Subang adalah peguam yang mewakili mereka dan Ahli Parlimen ini telah menggalakkan supaya tanah 15 ekar itu diambil daripada pekerja-pekerja estet ini dan diberi kepada pembangunan usahawan lain," katanya kepada Antarapos

Pekerja estet yang terdiri daripada masyarakat India didakwa dianiaya dalam urusan pemberian tanah yang dirampas kerajaan Selangor tanpa penjelasan yang kukuh.Pada Oktober lalu seramai 69 orang penduduk Kampung Seri Aman yang menetap bersebelahan Estet Coalfields meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor di mana mereka terpaksa berdepan isu hak pemilikan tanah yang tidak berkesudahan.Penduduk di situ mendakwa hanya mahukan tanah yang mereka duduki sejak sebelum merdeka namun tidak diendahkan kerajaan negeri walaupun surat dan petisyen telah dihantar. 

"Kebanyakan penduduk juga membantah untuk dipindahkan di tapak yang disediakan kerana tidak mempunyai wang untuk membina rumah baru dan terpaksa menanggung kos infrastruktur selain terpaksa merobohkan rumah yang dibina dengan hasil kudrat sendiri," kata wakil penduduk K Saravanan.

Anwar galakkan kronisme di Selangor.

Dalam pada itu,Gobalakrishnan yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR,turut mempersoalkan kredibiliti Penasihat Ekonomi Negeri Selangor,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membenarkan kronisme berleluasa dalam pentadbiran negeri itu. 

 "Tetapi apabila dia menjadi Penasihat Ekonomi Selangor,sepuluh ekar CoalField Estet dia rampas,15 ekar Bukit Raja punya pekerja estet dia rampas, tetapi Anwar berikan 500 ekar untuk kroni beliau di Hulu Selangor, untuk tanam pisang.Dia ambil alih 500 ekar dan bagi kepada kawan baik beliau untuk tanam pisang, padahal Coal Field Estet 26 keluarga, KL Kepong bagi 10 ekar dirampas,Bukit Raja 15 ekar dirampas, rakyat yang mahukan satu lot banglo atau lot rumah dirampas tanah itu, tetapi ratusan ekar diberi untuk satu kawan beliau.Apabila penyelewengan-penyelewengan berlaku, maka apabila kita hampiri dan bercakap dengan Anwar Ibrahim,Anwar Ibrahim katakan ini adalah cara dia membuat keputusan," katanya 

dengan nada berang.Gobalakrishnan turut menyuarakan kegusarannya jika perkara ini berlanjutan sekiranya pembangkang berjaya menakluk Putrajaya kelak.Katanya beliau pernah meluahkan pendapat dan teguran kepada Anwar berikutan masalah berkenaan dan penyelewengan dalam parti, tetapi sebaliknya beliau mendapat 'sepatah dua kata' daripada Ketua Umum PKR itu. "Anwar berkata mempersoal penipuan dan penyelewengan pemilihan adalah cakap seperti cakap Barisan Nasional dan dia kata kalau mahu,boleh tinggalkan dan sertai Barisan Nasional," katanya lagi. - Antara Pos

KANTOI !!! DAP AKUI PR SELANGOR GAGAL MEMBELA NASIB RAKYAT !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 11 Dec 2012 09:00 PM PST


Ketika PR menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalina sejak Merdeka,bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat.Pada peringkat awal,pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan,keadilan,kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu.Kononnya pentadbiran di bawah Barisan Nasional dahulunya korup,menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan kebajikan rakyat,antara alasan yang diberi.Maka PR Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN.Semasa kempen PRU ke-12 bermacam-macam gula politik di hidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi.Rakyat terpengaruh,BN tumbang dan PR muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.Setelah hampir lima tahun masa berlalu,impian untuk hidup lebih selesa di bawah 'harapan baru' yang ingin di bawa oleh pembangkang kini menjadi mimpi ngeri dan igauan yang sukar di lupakan.Daripada berpuluh-puluh janji dalam manifesto 2008,PR Selangor hanya mampu menunaikan sekitar lima peratus sahaja dan di dalam lima peratus itu yang telah dilaksanakan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja yang sempurna. 

Contohnya skim air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya dinikmati oleh kediaman yang bermeter individu manakala lebih 300,000 kediaman pangsapuri sehingga kini hanya mampu mengigit jari kempunan.Begitu juga dengan janji perumahan rakyat tidak ditunaikan setelah lima tahun memerintah. Malah apa ang berlaku ialah penjualan secara besar-besaran aset milik kerajaan negeri yang hakikatnya adalah amanah yang dipegenag bagi pihak rakyat.Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual,juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor ang sudah berpindah milik.Syarikat milik penuh kerajaan negeri juga akan dipindah milik kepada kroni pemimpin PR.Malah lebih menyedihkan Universiti Selangor juga tidak terlepas daripada kerakusan dan ketamakan pemimpin Pakatan Rakyat yang telah mengosongkan universiti itu daripada memiliki sebarang aset yang telah dibina di bawah pentadbiran BN sebelum ini.Mungkin setelah melihat kepincangan dahsyat yang berlaku,ADUN DAP dari Sungai Pinang yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Selangor telah mula mempertikaikan sejauh mana keikhlasan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negeri.

Sehingga kini kata Teng,PR telah gagal mereformasi institusi Dewan Negeri sebagaimana yanbg dahulunya dijanjikan.Memang awalnya gendang dipalu dengan hebatnya apabila Jawatankuasa Keupayaan,Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) ditubuhkan kononnya inilah permulaan era baru baru di bawah PR.Sasaran pertama Selcat ialah membawa Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis untuk disoalsiasat atas dakwaan penyelewengan dana.Tindakan itu lebih bersifat politik untuk mencari kesalahan BN daripada mencari kebenaran,namun setelah beberapa kali Selcat bersidang,kini jawatankuasa tersebut telah menjadi gajah putih tanpa sebarang fungsi yang berkesan.Segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PKR,Pas dan Dap hanya disoalsiasat sekadar melepaskan batuk di tangga seperti kes aktiviti perlombongan pasir haram membabitkan Ketua Penerangan PKR Selangor,Mat Shuhaimi Shafiei yang sehingga kini didiamkan.Teng juga mengatakan jika wujud indeks untuk menyelia keberkesanan pelaksanaan perubahan yang dicadangkan kepada DNS,sudah tentu PR akan mendapat markah yang corot dan gagal. 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan Dap Selangor tidak boleh dipandang ringan kerana ia menggambarkan keadaan sebenar apa yang telah dan sedang berlaku di negeri itu.Realitinya pembangkang hanya berminat untuk berbuat apa sahaja janji yang sedap didengar asalkan mereka boleh mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.Setelah mendapat mandat rakyat selepas berjaya menjual air liur politik mereka,pembangkang hanya memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan selain mula membina empayar bisnes keluarga dan kroni masing-masing.Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji minima RM1,500 sebulan.PR juga menjanjikan setiap rakyat Selangor akan menikmati gaji minima RM500 tetapi apa yang telah dilakukan untuk menunaikan janji tersebut ??? Begitu juga dengan ibu mengandung,adakah mereka mampu menikmati tempoh cuti bersalin 90 hari seperti ang dijanjikan ??? Sekiranya mampu bercakap,bayi-bayi yang dilahirkan akan bertanya mengapa setakat 16 April 2010 hanya 300 daripada mereka sahaja yang mendapat kemudahan RM100 seorang dari Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas) ??? Di mana janji bantuan elaun RM75 sebulan bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak ??? Di mana janji bantuan RM50 seorang kanak-kanak bagi pendidikan pra sekolah di Selangor ??? Apakah untung nasib golongan emas dan ibu janji yang sehingga kini masih menagih janji bantuan kerajaan negeri PR ??? Rakyat dijanjikan penurunan cukai pintu antara 20 hingga 25 peratus tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana cukai pintu telah dinaikkan.Rakyat Selangor mempunyai seribu satu persoalan mengapa pembangkang yang dipilih pada 2008 untuk menggantikan BN bukanlah sehebat mana yang dicanang di corong-corong suara semasa kempen dahulu. PRU 13 kini menjelang tiba dan masih belum terlambat untuk membuat keputusan yang tepat pada kali ini.

RENUNG-RENUNGKAN 

FAKTA !!! PENCAPAIAN CEMERLANG NEGARA !!! BUKTI KEBIJAKSANAAN KEPIMPINAN @NAJIBRAZAK !!!

Posted: 11 Dec 2012 06:00 PM PST


Di kala keadaan ekonomi dunia berada di dalam suram di mana Amerika Syarikat mengalami kemerosotan dari segi industri pembuatan dan peluang pekerjaan,manakala negara-negara Eropah seperti Greece,Portugal,Ireland dan Spain mengalami krisis ekonomi yang getir dan China yang sedang mengalami lonjakan ekonomi secara drastik kini secara tiba-tiba kembali mendatar,Malaysia bagaimanapun,berada dalam keadaan lebih daripada selesa dengan KDNK suku pertama merekodkan 5.1%, suku kedua 5.6% dan suku ketiga 5.2% iaitu jauh lebih tinggi dari Singapura,Korea,Taiwan mahupun Hongkong yang merekodkan tidak lebih dari 3% bagi suku pertama sehingga ketiga dalam tahun ini.Keyakinan pelabur kepada Malaysia juga kini kembali meningkat sejak penurunan yang dialami ketika krisis kewangan Asia pada 1997.Malah,dua daripada syarikat gergasi terbesar dunia di belakang Facebook adalah disenaraikan di Malaysia iaitu Felda Global Ventures and IHH Healthcare.Bursa Malaysia pula berada di kedudukan paling tinggi iaitu 1,650 mata pada bulan Ogos 2012.Dagangan Malaysia mencatatkan lebihan berterusan selama 14 tahun berturut-turut dan terus berkembang pesat.Manakala defisit juga terus menurun sejak 2009 yang mencatatkan 6.6% kepada 4.5% pada 2012 dengan sasaran penurunan 2% dalam masa dua tahun lagi. 

Daripada 142 negara,Malaysia kini berada pada tangga ke-2 dalam senarai negara paling berdaya saing di Asia, ke-6 di Asia Pasifik dan ke-25 di dunia.Pelabur melabelkan Malaysia dan Asia Tenggara,amnya,sebagai sebuah syurga yang selamat dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil hari ini. Dengan itu, Malaysia kini berada di tangga ke 10 dalam senarai negara paling diyakini bagi pelaburan asing,iaitu lonjakan dari tangga ke 21 pada tahun 2010.Ini merupakan satu pencapaian yang lebih baik berbanding 2007 di mana Malaysia berada di tangga ke 16. Berdasarkan satu kaji selidik yang dibuat oleh AMCHAM's ASEAN Business Outlook Survey,terdapat 27% responden yang menyuarakan keinginan untuk memindahkan pelaburan mereka dari China ke Malaysia dalam masa dua tahun lagi.Menurut mereka kebijaksanaan kerajaan untuk memudahkan proses kemasukan pelaburan asing adalah antara faktor utama Malaysia menjadi pilihan pelabur.Hakikatnya, rekod positif mengenai Malaysia ini tidak mungkin tercapai dengan sendirinya. Ianya adalah hasil dari kesungguhan dan kecekapan serta kebijaksanaan kepimpinan dalam memacu ekonomi negara.Justeru, tidak boleh dinafikan lagi bahawa Program Transformasi Kerajaan dan Ekonomi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib telah pun membuahkan kejayaan.Ini membuktikan bahawa program yang merangkumi semua aspek ekonomi dari industri elektronik, pertanian, kesihatan, kewangan dan berbagai-bagai lagi ternyata adalah program yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan rapi dan teliti serta bukan merupakan cakap-cakap pilihanraya atau janji kosong untuk populariti semata-mata. 

Ikrar kerajaan untuk memerangi rasuah juga ternyata bukan hanya slogan hipokrit tetapi telah dilaksanakan melalui berbagai-bagai program transformasi yang kini telah terbukti berkesan sehingga diiktiraf oleh para pelabur asing juga.Dengan kedudukan Malaysia yang begitu cemerlang dari segi ekonomi,dipandang tinggi kerana kelantangannya menyuarakan pendirian serta kesungguhannya memperjuangkan dunia yang lebih aman,terdapatnya segelintir rakyat Malaysia sendiri yang tidak dapat menghayati dan menghargai pencapaian ini amatlah pelik dan tidak masuk akal sekali.Lebih-lebih lagi jika ada yang sanggup mengambil risiko dengan membuat eksperimen untuk menukar kerajaan yang telah terbukti punya kredibiliti yang tinggi dalam mentadbirurus negara sekali gus menjaga kebajikan rakyatnya serta membawa peranan yang positif dalam isu-isu global dengan sebuah kerajaan baru PR yang tidak segan silu mengakui bahawa mereka belum pun pasti ke mana arah Malaysia hendak dibawa mereka.Tidak salah jika dikatakan bahawa begitu besarnya impak dari sebuah kepimpinan BN yang cemerlang sehinggakan tiada satu pun yang mampu dilakukan oleh pihak pembangkang tanpa mereka terhutang budi kepada kerajaan.Malah,bendera PAS yang berkibar di Gaza yang begitu dimegahkan oleh orang-orang PAS juga tidak mungkin mampu dikibarkan jika Malaysia tidak stabil,tidak cukup kuat dan tidak cukup kemampuan untuk membolehkan ahli-ahli PAS ke sana.Logiknya, jika ahli-ahli PAS,PKR atau DAP benar-benar menderita,kebuluran,susah dan miskin kerana ditindas oleh kerajaan BN seperti yang sering dilaung-laungkan mereka,tidak mungkin mereka akan mampu membantu sesiapa sama ada rakyat Palestine,Rohingya mahupun saudara mara mereka sendiri sehingga menjadi kaya raya.Inilah jasa BN pada rakyat Malaysia dan jasa ini telah terakam kemas dalam rekod ekonomi dunia dan sejarah negara.Menafikan segala jasa ini samalah dengan menipu diri sendiri.Menukar kerajaan ini kepada yang belum pasti samalah seperti membunuh diri.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...