UMNO Online - “Noh Persoal Rancangan Jual Saham Worldwide RM150Juta Kepada Syarikat Bukan Bumiputera” plus 9 more

UMNO Online - “Noh Persoal Rancangan Jual Saham Worldwide RM150Juta Kepada Syarikat Bukan Bumiputera” plus 9 more

Link to UMNO Online

Noh Persoal Rancangan Jual Saham Worldwide RM150Juta Kepada Syarikat Bukan Bumiputera

Posted: 17 Nov 2012 05:38 AM PST

TANJONG KARANG, 17 Nov — Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan rancangan Worldwide Holdings Berhad, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), untuk menjual syer bernilai RM150 juta kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.

Beliau berkata dakwaannya itu berdasarkan maklumat terbaru diperolehinya mengenai perbincangan untuk menjual syer itu antara dua syarikat berkenaan.

Noh berkata syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac lepas itu sebelum ini mempunyai dua pengarah bukan bumiputera yang juga merupakan pemegang saham tetapi berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua individu itu telah meletak jawatan sebagai pengarah pada 22 Mei lepas tetapi mereka masih kekal sebagai pemegang saham.

“Pada tarikh sama (22 Mei) dua pengarah baru dilantik yang terdiri daripada pengurusan tertinggi PKNS tetapi yang peliknya dua pemegang saham masih orang yang sama (pengarah yang meletak jawatan sebelum ini).

“Apa muslihat berbuat demikian adakah sengaja dirancang,” katanya dalam sidang media selepas menutup program penerangan isu-isu semasa anjuran Umno Tanjong Karang di sini hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PKNS sama ada syer itu akan dijual atau sebaliknya.

Pas Bermain Sandiwara Mengenai Hukum Hudud- Awang Adek

Posted: 17 Nov 2012 05:03 AM PST

BACHOK, 17 Nov — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh perkara berkaitan hukum hudud dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS Ke-58 semalam, dilihat cuba bermain sandiwara untuk mengelirukan rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Husin berkata PAS mungkin takut dengan amaran keras DAP berkaitan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

“Rakyat dapat memahami bahawa isu hukum hudud yang diperjuangkan PAS itu tidak lebih daripada gimik politik dan ia tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat walaupun pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis menandatangani perjanjian projek transfomasi ekonomi padi di Kampung Kubang Nibong di sini, hari ini.

Awang Adek mengulas usaha PAS untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang menang pada PRU 13, yang terus menjadi tanda tanya apabila Abdul Hadi langsung tidak menyentuh perkara itu dalam ucapan dasarnya pada muktamar tersebut.

Sebaliknya, Presiden PAS itu lebih memberi tumpuan kepada persiapan jentera parti menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan PAS memenangi kerusi yang ditandinginya.

Isu tersebut kembali timbul apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bertegas PAS akan tetap melaksanakan hukum hudud apabila pakatan pembangkang berjaya menakluki Putrajaya, selepas pilihan raya umum kelak.

Kenyataan itu bagaimanapun tetap dibantah DAP melalui Pengerusinya Karpal Singh dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw yang menegaskan hukum hudud, tiada dalam persepakatan parti pembangkang.

“Usaha Dalam Perjalanan” Untuk Ubah Nasib Rakyat- Najib

Posted: 17 Nov 2012 04:22 AM PST

SUNGAI SIPUT, 17 Nov — Komitmen kerajaan untuk mengubah untung nasib rakyat Malaysia adalah “usaha dalam perjalanan”, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata walaupun telah banyak usaha yang dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan rakyat, namun kerajaan sedar banyak lagi perlu dilakukan.

“Kita memerlukan sokongan rakyat, kita perlukan mandat baru daripada rakyat.

“Jika tuan-tuan bagi mandat, saya jamin usaha ini bukan sahaja akan diteruskan malah akan diperhebatkan lagi pada masa yang akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2012 di Ladang Info Ternak Sungai Siput di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais, serta pemimpin peringkat nasional dan negeri.

Perdana Menteri berkata sebagai contoh, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan peruntukan yang besar untuk kesejahteraan masyarakat India.

Katanya, antara usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India ialah dengan memberi peruntukan bagi pembangunan pendidikan dan kemahiran, pemberian biasiswa, serta menambah bilangan kemasukan ke universiti.

“Sebagai satu kerajaan, kita telah lakukan banyak usaha untuk mengubah nasib rakyat Malaysia,” kata Najib.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya berpegang kepada prinsip percaya mempercayai berdasarkan “nambikei” antara rakyat dan kerajaan.

“Marilah kita berpegang kepada nambikei ini…janji kita akan kita tepati,”
katanya.

Najib turut melahirkan perasaan gembira dan terharu terhadap sambutan Rumah Terbuka Malaysia Deepavali yang dihadiri masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata sambutan seumpama itu mungkin tidak dapat diadakan di sesetengah negara kerana tidak wujud perasaan hormat menghormati antara satu sama lain.

“Malah mereka berada dalam keadaan berbalah, curiga mencurigai antara satu sama lain, tapi di Malaysia kita dapat bertaut kepada semangat dan prinsip 1Malaysia yang menjadi ikutan dan penghayatan kita,” katanya.

Pemuda BN Sedia Pentas Untuk Anak Muda Berdepan Dengan Pembangkang

Posted: 17 Nov 2012 01:50 AM PST

Kuala Lumpur, 17 Nov – Unit Pidato dan Pengucapan Awam Pemuda BN hari ini mengadakan Kursus Kemahiran Berdebat Pemuda BN yang bertujuan untuk melatih muka-muka baru untuk mereka tampil sebagai penceramah atau naik ke pentas debat, dialog atau perbahasan.

Pengerusinya, Lokman Noor Adam berkata, ia merupakan langkah kedua selepas kursus-kursus yang telah dianjurkan sebelum ini.

"Sebelum ini kita mengadakan kursus-kursus untuk melahir dan melatih penceramah-penceramah dan kini kita fokus pula untuk melatih mereka-mereka yang boleh berhadapan dengan pembangkang dalam siri-siri forum, debat dan sebagainya.

“Walaupun kita menjangkakan kehadiran hanya 30 orang untuk kumpulan fokus ini, namun hari ini yang hadir sudah melebihi 50 orang. Ini merupakan satu petanda baik kepada ahli-ahli kita kerana ia menjadi bukti bahawa minat golongan muda dalam ilmu komunikasi ini terbentuk khususnya dalam membantu BN dalam pilihan raya umum yang akan datang," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, Unit Pidato dan Pengucapan Awam Pemuda BN merancang untuk mengadakan program sebegini dengan lebih kerap di masa hadapan, agar dapat melahirkan lebih ramai peserta-peserta untuk terlibat dalam kumpulan-kumpulan fokus ini. – MediaUMNO

Malaysia Bimbang Dengan Perkembangan Keganasan Di Gaza- Najib

Posted: 17 Nov 2012 01:29 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia amat bimbang dengan perkembangan keganasan yang tercetus di Gaza.

“Kami menggesa kedua-dua pihak yang terlibat supaya menghentikan segala aktiviti keganasan itu agar tidak ada lagi nyawa orang awam terkorban,” katanya menerusi entri terkini dalam blog 1Malaysia, hari ini.

Beliau berkata aktiviti keganasan itu sekaligus menunjukkan betapa perlunya proses perdamaian di Asia Barat.

“Untuk itu, kami juga menggesa campur tangan daripada kuasa besar dunia bagi menjamin keamanan di wilayah itu,” katanya.

Perdana menteri berkata Malaysia juga sentiasa bersedia untuk membantu dalam apa jua keadaan agar proses perdamaian yang diharap dapat dilaksana.

Kenya Perkukuh Hubungan Dengan UMNO Melalui Hubungan Dua Hala

Posted: 17 Nov 2012 12:21 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Nov. – Kedudukan UMNO sebagai parti politik yang mempunyai struktur pentadbiran mantap dalam usaha mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara terus dikagumi oleh negara-negara luar.

Ini terbukti melalui kunjungan hormat Perdana Menteri Kenya, R.T. Hon. Raila Amolo Odinga yang mahukan hubungan akrab antara dua negara terus dijalin dengan UMNO kekal menjadi parti dominan bersama-sama parti kompenan lain dalam Barisan Nasional (BN).

"Hubungan dan peranan yang dimainkan antara parti sangat penting dalam usaha memastikan persefahaman antara negara terus berlangsung dengan jayanya," katanya yang mengetuai delegasi seramai 20 orang dalam rangka lawatan selama empat hari ke Malaysia.

Menurutnya, hubungan antara kerajaan Kenya dan UMNO bukanlah sesuatu yang asing kerana semasa pentadbiran Perdana Menteri Pertama yang juga Presiden UMNO iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, Timbalan Perdana Menteri Kenya telah berkunjung ke Kuala Lumpur dan mengadakan lawatan rasmi.

"Saya yakin UMNO akan dapat menangani setiap cabaran yang dihadapi dan membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang maju pada masa hadapan," katanya

Beliau berkata demikian dalam kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam Majlis Makan Malam di Cyberview Lodge Resort & Spa di Cyberjaya malam tadi.

Sebelum itu, dalam penerangannya, Tengku Adnan turut menekankan bahawa struktur dan asas yang kukuh adalah pemangkin kepada sebuah pentadbiran tanpa perlu diubah kerana parti akan terus kekal dan pemimpin yang akan silih berganti.

"Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, budaya dan agama berbeza tetapi dengan kesinambungan pentadbiran dan keyakinan dari kepimpinan teratas yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak maka 1Malaysia diaplikasikan untuk perpaduan dan kesejahteraan semua."

Selain bertukar-tukar pandangan dan berkongsi isu-isu semasa antara dua negara, kesempatan itu juga digunakan oleh Tengku Adnan untuk memaklumkan bahawa UMNO telah bersetuju akan menghantar satu delegasi ke negara tersebut.

"Kami melihat UMNO mempunyai banyak kelebihan dalam pentadbiran dan struktur pengurusan khususnya apabila berdepan dengan pelbagai krisis yang melibatkan pelbagai entik, dan agama," katanya.

Kenya adalah antara negara yang akan menjadi peserta dalam Forum Antarabangsa sempena Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2012 penghujung bulan ini. – MediaUMNO

‘BN Youth Job Fair’ Pendekatan Berani Dan Program Di Luar Kotak – Hishammuddin

Posted: 17 Nov 2012 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN sebagai satu pendekatan yang berani dan program di luar kotak berdasarkan kehendak dan citarasa golongan muda.

Menurut beliau jika hanya memikirkan soal politik tentunya program yang memberi manfaat secara menyeluruh kepada rakyat itu tidak akan dijayakan dan beliau percaya ianya akan dapat diperhebatkan lagi selepas ini.

"Saya melihat ini merupakan satu pendekatan yang berani. Pemuda BN telah melaksanakannya selama dua tahun berturut-turut dan penglibatan majikan pula cukup mengkagumkan.

"Banyak majikan yang terlibat daripada tahun lepas lagi dan penglibatan mereka pada tahun ini memang ada keperluan dan kekosongan itu dapat diisi dan ini dicetuskan oleh anak-anak muda itu sendiri melalui makmal Pemuda BN yang telah dijalankankan pada masa lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 (Grand Finale), di PWTC, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin; Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong; Ketua Pemuda MIC, T.Mohan dan pimpinan Pemuda BN yang lain.

Hishammuddin seterusnya menambah perkembangan hari ini cukup melegakan yang mana bukannya pengangguran yang menjadi pertimbangan sebaliknya adalah pekerjaan.

"Keduanya saya melihat bahawa pekerjaan dan bukannya pengangguran menjadi pertimbangan. Ini melegakan saya  kerana kita tengok ketidakstabilan negara-negara tertentu dan gerakan suara-suara sumbang, demonstrasi-demonstrasi banyak bersandarkan kepada ketidakpuasa hati golongan muda yang menganggur.

"Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu di negara-negara dan rantau berkenaan serta apa yang diumumkan oleh Gabenor Bank Negara negara semalam menujukkan ekonomi  kita berada dalam landasan betul.

"Cuma bagaimana kita dapat memastikan golongan muda tidak terpinggir daripada pembangunan dan ini merupakan sesuatu yang telah dilaksanakan oleh Pemuda BN dan saya percaya dapat diperhebatkan lagi selepas ini,” katanya.

Terdahulu sebelum itu dalam ucapan perasmiannya, Hishammuddin berkata program seumpama itulah yang perlu dilaksanakan dan bukannya program yang memecahbelahkan rakyat.

"Ini menujukkan kematangan politik Pemuda BN. Berjuang mengikut kehendak serta citarasa golongan muda menerusi program seumpama ini. Saya percaya pengisian inilah yang akan menjadi legasi kepada Pemuda itu sendiri.

"Apa pun segala-galanya tidak akan berjaya jika ekonomi negara kita tidak mantap dan tidak kukuh….Tidak mungkin akan ada peluang pekerjaan sepertimana yang kita lihat pada karnival Kerjaya Pemuda BN hari ini," katanya. – MediaUMNO

Kekejaman Israel terhadap Palestin Harus Insafkan Umat Islam Malaysia – Jamil Khir

Posted: 16 Nov 2012 11:49 PM PST

YAN, 17 Nov — Penindasan dan kekejaman zionis Israel terhadap bangsa Palestin yang berterusan seharusnya menginsafkan umat Islam di Malaysia untuk bersatu padu dan tidak bertelagah sesama sendiri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pada masa yang sama, beliau berharap kesengsaraan yang ditanggung umat Islam Palestin tidak menimpa umat Islam di Malaysia.

Katanya umat Islam di Malaysia wajar mengambil iktibar dari keadaan itu dan tidak menjadikan perkara `cabang atau ranting’ sebagai penyebab kepada perpecahan sesama sendiri, sedangkan perkara pokok ialah umat Islam Palestin ditindas dan dizalimi.

“Sejarah panjang Gaza berkesinambungan tidak pernah putus. Lihatlah pembunuhan berlaku dan bagaimana kemanusiaan mudah diragut di saat umat Islam menyambut peristiwa Tahun Baru Hijrah.

“Kekejaman terhadap penduduk Palestin mengingatkan kita kepada peristiwa Nabi Muhammad S.A.W dihalau keluar dari bumi Mekah dan diancam dibunuh oleh puak kafir,” katanya semasa diminta mengulas mengenai serangan terbaharu Israel di Gaza sehingga mengorbankan penduduknya.

Beliau merasmikan program Khatan Perdana yang disertai 110 kanak-kanak di Hosptail Yan. Ia dianjurkan Pergerakan Pemuda Umno Jerai dengan kerjasama Hospital Yan dan Penyelaras Parlimen Jerai, Datuk Shuhaimi Abdullah.

Jamil Khir berkata kekejaman terbaharu terhadap penduduk Islam Palestin
adalah ulangan serangan besar-besaran empat tahun lepas yang walaupun dikutuk oleh umat Islam seluruh dunia namun zionis Israel tidak menghiraukannya.

“Manusia tanpa mengira pegangan agama hendaklah bersatu mengecam kekejaman Israel atas dasar sejagat, tidak boleh menerima perlakuan kejam dibiarkan berterusan,” tambahnya.

Beliau meminta diadakan solat hajat memohon keselamatan rakyat Palestin.

Katanya kerajaan sudah menghantar surat bantahan mengecam kekejaman Yahudi terhadap Palestin kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan meminta badan dunia itu mengambil tindakan tegas terhadap Israel.

Menjawab soalan sama ada produk atau apa saja yang ada kaitan dengan Israel dipulaukan, beliau berkata ia harus digunakan supaya memberi tekanan berterusan kepada Israel agar tidak lagi menyerang Palestin.

Mengenai isu berhubung dakwaan kehilangan anak yang sedang dikandung di Pokok Sena, Jamil Khir menasihati anggota masyarakat agar tidak terpengaruh dengan pandangan fantasi atau khayalan.

Kesetiaan, Keikhlasan PBS Dalam BN Amat Dihargai- Muhyiddin

Posted: 16 Nov 2012 10:34 PM PST

PENAMPANG, 17 Nov — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kesetiaan dan keikhlasan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN) amat dihargai terutama dalam membangunkan negara.

Muhyiddin berkata beliau melihat perjuangan PBS, parti pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan itu, terus relevan dan semakin mendapat sokongan serta kepercayaan rakyat.

Beliau berkata pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kelangsungan perjuangan BN dan jatuh bangun parti bergantung kepada semua ahli.

Oleh itu, beliau berkata semua jentera pilihan raya perlu bersatu padu dan mengelak gejala sabotaj atau elemen yang boleh menjejaskan kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Isu sensitif hendaklah ditangani dengan bijaksana dan bertolak ansur bagi memelihara perpaduan dan keharmonian,” katanya dalam perutusan sempena Kongres PBS yang akan berlangsung di sini selama tiga hari bermula 20 Nov.

Muhyiddin berkata rakyat kini semakin bosan dengan mainan politik pembangkang, tetapi kecenderungan mereka untuk menyokong BN bergantung kepada sejauh mana jentera BN berjaya menawan hati mereka.

“Justeru marilah kita sama-sama bersatu hati memastikan asas pembinaan negara bangsa yang telah berlaku sejak merdeka dapat dipertahan serta menjunjung prinsip Rukun Negara,” katanya sambil menambah bahawa matlamat negara menuju Wawasan 2020 akan tercapai sekiranya perpaduan, kemakmuran dan keharmoniaan negara terpelihara,” katanya.

Beliau berkata kejayaan BN mengemudi negara berbilang kaum dan silang budaya ke arah perpaduan bukanlah mudah.

“Sepanjang 55 tahun memerintah negara, pelbagai dasar kita rancang dan laksanakan sehingga semua kaum dan setiap wilayah mendapat manfaatnya.

“Amalan toleransi, musyawarah dan budaya kompromi merupakan tonggak dan kekuatan BN dalam memenuhi setiap tuntutan parti komponen secara adil dan berperingkat,” katanya.

Beliau berkata langkah bijak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan Transformasi Nasional berjaya memulihkan reputasi negara.

“Gagasan ini bukan slogan politik semata-mata tetapi peniup semangat untuk bertaut di bawah satu payung dengan mengutamakan kesejahteraan negara,” katanya.

SPDP To Field Winnable As Well As Loyal Electoral Candidates- Mawan

Posted: 16 Nov 2012 08:30 PM PST

SIBU, Nov 17 — The Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) seeks to field electoral candidates who are not just winnable but who will remain loyal to the party after winning the next parliamentary election in the state.

“If you are no longer loyal to us, you are no longer loyal to the Barisan Nasional (and) Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud and Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in their respective capacities as the state and federal BN chiefs,” SPDP president Tan Sri William Mawan Ikom said in his keynote address at the party’s 10th anniversary dinner here last night.

He said the BN, chief minister and prime minister needed all loyal BN members in the struggle to unite the people for the nation-building process.

Mawan also said that the party would go all out to defend its Baram, Saratok, Mas Gading and Bintulu seats in the next parliamentary election.

After 10 years, the SPDP had undergone its own restructuring and re-engineering, he said.

“(Members of) our Puteri and Putera wings, who are young, loyal and professional people, will come forward to play bigger roles within the party,” he said.

Mawan said there was always the tendency among parties in the state BN family to try to outdo each other within the coalition.

“This we know and understand. As long as there is fairness, we can accept it but we will never allow ourselves to be bullied.

“There is always a chance that other people may try to take advantage of our internal problems, but I know we will be resilient and united,” he said.

On the resignation of about 900 party members here two days ago, he said the SPDP was still intact and strong with more than 100,000 members and had continued to receive applications daily from people wanting to join it.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...