BADUT RAKYAT |
- HOT !!! VIDEO MELAMPAU YANG MEMALUKAN UMAT ISLAM TERSEBAR !!!
- HOT NEWS !!! RISALAH NURUL IZZAH TERSEBAR !!! INI PUN SALAH UMNO ???
- HOT NEWS !!! KUMPULAN TUNTUTAN ROYALTI GUNA CROSS FINGERS !!! APA CERITA NI ???
- PAS DAH TIADA MASA NAK PERJUANGKAN AKIDAH !!! APA CERITA NI ??? MANA PERJUANGAN ASAL ???
- HOT NEWS !!! PEMUDA PAS SAHKAN HARAKAH TERSASAR DARI PERJUANGAN ??? MEMANG BETUL PUN !!! ASYIK KELUAR IKLAN UBAT KUAT JER !!!
- KANTOI !!! MUKTAMAR PAS KE 58 MEMPERKUKUHKAN DAP DAN PKR ??? APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! INSTITUSI RAJA MELAYU BANGKIT TENTANG AGENDA YAHUDI/KRISTIAN !!! NURUL IZZAH APA CERITA ???
| HOT !!! VIDEO MELAMPAU YANG MEMALUKAN UMAT ISLAM TERSEBAR !!! Posted: 17 Nov 2012 03:00 PM PST cuba anda saksikan sendiri video di bawah.video yang anda akan saksikan ini adalah video yang memalukan Umat Islam.dulu parti ini mendakwa kononnya membela islam dan kini pula lain cerita nya.saya malas nak ulas panjang-panjang sila baca laporan Minaq-Jinggo : Venue : Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan. Event : Solat Hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat. Date : 16/11/2012 @ 8.00 pm. Solãt Hajat di imamkan oleh abang kepada Nik Aziz. Isi doa beliau berbunyi "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!...." Ini lah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini.Terkejut dan tersedak saya dibuat nya.Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan disebelah pembangkang dan juga disebelah pihak kerajaan yang memerintah.Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut.Ramai juga kenalan media yang memulanya mengaminkan doa tersebut menurunkan tangan sebagia tanda 'protest' apabila terdengar jeritan imam meng-KO kan UMNO / BN... Mungkin ini adat budaya Melayu / Islam sebelah Pantai Timor,saya perlu belajar lagi untuk memahami mereka... "Ya Allah Engkau tentukan lah apa yang terbaik untuk negara ku yang tercinta ini supaya kami dapat beribadah dalam keadaan tenang dan lengkap sempurna segalanya. Lihat video di bawah : RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! RISALAH NURUL IZZAH TERSEBAR !!! INI PUN SALAH UMNO ??? Posted: 17 Nov 2012 10:55 AM PST Ucapan Naib Presiden PKR,Nurul Izzah di Gereja Tabernacle di Subang,3 November lalu kini disebar dalam bentuk risalah.Risalah itu bertajuk "Penerangan Isu Hangat : Dakwaan Bahawa Ahli Parlimen Lembah Pantai Sokong Melayu Dibenarkan Murtad," memuatkan kenyataan Nurul Izzah di gereja itu dan kenyataan pengaju soalan, Siti Kassim yang tidak berpuas hati apabila anak sulung Anwar Ibrahim berpusing 180 darjah setelah kenyataannya menjadi kontroversi. "Apa bezanya kenyataan Anwar berbanding dengan Nurul ? Awas gejala jual agama untuk kuasa yang dibawa PKR kerana ia bertujuan untuk melemahkan kedudukan Islam," begitulah bunyi kandungan risalah itu. Risalah itu turut memuatkan perbandingan foto Nurul Izzah berucap di gereja Subang Jaya dengan foto ucapan Anwar menyokong Lina Joy murtad di BBC News. LIHAT GAMBAR DI BAWAH ANDA NAK LAGI ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! KUMPULAN TUNTUTAN ROYALTI GUNA CROSS FINGERS !!! APA CERITA NI ??? Posted: 17 Nov 2012 07:30 AM PST Di dalam Islam kita sangat dilarang meniru perbuatan yang dibuat oleh agama lain. Meskipun di dalam bab lain kita tidak ditegah jika memakai pakaian yang sama dengan bukan Islam. Asalkan sahaja ia tidak menyerupai pakaian keagamaan mereka.Dalil melarang perkara ini ialah hadis "Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka" Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila'ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis : hasan,Al-Albani,Ghayatul Maram,no : 198,darjat hadis : Sahih.Termasuk di dalam hal ini ialah meniru perbuatan atau simbol agama selain Islam.Menggunakan simbol agama lain boleh merosakkan akidah umat Islam.Ustaz sangat kecewa apabila melihat parti politik yang ghairah meraih sokongan orang awam menggunakan simbol agama bukan Islam.Perasaan kecewa ini lebih dirasai apabila tokoh yang bergelar Mursyidul Am PAS sendiri menggunakan simbol agama lain.Maka tidak pelik lagi apabila akhir zaman Dajal sebelum Dajal itu ialah golongan ulama yang jahat. Kerana itu kita diajar doa berlindung dari Dajjal ANDA NAK LAGI ??? UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
| PAS DAH TIADA MASA NAK PERJUANGKAN AKIDAH !!! APA CERITA NI ??? MANA PERJUANGAN ASAL ??? Posted: 17 Nov 2012 04:00 AM PST Ramai kalangan pembaca Badut Rakyat sedia maklum yang Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengikrarkan kesediaannya yang rela bersahabat dengan syaitan serta bersekongkol dengan DAP demi untuk menjatuhkan BN.Ternyata selepas beberapa tahun Nik Aziz menyatakan kesudiannya menerima syaitan sebagai rakan seperjuangan,kini hasilnya sudah terbukti telah berjaya mempengaruhi sikap PAS.Sekarang PAS memperakui persoalan akidah bukan lagi isu penting untuk diperbahaskan apatah lagi untuk mengecam sikap liberal Naib Presiden PKR,Nurul Izzah yang menyarankan supaya kebebasan beragama turut meliputi orang Melayu Islam.Bak kata Ketua Dewan Ulama PAS,Harun Taib,PAS tiada masa terluang untuk membincangkan isu akidah kerana matlamat mengulingkan BN jauh lebih penting untuk difikirkan. Akhir tahun lalu,PAS juga telah gagal mempertahankan akidah dan maruah kesucian Islam tatkala JAIS melakukan pemeriksaan dan menahan 12 orang Islam yang sedang didakyah oleh pendakwah Kristian di sebuah gereja,Kini sekali lagi PAS gagal untuk mempertahankan kesucian Islam apabila membiarkan sahaja fahaman liberal anak kesayangan Ketua Umum PKR menjalar meracuni fikiran khalayak seterusnya bakal menjahanamkan akidah ummah. Para perwakilan di Muktamar Dewan Ulama PAS pula ramai yang terpaku,kelu dan bisu jadinya.Apa daya mereka untuk membantahnya kerana realiti semasa sudah lama terbentang depan mata menunjukkan perubahan besar sikap PAS yang semakin lari dari landasan perjuangan. PAS hari ini tidak sama seperti PAS 50 tahun dulu.PAS hari ini sudah dikelabui mata mereka dengan lambaian kuasa duniawi yang tidak pasti dan ditutup hijab penglihatannya dari memandang tinggi pada isu akidah ummah.Persoalan akidah kini dilihat seumpama beban yang jika diambil berat dikhuatiri mendatangkan amarah abang besar dari DAP dan PKR.Syaitan yang diperakui merupakan sahabat sejati PAS kini tentu sahaja bertepuk tangan kegembiraan. RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 17 Nov 2012 12:24 AM PST Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung menyaksikan sikap hati-hati yang tinggi di kalangan perwakilan dalam memilih usul untuk dibahaskan.Rata-rata mengelak dari membincangkan keresahan akar umbi berkenaan hala tuju parti yang dilihat semakin tersasar.Namun,dalam ruang litup yang terhad untuk mengkritik, masih terdapat beberapa perkara yang 'lolos' untuk menjadi sasaran kritik.Antaranya,akhbar rasmi parti iaitu Harakah,mendapat kritikan pedas dari perwakilan.Antara yang lantang ialah,Ketua Pemuda PAS Wilayah,Kamaruzzaman Mohamad,yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.Oleh itu,beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya.Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR.Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan,antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh.Berita sebegitu menurut mereka,merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri. Jelas,nampaknya perwakilan lebih senang jika akar umbi dibiarkan dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku di peringkat atasan.Mungkin tindakan ini akan lebih memudahkan mereka kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan-soalan yang tidak mampu dijawab berkenaan hala tuju PAS dalam PR dan hala tuju PR itu sendiri jika ditanya oleh akar umbi.saya setuju dengan Pemuda PAS bahawa Harakah telah tersasar namun bukan kerana bersifat terbuka memberi ruang kepada berita yang merugikan PAS.Tetapi kerana menjadi peneraju berita-berita fitnah mengenai pemimpin UMNO serta menjadi agen penyebar kebencian sesama Umat Islam.Pelik,kerana Pemuda PAS tidak pula mengkritik Harakah dari segi ini.Mungkin kerana fitnah dan kebencian tidak merugikan PAS tetapi menguntungkan,maka ianya dilihat sebagai tidak salah oleh Pemuda PAS.Namun begitu, tidak mustahil juga kritikan Pemuda PAS terhadap Harakah adalah bersifat 'tersirat' iaitu mereka sebenarnya ingin mengkritik individu di belakang Harakah,Kamaruddin Jaafar atau KJ yang menjadi Pengarah Urusan akhbar itu.Umum sedia maklum bahawa KJ merupakan orang kuat Anwar Ibrahim.Pada bulan Julai lepas,Zaini Hassan menulis di kolumnya di Utusan Malaysia seperti berikut: "Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar,disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak.Difahamkan,jika benarlah,KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang." sekiranya anda nak tahu,KJ adalah think tank Anwar dalam Institut Kajian Dasar (IKD) dan jika benar perwakilan PAS merasa tidak senang dengannya,ini menunjukkan yang cengkaman Anwar di dalam Harakah sudah dapat dihidu secara meluas.Anwar yang sedia maklum akan kepentingan media massa,pasti menggunakan sepenuhnya jawatan KJ untuk menyerapkan agenda Anwarinas secara perlahan-lahan maka tidak hairanlah jika Harakah memberi ruang yang luas kepada parti sekutu PAS sehingga ahli PAS merasakan seolah-olah pemimpin PAS sendiri terpinggir atau diperkecilkan.Jika agenda Anwarinas ini yang dikatakan oleh Pemuda PAS sebagai tersasar maka jelaslah bahawa mereka masih lagi di dalam keadaan kabur atau buta.Nampaknya mereka masih tidak dapat menerima hakikat bahawa PAS dan Anwarinas mahupun DAP adalah satu dan agenda mereka adalah saling bertindih dengan matlamat untuk menang PRU dan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.Justeru,Pemuda PAS tidak boleh merungut jika pemimpin parti sekutu diberi lebih kredibiliti oleh Harakah berbanding pemimpin PAS kerana sudah sampai masanya mereka menerima pemimpin sekutu dari DAP dan PKR sebagai pemimpin mereka sendiri. Ini bermakna,jika isu yang dibawa Harakah merugikan PAS tetapi di masa yang sama membantu mempromosi agenda besar PR,maka secara politiknya,adalah tidak salah bagi Harakah untuk menyiarkannya.Ini kerana agenda peribadi PAS yang tidak bertindih dengan agenda PR adalah tidak penting dan tidak wajar diperjuangkan.Inilah erti tahaaluf siyasi iaitu persefahaman politik yang disebut oleh Ketua Dewan Ulama PAS dan diulang-ulang oleh pemimpin kecil PAS yang lain.Jika Pemuda PAS sendiri tidak memahami tahaaluf siyasi ini, bagaimana mereka boleh memastikan kemenangan PR dalam PRU nanti ??? Pernahkah terlintas di fikiran Pemuda PAS bahawa,mungkin Harakah sebenarnya tidak tersasar dalam memainkan peranannya kerana ia kini adalah jentera penyebar fahaman politik PR dan bukan PAS semata-mata Dan bahawa mungkin yang tersasar dari perjuangan PR adalah mereka, iaitu Pemuda PAS sendiri, yang masih belum faham-faham lagi bahawa mereka tidak boleh terlalu lantang membawa agenda peribadi PAS dengan menunjukkan kesungguhan PAS untuk menegakkan Islam. Hakikat yang perlu diterima oleh Pemuda,Muslimat dan seluruh ahli PAS hari ini ialah,pada masa dan ketika ini,PAS perlu mengalah,untuk menang.Harakah pula hanya memainkan peranannya sebagai iblis penyebar kebencian dan fitnah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dan bukannya kemenangan PAS semata-mata,sepertimana kewajarannya. RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! MUKTAMAR PAS KE 58 MEMPERKUKUHKAN DAP DAN PKR ??? APA CERITA NI ??? Posted: 16 Nov 2012 09:00 PM PST muktamar Tahunan Pas Kali Ke 58 sudah bermula di Kota Bharu,Kelantan semalam.Bagaimanapun tiada apa-apa kejutan yang diharapkan akan berlaku dalam muktamar tersebut.Walaupun ramai yang ternanti-nanti apakah pendirian Pas dalam pelbagai isu berkaitan dengan Islam termasuk terbaru melibatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar,namun sudah jelas Pas tidak akan melakukan apa-apa dalam soal itu.Jika apa yang berlaku dalam muktamar Dewan Ulama,Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat diambil kira adalah jelas Pas sudah menanam tekad bahawa sepanjang muktamar ini isu-isu yang boleh menjejaskan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang tidak akan ditimbulkan.Malahan Dewan Ulama sendiri sudah membuat pendirian bahawa mereka tidak menganggap isu Nurul Izzah sesuatu yang benar sebaliknya tumpuan adalah menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno dalam pilihan raya umum.Selain itu,Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib dalam ucapan perasmian di muktamar dewan itu meminta para ulama di dalam Pas agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan pakatan pembangkang. Kalau Dewan Ulama sudah berpendirian demikian,sudah pasti Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat tidak akan melepasi apa yang diputuskan.Tidak kisahlah sama ada pemimpin-pemimpin PKR akan mengeluarkan kenyataan kontroversi berkaitan Islam atau DAP akan terus menentang hukum hudud,yang pasti Pas tidak akan berkata apa-apa dalam muktamar kali ini.Ucapan dasar Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijangka selari dengan keghairahan Pas untuk memburu kuasa bersama-sama kedua-dua parti berkenaan.Dalam masa yang sama 'serangan' beliau ke atas UMNO dan BN tidak akan berakhir ketika merasmikan dewan Muslimat sahaja.Abdul Hadi akan terus menyerang parti pemerintah itu dengan pelbagai hujah bagi menu jukkan kononnya Pas lebih baik daripada Umno dan pakatan pembangkang 'lebih mulia' daripada BN.Sememangnya dalam berhadapan dengan pilihan raya,Pas tidak akan mempunyai keberanian untuk menegur kepincangan pakatan pembangkang.Pas tidak mahu sebarang teguran dilihat memberi peluru kepada musuh politik mereka,biar pun hakikatnya sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam,mereka harus bercakap atas dasar kebenaran.Tetapi anda harus ingat,ahli-ahli Pas termasuklah para ulama mereka bukanlah individu bebas apatah lagi pertubuhan bebas yang tiada mempunyai apa-apa kepentingan dalam memburu kuasa politik. Perjuangan Islam hanyalah platform untuk mereka meraih kuasa politik jesteru sudah pastilah apa juga tindakan yang bakal mereka lakukan ia berlandaskan kepada perhitungan sama ada boleh mendatangkan keuntungan politik kepada pas ataupun tidak.Oleh itu mana-mana pihak khususnya orang melayu hanya akan bermimpi di siang hari jika mereka mengharapkan dalam muktamar kali ini,Pas akan bersuara tegas sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam.Tumpuan Pas ialah memenangi pilihanraya, matlamat Pas adalah untuk menawan Putrajaya bersama-sama PKR dan DAP.Pas semakin lemah untuk bergerak sendirian sebagai sebuah parti politik,sebab itulah anda akan saksikan dalam muktamar kali ini,Pas terus berusaha menjaga hati sekutunya termasuk akan menunjukkan kepada mereka bahawa Pas adalah kawan paling setia.Pemimpin-pemimpin Pas tidak akan berani menyinggung perasaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kalau mereka bercakap soal Nurul Izzah,pemimpin Pas tidak akan berani menegur pemimpin-pemimpin DAP yang menentang hukum hudud kerana kalau kedua-dua tindakan itu dilakukan 'alamatnya' terlepaslah peluang PAS untuk berada sekapal dengan kedua-dua parti itu menuju Putrajaya.Sebab itulah,ramai yang meramalkan bahawa muktamar kali ini dianggap paling hambar dan tidak akan membawa sebarang erti dalam menonjolkan Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam.Sebaliknya apa yang bakal disaksikan iatalah kesetian Pas untuk menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang dan seterusnya menjadi alat terbaik bagi PKR dan DAP untuk meraih kejayaan cemerlang dalam pilihanraya umum nanti. Sudah pasti sikap Pas dalam muktamar nanati akan mengembirakan PKR dan DAP kerana mereka bangga apabila sebuah parti yang sebahagian dianggotai oleh ulama akan menurut sahaja apa yang bakal mereka lakukan. Harapan orang Melayu untuk melihat ketegasan Pas dalam mempertahankan soal-soal berkaitan orang Melayu dan umat Islam hanya tinggal harapan.Pas tidak akan mempedulikan semua itu kerana apa yang penting ialah menjaga 'tahaluf siyasi' bersama PKR dan DAP bagaikan menatang minyak yang penuh.Tentulah tidak ada mana-mana perwakilan yang berbahas berani membangkitkan apatah lagi mempertikaikan hubungan ini kerana nanti mereka akan dituduh membawa suara UMNO dalam muktamar Pas.Oleh itu apa yang bakal anda saksikan ialah sekelompok ahli politik yang kononnya menguar-uarkan mereka pejuang Islam akan berhujah mempertahankan kerjasama tersebut.Apa pun mereka perlu faham,orang melayu dan umat Islam tidak kisah jika Pas beranggapan bahawa menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP akan mampu memenuhi impian mereka untuk memperoleh kuasa politik.Tetapi apa yang orang Melayu tidak mahu lihat ialah bagaimana Pas terlalu taksub dengan kerjasama tersebut sehingga soal-soal berkaitan dengan orang Melayu dan Islam sanggup diketepikan atau bertolak ansur.Mungkin Pas tidak akan memperdulikan fakta ini kerana mereka mahu menjaga hati PKR dan DAP. Pas hanya berani menyerang pemimpin-pemimpin Umno dan BN tetapi kecut perut apabila berhadapan pemimpin PKR dan DAP.Begitulah nasib Pas kini yang ditubuhkan oleh sekumpulan ulama dengan matlamat untuk menegakkan syariat Allah di bumi bernama Malaysia ini. Sikap kemaruk untuk berkuasa dan terlalu teruja untuk menggantikan UMNO telah menyebabkan Pas sanggup mengorbankan segala-galanya hatta prinsip perjuangan sendiri. Kepada ahli-ahli dan penyokong Pas yang hadir ke muktamar berkenaan teruskanlah berusaha untuk memperkukuhkan hubungan dengan PKR dan DAP tetapi percayalah jika Pas tidak berhati-hati mereka hanya menjadi alat kepada kedua-dua parti untuk meraih kuasa. Ahli dan penyokong Pas perlu faham bahawa tidak salahnya untuk parti itu bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi mencapai kejayaan dalam pilihanraya tetapi biarlah ia dalah situasi 'menang-menang'. Tetapi apa yang sedang kita saksikan sekarang ialah Pas sebuah parti yang dilihat jauh lebih beribawa daripada PKR dan DAP bagaikan melukut di tepi gantang.Kalau pemimpin Pas menafikan fakta ini, zahirkan resolusi dalam muktamar kali ini meminta supaya Pas diberi peluang untuk menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang buka sekadar pak turut.Soalnya beranikah pemimpin Pas berbuat demikian ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 16 Nov 2012 06:00 PM PST Institusi Raja-raja Melayu yang menjadi tunggak Ketuanan Melayu di negara ini serta menjadi pelindung kepada hak-hak istimewa orang Melayu seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan sudah mula bersuara untuk menentang bibit-bibit penderhakaan yang datangnya dari pihak pembangkang.Suara-suara sumbang yang mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu,posisi Islam sebagai agama persekutuan,bahasa Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan orang-orang Melayu semakin lantang kedengaran sejak kebelakangan ini.Dalam pada puak pembangkang membangkitkan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam,mereka juga secara berterusan dan tersusun cuba meresapkan ideologi asing di dalam negara ini seperti fahaman pluralisme dan liberalisme.Dalang kepada semua kemungkaran ini tidak lain tidak bukan datangnya dari perancangan licik Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim serta dibantu oleh kekuatan parti cauvinis Cina Dap dan keldainya,Pas.Berbekalkan dana dan sogokan kewangan yang cukup besar daripada gerakan Yahudi dan Kristian sedunia,Anwar memobilisasikan segala agenda yang telah ditetapkan oleh tuannya di Amerika Syarikat dan Eropah untuk memusnahkan negara ini. Langkah pertama beliau ialah serangan terhadap institusi raja-raja Melayu yang berfungsi antara lain sebagai payung kepada bangsa Melayu.Apabila institusi raja-raja sudah dapat dilemahkan,orang Melayu akan kehilangan pedoman dan paksi kekuatan jatidiri mereka dan dengan itu mudah segala macam agenda Yahudi/Kristian yang lain dapat di susup masuk.Bagaimana berkat kefahaman ancaman yang dihadapi oleh bangsa Melayu pada masa sekarang,raja-raja Melayu kini tidak lagi berdiam diri melihat keadaan yang semakin merbahaya melanda negara terutamanya di ambang Pilihan Raya Umum ke 13.Pada Syarahan Perdana Budaya 7 November lalu,Pemangku Raja Perak,Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan pemimpin politik supaya berperanan memastikan suhu politik tidak terlalu panas dan sekata tidak menjadikan pilihan raya sebagai satu peperangan sivil. "Kini peristiwa yang semakin meningkatkan kegelisahan warga masyarakat kian bertambah.Warga masyarakat ketara kecewa,hampa,kesal dan mual dengan gelagat politik yang semakin keterlaluan.Matlamat jangka pendek politik bagaikan mengatasi kepentingan jangka panjang kelangsungan negara bangsa.Lebih membimbangkan,apabila institusi-institusi utama negara kini kelihatan mula terseret dalam kancah politik kepartian.Akibatnya integriti,profesionalisme,imej neutral serta tidak partisan institusi diraja semakin dipertikaikan," titah baginda. Titah Raja Nazrin membayang betapa sesetengah pihak khususnya pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk demi untuk mendapat rampas kuasa termasuk memporak-perandakan negara.Sultan Selangor pula menasihatkan orang Melayu supaya sentiasa berwaspada dan menilai semula kedudukan mereka agar tidak terpengaruh dengan hasutan dan dakyah oleh pemikiran bebas,liberalisme atau pluralisme yang boleh merosakkan akidah dan membawa kepada syirik terhadap Allah SWT.Apabila baginda menyentuh mengenai fahaman pluralisme dan liberalisme,orang Melayu faham bahawa yang dituju ialah Anwar dan anaknya,Nurul Izzah yang membuat kenyataan songsang menggalakkan orang Melayu bebas menukar agama.Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah turut meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan Nurul Izzah sambil menyifatkan ia sebagai mengarut dan tidak masuk akal.Baginda menempelak anak Anwar itu supaya tidak terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam. "Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini.Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlumemikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Kuantan Khamis lalu. Jika dikaji senario yang cuba merobak-rabikkan keutuhan institusi raja-raja Melayu pada masa kini, usaha sedemikian sudahpun dimulakan oleh Dap sejak sekian lama.Kalau dahulu Dap yang mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu,tetapi kini pembangkang di bawah Anwar berjaya mempengaruhi segelintir penderhaka di kalangan orang Melayu untuk melaksanakan tugas itu.Dap sekarang sudah boleh duduk diam dan lenggang kaki serta tidak perlu lagi dihentam kerana membangkitkan isu-isu berkaitan Melayu sebab orang Melayu sudah jadi pengkhianat kepada bangsa sendiri.Setiap hari media pembangkang dan media yang menjadi pendokong kuat kepada pembangkang seperti Meloyakini dan Malaysian Insider akan memainkan isu-isu rasuah,penyelewengan, diskriminasi dan sebagainya yang dituju kepada kerajaan.Objektifnya ialah untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional dan kebencian itu pula akan diapi-apikan semaksima mungkin supaya ia akan menjadi percikan api pemberontakan.Apabila negara kucar kacir,Anwar akan menggunakan alasan ini untuk meminta bantuan antarabangsa dan seterusnya akan merampas kuasa dan dilantik sebagai Perdana Menteri atas restu kuasa Yahudi/Kristian yang mendokongnya selama ini.Senario ini ditakuti menjadi realiti sekiranya umat Melayu-Islam tidak bersatu dan menentang habis-habisan usaha yang didalangi Anwar. RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment