PISAU.NET

PISAU.NET


Breaking News:Palestinians shoot down Israeli F-16 fighter jet in Gaza

Posted: 17 Nov 2012 08:24 AM PST




Palestinian fighters have downed an Israeli warplane flying over the Gaza Strip as retaliatory rocket attacks from the enclave continue to sound alarms across Israel.


According to Hamas sources, the Israeli F-16 fighter jet was shot down on Friday.

Meanwhile, several Israelis were injured after three rockets fired from Gaza hit the Zionist settlement of Gush Etzion in al-Quds (Jerusalem).

Palestinian missiles and rockets have also hit the other Israeli cities of Tel Aviv, Eshkol, Ashdod, Ashkelon, and Be'er Sheva.

In Tel Aviv, a rocket hit a commercial district while a second rocket landed 200 meters away from the American Embassy. It is the first time that Tel Aviv has come under attack in decades. Three Israeli soldiers have been injured in a rocket attack in Eshkol.

Hospitals across Israel are now in state of emergency.

Palestinians have fired over 550 rockets and missiles into Israel since Wednesday after Tel Aviv launched a major military strike against the besieged Palestinian territory, killing scores of people, including women and children.

The Israeli Army says it has hit more than 600 targets in Gaza during the past three days.

According to Israeli sources, the Iron Dome missile shield has only intercepted one-fifth of the rockets fired from the Gaza Strip.

Meanwhile, residents of the besieged Gaza Strip say they are getting text messages warning of military escalation as reports suggest that Israeli military forces are preparing for a ground invasion of Gaza. -PressTV


Pisau kata " moga Allah lindungi rakyat Palestin"

Allah Bakal Makbulkan Doa PAS Akan Kehancuran BN?

Posted: 17 Nov 2012 04:21 AM PST

Dalam masa haprak pakatan meraikan kebebasan melayu untuk murtad . Khawarij PAS berwakilkan Mat Sabu sanggup turun ke Damsyik memberi sokongan kepada kerajaan syiah yang membunuh umat Islam,ketika Gaza di bom oleh Israel rakan baik Anwar.Mereka langsung tak endah dan tak peduli.


Karpal,Kit Siang dan Guan Eng yang menolak hudud tidak didoakan kehancuran,Anwar yang membawa liberalisme dan pluralisme tidak pula didoakan agar diberi hidayah.Barisan pakatan yang meraikan LGBT tidak pula didoakan kehancuran.


Korang tengoklah contoh bagaimana khawarij PAS berdoa untuk kehancuran BN,dulu kita pernah dengar bagaimana Nik Aziz mendoakan agar Najib pecah perut yang kemudiannya tak sampai setahun si tua kutuk ini pula yang terlantar di hospital dikhabarkan berlaku pendarahan dalaman.Kenapa doa wali selipar si tua kutuk Allah tak makbulkan?


Yang terkini sahabat media minaq jinggo sempat rakamkan doa abang kepada Nik Aziz,beratib mengila nak ke Putrajaya...apa susah? Sewa bas buat la rombongan ramai ramai pi Putrajaya hehe.. yang meroyan dengan microphone apahal nih?



Venue : Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan

Event : Solat Hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat

Date : 16/11/2012 @ 8.00 pm

Solat Hajat di imamkan oleh abang kepada Nik Aziz. Isi doa beliau berbunyi "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!...." Ini lah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuat nya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan disebelah pembangkang dan juga disebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut. Ramai juga kenalan media yang memulanya mengaminkan doa tersebut menurunkan tangan sebagia tanda 'protest' apabila terdengar jeritan imam meng-KO kan UMNO / BN... Mungkin ini adat budaya Melayu / Islam sebelah Pantai Timor, saya perlu belajar lagi untuk memahami mereka...

"Ya Allah Engkau tentukan lah apa yang terbaik untuk negara ku yang tercinta ini supaya kami dapat beribadah dalam keadaan tenang dan lengkap sempurna segalanya"


Depan tok iman tu banyak sungguh ayaq jampi.. comfirm lepas ni anak puak khawarij pandai pandai belaka...

Pisau kata "beribu kali buat solat hajat,beribu kali puak ni berdoa kehancuran BN...tapi awat Allah tak makbulkan..sendiri mau ingat la.. "

Serban Ulama PAS Jatuh Bila Karpal Berdehem.

Posted: 17 Nov 2012 12:00 AM PST

Dalam PAS ni dari Mursidol hinggalah kepada ulama,kalau bab berbohong memang cukup hebat..telah Pisau katakan muktamar di Kelantan sekarang ini adalah himpunan munafik SeMalaysia.

Depan DAP dia kata takmau hudud dan negara Islam,depan penyokong sendiri dia cakap lain pula.


KUALA LUMPUR, 16 Nov —  DAP hari ini menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Pengerusinya Karpal Singh (gambar) berkata kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib semalam bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13."

"Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.Beliau turut membidas Harun yang berkata PAS telah menjelaskan pandangannya dengan DAP beberapa kali apabila kedua-dua parti duduk bertukar pendapat.

"Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini," katanya. — Bernama

Pisau kata " pemimpin PAS guna kaedah takiyah bohong penyokong sendiri..."

Zul Noordin Sahkan Wujud Perjanjian Sulit PAS, DAP & PKR Gugurkan Hudud, Negara Islam

Posted: 16 Nov 2012 10:30 PM PST

AIDCNews – 16/11/12 – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin mengesahkan beliau menjadi saksi wujudnya perjanjian sulit Pakatan Rakyat (PR) pada 18 Disember 2009 untuk membuang perjuangan hudud dan Negara Islam yang menjadi tunggak PAS.


"PAS sendiri sanggup korbankan perjuangannya..Pada 18 Disember 2009, secara sedar, pimpinan PAS menandatangani perjanjian persefahaman pakatan DAP dan PAS, jika membentuk kerajaan, Negara Islam, hudud, Qisas dan takzir tak ada dalam agenda.


"Dia (PAS) tahu tu, bukan dia tak tahu, tapi dia tandatangan juga,"katanya ketika ditemui media UMNO hari ini.


Zulkifli melihat PAS berbohong kepada ahli-ahlinya, apabila mendakwa parti itu masih meneruskan agenda hudud dan Negara Islam, sedangkan telah menandatangani perjanjian dengan rakan sekutu PR untuk menggugurkan kedua-dua asas perjuangan itu.


"Nak cakap pasal hudud, nak bohong siapa ? Awak sudah tandatangan dengan DAP dan PKR tak mahu hudud, dekat luar awak kata nak hudud. Kan bohong namanya itu.


"Saya antara orang yang menyaksikan perjanjian tersebut. Saya tahulah tentang perkara itu. Bahkan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang berulang kali mengatakan bahawa persepakatan antara PAS, DAP dan PKR tidak termasuk agenda Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam!," tegasnya.


Beliau juga turut menggesa kepimpinan PAS memberitahu secara telus kepada ahli-ahlinya tentang pengguguran kedua teras perjuangan parti itu.


"Kepimpinan PAS perlu dedahkan kepada ahli akar umbi bahawa di dalam Pakatan Pembangkang bahawa hudud dan negara Islam tidak ada dalam agenda sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU yang akan datang ini.


"Beritahu pada ahli, bahawa Anwar sebagai ketua pembangkang, berpendirian bahawa tidak akan melaksanakan hudud dan negara Islam sekiranya mereka berkuasa," tegasnya lagi.



Semalam, AIDCNews menyiarkan pendedahan seorang ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail yang mendakwa PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan kedua asas perjuangan parti itu.


Zainon Ismail yang lebih dikenali sebagai CN Al-Afghani mendedahkan perjanjian sulit itu diadakan pada pada 18 Disember 2009 yang ditandatangani oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam," dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.

Malik Gelak Besar Bila Mansor Bertanding Di Nibong Tebal

Posted: 16 Nov 2012 06:36 PM PST




Apabila Anwar mengumumkan Dr Mansor sebagai calon yang bakal bertanding di Parlimen Nibong Tebal ramai yang berasakan ia adalah satu petanda bahawa Dr Mansor karier politik beliau bakal berakhir.


Dr Mansor sedar bahawa musuh politik beliau didalam PKR seperti Malik dan kuncu kuncunya tidak akan tidor lena selagi beliau memegang jawatan TKM 1. Beliau juga tahu Malik adalah dalang disebalik pendedahan rakaman tersebut. Ini bukan satu rahsia dikalangan ahli PKR negeri Pulau Pinang.


Apa yang anda tidak tahu dalam masa ramai beranggapan karier politik Mansor bakal berakhir sebenarnya beliau telah membuat persediaan lebih awal berkempen di Nibong Tebal kerana  di DUN Penanti rating Mansor cukup teruk.


Mansor berasakan beliau akan terselamat jika bertanding Nibong Tebal,Satu kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen.Sangkaan beliau kalangan penyokong pakatan di Nibong Tebal akan menyokong beliau adalah meleset sama sekali.
Anwar dah berjanji dengan Guan Eng selesaikan Mansor.

CheguBard dikaitkan untuk bertanding di Nibong Tebal.Chegubard dilihat lebih menonjol apatah lagi golongan AMK dan juga PAS memberi sokongan penuh kepada beliau untuk bertanding di Nibong Tebal. Cakap cakap dikalangan ahli PAS dan juga PKR Nibong Tebal mereka sudah lama menantikan CheguBard .Kelicikan Mansor untuk membunuh Chegubard apabila beliau menamakan Nurul Nuha anak kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding di Nibong Tebal, apa yang menariknya cabang Nibong Tebal turut menyokong jika Nuha dicalonkan bertanding di Parlimen. Chegubard dimatikan begitu saja dengan mudah oleh Mansor di Nibong Tebal.


Namun nama yang dicalonkan oleh cabang Nibong Tebal bukanlah senarai akhir,disinilah Mansor menyelitkan diri untuk membuatkan Anwar terpaksa menamakan Mansor apatah lagi berlaku desakan dari kem Malik dan juga Lim Guan Eng agar keluarkan Mansor dari barisan pimpinan negeri kerana sudah menjadi liabiliti kepada pakatan.


Dalam masa Mansor berasa selamat di Nibong Tebal,di akar umbi sebenarnya DAP dan PAS  tidak menyokong Mansor. PAS lebih berminat kepada Chegubard manakala DAP sudah tentu tidak akan menyokong Mansor kerana menghina tokong mereka.Manakala kem AMK yang bermatian mahukan CheguBard sudah pasti tidak akan duduk diam .


Mansor bukan saja bakal berdepan dengan BN,beliau juga bakal berdepan dengan kem Malik,AMK,PAS dan juga DAP.


Kita tidak dapat lari daripada ajal,begitulah Mansor jadinya apabila dimana saja beliau pergi ajal politiknya menanti walau dengan apa cara sekali pun.



*culaan terbaru PKR dan DAP,Parlimen Nibong Tebal bakal 50-50

Pisau kata " Mansor ugut Anwar kalau tak bagi dibertanding di Nibong Tebal beliau akan keluar parti..daripada dia keluar lebih baik dia mampus kalah ditangan BN...kata Malik"


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...