UMNO Online - “DAP, PKR Dan Pas Hantar Memo Berasingan Siapa Calon PM Kepada Agong” plus 9 more |
- DAP, PKR Dan Pas Hantar Memo Berasingan Siapa Calon PM Kepada Agong
- Rakyat Masih Tak Lupa Ungkapan Pemimpin “Sokong Keselamatan Negara Israel”
- Keghairahan Jual Aset Negeri Selangor Terus Dibongkar.. Kali Ini Worldwide Holdings
- Australia Rejects Anwar’s Plea For Election Help
- Jawatankuasa RCI Sudah Mulakan Tugas – Liew
- Masjid, Surau Diminta Laksana Solat Hajat, Bacaan Qunut Nazilah Untuk Palestin
- Pilihan Raya Serentak Elak Pembaziran – Mohamed Nazri
- Berhati-hati Dalam Perbahasan, Siap Sedia Berdepan PRU
- Minda Pondok Cabar Nik Aziz Berdebat, Doa Hancurkan Sesama Islam Tak Ikut Sunah Rasulullah
- Kerajaan Tidak Cadang Laksana Sistem Kerahan Tenaga
DAP, PKR Dan Pas Hantar Memo Berasingan Siapa Calon PM Kepada Agong Posted: 21 Nov 2012 02:49 AM PST Kahwin pun belum sudah bergaduh untuk menentukan berapa orang anak dia nak. Bakal isteri kata nak 4, bakal suami pula nak 8. Belum pun kahwin dah bergaduh untuk menentukan samada nak sewa rumah atau nak duduk rumah mak mertua. Belum pun mengandung dan beranak sudah bergaduh laki bini untuk menentukan siapa dan ciri menantu yang manakah yang paling sesuai untuk dijadikan menantu. Belum pun pergi sudah bincang macam mana dan bila mahu balik. Belum mati lagi pun sudah mahu “chup-chup” tanah kubur dan batu nisan yang sesuai untuk mereka. Belum tahu pun lagi samada dapat masuk syurga atau neraka sudah mahu “claim” duduk di syurga firdaus dan sudah mahu tentukan senarai dan jenis bidadari yang mereka mahu mengikut citarasa mereka. Inilah kisah dan ragam yang sedang berlaku di antara para pemimpin pakatan pembangkang. Belum pun tahu bila PRU13, jauh sekali dari mengetahui siapa pemenang PRU13, pakatan pembangkang sudah hiruk-pikuk bergaduh untuk menentukan siapa bakal PM pakatan mereka. Memang dasar suka mendahului ketentuan tuhan betullah perangai mereka ni. Mereka mahu “dictate” bagaimana Allah harus “berkehendak” dan “menetapkan” sesuatu takdir yang bakal terjadi. Allah wajib menentukan “takdir” yang bakal berlaku mengikut citarasa dan kehendak mereka. Allah mesti akur dan jangan macam-macam. kkamdias.blogspot.com |
Rakyat Masih Tak Lupa Ungkapan Pemimpin “Sokong Keselamatan Negara Israel” Posted: 21 Nov 2012 02:39 AM PST KUALA LUMPUR 21 Nov – Di sebalik seluruh dunia dan pelbagai pihak di negara ini melontarkan kecaman terhadap serangan kekejaman Israel ke atas wilayah Palestin, di Gaza, tentunya umum masih belum melupakan ungkapan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu ketika yang berbunyi 'I support all efforts to protect the security of the state of Israel" sepertimana yang disiarkan menerusi Wall Street Journal (WSJ). Sehingga ke hari ini ramai lagi yang masih tertanya-tanya dan seolah-olah tidak ada penjelasan yang konkrit berhubung kenyataan berkenaan yang pada satu ketika menimbulkan kontroversi. Ketika diminta mengulas mengenainya Exco Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam berkata hakikat tersebut perlu direnungi dengan mendalam oleh rakyat Malaysia khususnya umat Islam. "Adakah kita lupa siapakah yang menyatakan 'I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan hari ini Israel menyerang Gaza atas nama mahu menjaga keselamatan Israel. "Sebab itu bagi saya dengan menolak Anwar Ibrahim, ianya akan dapat menyelamatkan negara daripada pelbagai bentuk masalah dan sebagainya lagi. Kenyataan Anwar itu masih terngiang-ngiang hingga ke hari ini," katanya kepada UMNO-Online di sini. Katanya lagi dan bukanlah niat beliau untuk menimbulkan polemik baru sebaliknya mengharapkan semua pihak dapat membuka mata untuk melihat dan menilai perangai sebenar pihak-pihak tertentu. Beliau seterusnya menyeru semua pihak agar bersama-sama dengan pergerakan itu pada majlis solat hajat untuk mendoakan keselamatan saudara seagama di bumi Palestin petang esok di Surau Ar-Rahman, PWTC. "Inilah masanya untuk kita menujukkan solidariti kita terhadap saudara seagama kita di bumi Gaza dan bukannya mendoakan kehancuran sesama Islam sepertimana yang dilakukan oleh Pas," katanya. -MediaUMNO |
Keghairahan Jual Aset Negeri Selangor Terus Dibongkar.. Kali Ini Worldwide Holdings Posted: 21 Nov 2012 02:33 AM PST SHAH ALAM 21 Nov. – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini hangat apabila kerajaan negeri dipersoal mengenai cadangan anak syarikat kerajaan negeri, Worldwide Holdings Bhd. (Worldwide) yang didakwa mahu menjual 100 peratus saham mereka berjumlah RM150 juta kepada syarikat bukan bertaraf Bumiputera. Persoalan itu dikemukakan oleh Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) yang mana walaupun penjualan tersebut difahamkan masih belum dimuktamadkan, namun ia dilihat satu cubaan untuk menjual aset milik kerajaan negeri. Jelasnya, berdasarkan cadangan tersebut, beliau dimaklumkan bahawa saham worldwide yang mana 100 peratusnya dipegang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan dijual kepada sebuah syarikat baru yang ditubuhkan pada 26 Mac 2012, Worldclass Title Sdn. Bhd. (Worldclass). Menurutnya, worldclass dimiliki oleh dua pemegang bukan Bumiputera dengan modal berbayar RM2. “Bagaimanapun, pada 25 Mei 2012, kedua-dua pemegang saham dan Pengarah syarikat Worldclass meletak jawatan dan diganti dengan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar (Korporat) PKNS. “Namun, mereka (dua pemegang saham Worldclass) masih lagi kekal sebagai pemegang saham. Ini bermakna, syarikat tersebut masih lagi dimiliki mereka berdua,” katanya ketika membahaskan ucapan Bajet Selangor 2013 di sini hari ini. Pada masa yang sama, Abdul Shukor turut bertanya kepada kerajaan negeri mengenai motif sebenar cadangan Worldwide itu mahu menjual 100 peratus saham mereka kepada Worldclass. Selain itu beliau turut mempersoalkan pelantikan Pengurus Besar PKNS dan Timbalan Pengurus Besar (Korporat) PKNS untuk menjadi pengarah kepada syarikat yang masih dimiliki sahamnya oleh dua orang pengarah bukan bumiputera sama ada amalan itu dibolehkan atau sebaliknya. “Rakyat sangat bimbang apabila sejak akhir-akhir ini ketika Pilihan Raya Umum ke 13 menjelang hampir, semakin banyak transaksi cuba dilakukan, adakah tindakan tersebut untuk menjana dana politik,” soalnya. Dalam pada itu, Abdul Shukor turut mempersoalkan langkah PKNS memindahkan lima aset komersialnya kepada sebuah anak syarikat penuh, Private Real Estate Company (PREC) bagi meningkatkan lagi kecekapan pengurusan. Lima aset tersebut ialah ialah Kompleks PKNS Shah Alam, Wisma Yakin, Kompleks PKNS di Bangi, Menara PKNS di Petaling Jaya dan SACC Mall di Shah Alam bernilai RM321 juta. Jelas Abdul Shukor, difahamkan PKNS akan menerima bayaran wang tunai sebanyak RM100 juta daripada pemindahan aset-aset tersebut manakala bakinya sebanyak RM221 juta dibayar melalui penjualan dan penyerahan harta saham biasa bernilai RM1 sesaham milik anak syarikat itu. Bagaimanapun katanya, pemindahan tersebut dilihat mengelirukan dan menimbulkan banyak spekulasi memandangkan beliau difahamkan pemindahan aset-aset tersebut sebenarnya bukan kepada PREC, tetapi kepada sebuah syarikat lain iaitu Central Holdings Berhad. “Syarikat mana sebenarnya yang akan membeli dan menguruskan aset-aset tersebut. Siapakah Lembaga Pengarah dan berapa banyakkah modal berbayar. Difahamkan pemindahan aset itu bukan kepada PREC, tapi syarikat lain iaitu Central Holdings Bhd. “Realitinya, wujud perbezaan yang besar di antara PKNS, PREC dan Central Holdings Bhd. PKNS adalah sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan pengurusannya dipantau ketat pentadbiran Selangor dan Perbendaharaan Malaysia, sedangkan PREC tidak banyak tertakluk kepada kawalan terus Kerajaan negeri dan Perbendaharaan Malaysia. “Selain itu, tiada jaminan bahawa PREC akan terus menjadi milik PKNS. Malah, PREC juga terdedah kepada risiko dibeli oleh pihak swasta atau individu melalui proses 'management buy-out',” jelasnya. Jelasnya lagi, sekiranya PREC dibeli oleh pihak swasta, ia bermakna aset-aset tersebut tidak lagi menjadi milik PKNS dan rakyat Selangor. – MediaUMNO |
Australia Rejects Anwar’s Plea For Election Help Posted: 21 Nov 2012 02:26 AM PST MELBOURNE, Nov 21 – Australian Foreign Minister Senator Bob Carr has said that Australia cannot and will not influence how Malaysia’s elections are run despite a personal plea for help from Malaysian Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar had reportedly written to Senator Carr asking for Australia to help ensure that the next Malaysian general election, most probably to be held early next year, was free of fraud and corruption. Anwar had reportedly told Carr he had uncovered evidence of fraudulent voter registration and other anomalies in the run-up to the polls. He had also questioned the independence of the electoral commission and claimed that the opposition was being excluded from the media. But Senator Carr said the Malaysian elections were a matter for the Malaysian people. “It’s very hard for Australia to do anything about how they’re run, as hard as it would be for Malaysia or another government to have a say in how Australian elections are run,” he told ABC radio. “We’re not the election authority for Malaysia.” Carr said Australia wanted to see free and fair elections in every country. He said Anwar personally raised the concerns directly with him during a recent visit to Malaysia. Carr also poured cold water on the specific proposal of Australia sending election monitors to Malaysia, saying the Malaysian government would have to ask for the measure. He dismissed the suggestion that Canberra was reluctant to act because it wanted to maintain good relations with Najib’s government, with which it was still negotiating an asylum seeker swap deal. In an interview with ABC Radio on Wednesday, Anwar said he was concerned the election, which must be held by next June, would be rigged, and would have a large number of people eligible to vote but who would not be allowed to vote. Others far too young to vote, between age two and 12, were also on the rolls, he said. Anwar also claimed that the opposition had been denied access to the mainstream media. Anwar had discussed his concerns with former Australian prime minister Kevin Rudd and sent a note to Carr seeking Australian assistance, saying Australia supported free and fair elections in Iraq, Afghanistan and Myanmar, and yet it was silent on Malaysia. |
Jawatankuasa RCI Sudah Mulakan Tugas – Liew Posted: 21 Nov 2012 02:21 AM PST KUALA LUMPUR, 21 Nov – Persidangan Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pemberian warganegara kepada pendatang asing di Sabah (RCI) telah memulakan tugas mereka. Kenyataan itu, sekaligus menafikan dakwaan bahawa RCI belum memulakan tugas mereka seperti yang diperuntukkan kerajaan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata jawatankuasa RCI telah bermesyuarat dan menetapkan siapa yang akan dipanggil sebagai saksi. “Tuduhan itu (jawatankuasa RCI belum memulakan tugas) amatlah tidak benar. Mereka telah memulakan tugas mereka dan kita kenalah beri masa kepada mereka untuk menentukan prosedur yang akan diguna termasuk membenarkan keterangan melalui afidavit,” katanya ketika menjawab soalan Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai) yang ingin tahu bila jawatankuasa RCI akan mula melaksanakan tanggungjawab mereka. Dalam pada itu, Liew berkata pemberian taraf penduduk tetap dan kewarganegaraan adalah berdasarkan kelayakan mengikut perundangan tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan. Liew berkata kerajaan tidak bercadang meluaskan skop sisatan RCI ke negeri-negeri di semenanjung berikutan permasalahan itu tidak ketara sebagaimana yang berlaku di Sabah. “Walau bagaimanapun, kerajaan komited dalam memastikan hak rakyat dan kedaulatan negara Malaysia dilindungi selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya. |
Masjid, Surau Diminta Laksana Solat Hajat, Bacaan Qunut Nazilah Untuk Palestin Posted: 21 Nov 2012 02:18 AM PST KUALA LUMPUR, 21 Nov – Semua masjid dan surau di seluruh Negara diminta mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman Israel. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau juga telah meminta masjid-masjid utama di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Wilayah Persekutuan serta seluruh masjid di Wilayah Persekutuan untuk berbuat demikian mulai hari ini. “Di samping itu, masjid-masjid berkenaan akan membacakan khutbah khas mengenai isu Palestin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata inisiatif itu sebagai sokongan masyarakat Malaysia kepada penduduk Palestin. Serangan Israel ke atas wilayah Gaza sejak minggu lepas mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak dan warga tua, serta mencederakan ratusan yang lain. |
Pilihan Raya Serentak Elak Pembaziran – Mohamed Nazri Posted: 21 Nov 2012 01:33 AM PST KUALA LUMPUR, 21 Nov – Pilihan raya yang diadakan serentak dapat mengelak pembaziran kos, tenaga kerja dan masa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya semua parti politik dapat mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya akan datang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen secara serentak. “Sebarang tarikh pembubaran Dewan Rakyat atau DUN terpulang kepada pucuk kepimpinan kerajaan berkenaan, iaitu pembubaran Parlimen menjadi hak perdana menteri manakala DUN hak menteri besar atau ketua menteri. “Bagaimanapun, adalah wajar semua parti politik mengambil kira kepentingan bersama untuk mengadakan pilihan raya serentak,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) di Dewan Rakyat Rabu. Azmi ingin tahu sama ada kerajaan akan mencadangkan tempoh penggal pilihanraya umum yang tetap sebagai usaha mengurangkan kos dan mengurangkan partiterlibat terlalu banyak berpolitik. Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata persoalan berhubung penetapan tarikh adalah persoalan dasar yang perlu dikaji terutama daripada aspek perundangan. Ini termasuk mengkaji keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan jika pilihan raya umum hendak diadakan selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun. |
Berhati-hati Dalam Perbahasan, Siap Sedia Berdepan PRU Posted: 21 Nov 2012 01:16 AM PST KUALA LUMPUR, 21 Nov. – Para perwakilan termasuklah anggota kepimpinan parti perlu berhati-hati dalam perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 penghujung bulan ini agar dapat memastikan tidak ada kata-kata yang akan menyinggung perasaan hingga mencalarkan imej parti. Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Abdul Rahman Sulaiman menjelaskan, biarpun secara keseluruhannya UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah bersedia menghadapai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tetapi parti perlu terus diperkukuh dan sikap berhati-hati perlu terus ada. "Saya rasa ini merupakan persidangan yang terakhir sebelum PRU ke-13 yang dijangka akan diadakan selepas persidangan ini, jadi saya rasa adalah lebih baik semua perwakilan termasuklah barisan kepimpinan lebih berhati-hati dalam perbahasan kerana sebarang kesilapan akan menjejaskan imej UMNO dan BN. "Persidangan ini juga perlu digunakan untuk mengukuhkan parti dan keadaan bersiap sedia serta kedudukan yang mantap ini perlu terus berkekalan sehingga tibanya PRU," katanya yang juga AJK UMNO Bahagian Parit Buntar. – MediaUMNO |
Minda Pondok Cabar Nik Aziz Berdebat, Doa Hancurkan Sesama Islam Tak Ikut Sunah Rasulullah Posted: 21 Nov 2012 01:15 AM PST KOTA BAHARU, 21 Nov - Minda Pondok, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pada Rabu mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara umum bagi memperjelaskan tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta tuduhan bahawa UMNO sebuah parti murtad. Minda Pondok adalah NGO yang menggabungkan beberapa buah sekolah pondok diKelantan. Anggota Jawatankuasa (AJK) Minda Pondok, Mohammad Zainal Abidin Awang berkata debat itu perlu diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat berhubung tindakan Pas tersebut yang dilihat tidak selari dengan ajaran Islam. “Pas terlalu banyak keluarkan fatwa… kami dari Minda Pondok berasa bertanggungjawab untuk memberi penerangan supaya rakyat tak keliru dan supaya ajaran songsang (yang Pas bawa) dapat disucikan dengan izin Allah SWT. “Kami mencabar Nik Aziz untuk berdebat dengan Minda Pondok pada bila-bila masa supaya dapat menghurai serta memberi penjelasan kepada seluruh penduduk Malaysia agar mereka tidak terkeliru,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, di sini, Rabu. Kira-kira 30 anggota Minda Pondok termasuk penduduk sekitar Demit dan Pasir Tumboh turut hadir sebagai menyokong laporan polis yang dibuat NGO tersebut. Mohammad Zainal Abidin yang juga Pengasas Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Tumpat berkata Minda Pondok berasa dukacita terhadap tuduhan UMNO murtad dan bacaan doa tersebut, sekali gus menyelar tindakan Pas kerana tidak membahaskan kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di sini, baru-baru ini. Mengulas isu doa itu Mohamad Zainal Abidin berkata Pas seharusnya mengambil kesempatan tersebut bagi mendoakan kehancuran Israel kerana membunuh umat Islam di Palestin, selain turut ditujukan kepada pimpinan tertinggi DAP untuk menganut agama Islam. “Apakah Pas tidak boleh berdoa untuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang banyak melakukan skandal-skandal seks, liwat dan berbagai-bagai lagi supaya mereka ini kembali kepada Allah SWT?” tanya beliau. Anggota Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff al-Hafiz pula berkata doa yang dibaca oleh adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat adalah bercanggah dengan sunah yang diajarkan Nabi Muhammad SAW iaitu mendoakan keburukan ke atas sesama Islam. “Kita sepatutnya mendoakan keselamatan, keampunan ke atas sesama Islam. Kami di Minda Pondok berasa ini satu perbuatan yang mengaibkan dan memalukan kerana bercanggah dengan sunah Rasulullah SAW. “Kami dahulu bersama dengan Pas, tetapi telah keluar daripada parti itu kerana lihat ia sudah tersasar jauh, tergelincir daripada matlamat perjuangan untuk menubuhkan negara Islam dan sanggup mengikut telunjuk DAP yang tidakberagama Islam,” katanya.
|
Kerajaan Tidak Cadang Laksana Sistem Kerahan Tenaga Posted: 21 Nov 2012 01:09 AM PST KUALA LUMPUR, 21 Nov – Kerajaan tidak bercadang mewajibkan pelaksanaan sistem kerahan tenaga di kalangan belia di negara ini, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. Beliau berkata pasukan askar Wataniah sedia ada sudah memenuhi kepentingan pertahanan negara. “Kerajaan telah membuat pelbagai simulasi iaitu kajian mengenai keberkesanan kerahan yang diwajibkan seperti di negara Singapura dan kepentingan system kerahan di negara ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau). Ismail ingin tahu sama ada Kementerian Pertahanan bercadang melaksanakan kerahan kepada belia berusia 21 tahun di negara ini berikutan senario dasar pertahanan global dan keperluan askar simpanan, seperti yang dilaksanakan di beberapa negara. Abdul Latiff berkata pasukan askar Wataniah telah diterapkan dengan polisi pertahanan menyeluruh, yang mana pegawai berpangkat atau biasa perlu menjalani latihan minimum 240 jam, atau 10 hingga 12 hari, membabitkan tempoh 10 jam latihan setiap hari. “Mereka dilatih dan diberi segala keperluan taktik peperangan kombat. Kalau negara menghadapi situasi darurat, mereka ini mempunyai kepakaran yang sama hebat dengan askar biasa,” katanya. Beliau berkata sehingga kini, jumlah kompeni Askar Wataniah Parlimen ialah 222 iaitu di setiap kawasan Parlimen seluruh negara. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment