Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO Misteri!! Kenapa Israel Laknattullah Mengunakan Lambang Bintang 6?
- PANASS!! Pas Kedah Sambut Maal Hijrah Dengan Tarian Separuh Bogel? #TukarKedah
- PANASS!! Apabila Nik Aziz MURTADkan Orang UMNO!!
- HOT! #IsuAirSgor:Woi! @KhalidIbrahim Apa Akan Jadi Bila Projek Langat 2 Lambat Di laksanakan!!
- PANASS!! Video Shaikh Faisol Mendedahkan Penipuan Minit Mesyuarat Yang Di Lakukan Pihak KUIN!! #TukarKedah
- EKSKLUSIF!! Kerajaan Pas Kedah Nak Gadai KUIN Pada Orang Luar!! #TukarKedah
INFO Misteri!! Kenapa Israel Laknattullah Mengunakan Lambang Bintang 6? Posted: 21 Nov 2012 07:16 AM PST Kenapa Israel gunakan lambang bintang 6 bucu? Tentu ada sejarahnya.. baca kat bawah ni, antara info yang patut Mc share pada semua pembaca. Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang. Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka. (saya akan tulis kemudian tajuk khas bab ini) Bintang Enam yang menjadi lambang rasmi negara Israel Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun. Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa dua mimbar dari Halab (Aleppo) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid. Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula Bintang enam yang terdapat di mimbar al-Aqsa Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s) Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambang negara Israel. Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, memberi salam dan memegang bahu saya. Mimbar ini telah berumur hampir seribu tahun. "Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau. 'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan"? Beliau menambah. Saya hanya menganggukkan kepala. Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa. Mar-mar yang menghiasi dinding al-Aqsa. "Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa. "Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut. "Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintangenam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam." Tingkap dengan bintang enam yang berada di al-Aqsa "Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. " "Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ". Di sini, barangan Israel digunakan oleh orang Arab sendiri. Coca-cola menjadi minuman harian mereka Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar. "Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel." Kata saya. Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu. Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu". Iklan Coca Cola yang terpampang di sana sini. Apakah fatwa Yusuf al-Qardawi tidak terpakai di sini? Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini. Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah. Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah. Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan. Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza. Benarlah kata hukama':- "Jika mahu membunuh tanaman, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka" Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia. "Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Zaman" Sumber info berguna ni Mc ambil dari blog Akak Disebalik Pintu!! |
PANASS!! Pas Kedah Sambut Maal Hijrah Dengan Tarian Separuh Bogel? #TukarKedah Posted: 21 Nov 2012 04:37 AM PST Sekali lagi blogger Medan Tempur Kedah mengegarkan Kedah dengan kisah kelab maksiatnya! Kita sebagai rakyat Kedah memang tak boleh terima tentang perkara ini, di saat umat Islam menyambut Maal Hijrah, Pas pula membiarkan sebuah PUB terkemuka dan terkenal diseluruh negara mengadakan pertunjukkan fesyen separuh bogel diadakan di Kedah.. Bukankah Pas yang berjuang menegakkan pentadbiran bercirikan Islam? Sanggup Pas membutakan mata dan membiarkan premis premis hiburan yang diberi LESEN BESAR untuk menganjurkan apa saja aktiviti yang mencemarkan pemerintahan cara Islam Pas ?? Gambar dibawah ini diambil pada malam 15 November yang lalu semasa umat Islam sedang menyambut Maal Hijrah.. Pas tidak malukah dengan apa yang terjadi di Kedah sekarang ? Adakah rakyat Kedah mahukan hiburan terlampau seperti ini ?? Sepatutnya Kerajaan Pas Kedah melalui EXCO atau PBT memantau segala aktiviti di situ, bukannya membiarkan pemilik premis melakukan apa saja.. Isu pusat hiburan di Kedah ini pernah dibangkitkan oleh Mc dan rakan rakan TMK tetapi kerajaan Pas Kedah tidak berani menjawab segala apa yang dibongkarkan oleh kami.. Dengan bukti yang kami berikan sebelum ini, segerombolan beloger pencacai Pas Kedah yang menerima gaji terus dari MB terpaksa bekerja keras menafikan hal ini walaupun pusat hiburan ini hanya 1km dari pejabat EXCO Pas Kedah.. Selepas itu timbul pula beberapa bukti surat sokongan yang diarahkan oleh exco sendiri untuk PBT berikan lesen.. Jadi inikah pemerintahan cara Isle Pas yang dilaungkan oleh MB ?? Adakah dengan mengkafirkan dan memurtadkan UMNO, Pas boleh menghalalkan apa saja yang berlaku dalam pentadbiran mereka ?? McTheory: Islam kepala ATOK puak Pas la macam ni! |
PANASS!! Apabila Nik Aziz MURTADkan Orang UMNO!! Posted: 21 Nov 2012 01:18 AM PST Kenyataan Nik Aziz ini menimbulkan kemarahan orang UMNO kepadanya. Bila dia tengok orang UMNO dan rakyat Malaysia marah. Nik Aziz pusing dan salahkan media, lebih-lebih lagi Utusan. Dengan kata-katanya tu, memang benarlah dia kata UMNO tu bukan Islam ye tak? Kalau dah bukan Islam, bermakna murtad la kan? Kenapa Nik Aziz nak pusing lagi? Kenapa dia tak mengaku dan salahkan media. Inilah taktik bodoh puak Pakatan! Tak habis-habis nak kelentong dan menipu saja kerjanya. Baling batu sembunyi tangan! Bila Nik Aziz murtadkan orang UMNO, tanggunglah dosanya tu diakhirat kelak. McTheory: UMNO ada 4 juta keahlian, berapa banyak Nik Aziz kena minta maaf? |
HOT! #IsuAirSgor:Woi! @KhalidIbrahim Apa Akan Jadi Bila Projek Langat 2 Lambat Di laksanakan!! Posted: 20 Nov 2012 10:41 PM PST Tahukah kita apa akan terjadi jika Langat 2 masih ditangguh perlaksanaannya? Hingga ke hari ini, sudah 2 tahun Projek Langat 2 ditangguh. Jika kita mulakan sekarang pun, belum tentu 2 tahun lagi Langat 2 boleh beroperasi. Jika Langat 2 belum boleh beroperasi dan masalah kegawatan air muncul. Rakyat Selangor akan menanggung bencana itu sendiri. Kerana orang yang patut bertanggungjawab (tentunya si Khalid Gagap) belum tentu masih wujud di Selangor atau dimuka bumi ini pada waktu tu. Semua kesilapan, kedegilan dan kecuaian yang pernah Khalid lakukan, kesannya 100% akan ditanggung oleh rakyat Selangor. Atas alasan tersebutlah, mungkin Khalid rela perjudikan isu air untuk politik dari hakikat sebenar. Sebab apa yang dia buat, mungkin dia tak kena. Khalid sendiri pun tahu, Langat 2 memang perlu dilaksanakan. Namun disebabkan politik sempit dan penasihat macam tahi, Khalid terpaksa tangguhkan projek tersebut. Adakah kita semua lupa, suatu ketika dulu sekitar tahun 1991, negeri Melaka pernah mengalami krisis air? Kemarau panjang mengakibatkan empangan Durian Tunggal hampir kering sekaligus loji-loji rawatan air di negeri tersebut gagal menyedut dan menapis air dari empangan. Nak sedut apa bila empangan dah kering!! Pada tahun 1991 dan 1998 pula di Selangor, sebahagian besar empangan dan sungai mengalami penyusutan isipadu air disebabkan fenomena El-Nino. Empangan dan sungai-sungai yang sebelumnya penuh mula menunjukkan penurunan paras airnya disebabkan bahang panas yang melanda. Kesan daripada itu, loji-loji rawatan air juga mengalami kesukaran, kerana air sungai dan empangan hampir kering untuk mengepam air mentah untuk dirawat, sebelum dibekalkan kepada pengguna di sekitar Lembah Klang, seterusnya membawa kepada krisis air yang memeritkan kehidupan ramai. Mengambil iktibar dari dua kejadian tersebut, Kerajaan Pusat telah melaksanakan pendekatan pro aktif untuk kepentingan jangka masa panjang dengan melancarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor (PPAMPS). Tujuan pembinaan Langat 2 adalah sebagai tambahan kepada loji rawatan sedia ada yang kebanyakannya telah beroperasi melebihi paras optimum, disamping menampung aliran air mentah tambahan dari Pahang. Dalam konteks sekarang, Selangor sememangnya tidak mengalami masalah dari segi sumber air mentah kerana empangan dan sungai-sungai yang membekalkan air ke loji-loji rawatan masih lagi penuh. Jika mengikut congak ramai pemimpin dari PKR, DAP dan PAS, mereka sependapat tiada apa yang perlu dirisaukan sangat setelah dilihat pada paras air di empangan dan sungai yang penuh Masa empangan penuh, bergambar sebelah empangan nak tunjukkan air banyak. Bila paras menyusut dua bulan yang lalu, semua diam. Siap nk buat pembenihan awan lagi. Kini air di empangan dah mula naik akibat dari musim hujan, baru berani bersuara yang empangan akan penuh sekitar bulan April nanti. Walhal, realiti sebenarnya, soal hujan atau tidak, kemarau atau sebaliknya, itu bukannya ketentuan kita. Tak selamanya hujan akan membasahi bumi Selangor dan tidaklah kerap kemarau panjang berlaku secara tiba-tiba. Ini tak ambil kira penambahan penduduk negeri Selangor akibat daripada pertumbuhan ekonominya yang pesat. Mampukah empangan sedia ada membekalkan air mentah kepada sungai di Selangor yang telah digunakan airnya secra optimum? Namun apabila beberapa negeri termasuk Selangor sendiri pernah mengalami krisis air kerana perubahan cuaca, bukanlah meragukan lagi terdapatnya keperluan untuk mengadakan satu saluran air mentah dari Pahang untuk dirawat di loji baru Langat 2 sebagai satu persediaan jangka masa panjang untuk kebaikan semua. Lebih-lebih lagi, rata-rata loji rawatan air di seluruh negeri Selangor sedang beroperasi melebihi kemampuan asal. Disinilah peri pentingnya keperluan loji rawatan air Langat 2 sebagai loji tambahan bagi meningkatkan kapasiti rizab air bersih sekaligus mengurangkan risiko bekalan air pada masa akan datang. Bagi mereka yang pernah melalui kegawatan krisis air 1998 tentu tahu betapa sukarnya kehidupan bila berhadapan dengan krisis air, saban hari terpaksa menanti lori tangki air untuk ditadah manakala aktiviti ekonomi terbantut dan kilang-kilang pula terpaksa mengurangkan waktu operasinya. Justeru itu, ketepikan seketika politik kepartian, apa sahaja jawatan yang dipegang tatkala ini tak berguna lagi pada masa depan, kalau takdak air, semua susah, ternyata masing-masing kita memerlukan air bersih untuk meneruskan kehidupan dan menjalani aktiviti seharian kelak. Segerakan pembinaan Langat 2 untuk kebaikan bersama bagi menghadapi waktu-waktu mendatang. Jangan nanti bila ditimpa bencana barulah kita mahu menyesal kerana ketika itu penyesalan tiada gunanya lagi. McTheory: "Sediakan payung sebelum hujan" Jangan sampai "Nak terberak baru nak korek lubang!!" |
Posted: 20 Nov 2012 07:16 PM PST Shaikh Faisol mendedahkan perbuatan jahat Pas! Shaikh Faisol ini adalah kontraktor yang menang kes tuntut hutang keatas KUIN sebanyak 1.5juta. Disebabkan kes tersebutlah, pihak KUIN mempalsukan minit mesyuarat dan surat akaun bersumpah. Memang teruk la KUIN ni, nama saja Islam, tapi perangai macam kafir! Sebagai bukti Minit Mesyuarat berkenaan di palsukan, sahabat Mc dalam TMK, Duke Of UMNO telah mendedahkan bukti kukuh bahawa Minit Mesyuarat yang di gunakan KUIN bagi mengelak membayar saman yang di kenakan syarikat Shake Cuisine adalah arahan dari Rektor kesayangan Azizan Razak, Jamil Osman. Rentetan dari pendedahan fasa pertama isu KUIN sebentar tadi, tidak dapat tidak, aku perlu mendedahkan satu faktor yang membuktikan Rektor kesayangan PAS Kedah telah menipu dan cuba memalukan institusi pengajian Islam itu... Dalam kes ini, Setiausaha Kanan Rektor sendiri telah membuat "statutory declaration" atau pengakuan bersumpah yang mengakui bahawa minit mesyuarat tersebut SENGAJA DIPALSUKAN di atas arahan Datuk Dr. Jamil Osman melalui Timbalan Rektornya, Prof Madya Zakaria Man. Sebenarnya, aku terkejut bila baca pengakuan bersumpah SU Rektor tu, Kamaliah Osman. Nampaknya Kamaliah enggan bersubahat dalam agenda pembohongan Jamil yang jelas menzalimi hak Shake Cuisine. Mungkin dia tak mau makan duit haram... Jamil sendiri yang tandatangan minit mesyuarat tu. Tergamak dia buat dosa kering begitu? Rektor sebuah universiti "Islam" di Kedah pulak tu! Tak malu ke dia buat lagu tu? Kalau tak malu dengan masyarakat, malulah sikit pada Allah... Aku nak tanya Azizan, kenapa dia renew kontrak perkhidmatan PEMBOHONG BESAR di dalam sebuah universiti "Islam" yang begitu harum namanya di zaman BN? Kenapa perlu PAS Kedah simpan seorang penyeleweng seperti itu untuk memimpin KUIN, sebuah universiti yang dibangga-banggakan rakyat Kedah suatu ketika dulu di awal penubuhannya? Pada aku, Azizan perlu memecat Jamil serta merta! Tiada tempat untuk insan sebegitu di KUIN. Kalau Azizan tak pecat Jamil, maka Azizan perlu bertanggungjawab bagi semua kesalahan Jamil dan dia sendiri perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Tapi kalau Azizan dan Jamil muka tembok, muka tak malu, maka depa boleh terus menjawat jawatan MB merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN dan Rektor universiti tersebut. Nama KUIN perlu dibersihkan segera dari orang-orang sebegini. Azizan sepatutnya buat kerja cara Islam! Bukan cara "agama PAS PIS PUS"..!!! McTheory: Mengelupoq lagi Pas lepas nih.. |
EKSKLUSIF!! Kerajaan Pas Kedah Nak Gadai KUIN Pada Orang Luar!! #TukarKedah Posted: 20 Nov 2012 04:37 PM PST Ramai yang tertanya-tanya benarkah berita Kerajaan Negeri Kedah akan menjual KUIN kepada syarikat swasta. Cerita kerajaan negeri ni nak jual KUIN sebenarnya dah lama tersebar. Malah kepada siapa mereka nak jual pun Mc dah tahu. Individu yang mahu membeli KUIN itu namanya Sya'ya Othman, bekas CEO Insaniah Holding. Mc dah dapat maklumat ini tempohari, namun kini diperkuatkan lagi dengan kenyataan dari DS Mahadir Khalid. Mula-mula dulu ingat benda ni sekadar kabar angin, tetapi ketua pembangkang Kedah dah bersuara.. maknanya memang ada kebenaranlah.. Beliau mendakwa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat dari sebuah syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas. "Ada surat menyurat dari syarikat swasta kepada kerajaan negeri Kedah berhubung dengan proses pengambilalihan Kuin dari kerajaan negeri kepada syarikat swasta. "Kita minta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai surat tersebut," katanya Beliau berkata, pengambilalihan itu akan memberi kesan kepada pelajar kerana pihak swasta sudah pasti mahu mengaut keuntungan yang tinggi berbanding dengan kerajaan negeri. Mc nak tambah sikit lagi. Di fahamkan, jalan cerita ni diilhamkan oleh Ustaz Azizan dan Jamil sendiri.. mereka dah tak tahan nak tanggung KUIN yang saban hari dibelenggu hutang yang bertimbun-timbun. Perancangan mereka tu memang bagus, duit kerajaan negeri pun mungkin akan bertambah. Tapi...apabila mereka menjual KUIN kepada syarikat swasta, ini bermakna KUIN akan diswastakan pelajarannya. Fahamlah bila dah swasta, yuran dan segalanya yang berkaitan dengan wang akan naik secara mendadak, untuk menampung kos pelajaran. Mana ada syarikat swasta yang sanggup rugi? yang jadi mangsa nanti adalah, pelajar-pelajar KUIN sendiri. Bagaimana nasib mereka kelak apabila yuran pelajaran dan kos di KUIN akan meningkat naik? Tak dapat Mc fikirkan. Malah yang paling sedihnya ialah, rakyat Kedah kehilangan sebuah IPT yang dimajukan oleh kerajaan negeri, namun tergadai disebabkan 'kecuaian' dan 'kebodohan' pentadbiran kerajaan negeri. Sedihh sedihh.. McTheory: Apa lagi yang tinggal? Semua dah gagal.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment