PISAU.NET |
- PAS Semakin Sekular.
- Sedar Bakal Hilang Lebih Banyak Sokongan PAS Gelabah Ketika Muktamar.
- PAS Dah Murtadkan Ahli Umno,Bagaimana Nasib Mereka?
Posted: 21 Nov 2012 10:48 AM PST Siapakah PAS jika ia tidak memperjuang dan mempertahankan soal akidah Islamiah? Ini soal pokok. Namun mengapa isu ini tidak dibincangkan dalam Muktamar ke-58nya yang baru selesai hujung minggu lalu? Apakah maknanya PAS sebagai sebuah parti politik jika ia tidak mahu lagi meneruskan perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam? Lantas mengapakah pemimpin PAS meminggirkan isu hudud, lambang kuasa kerajaan Islam? Apakah lagi yang menjadi ciri dan jatidiri PAS jika ia tidak lagi dipimpin oleh ulama? Sudah pasti ia tiada beza dengan parti sekular lain. Lantas mengapakah perkara ini juga tidak menjadi inti perbahasan muktamar? Sebaliknya, Dewan Ulama pula yang nampaknya terpaksa memikirkan betapa perlu mengeluarkan kenyataan media bahawa PAS tidak pernah lekang dari kepimpinan ulama dari dulu hingga kini dan selamanya? Mengapa kepimpinan PAS longlai? Mengapakah kepimpinan PAS kini begitu longlai sehingga usaha strategiknya untuk memusatkan pemerhatian perwakilan muktamar kepada isu dan usaha memperkukuh jentera pilihanraya menjelang Pilihan Raya Umum(PRU) ke-13 seolah tidak begitu menyemarakkan semangat? Seharusnya menjelang pilihanraya PAS berdiri megah menghadapi pengundi, terutama orang Islam, untuk menegaskan pendirian Islamnya. Dan, oleh kerana PAS yakin Islam itu tinggi, maka PAS tidak perlu rasa rendah diri dan bersikap apologetik kepada pengundi bukan Islam dalam menyatakan pendirian politiknya! Bukankah sebagai sebuah parti Islam, Allah S.W.T pasti memberkati perjuangannya? Ini bermakna PAS tidak perlu berasa kurang yakin menghadapi para pemilih muslim atau bukan muslim dengan slogan dan manifesto Islam yang jelas! Kebebasan bersuara dan beragama Perhatikan bagaimana isu menghormati hak kebebasan bersuara dan beragama. Pendirian kebanyakan pemimpin PAS jelas bahawa kebebasan ada hadnya. Orang bukan Islam bebas memilih Islam sebagai agamanya. Namun adalah haram bagi umat Islam memilih selain agama Allah S.W.T! Oleh kerana strategi (tahluf siyasi) pemimpin PAS nampaknya telah melepaskan peluang untuk memberi penerangan (atau lebih tepat lagi dakwah) berhubung perkara ini. Sedihnya, dengan mengambil sikap membisu hingga ke puncak platform politik tertinggi PAS iaitu muktamar, ia telah mengkaburi perjuangan PAS sendiri. Ke mana pergi intelek, pakar kaji selidik dan perancang media PAS apabila mengambil sikap kelu terhadap komen, kritikan dan penghinaan oleh penulis, pakar blog bukan beragama Islam yang menghina Islam? Mereka ini berselindung di sebalik kebebasan yang diberikan oleh beberapa portal tertentu kononnya demi memberi sokongan pada pandangan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa orang Islam patut diberi kebebasan memilih mazhab dan juga agama selain Islam. Demi PR, PAS sanggup tutup mata Penghinaan di depan mata ini ditatap oleh penyokong dan strategik PAS dalam blog dan portal yang dikatakan "berbaik" dan "penyokong" Pakatan Rakyat. Demi Pakatan Rakyat, nampaknya pemimpin dan cerdik pandai PAS hanya berdiam diri. Adakah mereka kurang memahami penghinaan ini kerana kebanyakan penyerang Islam ini menulis bukan dalam bahasa Al-Quran, iaitu bahasa Arab? Adakah kerana mahu memelihara hubungan dalam Pakatan Rakyat, PAS sanggup menutup sebelah mata akan serangan terhadap Islam dan meminggirkan peluang untuk berdakwah dan meluruskan pemikiran dan akidah umat? Mampukah PAS tadbir Negara? Jika dalam muktamarnya sendiri PAS keberatan dan cuba mengelak menangani isu ini, bagaimanakah pendirian PAS apabila ditakdir memerintah kelak? Begitu juga dengan isu hudud. Ia adalah lambang kerajaan Islam. Mungkin dari segi strategi adalah kurang bijaksana menggunakan slogan Negara Islam. Namun satu ciri sebuah kerajaan ialah dasar atau semangat perundangannya. Hudud adalah sisi terbaik untuk menonjolkan kewajaran pemerintahan Islam. Namun ini pun dipinggirkan dari perbahasan. Agak sukar bagi mana-mana ahli PAS yang mahu berfikiran secara Islami untuk berdakwah bahawa cara hidup Islam ialah yang terbaik, jika PAS sendiri tidak berani membincang dan mengambil pendirian yang jelas dalam perkara ini secara terbuka seperti yang sepatutnya dilakukan dalam muktamarnya. Umno murtad, kewibawaan PAS tergugat Memang disedari PAS sering disakat oleh banyak pihak berhubung kewibawaan politiknya hingga dituduh kini mulai tunduk pada gerakan yang dianggap parasit seperti Anwarinas. Namun sekali lagi atas pertimbangan politik, Dewan Ulama pula yang terpaksa mengumumkan tiada perubahan dalam teras kepemimpinan PAS dan bukan muktamar yang mendesak dipertahankan konsep kepemimpinan ulama! Paling menyedihkan ialah di akhir muktamar mungkin bagi merai dan mempamerkan betapa konsep kepimpinan ulama masih segar dalam PAS, Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan bahawa Umno adalah sebuah parti murtad. Betapa anehnya keadaan ini. Apabila PKR menyatakan kesediaannya untuk membuka pintu bagi orang Islam mengamalkan kebebasan beragama yang pasti meliputi hak dan kebebasan memilih agamanya sendiri tidak dihadapi secara terbuka, PAS sanggup memurtadkan sebuah lagi parti orang Islam. Apakah benar PAS kini terjerat dan terpenjara oleh istilah tahluf siyasi dan terus tunduk secara semberono pada erti setiakawan parti-parti politik sekular seperti DAP dan PKR? Dan, demi menolak kemungkinan ini PAS cuba menggilap keislamannya dengan menggunakan kuasa dan pengaruh ulamak untuk menghukum Umno murtad? Tidakkah perilaku politik sebegini menunjukkan bahawa PAS juga terjebak atau kini sudah menjenamakan jatidirinya sebagai sebuah parti politik yang sekular? Nampaknya PAS juga menggunakan pertimbangan dan pendekatan yang sekular untuk menawan Putrajaya! Apakah dan siapakah PAS jika dalam usaha membezakan dan menjarakkan diri daripada saingannya sanggup melemparkan tuduhan pihak lain sudah murtad? Tidakkah ini cuba memperalatkan agama demi kepentingan politik – matlamat menghalalkan cara! Tidakkah Rasulullah S.A.W pernah berpesan bahawa apabila seeorang berkata "hai kafir" kepada saudara seagamanya sudah pasti kafir salah seorang daripadanya?- ZainalSalleh AntaraPos Pisau kata "Moga Allah panjangkan umur Nik Aziz" |
Sedar Bakal Hilang Lebih Banyak Sokongan PAS Gelabah Ketika Muktamar. Posted: 20 Nov 2012 10:30 PM PST Ini satu lagi bukti bahawa sesama munafik tidak dapat lari daripada berbohong diantara mereka.Semua orang tahu para penyokong dan ahli PAS sering kali ditipu oleh para tok guru dan alim ulama mereka. Dalam muktamar munafik SeMalaysia menjadi medan kesungguhan untuk meningkatkan kualiti dan mutu pembohongan. Hasilnya seluruh negara para khawarij dan haprak pakatan diperbodohkan.. Nah sekarang DAP bukan saja batuk dan berdehem,kalangan pemimpin PKR juga turut bangun dengan hanya sekadar angkat kening maknanya Anugerah Tuhan mereka sudah dipersetujui oleh haprak pakatan bahawa beliau PM itu pun jika menang lah.. Sepanjang muktamar berlangsung,pelbagai aksi dapat kita lihat. Pelbagai gesaan,kritikan dilemparkan bukti PAS benar benar dalam keadaan terdesak dihujung nyawa. Seolah mahu menyejuk hati akar umbi nama Hadi dinyanyikan . Untuk menaikkan semangat khawarij,gendang murtad dan mengkafirkan yang bukan PAS di palu maka menari kalangan khawarij bagaikan mahu masuk ke gelangan perang fisabillilah. Walhal kesemua ini kena tipu hidup hidup...kasihan... Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw senada dengan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang. Pisau kata "Muktamar khawarij kali ini bukti betapa gelabahnya puak PAS" |
PAS Dah Murtadkan Ahli Umno,Bagaimana Nasib Mereka? Posted: 20 Nov 2012 07:21 PM PST Ahli Umno atau mana mana pemimpin Umno tidak pernah mengkafirkan umat Islam lain...Yang bukan ahli Umno yang tidak menyertai perjuangan PAS juga turut dimurtadkan dek kerana tidak menyertai parti khawarij itu. Untuk menjadi Islam dan terbukti keimanan anda ,menurut tok guru dan ostad khawarij anda harus cepat cepat isi borang PAS...cepat sebelum terlambat! Pisau kata "Apa susah..masuk PAS dah comfirm jadi ahli syurga...tak mau ka?" |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment