tun faisal dot com

tun faisal dot com


#Kantoi Wan Azizah ubah ucapan untuk hasut rakyat

Posted: 03 Nov 2012 06:30 PM PDT



HOT! Emel Kak Wan #PenipuRakyat - Arah Teks Ucapan Diubah Supaya Rakyat Marah!



Orang selalu kata, muka saja nampak baik tapi hati belum tentu baik. Sama juga dengan Kak Wan yang nampak baik bila bertudung, bersarung tangan, tapi siapa sangka selain berkebolehan berlakon meraih simpati untuk suaminya rupa-rupanya beliau turut dianugerahkan kebolehan untuk menipu. 

Lihat saja bagaimana Kak Wan meminta supaya teks ucapannya diubah supaya lebih beremosi agar rakyat berasa marah dengan BN?

Jom kita layan perbualan emel di antara Kak Wan, Faekah Husin serta seorang individu yang bernama Hasmi :


Inilah pembangkang di Malaysia, mereka sanggup cipta pelbagai fitnah dan persepsi semata-mata mahu membangkitkan emosi kemarahan rakyat terhadap BN.

Harapan mereka hanya satu, iaitu untuk menguasai Putrajaya.

Pengikut PR memang suka diperbodohkan oleh pemimpin mereka sendiri...

Selain emel Kak Wan video di bawah juga penipuan terancang yang diamalkan oleh PKR sekaligus memperbodoh-bodohkan rakyat yang menyokong mereka!



[Gambar] Meja bulat Antara Pos: @Tun Faisal vs @SuhaimiShafie

Posted: 03 Nov 2012 03:30 PM PDT



Bergurau senda sebelum berforum






Antara foto program Meja Bulat Antara Pos yang membicarakan isu-isu nepotisme dalam politik pembangkang serta kerajaan yang dirakam di Hotel De Palma semalam.

Program bual bicara anjuran portal berita AntaraPos ini menjemput tiga ahli panel iaitu Pengerusi UMB Tun Faisal Ismail Aziz, ADUN Sri Muda YB Suhaimi Shafie dan seorang professor dari sebuah universiti.

Nantikan rakaman di youtube channel : AntaraPos

Foto by : MDO


http://lensaloka.blogspot.com/2012/11/foto-meja-bulat-antarapos-tunfaisal-yb.html













Tun M - PR adalah ibarat pasukan tentera al-Ahzab dalam Perang Khandaq? #PakatanHaram

Posted: 02 Nov 2012 11:14 PM PDT




Amaran Tun M - PR Bukan Gabungan Tapi Perjanjian Bertulis Untuk Tentang BN


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerjasama pakatan pembangkang bersifat sementara dan sekadar mahu memenangi pilihan raya umum.

Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kerjasama rapat selama 55 tahun dan persefahaman, beliau berkata, dalam pakatan pembangkang itu sendiri sebenarnya tiada persetujuan dan tiada perancangan masa depan.

"Kita harus ingat pakatan bukan gabungan. Pakatan adalah perjanjian secara tidak bertulis yang mahu bekerjasama melawan BN, itu sahaja," katanya mengingatkan sesetengah pihak yang dilaporkan berhasrat memberi peluang kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana menganggap mereka seperti "BN".

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan syarahan umum kepada 1,000 tetamu yang terdiri daripada penuntut universiti, ahli akademik dan ahli korporat serata Sudan pada Khamis, Dr Mahathir berkata, pembangkang tidak mempunyai agenda pembangunan negara, jauh sekali mahu menjaga kepentingan rakyat.

"Yang dijanji nak naik 20 peratus royalti kepada Kerajaan Negeri. Jadi, negeri lain yang tiada minyak akan kerugian dan ini bermakna negeri yang ada minyak sahaja boleh dibangunkan.

"Sekarang ini pun, dengan lima peratus (royalti) yang kita (kerajaan) bayar, mereka begitu kaya sekali, jauh lebih kaya daripada negeri lain," katanya.

Mengulas mengenai "Kabinet bayangan" pakatan pembangkang yang dikatakan masih kabur, Perdana Menteri Malaysia keempat itu berkata, ia perkara biasa.

"Mereka mempunyai cita-cita untuk memerintah Malaysia. Justeru itu, mereka perlu bentuk apa yang dipanggil sebagai Kabinet bayangan tapi dia bayang sahajalah.

"Mereka sukar untuk memilih pemimpin kerana masing-masing hendak jadi pemimpin. (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim ingat dia akan menjadi Perdana Menteri, tetapi orang lain pun ada cita-cita besar juga," katanya.

Beliau berkata, dengan menjanjikan untuk mengadakan 10 hingga 15 jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet bayangan hanyalah sekadar umpan bagi parti pembangkang untuk bekerjasama.

Sebuah akhbar asing baru-baru ini melaporkan kepentingan Anwar dalam Kabinet bayangan masih kabur, di sebalik telah beberapa kali menyatakan hasratnya itu sejak pilihan raya umum 2008.

Menurut laporan itu, model Kabinet bayangan, yang biasanya terdapat di Britain dan Australia, membariskan menteri Kabinet masing-masing dan memainkan peranan untuk mengkritik kerajaan sedia ada dan dasar-dasarnya, dan pada masa yang sama menawarkan cadangan penyelesaian. -Bernama


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...