PAPA GOMO

PAPA GOMO


Air Asia Lantik Tony Pua DAP Serang Malindo Airways?

Posted: 03 Nov 2012 07:00 PM PDT

 Tony Fernandes

Monopoli Air Asia dalam perkhidmatan penerbangan tambang murah negara mungkin bakal berakhir apabila sebuah lagi syarikat perkhidmatan penerbangan tambang murah, Malindo Airways akan memulakan operasinya pada May 2013. Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 10 September 2012.

Malindo Airways adalah hasil kerjasama Syarikat tempatan National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (NADI) dan syarikat Lion Air dari Indonesia. NADI mempunyai pegangan sebanyak 51% dalam Malindo Airways manakala 49% dipegang oleh Lion Air. Perkongsian strategik ini menjadikan KLIA2 di Sepang dan Kota Kinabalu sebagai hub utama bagi operasi Malindo Airways. Pengurusan Malindo Airways menjangkakan tambang penerbangan syarikat itu mampu bersaing dengan Air Asia, malah terdapat beberapa nilai tambah dalam penerbangan seperti Wifi dan hiburan dalam pesawat.

Read More.....

Apa yang pasti Air Asia semakin besar kepala kebelakangan ini setelah bermacam macam bantuan yang diberikan oleh pihak Kerajaan. Isu dimana Tony Pua dari parti DAP mempertikaikan MALINDO itu dan ini serta mengaitkan dengan Dato Seri Ir Dr Jamaluddin Jarjis adalah dengan bertujuan nak mematikan langkah MALINDO yang dijangka akan beroperasi pada Mac nanti dengan kadar harga yang jauh lebih rendah dari Ais Asia.


Gomo melihat serangan Tony Pua dari DAP ke atas Malindo berkemungkinan hasil dari arahan Tony selaku empunya Air Asia. DAP membawa sesuatu isu apabila kedudukan proksi mereka tergugat dan begitulah yang kita tahu sebelum ini dengan isu Kedai Rakyat 1 Malysia yang mana Mydin diserang DAP. Tak cukup dengan itu Syed Mokhtar juga diserang DAP dan semua ini adalah kerana perniagaan tersebut dikepalai MELAYU.

Gomo menyeru kepada orang Melayu khusunya agar bijak melihat sesuatu isu yang dilemparkan oleh pembangkang terutama DAP yang kita tahu cukup licik dalam menjahanamkan ekonomi orang Melayu.

 

Malindo Airways akan meranapkan keegoan Air Asia yang sekarang ini cukup dasyat dalam mencekek darah pengguna dengan mengenakan bermacam macam bayaran sama ada yang tersembunyi mahupun secara jelas,

"Dato Sri Najib Razak Know What U Did Tony Fernandes"

Sama sama kita nantikan episod baru selepas ini dan yang pasti DAP akan terus menyerang apa sahaja kepentingan yang strategik untuk orang Melayu.

Psssttt... Serius Air Asia Sucks...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...