BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! SKANDAL LEMBAH SIREH !!! SAH !!! PTSK GAGAL KERANA WUJUDNYA PENYELEWENGAN !!!
- BONGKAR !!! NIK AZIZ KATA CHUA SOI LEK TIDAK HINA HUDUD !!!
- HOT NEWS !!! MB KEDAH WAJAR DESAK DYMM SULTAN BUANG SUK !!!
- HOT NEWS !!! MAZA KINI UMPAMA SEEKOR TOYOL YANG SEDANG BERKELIARAN MENCARI TUAN BARU !!!
- ISU HUDUD !!! LIM KITSIANG KAFIR HARBI !!! CHUA SOI LEK KAFIR ZIMMI !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! MAJLIS PEGUAM WAJAR TUTUP FIRMA ZAIN & CO. DEMI RAKYAT !!!
BONGKAR !!! SKANDAL LEMBAH SIREH !!! SAH !!! PTSK GAGAL KERANA WUJUDNYA PENYELEWENGAN !!! Posted: 03 Nov 2012 08:30 AM PDT Lebih kurang seminggu dua kebelakangan ini,Kerajaan PAS Kelantan kelihatannya tak senang duduk,masing-masing semacam kehangatan dan keresahan lebih daripada biasa.Ramai pemimpin utama negeri bermula dari Exco-Exco hinggalah Timbalan Menteri Besar dan Menteri Besar sendiri yang terpaksa tampil ke depan untuk memperjelaskan isu skandal Lembah Sireh.Penjelasan yang keluar dari mulut masing-masing ada pelbagai versi,ada yang mengatakan projek tersebut tidak merugikan,projek itu mungkin gagal,ada yang kata cuma kurang berjaya,kononnya pula bermasalah dengan soal tebus guna tanah dan itu ini segala macam aneka alasan.Satu yang pasti,kesemua mereka sedaya upaya cuba menggambarkan Projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh,Kota Bharu yang kosnya dianggarkan sekitar RM2 bilion itu bebas daripada skandal,penyelewengan dan salah guna guasa mahupun rasuah.Hakikatnya projek pembangunan di Lembah Sireh itu sehingga kini hanya 5% saja yang berjaya disiapkan sebagaimana diakui sendiri oleh Exco Kerajaan PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan. Itupun hanya melibatkan projek komersial termasuklah pembinaan sebuah Pasaraya Besar Tesco, lot-lot kedai dan beberapa pembangunan lain yang tidakpun berbaloi dengan nilai tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) yang sudah menjadi hakmilik syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd. Manakala pembinaan komponen utama yang membabitkan kepentingan orang ramai seperti Jambatan Baru Palekbang (RM150 juta),sebuah masjid (RM20 juta) dan Stadium Tertutup Wanita (RM25 juta) hingga kini satu pun gagal untuk dibina. Sedangkan kesemua komponen ini sepatutnya sudah siap sejak tahun 2007 lagi. Mentang-mentanglah kesemua pembinaan komponen di atas tidak menguntungkan poket para kroni maka sengaja diabaikan konon atas alasan harga bahan mentah telah meningkat naik. Kalau setakat lewat disiapkan boleh tahan lagi,sekurang-kurangnya rakyat tahu tanah seluas 716.8 ekar yang sudah menjadi hakmilik Liziz Standaco itu tidaklah sia-sia kerana projek tetap berjalan. Masalah sekarang tanah sudah tergadai bertukar milik tapi projek pembangunan sebagai komponen utama yang nilainya hampir setara dengan nilai tanah berharga RM318.29 juta itu waima satu tiang dan batang besi pun tak kelihatan. Malah Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang pada asalnya termasuk dalam komponen tersebut yang patut dibina dan disiapkan oleh kerajaan PAS Kelantan melalui syarikat swasta yang dilantiknya itu pun tak termampu dibuat, akhirnya Kerajaan Pusat juga yang kena tolong binakan. Bila Kerajaan Pusat dah tolong bina bermakna berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 8 Julai 2003 yang turut dihadiri oleh Nik Aziz selaku MB Kelantan,maka Liziz Standaco sebagai pemaju projek perlu membayar wang sekurang-kurangnya RM90 kepada Kerajaan Negeri. Di manakah wang tersebut itu sekarang ??? Satu perkara lagi yang cukup meragukan kenapa tanah yang ditafsirkan bernilai RM318.29 juta itu diberi kebenaran untuk dipindah hak milik kepada syarikat swasta itu, sedangkan sepatutnya ia hanya dilakukan selepas keseluruhan projek pembangunan siap dilaksanakan.Nilai RM318.29 juta jauh lebih besar dari isu NFC yang diberi pinjaman RM250 juta untuk projek ternak lembu skala besar. Jika isu NFC begitu kecoh dipersoalkan sedangkan syarikat tersebut tetap wajib membayar pinjaman mengikut jadual, kenapa pula dalam skandal Lembah Sireh yang melebihi angka RM300 juta melibatkan pemindahan hakmilik tanah tanpa mengikut prosedur mahu dibiarkan saja ??? Apabila keseluruhan projek Lembah Sireh ini diakui kurang berjaya atau dengan kata mudah telah gagal berjalan mengikut jadual, manakala hakmilik tanah sudah tergadai, maka jelaslah memang wujud unsur penyelewengan ataupun berlaku salahguna kuasa yang serius. Jika segala jawatankuasa kerja teknikal benar-benar melaksanakan tanggungjawab mereka memantau projek ini sepertimana yang didakwa oleh pemimpin Kerajaan PAS Kelantan, maka sewajarnya tidak akan timbul isu tanah bertukar milik tanpa prosedur dan syarikat swasta itu pula akan patuh membina kesemua komponen yang wajib dibina oleh mereka. Seseorang mesti mengambil tanggungjawab diatas kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau perjalanan projek Lembah Sireh ini. Tanah hakmilik negeri yang merupakan amanah rakyat kepada Kerajaan PAS Kelantan sudah bertukar milik manakala para petani yang dulu bercucuk tanam mencari rezeki di tebing Sungai Kelantan sudah dihambat keluar. Serban dan jubah yang sering dipakai oleh pemimpin PAS Kelantan bukannya jawapan konkrit untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku.Kini masanya rakyat menuntut pihak berkuasa segera mengambil tindakan dan mengheret si penyangak ke muka pengadilan. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! NIK AZIZ KATA CHUA SOI LEK TIDAK HINA HUDUD !!! Posted: 03 Nov 2012 05:00 AM PDT Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009,tiga tahun dulu secara terbuka telah memberi lampu hijau kepada para pemimpin DAP untuk menghina Islam dengan alasan mereka yang berbuat demikian itu tidak beragama Islam. Menurut Nik Aziz, "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam.Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," demikian katanya ketika mempertahankan tingkah laku dan tutur kata lancang pemimpin DAP yang semakin kerap mempersendakan dan menghina Islam.Pandangan Nik Aziz itu sebetulnya memang agak semberono mungkin kerana terlampau taksud pada kepartian dan terlebih-lebih mempolitikkan agama untuk kepentingan puak sendiri.Mungkin juga kerana teruja dengan kenyataan Menteri besar Kelantan itulah maka kira-kira sebulan lalu pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham dengan sengaja mengeluarkan kenyataan menghina termasuklah mempersenda kesungguhan umat Islam memprotes filem Innocence of Muslims. Manakala para pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR pula semakin berani bersyarah di ruang solat utama orang Islam. Ahli kariah pula yang termanggu-manggu mendongak kepala kepada si kafir sambil mendengar si politikus non muslim bertazkirah.Yang JAKIM keluarkan fatwa cuma membenarkan non muslim melawat dalam masjid dan surau sahaja,tapi dapat pada PAS, terus mereka beri izin untuk pemimpin politik non muslim memberi tazkirah lagak macam ustaz, tok imam dan tok khatib pula.Cuma peliknya,dalam isu hudud PAS apabila sahaja Presiden MCA, Chua Soi Lek tiba-tiba sahaja mencuit sambil mengkritik hudud PAS bakal menyebabkan kesan buruk pada 1.2 juta orang, terus sahaja penyokong dan pemimpin PR naik angin satu badan. Mereka lupa,Soi Lek bukannnya seorang yang beragama Islam dan jika mengikut pandangan semberono yang dipegang oleh Nik Aziz,maknanya Soi Lek tidakpun bersalah.Bukankah Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 dulu telah memberi lesen besar kepada DAP dan orang bukan Islam untuk menghina Islam atas alasan mereka bukannya beragama Islam ??? Jika kenyataan Soi Lek berkenaan hudud PAS dianggap menghina hukum hudud dan menghina Islam,secara mantiknya ianya boleh dianggap berlaku selepas mendapat kebenaran dari Nik Aziz. Lampu hijau untuk DAP menghina Islam sama juga maksudnya seperti membenarkan Chua Soi Lek mengkritik hudud PAS,kerana baik pemimpin DAP mahupun MCA,kedua-duanya bukan Islam. Kini pandangan Nik Aziz itu menjadi boomerang tepat ke dahi Nik Aziz serta pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini kelam kabut berdemo sana sini membantah kenyataan Chua Soi Lek. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! MB KEDAH WAJAR DESAK DYMM SULTAN BUANG SUK !!! Posted: 03 Nov 2012 01:30 AM PDT Politik PAS Kedah terus bergolak apabila beberapa pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan secara berterusan memberi tekanan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah Datuk Rasli Basir agar meletak jawatan.Beberapa demonstrasi diadakan oleh pihak ini bagi memaksimakan tekanan dengan harapan Datuk Rasli akan meletakkan jawatan atau Menteri Besar Kedah serta DYMM Sultan sendiri akan mengambil tindakan sewajarnya.Blog-blog penyokong PAS di Kedah juga turut membantu usaha ini dengan memburuk-burukkan Datuk Rasli.Berbagai teori dibentangkan lengkap dengan kisah-kisah sebalik tabir yang digambarkan dari berbagai sudut.Walaubagaimanapun,sudut penceritaan adalah terpulang kepada kepentingan para blogger yang menulis kisah tersebut.Bagi menjustifikasi tentangan mereka terhadap Datuk Rasli,blogger PAS ini sanggup berkata apa saja termasuk menggambarkan exco Kedah Phahrolrazi yang menimbulkan kontroversi kerana terlalu gilakan jawatan MB sehingga sanggup menentang Azizan secara terbuka,sebagai dibeli oleh Datuk Rasli di padang golf untuk menggantikan Azizan dan seterusnya menjadi MB boneka UMNO.Jika itu belum cukup untuk membuatkan kita terkesima,maka blogger PAS juga secara terang-terangan menuduh pihak istana juga telah dibeli oleh Datuk Rasli. Antara kenyataan dari blogger PAS ialah, "Dato Rasli bijak dalam main jarum halus.Kerabat2 pihak Istana dia dah kawai, dah sokong dia untuk terus jadi SUK. Baguslah sebab kerana budi digadai body. Dato Phahrol pun depa dah beli di padang golf,berpelok2 dgn Man Saad.Sekarang depa minta Dato Phahrol perjatuh Ostat supaya Dato Phahrol jadi MB,jadi boneka UMNO." Di kala Kedah sedang berhadapan dengan pendedahan audit yang menggambarkan kelemahan serta masalah korupsi dan kronisme yang kronik di negeri itu,tumpuan PAS terhadap isu SUK ini amatlah membingungkan.Sepatutnya,semua pihak mendesak siasatan dilakukan terhadap semua projek-projek yang bermasalah yang terdedah dalam laporan audit bukannya sibuk menjatuhkan orang itu dan orang ini atas alasan-alasan yang rambang. Apa yang dapat difahami dari semua tekanan yang diberi terhadap Datuk Rasli ialah, ianya berpunca dari tindakan beliau menukar Ahmad Fisol Md Nor, Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala Muda.Ahmad Fisol atau Hj. Fisol yang terkenal sebagai 'pensimpati' PAS sejak zaman pemerintahan BN lagi telah lama menyimpan dendam kerana merasakan bahawa jawatan SUK itu sepatutnya menjadi miliknya berdasarkan sokongan beliau kepada PAS selama ini. Untuk pengetahuan,Datuk Rasli bukanlah orang politik dan beliau tidak pandai menangani serangan bersifat politik oleh Hj. Fisol. Selama ini beliau bertugas secara professional menjalankan tanggungjawabnya sebagai pegawai kerajaan negeri. Berlainan dengan Hj. Fisol yang mana gerakan politiknya kelihatan begitu terancang dalam usaha beliau menjatuhkan Datuk Rasli.Seluruh blog PAS Kedah membelanya dengan mengulang-ulang memaparkan cerita dari artikel yang sama bagi menyebarkan keburukan Datuk Rasli. Malang bagi Kedah kerana mempunyai Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa. Sedangkan pendedahan audit yang melibatkan kerugian berjuta ringgit yang tidak masuk akal juga tidak mendapat komen jelas darinya, inikan pula masalah politik dalam pentadbirannya.Apa yang difahamkan ialah Ustaz Azizan adalah seorang yang amat mudah dipengaruhi jika kena caranya. Dan sekali beliau terpengaruh, beliau akan mempercayai orang tersebut 100%.Lanjutan itu,sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa Ustaz Azizan sudah pun dipengaruhi oleh pihak Hj. Fisol yang meletakkan semua kesalahan dan kelemahan dalam pentadbiran Kedah ke atas bahu Datuk Rasli. Kononnya, Datuk Rasli sengaja ingin menonjolkan kelemahan Ustaz Azizan melalui kelulusan dan pengurusan projek-projek yang bermasalah. Namun, pihak dalaman cukup maklum bahawa Ustaz Azizan tidak mampu mengawal orang-orang kepercayaannya. Beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka sehingga mengatasi pegawai-pegawai kerajaan yang sepatutnya dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian, banyak projek yang berjalan tanpa mengikut prosedur sepatutnya, di mana pegawai-pegawai kerajaan seperti Datuk Rasli diketepikan terus, konon atas perintah langsung Ustaz Azizan. Sikap Ustaz Azizan yang tidak boleh ditegur juga menyukarkan Datuk Rasli atau sesiapa sahaja untuk membantunya membuat keputusan yang tepat. Akhirnya, bila sudah terhantuk, kepala Datuk Rasli pula yang dihulurnya untuk ditengadah. Ustaz Azizan seharusnya pantas membuat keputusan berkenaan tindakan yang sesuai supaya kemelut ini dapat diselesaikan segera.Membiarkan masalah ini berlarutan tanpa sebarang komen dan tindakan hanya menimbulkan tandatanya rakyat selain membuang masa serta menjejaskan urusan pentadbiran negeri. Datuk Rasli dilantik oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,yang kini Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, jika Ustaz Azizan percaya yang Datuk Rasli telah dengan sengaja 'menganiayanya',maka beliau wajar mendesak DYMM Sultan untuk menyingkirkan Datuk Rasli. Semakin lama Azizan membiarkan perkara ini berlarutan, semakin terserlah bahawa beliau sebenarnya mencabar pilihan Sultan. Sebagai Menteri Besar Azizan perlu bertanggungjawab atas apa jua keputusannya sama ada untuk mendesak penyingkiran Datuk Rasli atau mengekalkan beliau di tempatnya.Apapun,Azizan tidak boleh berdiam diri,menutup mata dan memekakkan telinga seolah-olah tiada apa yang berlaku di sekelilingnya. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! MAZA KINI UMPAMA SEEKOR TOYOL YANG SEDANG BERKELIARAN MENCARI TUAN BARU !!! Posted: 02 Nov 2012 10:00 PM PDT Khabar dari sumber inner circle Dr MAZA sendiri bertiup kencang bahawa beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya di negeri tersebut. Ini merupakan kali kedua berita berkenaan bekas Mufti kontroversi ini, yang sentiasa cuba menampakkan seolah-olah beliau neutral dengan mengkritik UMNO dan PAS sedangkan pada masa yang sama beliau cukup mengkagumi reformis kristian barat seperti Martin Luther. Malah ada ura-ura beberapa minggu lepas, beliau telah dengan bangganya memberitahu beberapa orang yang rapat dengannya bahawa Kerajaan Syaithan Besar Amerika Syarikat di bawah Barrack Obama cukup berminat untuk memberikan beliau biasiswa Leadership tajaan White House. Beliau bagaimanapun menafikan khabar tersebut walaupun mengambil masa lebih dari 24 jam untuk dengan 'berat hati' menafikan berita tersebut. Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk mempercayai penafian beliau kerana beliau dilihat menghentam para pencinta ahlul bayt, pejuang-pejuang Islam di dalam PAS dan UMNO tetapi cukup rapat dan memuja-muji para tokoh liberalisme dan pluralisme agama seperti Anwar Ibrahim dan mengangkat dan menjulang pemikiran-pemikiran para kafirin orientalis barat. Malah, beliau secara konsisten selalu memuji demokrasi Syaithan Besar Amerika Laknatullah yang meyeksa umat Islam seluruh dunia termasuk di Al–Quds dan Iran. Beliau juga cukup berbangga menghadiri majlis kerabat diRaja England walaupun tidak diketahui atas kapasiti apa beliau hadir di majlis tersebut. ![]() Perkhabaran terbaru berkenaan tawaran istimewa oleh Anwar Ibrahim tidak dinafikan oleh Dr MAZA. Di dalam twitter beliau, seseorang telah bertanya berkenaan mesyuarat rahsia selama 4 jam melibatkan beliau dan DSAI. Juga ditanya tentang tawaran yang diberikan terhadap beliau.Dr MAZA tidak menafikan malah memberitahu, belum tiba masanya untuk diumumkan! Sungguhpun begitu,sumber dalaman dari kem Dr MAZA sendiri memberitahu bahawa Dr MAZA telah ditawarkan jawatan sebagai Bakal Menteri Besar Pakatan untuk negeri Perlis. Ini memandangkan MB Perlis sekarang Datuk Seri Dr Md Isa Sabu masih mempunyai konflik dengan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang masih mengintai peluang merampas semula kerusi MB yang telah dilucutkan dari dirinya. Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Shahidan Kassim adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk beberapa ulamak ke dalam UMNO.Dr MAZA senantiasa cuba menampakkan seolah-olah beliau setia kepada Datuk Seri Shahidan akan tetapi,tindak tanduk terkininya yang menghentam para ulamak yang masuk UMNO sebagai ulamak hanyut dalam politik wang jelas telah menunjukkan bahawa ia merupakan usaha besar Dr MAZA untuk memisahkan diri dari Dr Shahidan dan bertujuan untuk member signal kepada semua bahawa Dr Shahidan Kassim sudah tidak lagi berpengaruh untuk mengawal Dr MAZA dan Dr Shahidan tidak signifikan lagi dalam politik tanahair. Dr Shahidan juga dapat dilihat melahirkan rasa tidak selesanya apabila Dr MAZA membuat kenyataan dengan mengatakan ulama-ulama yang menyertai UMNO sebagai hanyut. ![]() Melihat kepada modus operandi Dr MAZA dan Anwar Ibrahim yang sama, (yakni Anwar mengkritik dahsyat PAS dan UMNO sebelum masuk UMNO), adalah boleh diramal bahawa tindakan Dr MAZA mengkritik ulama PAS dan ulama UMNO tetapi memuja Amerika dan reformis kristian adalah merupakan satu langkah awal sebelum Dr MAZA masuk PKR yang liberal.Kerusi ulama dalam PKR kosong semenjak Dr Badrul Amin ditangkap khalwat dan Ismail Mina meninggalkan Anwar. DS Anwar Ibrahim dalam keadaan terdesak untuk mengisi kekosongan tersebut. Calon terbaiknya tentulah Dr MAZA. Seperti mana Anwar menjatuhkan Tun Ghafar Baba,begitulah Dr MAZA akan mengkuburkan Datuk Seri Shahidan Kassim. Tindakan DS Anwar Ibrahim meletakkan Dr MAZA sebagai calon MB Perlis (sekiranya betul) merupakan usaha menguatkan tapak liberalisme agama dipasakkan di negeri Perlis kami yang tercinta. Kepada Dr MAZA, dari Datuk Arif Perkasa sibuk mengkritik tindakan Tuan Hj Muhammad Sabu melawat Syria, lebih baik Datuk periksa dahulu tindak tanduk Datuk yang menjulang Syaithan Besar Amerika Laknatullah sehingga ada ura-ura bakal menjadi mufti white house. Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang? - SEL13.COM Tweet dari MAZA sendiri yang mengesahkan pertemuan sulit antara beliau dengan Anwar Ibrahim ![]() Dr Shahidan menyatakan ketidakselesaan beliau terhadap kenyataan MAZA melalui FBnya ![]() ![]() |
ISU HUDUD !!! LIM KITSIANG KAFIR HARBI !!! CHUA SOI LEK KAFIR ZIMMI !!! WAJIB BACA !!! Posted: 02 Nov 2012 07:00 PM PDT Polemik isu hudud melibatkan DAP dan MCA,sebenarnya menarik untuk diperhatikan kerana ia membabitkan pertarungan dua buah parti Cina yang masing-masing cuba menonjolkan kejaguhan mereka berhubung isu tersebut dalam merebut sokongan pengundi Cina.DAP sejak lama dulu diketahui ramai agak konsisten dan keras pendiriannya terhadap Islam serta orang Melayu,bagi mereka negara ini perlu ditadbir samarata tanpa melebihkan kaum atau agama tertentu,walau hakikatnya DAP sendiri pun tidak pernah pun berlaku adil dan samarata terhadap orang Melayu Islam.MCA pula sejak prestasinya jatuh merudum pasca PRU 12,mereka seakan tertekan dengan kebangkitan DAP,lebih-lebih lagi semenjak tsunami politik 2008 itu telah memberi impak besar terhadap kejatuhan moral ahli-ahli dan pemimpinnya.Menyedari isu hudud PAS merupakan api dalam sekam dalam hubungan DAP dengan PAS serta banyak mempengaruhi corak pengundian orang Cina,sejak akhir-akhir ini MCA kelihatan cuba menandingi DAP dalam isu hudud.Pendirian DAP dalam isu hudud dan negara Islam amat jelas,mereka menolaknya secara total,tiada dolak dalih hatta pernah satu ketika Pengerusi DAP Pusat,Karpal Singh secara terbuka mencabar PAS melangkah mayatnya dahulu dalam isu menegakkan negara Islam. Itu satu penghinaan,tapi penghinaan ini tidak pernah menjadi kudis bagi PAS malah seorang pemimpin veteran PAS Kelantan,Cikgu Rahim pernah mengikrarkan akan mempertahankan Karpal Singh dengan nyawanya.Penasihat DAP Pusat iaitu Lim Kit Siang pula secara terbuka tetap tegas menolak pelaksanaan hudud PAS,tidak pernah berubah sama seperti pendiriannya yang cukup keras membangkang polisi hak keistimewaan untuk orang Melayu Islam dan Bumiputera.Sementara itu Presiden MCA,Chua Soi Lek juga tidak kurang kerasnya disebalik kritikan sinisnya berkenaan hudud PAS yang dikatakan bakal menyebabkan 1.2 juta orang hilang pekerjaan.Soi Lek bercakap dari segi kesannya pada ekonomi terutama terhadap non muslim namun bagi PAS ia dianggap satu penghinaan terhadap Islam.Tapi kata Mursyidul Am PAS,"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam.Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," kenyataan Nik Aziz ini direkodkan pada 12 Ogos 2009,kira-kira tiga tahun dahulu. Secara ringkasnya,maksud Menteri Besar Kelantan itu ialah selagi seseorang itu adalah non muslim maka mereka berhak untuk menghina ataupun mempertikaikan Islam.Jika kata-kata Mursyidul Am PAS itu dijadikan perkiraan,maka Soi Lek tidaklah dikira bersalah,betul tak ??? Menariknya,sebahagian besar kenyataan Chua Soi Lek yang semakin kritis dan sinis terhadap hudud PAS adalah selepas tarikh kenyataan dari Nik Aziz itu.Barangkali Soi Lek beranggapan jika DAP diberi lesen oleh untuk menghina Islam,jadi apa salahnya untuk beliau mengkritik hudud PAS secara sinis tapi berlapikkan fakta ekonomi ??? Mungkin begitu agaknya.Tentangan oleh Kit Siang dan Karpal Singh adalah manifestasi prinsip DAP yang sejak awal dulu-dulu lagi,manakala Soi Lek pula bermotifkan untuk menandingi kejaguhan DAP.Apapun,sama ada Kit Siang,Soi Lek mahupun Karpal Singh,ketiga-tiganya berkongsi satu fahaman,sama-sama menolak perlaksanaan hudud PAS dengan dengan pelbagai hujah sendiri. Bezanya,tatkala Kit Siang selaku peneraju arah tuju dan dasar DAP sudah sekian lama sebati dan terkenal sebagai gelaran kafir harbi,manakala Soi Lek pula masih lagi dalam kategori kafir zimmi.Kenapa begitu ??? Mudah sahaja jawapanya. DAP merupakan pemain utama disebalik bantahan terhadap JAIS ketika agensi agama Islam itu cuba membanteras gejala murtad,malah perarakan Maulidul Rasul di Pulau Pinang pun dibatalkan disebabkan DAP berkuasa di sana.Lim Kit Siang dan parti DAP pernah menolak pengisytiharan rasmi oleh Tun Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah Negara Islam,satu pengisytiharan yang sehingga kini tidakpun dibangkang oleh si kafir zimmi MCA atau Gerakan.Hatta sehingga kini Kit Siang dan DAP terus berkeras mahu menuntut negara ini diisytiharkan pula sebagai negara sekular,satu tuntutan yang sebenarnya mempunyai motif tersirat supaya semua agama mempunyai hak yang sama seperti agama Islam.Jika tuntutan Kit Siang dipenuhi bermakna tiada lagi halangan untuk lain-lain agama berdakwah di media elektronik, mendapat akses sokongan dalam pendidikan rendah dan menengah serta layak diberi peruntukan wang ringgit dari kerajaan serta segala kemudahan lain yang bersangkutan.Namun hari ini,PAS pula sebagai sebuah parti yang mengaku Islam lebih selesa bersama sebuah parti kafir harbi DAP konon atas tujuan mahu berdakwah, hakikatnya sejak beberapa tahun lalu pengaruh DAP harbi pula yang terlebih-lebih dalam menentukan halatuju PAS, bukan begitu pembaca Badut Rakyat Sekalian ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! MAJLIS PEGUAM WAJAR TUTUP FIRMA ZAIN & CO. DEMI RAKYAT !!! Posted: 02 Nov 2012 04:00 PM PDT kelmarin,Akhbar melaporkan bagaimana Firma guaman Zain & Co telah bersekongkol dengan SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih melalui sistem demokrasi.Rakan kongsi firma tersebut,Amir Hamzah didakwa menandatangani surat memperakui SUARAM sebagai pertubuhan yang sah bagi meyakinkan peguam-peguam Perancis untuk mewakili pertubuhan tersebut dalam isu scorpene yang sebenarnya bukan isu.Apa yang mengejutkan ialah firma ini mendapat banyak kontrak guaman dengan kerajaan Malaysia.Justeru,apa yang dilakukan oleh firma ini bukan setakat mengkhianati negara tetapi juga pelanggan mereka,sekali gus mengingkari peranan mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan,iaitu institusi yang sepatutnya memegang amanah tertinggi.Bagi seseorang yang tidak mengambil tahu hal politik,tentulah melihat tiada apa-apa yang salah dengan tajuk yangsaya pilih di atas,berdasarkan laporan akhbar tersebut.Namun,bagi yang cukup arif dengan perjalanan politik Malaysia tajuk yang penulis pilih itu amatlah melucukan.Ini kerana,bagaimana kita menuntut Majlis Peguam mengambil tindakan ke atas Zain & Co. kerana bersekongkol dengan SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia sedangkan Majlis Peguam sendiri merupakan sebahagian dari keseluruhan perancangan yang sama ??? Tiada siapa boleh menafikan bahawa Majlis Peguam sering mengambil tindakan berat sebelah dan tidak professional dalam isu-isu yang membabitkan kerajaan Malaysia.Contohnya,dalam isu demonstrasi BERSIH,beberapa pemerhati telah mendedahkan bagaimana Majlis Peguam telah memutuskan bahawa polis telah bertindak ganas dengan hanya berdasarkan bukti yang memberi kelebihan kepada pihak pembangkang.Manakala bukti yang dikemukakan oleh polis langsung tidak diberi perhatian.Sikap Majlis Peguam ini secara tidak langsung,membenarkan tuduhan pembangkang bahawa pendokong undang-undang Malaysia adalah korup dan tidak berintegriti. Tetapi,yang peliknya,pihak yang tidak berintegriti dan korup itu semuanya memberi kelebihan kepada pihak pembangkang.Lebih buruk lagi,Majlis Peguam tidak pula menunjukkan minat untuk menangani isu membabitkan ahli-ahli mereka yang bermasalah seperti menipu pelanggan, lembab dan terlibat dalam kes jenayah iaitu isu yang benar-benar melibatkan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan. Sikap Majlis Peguam ini tidak lebih seperti politikus jalanan yang suka mencari publisiti murah semata-mata untuk memburukkan kerajaan. Hakikatnya, kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Zain & Co. bukanlah kecil. Jika tindakan gagal dikenakan ke atas mereka, akan dengan sendirinya membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem, seseorang, sesuatu pihak yang bertanggungjawab dalam undang-undang negara ini.Di masa yang sama,adalah lucu jika kita menyuruh Majlis Peguam yang mengambil tindakan terhadap firma tersebut kerana harapan sebegitu samalah seperti menyuruh seorang ketua perompak mengambil tindakan terhadap anak buahnya, dalam rompakan yang dilakukan bersama. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment