Hi tuanhamba, Jaga Keselamatan Sepanjang Musim Tengkujuh | | Melawat kawasan banjir di Selatan Malaysia tahun lepas Saya sangat gembira apabila mengumumkan mengenai perlancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang ketiga di Melaka baru-baru ini. Projek ini dilaksanakan dengan kos yang rendah kerana ia melibatkan pembangunan semula infrastruktur sedia ada kepada pusat. Dengan infrastruktur terbaru ini, beberapa kemudahan akan dipusatkan antaranya tempat penyediaan latihan berkemahiran tinggi dan tempat untuk membuat permohonan pinjaman daripada Agrobank, Tekun serta Amanah Ikhtiar selain perkhidmatan agensi kerajaan yang lain. Ia juga akan memberi kemudahan kepada para peniaga, nelayan serta petani untuk menghimpun serta menjual produk mereka. Dengan kejayaan ini, saya berharap lebih banyak lagi RTC dapat ditubuhkan di seluruh Malaysia di masa akan datang. | | | Temuduga bersama akhbar“The Malay Mail “ | Sebelum ini, saya telah ditemuduga oleh Akhbar tempatan “The Malay Mail”. Saya telah berbincang pelbagai isu dekat hati, seperti program transformasi, Perhimpunan Agung UMNO, Sabah dan Sarawak dan lain lain. Anda boleh baca di sini: | | | Perkembangan Terkini Mengumumkan projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di Pulau Pinang untuk membina 10,000 kediaman kos rendah. | Sabtu lepas, 8 Dis, saya telah membuat lawatan kerja sehari di negeri Pulau Pinang. Aktiviti-aktiviti dan Program saya di Pulau Pinang termasuk tinjauan mesra di Pasar Bayan Baru, Perasmian program siri Jelajah Janji Ditepati (JJD), pengumuman projek PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) dan lain lain lagi. Anda juga boleh mengunjungi galeri gambar-gambar saya di blog saya. | | | | Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MIC ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad yang lalu. | Anda boleh menonton video tersebut disini: | | | Ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi. Najib Razak | | |
| |
-------------------------------------------------------------------------------
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment