PISAU.NET

PISAU.NET


Golongan Assabiyah jadi teras sokongan Anwar - Tun M

Posted: 22 Nov 2012 05:00 AM PST

'Kelompok Assabiyah menjadi teras kekuatan Anwar Ibrahim...' - Tun Dr Mahathir




Pisau kata "Anwar kentut pun depa kata wangi"

Kabilah Bani Lim Terima Islam Dan Hadi Awang

Posted: 22 Nov 2012 12:00 AM PST

 Kenyataan Presiden PAS, Dato Seri Hadi Awang berkenaan kesediaannya untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU kali ini menjadi kontroversi terhangat kerana ia bertentangan dengan persetujuan yang dimeterai dalam Pakatan Rakyat.


Sebagai respon, PAS membayangkan bahawa media telah melaporkan kenyataan tersebut secara keterlaluan dan sengaja melaga-lagakan pemimpin PR. Bagi membela diri, kenyataan penuh Hadi Awang pun disiarkan oleh Harakahdaily dan Malaysian Insider bagi menerangkan maksud sebenar.


Apa yang difahamkan dari transkrip yang disiarkan kedua-dua media pro-PR berkenaan kenyataan Hadi Awang itu tidak bercanggah dengan fahaman orang ramai iaitu Hadi Awang bersedia menjadi Perdana Menteri dan merasa syok atau seronok juga dengan idea itu. Beliau juga menggambarkan kemenangan PR dalam pilihanraya sebagai membawa makna kemenangan Islam.


Katanya, Saya alu-alukan nak lantik saya jadi Perdana Menteri. Syok juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah.


Beliau kemudian meminta PAS menghayati peristiwa hijrah di mana bila Nabi SAW berhijrah ke Madinah, baginda berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah, antaranya kabilah Bani Amir lalu menawarkan Islam sebagai jalan kemenangan untuk menegakkan sebuah negara. Walaupun mulanya mereka mempersoalkan siapakah yang akan menjadi Raja tetapi akhirnya akur dengan jawapan Nabi SAW bahawa kemenangan adalah milik Allah SWT dan jawatan tertinggi juga akan ditentukan Allah SWT. Dengan itu, kabilah-kabilah tersebut menerima Islam dan mendapat kemenangan.


Dalam sidang akhbar kemudiannya, Hadi dilaporkan menolak cadangan perlantikannya sebagai PM dan rela kembali menjadi nelayan jika Islam menang. Kita faham yang Hadi tidak mungkin berani menentang apa yang telah disepakati dengan PKR dan DAP berkenaan jawatan PM adalah milik Anwar Ibrahim. Namun, kita juga faham bahawa Hadi perlu menenangkan hati akar umbi yang tidak sanggup menerima Anwar sebagai PM.

 Justeru, kenyataan Hadi semasa ucapan dasar dan ketika sidang akhbar adalah kenyataan politik semata-mata dan tidak membawa apa-apa makna kepada PAS kerana kita sedia maklum bahawa PAS kekal berada di bawah kelengkang Anwar dan di bawah telapak kaki DAP. Namun, yang kita tidak faham ialah bagaimana Hadi mengaitkan kemenangan PR dengan kemenangan Islam, mahupun peristiwa hijrah tersebut.


Jika menurut sejarah hijrah, kabilah-kabilah yang ditemui Nabi SAW menerima Islam sebelum bersetuju bekerjasama mendirikan sebuah negara. Tetapi, dalam kisah PAS ingin memenangkan Islam hari ini, kabilah Bani Lim dan kabilah Bani Anwar belum pun menerima Islam PAS, tetapi PAS tetap bersetuju bekerjasama dengan mereka untuk memerintah negara. Apakah Hadi pekak badak tidak mendengar suara kabilah Bani Lim yang hampir serak menjerit-jerit Negara Sekular yakni menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi serta menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menegakkan undang-undang Islam di negara ini?


 Tanpa klausa Islam sebagai agama rasmi yang dipertahankan mati-matian oleh UMNO, bermakna Islam akan di sama-ratakan dengan agama lain dan tidak lagi mempunyai hak untuk menguasai medium dakwah dalam negara sekali gus memberi ruang agama lain berdakwah secara meluas serta membuka hak untuk murtad bagi Umat Islam. Tiada lagi peruntukan khas untuk program-program pembangunan Islam mahupun prasarana untuk menyampaikan syiar Islam.


 Sebaliknya, peruntukan tersebut akan di sama ratakan bagi semua agama di mana agama Kristian, yang diketahui sebagai paling berkemampuan dari segi kewangan pasti akan mendapat ruang paling luas untuk berkembang. Justeru, kerjasama PAS dengan kabilah Bani Lim ini jelas akan mengalahkan Islam dan bukan memenangkannya, sekiranya PR memenangi pilihanraya.


Kabilah Bani Anwar pula jelas berkiblatkan barat, menganggap undang-undang Islam mengenai homoseksual atau LGBT sebagai lapuk serta meletakkan semua agama sebagai sama di mana Islam bukan satu-satunya agama yang benar. Maka, bagaimana Hadi boleh menjelaskan yang kerjasama PAS dengan kabilah Bani Anwar juga akan memenangkan Islam jika memenangi pilihanraya? Mungkin kita perlu bertanya, apakah Islam bagi Hadi Awang? Apakah erti kemenangan Islam yang beliau maksudkan? Jelas, Hadi telah keliru dengan putar-belitnya sendiri iaitu bahawa Islam itu PAS dan PAS itu Islam.


Hakikatnya, kemenangan PAS tidak bermakna kemenangan Islam kerana PAS bukan Islam. PAS hanya sebuah parti politik biasa yang ditubuhkan oleh manusia biasa yang takbur mengangkat diri sendiri sebagai Ulama. Tiada pengiktirafan khas dari langit yang mengesahkan PAS sebagai parti paling mulia atau benar menurut Islam. Malah, pemimpin-pemimpin PAS juga penuh dengan skandal - zina, khalwat, rasuah seperti juga pemimpin-pemimpin parti-parti politik di seluruh dunia. Tiada kelebihan dari segi Islam bagi PAS melainkan nama partinya semata-mata.


Tidak juga pada pakaian kerana pakaian ala Arab yang dipakai oleh pemimpin mereka bukan bermakna pakaian Islam, tetapi sekadar pakaian Arab. Jubah dan serban adalah pakaian tradisi tok-tok Arab tidak kira yang alim atau yang jahil, yang Islam atau yang kafir dan ia dipakai mereka di mana saja tak kira ke masjid atau ke pusat hiburan.


Selain itu, PAS juga tidak boleh menafikan hakikat yang parti itu bukan lagi berdiri dengan sendirinya. Kaki PAS terikat sebelah dengan kabilah Bani Lim DAP dan sebelah lagi dengan kabilah Bani Anwar PKR. Sehingga kini kedua-dua kabilah tersebut masih belum menerima Islam unjuran PAS, maka ia menjadikan nisbah menolak Islam dan menegakkan Islam dalam kerjasama antara kabilah-kabilah seperti yang diumpamakan oleh Hadi Awang, adalah 2-1.


Dengan Ketua Dewan Ulama PAS sendiri mengaku untuk akur dengan sistem demokrasi, maka ini bermakna PAS atau Islam PAS, telah pun kalah sebelum bertanding lagi. Dalam ertikata lain, andainya PR menang PRU sekalipun, Islam PAS akan tetap kalah. Justeru, jika benar Hadi Awang ingin melihat Islam menang sebelum menutup mata, maka beliau sudah boleh menutup mata sekarang. Ini kerana Islam sentiasa menang di bawah pemerintahan UMNO yang tidak jemu berjuang bermati-matian memastikan Islam kekal di tempat tertinggi sebagai agama rasmi dengan dipelihara di bawah Institusi Raja-raja Melayu.

Penang Land:Warehouse Stock Clearance! Cepat Sebelum Terlambat.

Posted: 21 Nov 2012 10:00 PM PST

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir Shaik Hussain Mydin mendesak Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng agar menjawab 40 soalan berkenaan penjualan tanah rakyat miskin PPR Taman Manggis fasa 2 bersama lima soalan tambahan berkenaan keistimewaan yang diberikan kepada syarikat KLIDC.
Syarikat KLIDC adalah syarikat yang telah diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk membina dan mengurus pusat perubatan di atas tanah tersebut.
Malah Shaik Hussain juga melahirkan harapan agar Guan Eng menyaman dirinya berikutan desakan terus menerus berkenaan isu ini.
"Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman saya dan saya amat berharap agar dia saman saya. Sebab itu saya telah menyediakan 40 soalan yang akan saya tanyakan di mahkamah nanti.
"Sekiranya dia tak saman, dia tetap perlu menjawab semua persoalan ini bagi membuktikan dia tidak mempunyai sebagai kepentingan terhadap KLIDC," ujarnya dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online hari ini.
Di antara persoalan yang perlu di jawab oleh Guan Eng adalah bagaimana tender untuk pembinaan hospital dibenarkan pula membina hotel di atas bangunan hospital itu dan mengapa hanya tiga penender sahaja yang terlibat di dalam proses tender.
Menurut Syaik, pemilihan KLIDC bagi menjalankan pembinaan hospital ini amatlah diragui dan Guan Eng seakan mempunyai kepentingan terhadap syarikat ini.
"Ada terlalu banyak keistimewaan yang diperolehi oleh KLIDC di antaranya berkenaan tender tersebut. Bagaimana KLIDC mendapat tender ini, adakah mereka mempunyai pakar didalam pengurusan pembinaan pusat perubatan. Guan Eng tidak mampu jawab sehingga kini.
"Di antara tiga syarikat yang masuk tender, kita telah berjaya membuktikan dua daripada syarikat yang membida tender ini mempunyai kepentingan tertentu dan satu lagi syarikat telah tutup. Ini bermakna tender ini hanyalah sekadar gimik bagi mengaburi mata rakyat.
"Apa yang lebih menjadi kemusykilan adalah bagaimana KLIDC dibenarkan mencagarkan tanah tersebut kepada bank pada harga RM 11.5 juta. Banyak lagi perkara-perkara lain berkenaan KLIDC yang perlu Guan Eng jawab termasuklah 40 soalan yang masih tidak terjawab sehingga kini.
"Guan Eng perlu menjawab semua persoalan ini kerana sekiranya dia enggan menjawab maka jelaslah Guan Eng memang mempunyai kepentingan tertentu terhadap KLIDC. Kita bukan menuduh… sebab itulah kita mahu dia perjelaskan. Sekiranya dia masih tidak jawab maka kita boleh beranggapan dia setujulah dengan apa yang saya kata.
"Sudahlah tidak menjawab isu ini, Guan Eng mencabar pula kita untuk membeli tanah tersebut dan apabila kita setuju untuk membeli, Guan Eng mula panik. Dia terima duit satu persen dari kita secara tunai namun pada masa yang saya Guan Eng telah menerima duit daripada KLIDC sebanyak RM11.5 juta.
"Jelas ini menunjukkan Guan Eng tidak tahu mentadbir negeri dan banyak putar belit. Saya minta Guan Eng jelaskan secepat mungkin kerana isu Taman Manggis adalah isu kepentingan rakyat kerana tanah itu telah digezetkan sebagai rumah kos rendah fasa 2 oleh kerajaan negeri zaman Barisan Nasional (BN) dahulu. Tetapi kita tidak dapat melaksanakan fasa I kerana bajet tak cukup.
"Kita telah tunjukkan minit mesyuarat kepada Guan Eng tetapi dia cakap tak tau. Sebab itu saya berharap agar Guan Eng saman saya seperti yang didakwa olehnya sebelum ini kerana saya akan menjawab segalanya di mahkamah. Sayangnya sehingga hari ini dia masih belum saman saya," ujarnya.
Beliau turut menyeru agar rakyat membuka mata dan menilai tindakan Guan Eng ini kerana ini bersangkut paut dengan masa hadapan rakyat sendiri. Rakyat akan terus tertindas sekiranya Guan Eng terus diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri. - MediaUMNO


Pisau kata " DAP Penang retak menanti belah...satu lagi isu hot bakal meletup"

Zuraida Nafi Dirinya Masam!

Posted: 21 Nov 2012 05:00 PM PST

I wangi tau...
Hari ini rahsia Zuraida sebagai usahawan gigih telah terdedah. Dikatakan sebagai seorang yang merendah diri dan tidak menunjuk nunjuk dalam tempoh 4 tahun penjual buah yang pada asalnya berniaga kecil kecilan sekarang ini dikatakan kaya raya.


Inilah yang dikatakan sifat tawadhuk pemimpin pakatan yang tidak bermegah dengan kekayaan,sekarang ini usaha beliau hasil penat jerih menjerit dijalan raya menjual"buah" berhasil.Pisau cadangkan ketua wanita PKR ini dianugerahkan penjual buah of the year,Noh Omar sebagai Menteri Pertanian harus tolak perbezaan politik bahawasanya Zuraida memang layak meraih anugerah ini.


Apakah rahsia Zuraida mampu menjadi kaya raya dengan hanya menjual buah? Apakah resepi kejayaan beliau hingga mampu membeli kereta setiap tahun?Ikuti pendedahan kejayaan anak pendatang Indon yang mampu hidup senang di negara bertuah ini.





Sel13 - Zuraida Kamaruddin di lahirkan di Bengkulu, Sumatera Indonesia. Akibat kemiskinan hidup pada masa itu di Indonesia keluarganya telah berhijrah ke Singapura. Ketika itu Singapura masih lagi berada dalam Persekutuan Tanah Melayu. Selepas berlaku perpisahan antara Singapura dengan Malaysia keluarganya mengambil keputusan untuk memilih Malaysia sebagai tempat bermaustatin.  Selepas itu mereka telah di beri kerakyatan Malaysia. Nama asal mereka sekeluarga juga dipercayai telah ditukar.


Sebelum di pilih sebagai Ahli Parlimen Ampang pada tahun 2008 Zuraida adalah seorang penjual buah di kawasan Ampang. Selain menjual buah beliau juga secara sampingan turut menjual ubat-ubatan tradisional termasuk minyak angin.


Penglibatannya dalam PKR bermula selepas dia menyertai sebuah pertubuhan pro pembangkang yang dikenali sebagai Gerakan Mansuhkan ISA. Hasil pergaulan dan perkenalan beliau dengan orang-orang pembangkang dalam pertubuhan itu membawa beliau menyertai PKR. Kebetulan pada masa itu PKR berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu dan tidak ramai orang yang sanggup menerima jawatan -jawatan dalam parti. Kesempatan itu di ambil oleh Zuraida untuk menonjolkan dirinya dengan suara-suara lantangnya yang akhirnya membawa beliau berjaya memegang jawatan Ketua Wanita PKR.


Zuraida yang terkenal dengan bau badan yang masam di kalangan orang-orang PKR telah dipilih oleh PKR untuk menjadi calon mereka di Ampang dalam PRU ke 12 memandangkan pada waktu itu tidak ramai orang-orang PKR yang berminat untuk jadi calon. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Zuraida menang di Ampang dan dalam masa yang sama PKR berjaya membentuk kerajaan di Selangor. Ramai orang-orang PKR yang terlopong melihat orang yang selalu diperli dengan bau badan masam sebelum itu diangkat sebagai ahli parlimen oleh pengundi-pengundi Ampang.


Bermula Mac 2008 kehidupan Zuraida sekeluarga berubah setelah bergelar wakil rakyat di sebuah negeri yang diperintah PKR. Zuraida tidak perlu lagi menjual buah. Selain sibuk sebagai ahli parlimen Zuraida juga sibuk memenuhi undangan-undangan ceramah di seluruh negara untuk membongkar 'penyelewengan dan rasuah Umno'.


Sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR Zuraida hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005. Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.
  • No kenderaan : WNL 8994
  • No enjin : E94A84B
  • Model : Perodua Myvi 1.3 Ezi (Auto)
  • Tarikh daftar : 31.10.2005
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
Namun seperti yang kami katakan diatas tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Daripada seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi kehidupan Zuraida berubah sekelip mata selepas menjadi wakil rakyat.
Beberapa bulan selepas diangkat sebagai ahli parlimen dan PKR membentuk kerajaan di Selangor Zuraida telah membeli sebuah kenderaan baru seperti berikut.

  • No kenderaan : WRL 575
  • No enjin : B5254 T2 A027402
  • Model : VOLVO XC90 2.5 T
  • Tarikh daftar : 01.07.2008
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
  • Harga kenderaan : RM 355,000.00
Bayangkan daripada Perodua Myvi yang berharga RM 40k terus melonjak kepada Volvo yang berharga RM 355k. Itulah yang dinamakan rezeki.
Tahun 2009 tidak ada sebarang kenderaan baru yang dibeli oleh Zuraida. Manakala pada tahun 2010 Zuraida membeli sebuah lagi kenderaan seperti berikut.
  • No kenderaan : WTY 1547
  • No enjin : 2KD650 8915
  • Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT
  • Tarikh daftar : 31.05.2010
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
  • Harga kenderaan: RM 99,000.00
Mungkin dua kenderaan baru belum mengcukupi untuk menggantikan Perodua Myvi yang dimilikinya sebelum itu, maka pada tahun 2011 Zuraida membeli lagi sebuah kenderaan seperti berikut.
  • No kenderaan : WNA 276
  • No enjin : 1KD687 8384
  • Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT
  • Tarikh daftar : 03.11.2011
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
  • Harga kenderaan: RM 107,000.00
Nampaknya tiga kenderaan di atas masih belum mengcukupi lagi buat Zuraida, satu lagi kenderaan berikut dibeli tahun 2012.

  • No kenderaan : BLR 9680
  • No enjin : 1129 1331 8818 93
  • Model : Mercedes Benz E240
  • Tarikh daftar : 24.05.2012
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
Sehingga setakat hari ini itulah kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida sejak bergelar YB empat tahun lepas.
Semakan kami di laman web MyEG juga mendapati keempat-empat kenderaan Zuraida kecuali Mercedes E240 ada 20 saman tertunggak yang belum dibayar.
Akhir kata sebagai penutup kepada siri pembuka bicara kali ini kami di sel13 mengucapkan tahniah kepada YB Zuraida kerana berusaha bersungguh untuk mengubah kehidupan. Inilah contoh seorang melayu yang berjaya.


Kami akan berehat beberapa hari dan kami akan kembali selepas ini untuk mendedahkan pula apakah rahsia di sebalik kejayaan Zuraida.


Pisau kata "dia jual minyak angin satu badan..."
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...