Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Kejadian Pembunuh Upahan Menembak Mangsa Depan Mata!!

Posted: 22 Nov 2012 07:17 AM PST


Selamber penembak tu membunuh mangsanya. Sudah tentulah tidak akan ada orang berani tolong. Tapi perbuatan si pembunuh tu, rilek dan macam tak ada apa-apa. Kejam sungguh!

PANASS!! Sidang Dun Negeri Kedah, Pas Kedah Tak Terjawab Isu Papua New Guinea, Salahguna Masjid, KCS dan KUIN!!

Posted: 22 Nov 2012 04:36 AM PST


Semalam berlangsung perbahasan mengenai bajet negeri Kedah. Tak banyak aktiviti menarik yang menarik perhatian Mc. Banyak yang membosankan, namun pukulan Tok Det keatas pentadbiran Pas Kedah memang best dan menarik!

Datuk Seri Mahdzir Khalid (Tok Det) mempertikaikan masalah dalaman yang dihadapi oleh KUIN (Kolej Universiti Insaniah) mempunyai banyak program dan kursus, tetapi tiada pelajar! Malah KUIN baru-baru ini disaman oleh seorang kontraktor kerana gagal membayar hasil kerjanya.

Malah KUIN juga mempunyai banyak penyelewengan dalam pentadbirannya!!

Sebelum berkuasa, PAS Kedah bukan main lagi bercakap tentang penyelewengan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Tok Det) yang akan membolehkan para pengikut bersorak apabila Tok Det diseret ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, selepas empat tahun tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil, bahkan para pemimpin PAS masih lagi meneruskan ceramah tuding jari mereka seperti yang dilakukan sewaktu mereka masih jadi pembangkang di Kedah.

Menurut Tok Det, beliau tidak gentar malah mengalu-alukan sebarang siasatan dibuat terhadap diri beliau berhubung penyelewengan sepanjang dia menjawat jawatan Menteri Besar Kedah.

Cabaran tersebut Tok Det buat semasa membahas bajet Kedah 2013.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 untuk negeri Kedah, menyebabkan PAS Kedah tersentak. Walaupun selama ini, mereka telah mendidik ahli-ahli PAS agar tidak membaca apa-apa maklumat, melainkan hanya daripada Harakah dan Roketkini serta Keadilan Daily, namun bagi ahli-ahli yang berotak, mereka mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Hasilnya, Laporan tersebut dibaca dan segala macam kebobrokan dalam pentadbiran negeri telah dikesan.

Bagaimanapun, para pemimpin PAS Kedah segera menuding jari dan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu dengan mengeluarkan senarai kegagalan projek di bawah pentadbirannya.

Bagaimanapun, apabila diamat-amati dan diteliti, kegagalan tersebut hanyalah disebabkan oleh masalah prosedur bukannya disebabkan penyelewengan.

Dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, Tok Det turut membangkitkan persoalan berhubung Belanjawan Negeri 2013 yang antara lain menyaksikan sasaran Kerajaan Negeri mengutip premium tanah yang dianggarkan berjumlah RM150 juta pada tahun hadapan.

Jumlah berkenaan katanya, terlalu tinggi memandangkan semenjak dari tahun 2007 lagi, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun. Secara tidak langsung, sasaran RM150 juta pada tahun hadapan akan menyaksikan kenaikan kadar cukai dan premium tanah secara besar-besaran oleh PAS Kedah.

Turut disentuh oleh Tok Det ialah cadangan kerajaan negeri yang mahu membuka ladang buah-buahan di Genting Bunga berhampiran Tasik Pedu yang merupakan kawasan tadahan air. Keseluruhan kawasan hutan simpan tersebut adalah 500 hektar, tetapi sehingga setakat ini, sudah 400 hektar hutan simpan tersebut telah ditebang.

Sekaligus menimbulkan keraguan sama ada memang wujud ladang buah-buahan sebagaimana yang didakwa atau ia sekadar alasan untuk menutup motif sebenar iaitu menebang balak, memandangkan dalam apa-apa projek sekalipun, ia akan dilakukan secara beransur-ansur apatah lagi memandangkan tapak projek tersebut berada terlalu hampir dengan empangan.

Dalam perbahasan itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Ahmad Bashah Md. Hanipah yang juga merupakan ADUN Bakar Bata, turut mengecam tindakan PAS yang bermusuh dan mencari masalah dengan KCS sehingga mengadakan demonstrasi mendesak Setiausaha Kerajaan Negeri meletakkan jawatan, sedangkan perkara itu tidak seharusnya berlaku.

Ini adalah kerana KCS yang pentadbiran kerajaan negeri yang sama sama ada ketika di bawah Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Tindakan bermusuh dengan KCS dilihat sebagai usaha terakhir PAS untuk melindungi ketidakmampuan mereka menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Kedah dengan mengalihkan tumpuan kepada KCS yang telah wujud di Kedah lebih dari 100 tahun.

Datuk Tajuddin (BN-Belantik) pula mempersoalkan kepada jabatan agama Islam negeri Kedah, kenapa aktiviti salahguna masjid dibiarkan. Masjid bukannya tempat berpolitik! Malah ada sesetengah imam masjid yang berlambang hijau, mengunakan khutbah Jumaat sebagai tempat berceramah politik.

Soalan Datuk Tajuddin dijawab oleh Taulan Rasul, Exco Agama Kedah (Pas-Tokai), beliau mengatakan, ceramah politik dalam masjid dan semasa khutbah Jumaat tak salah, dan sah. Janji rukunnya sah dan dipenuhi!

Taulan juga mengakui bahawa, kerajaan negeri tidak pernah membina sebarang masjid di Kedah selama 5 tahun mereka memerintah.

Sementara itu, Datuk Nawawi Ahmad (BN-Kuah) berkata, belanjawan yang dibentangkan pada Selasa dengan jangkaan hasil RM640 juta manakala perbelanjaan RM1.1 bilion menunjukkan defisit hampir 72 peratus.

"Defisit ini lebih teruk daripada Greece. Ia seolah-olah Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Kedah akan bankrap pada tahun hadapan. Dewan Perniagaan Cina Negeri Kedah pun cakap, ekonomi di Kedah sedang masuk gear gostan," kata Datuk Nawawi.

Betul lah apa yang dikatakan oleh  Datuk Nawawi, sememangnya tiada kemajuan di Kedah buat masa sekarang. Apa yang kerajaan negeri buat hanyalah, membalak dan mengaut hasil bumi dengan sewenang-wenangnya.

Wang hasil bumi tersebut, dibelanjakan untuk markas Pas dan projek mengkayakan kroni. Biar projek tu lingkup, janji duit masuk poket mereka.

McTheory:
Pas Kedah tak terjawab, terkedu dan pusing keliling!!

TUDIAA!! Zuraida Mak Lampir YB yang Kaya Raya!!

Posted: 22 Nov 2012 01:16 AM PST


Zuraida Kamaruddin di lahirkan di Bengkulu, Sumatera Indonesia. Akibat kemiskinan hidup pada masa itu di Indonesia keluarganya telah berhijrah ke Singapura. Ketika itu Singapura masih lagi berada dalam Persekutuan Tanah Melayu. Selepas berlaku perpisahan antara Singapura dengan Malaysia keluarganya mengambil keputusan untuk memilih Malaysia sebagai tempat bermaustatin. Selepas itu mereka telah di beri kerakyatan Malaysia. Nama asal mereka sekeluarga juga dipercayai telah ditukar.

Sebelum di pilih sebagai Ahli Parlimen Ampang pada tahun 2008 Zuraida adalah seorang penjual buah di kawasan Ampang. Selain menjual buah beliau juga secara sampingan turut menjual ubat-ubatan tradisional termasuk minyak angin.

Penglibatannya dalam PKR bermula selepas dia menyertai sebuah pertubuhan pro pembangkang yang dikenali sebagai Gerakan Mansuhkan ISA. Hasil pergaulan dan perkenalan beliau dengan orang-orang pembangkang dalam pertubuhan itu membawa beliau menyertai PKR. Kebetulan pada masa itu PKR berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu dan tidak ramai orang yang sanggup menerima jawatan -jawatan dalam parti. Kesempatan itu di ambil oleh Zuraida untuk menonjolkan dirinya dengan suara-suara lantangnya yang akhirnya membawa beliau berjaya memegang jawatan Ketua Wanita PKR.

Zuraida yang terkenal dengan bau badan yang masam di kalangan orang-orang PKR telah dipilih oleh PKR untuk menjadi calon mereka di Ampang dalam PRU ke 13 memandangkan pada waktu itu tidak ramai orang-orang PKR yang berminat untuk jadi calon. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Zuraida menang di Ampang dan dalam masa yang sama PKR berjaya membentuk kerajaan di Selangor. Ramai orang-orang PKR yang terlopong melihat orang yang selalu diperli dengan bau badan masam sebelum itu diangkat sebagai ahli parlimen oleh pengundi-pengundi Ampang.

Bermula Mac 2008 kehidupan Zuraida sekeluarga berubah setelah bergelar wakil rakyat di sebuah negeri yang diperintah PKR. Zuraida tidak perlu lagi menjual buah. Selain sibuk sebagai ahli parlimen Zuraida juga sibuk memenuhi undangan-undangan ceramah di seluruh negara untuk membongkar 'penyelewengan dan rasuah Umno'.

Sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR Zuraida hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005. Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.

No kenderaan : WNL 8994
No enjin : E94A84B
Model : Perodua Myvi 1.3 Ezi (Auto)
Tarikh daftar : 31.10.2005
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206

Namun seperti yang kami katakan diatas tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Daripada seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi kehidupan Zuraida berubah sekelip mata selepas menjadi wakil rakyat.

Beberapa bulan selepas diangkat sebagai ahli parlimen dan PKR membentuk kerajaan di Selangor Zuraida telah membeli sebuah kenderaan baru seperti berikut.




No kenderaan : WRL 575
No enjin : B5254 T2 A027402
Model : VOLVO XC90 2.5 T
Tarikh daftar : 01.07.2008
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan : RM 355,000.00

Bayangkan daripada Perodua Myvi yang berharga RM 40k terus melonjak kepada Volvo yang berharga RM 355k. Itulah yang dinamakan rezeki.

Tahun 2009 tidak ada sebarang kenderaan baru yang dibeli oleh Zuraida. Manakala pada tahun 2010 Zuraida membeli sebuah lagi kenderaan seperti berikut.



No kenderaan : WTY 1547
No enjin : 2KD650 8915
Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT
Tarikh daftar : 31.05.2010
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan: RM 99,000.00

Mungkin dua kenderaan baru belum mengcukupi untuk menggantikan Perodua Myvi yang dimilikinya sebelum itu, maka pada tahun 2011 Zuraida membeli lagi sebuah kenderaan seperti berikut.

No kenderaan : WNA 276
No enjin : 1KD687 8384
Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT
Tarikh daftar : 03.11.2011
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan: RM 107,000.00

Nampaknya tiga kenderaan di atas masih belum mengcukupi lagi buat Zuraida, satu lagi kenderaan berikut dibeli tahun 2012.



No kenderaan : BLR 9680
No enjin : 1129 1331 8818 93
Model : Mercedes Benz E240
Tarikh daftar : 24.05.2012
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206

Sehingga setakat hari ini itulah kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida sejak bergelar YB empat tahun lepas.

Sambung baca kat SINI

McTheory:
Kaya sungguh si Mak Lampir ni, duit mana dia cekau ha?

HOT! #IsuAirSgor: Penstrukturan Air Menyebabkan Langat 2 di Tangguh? Khalid Masih Lagi Buta Atau Bebal?

Posted: 21 Nov 2012 10:16 PM PST


Baru beberapa hari lepas Mc keluarkan artikel mengenai Khalid nak cari alasan untuk tangguhkan projek Langat 2. Semalam Khalid keluarkan lagi kenyataan mengenai penstrukturan air dan kononnya Kerajaan Persekutuan enggan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk membeli syarikat konsesi air.

Enggan bekerjasama tidak bermaksud 'tidak menyokong'. Sebenarnya Kerajaan Persekutuan tidak mahu masuk campur dalam hal pembelian syarikat konsesi terbabit. Kerajaan Persekutuan tidak pernah menghalang Khalid jika beli syarikat konsesi air tu. Tapi belilah sendiri.

Mengapa 'enggan kerjasama' dijadikan alasan, kalau dah hebat belilah sendiri. Siapa yang halang? Takdak siapa pun nak halang, malah Kerajaan Persekutuan dah berikan 'green light' untuk Kerajaan Negeri Selangor beli syarikat konsesi terbabit.

Mungkin Khalid marah apabila Kerajaan Persekutuan tidak mahu mengunakan kuasa 'saham emas' dalam syarikat konsesi air untuk mengawal harga pembelian kot. Tapi Khalid perlu ingat, penstrukturan air adalah satu aktiviti jual beli yang melibatkan Kerajaan negeri dan pemegang-pemegang konsesi atas dasar "willing buyer willing seller". Bukan kuasa Kerajaan Persekutuan.

Sebab tu, Khalid kalau berkemampuan, belilah, Ini tidak, nak beli dengan harga yang dia sendiri tetapkan, malah terma dan syarat pun nak ikut suka hati Kerajaan Negeri Selangor, mana ada orang nak ikut. Pernah tak dengar orang buat urusan jual beli macam ni? Hanya terjadi kepada Pakatan Selangor.

Soal penstrukturan, Parlimen dah luluskan undang-undang dalam penyusunan semula industri air. Untuk laksanakannya, ikut lah proses, jangan nak main redah jer.. Lagipun Pusat dah bagi 'jalan', buat je lah, kalau mampu.

Penting ke penstrukturan air di Selangor ni?

Sebenarnya, apa yang Mc nampak, Khalid tak berminat sangat pun dengan penstrukturan air ni. Isu penstrukturan air timbul apabila Khalid nak alihkan perhatian. Khalid nak berselindung antara isu penstrukturan dan projek Langat 2.

Patutnya Khalid Gagap tumpukan perhatian pada projek Langat 2. Bincang dengan Adnan Yaakub MB Pahang mengenai perjanjian air diantara Selangor dan Pahang, supaya simpanan air cukup untuk rakyat Selangor. Bukannya dengan sibuk nak beli syarikat konsesi, yang takdak kena mengena tu.

Andaikata beliau dah beli syarikat terbabit pun, apakah masalah air Selangor akan selesai? Boleh bertambahkah kuantiti air di empangan jika Khalid beli syarikat konsesi berkenaan. Mungkin beliau rasa, ada sudut yang boleh beliau jaga dan jimatkan, tapi apakah ia mampu menyelesaikan masalah air di Selangor?

Walaupun penstrukturan dibuat, loji lama dibuka, teknologi membran dilaksanakan. Air Selangor tetap akan ada masalah pada 2016 nanti. Kajian telah dibuat, ini perkara bukan main-main. Percayalahh..

Semua cadangan diatas, hanyalah untuk mengaburkan mata rakyat Selangor. Kononnya dengan membuat semua cadangan yang dikemukakan itu, air Selangor akan cukup. Mc percaya, Khalid sendiri tidak yakin dengan apa yang dia kata. Kalau yakin, kenapa asyik berubah jalan penyelesaiannya?

Sebabnya, apa saja cadangan yang dia bawa tu, bermotifkan politik. Sedangkan pada hakikat sebenar, Khalid sendiri pernah akui bahawa negeri Selangor memerlukan Langat 2.

Langat 2 penting, kerana Khalid tahu akan kebenarannya. Cuma, demi politik sempit tahap gampang tu, Khalid terpaksa menafikan projek Langat 2. Menafikan Langat 2 seperti menafikan kehendak rakyat!!

Khalid bukan MB untuk rakyat Selangor, kerana dia sanggup perjudikan hak rakyatnya. Tapi dia hanya MB kepada Pakatan Selangor, sanggup jadi boneka membantah, walaupun tahu kebenaran yang sebenar.


McTheory:
MB mangkuk macam ni rakyat Selangor nak pilih? adeh..

EKSKLUSIF!! Azizan Razak dan Jamil KEJAM Terhadap 7 Pelajar KUIN!! #TukarKedah

Posted: 21 Nov 2012 08:03 PM PST


Gambar diatas adalah gambar 7 orang pelajar KUIN yang malang. Semuanya disebabkan ketidakcekapan Jamil selaku Rektor mentadbir KUIN, menyebabkan pelajar pelajar ini terpaksa menanggung azab apabila Ijazah yang mereka dapat tidak mendapat kelulusan MQA.

Untuk pengetahuan semua, MQA adalah sebuah badan yang bertanggungjawab untuk menilai, mengiktiraf dan meluluskan setiap bidang yang dipelajari di semua universiti tempatan.

Sepatutnya pihak KUIN perlu memohon terlebih dahulu MQA, sebelum bidang pelajaran itu dibuat. Tetapi akibat dari kebebalan Rektor, 7 pelajar KUIN berasa di tipu. Nampak sangat, Rektor KUIN hanya pentingkan duit dari masa depan pelajarnya.

Jamil pernah berbohong kepada media, dengan mengatakan, dia telah menghantar dokumen kepada pihak MQA, namun selepas 6 bulan masih belum mendapat jawapan.

Jamil penipu!!

Sebenarnya permohonan MQA untuk Ijazah 7 orang pelajar itu hanya dihantar selepas majlis konvokesyen Insaniah tamat. Mereka baru sedar, bahawa Ijazah mereka tu tak laku!!

KUIN langsung tidak pernah meminta permohonan dari MQA selama bidang itu ditawarkan. Bila 7 pelajar itu menerima ijazah baru Jamil kelam kabut hantar permohonan MQA.

Dibawah Mc sertakan bukti bahawa Jamil menipu media dan ibu bapa pelajar terbabit!

Hantar pun belum.. PEMBOHONG!

Kat bawah ni adalah kronologi apa yang terjadi:

  • 17 Sepr - 7 pelajar bergraduan dan menerima Ijazah Quran daripada SPB Agong
  • 26 Sept - Pihak KUIN baru nak terkebil-kebil menghantar PERMOHONAN MQA kepada pihak MQA
  • 27 Sept - Pihak MQA baru menerima dokumen tersebut (pada cop yang tertera pada surat)
  • 12 Nov - NGO buat report polis kerana dakwa 7 pelajar dianiaya Ijazah tak diiktiraf
  • 13 Nov - GPMS Kedah buat repot polis kerana isu pengiktirafan yang sama
  • 14 Nov - Jamil Palsu terus menjadi penipu berkata permohonan MQA untuk Ijazah Quran telah dihantar 6 bulan yang lalu, tapi MQA yang tak ada pakar (jamil salahkan MQA)
  • 15 Nov - blog Berita Kuin memaparkan bukti surat 'permohonan akreditasi bagi Ijazah hanya diberikan selepas 7 pelajar Ijazah berkonvo' 
 Untuk rujukan dan bukti bahawa perkara ini benar, Mc paparkan Nama pelajar KUIN terbabit, dengan number Matriknya sekali. IC mereka pun ada, tapi untuk keselamatan baik tak payah paparkan dulu.

      1) Anwar Ridhwan Ahmad Syukri  -No Matrik- M091080019

      2) Mohd Abd Hyafiz Abd Hamid -No Matrik- M092006619

      3) Mohd Shuhaimi Abd Mokhtar -No Matrik- M092030019

      4) Mohd Zabidi Saaidin -No Matrik- M092028519

      5) Mohd Hafizuddin Ayob -No Matrik- M092028819

      6) Mohd Naim Osman -No Matrik- M092029619

      7) Wan Mohd Ali Imran Othman -No Matrik- M092029519

      Apa agaknya nak jadi dengan 7 orang pelajar KUIN ni? Belajar 4 tahun, bersusah payah, ikat perut siang malam, bersengkang mata buat assignment, perah otak untuk exam. Tiba-tiba bila grad, Ijazah tak laku! Kalau perkara ini terjadi kepada anda, apa perasaan anda?

      Membazir, buang masa, pergi belajar umpama pergi melancong, habiskan wang mak bapak dan pinjaman saja. Sepatutnya pentadbiran KUIN dan Kerajaan Negeri Kedah perlu bertanggung jawab keatas mereka ini. Jika mereka tidak bekerja, pihak KUIN kena bertanggung jawab.

      Sepatutnya pihak KUIN kena bayar ganti rugi kos dan ganti rugi masa yang terbuang. Mc harap 7 pelajar ini mengambil tindakan keatas pihak KUIN dan Rektornya Jamil. Semakin lama dibiarkan, semakin busuk KUIN jadinya.

      Jamil ohh Jamil.. ku sangkakan hang baikk, rupanya syaitan yang bertopengkan manusia. Dah la banyak duit KUIN hang sapu, letak kroni banyak-banyak, pelajar pun hang nak aniaya? teruk betui la hang Jamil oii..

      McTheory:
      Jamil Patut Letak Jawatan!!

      EKSKLUSIF!! Pas Doakan 'BN KO' Disebabkan Pas Terdesak Takut KALAH!! - UMNO Kedah #TukarKedah

      Posted: 21 Nov 2012 04:37 PM PST


      Doa, BN KO, KO BN, di tentang oleh para pemimpin UMNO Kedah. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Pas mendoakan BN KO, disebabkan mereka dah terdesak untuk mencari sokongan.

      Lebih-lebih lagi sekarang ni, sudah ada ahli Pas yang mendesak Pas kembali ke perjuangan asal seperti mana dahulu. Sebelum mereka 'bersama' Pakatan Haram.

      Kat bawah ni ada video Datuk Bashah bercakap mengenai doa sesat Pas, 'BN KO'!


      Turut bersuara mengenai hal ini ialah, Timbalan Pengerusi Perhubungan, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, "UMNO takkan tergamak hendak doakan kehancuran kepada Pas" Untuk lebih lanjut boleh baca keratan akhbar dibawah.


      Sesungguhnya, Mc pun bersetuju dengan Tok Bashah, Pas sudah terdesak!! Kalau tidak mereka takkan berdoa seperti itu. Hanya orang yang tidak waras dan kurang ilmu agamanya saja yang sanggup berbuat demikian.

      Jika benar mereka di didik oleh ilmu agama, alim ulamak, berakidah dan berakhlak mulia. Tentu Pas takkan setuju dengan doa tersebut. Ini tidak, Hadi dan Nik Aziz, siap bagi sokongan lagi!

      Jika benar UMNO/BN zalim, sudah tentu dah ramai ahli Pas yang mati tak makan. Sudah tentu Haji Hadi, Mat Sabu, Mahfuz, Mustaffa Ali dan beberapa orang lagi pemimpin Pas, tak boroi perutnya. Ini perut boroi membuncit, malah makin besar, namun tak bersyukur hidup di Malaysia.

      Perut boroi, dalam bank ada berjuta, rumah besar, bini ramai, kereta bersepah. Tapi mulut kata UMNO/BN zalim. Relevan ke tu?

      Nampak sangat, pemimpin Pas jenis pakai kepala lutut untuk berfikir. Mungkin mereka boleh menipu ahli Pas yang sememangnya bebal, tapi mereka takkan dapat menipu rakyat Malaysia yang sudah bijak memikir.

      Tolak Pas! Tolak Pas! Tolak Pas! Untuk Selamatkan Islam di Malaysia!!

      McTheory:
      Bersihkan Malaysia dari Islam sesat Pas!
      -------------------------------------------------------------------------------

      Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

      Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

      No comments:

      Post a Comment

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...