UMNO Online - “Pemuda BN Kecam Dan Sifatkan Rejim Israel Adalah Pengganas” plus 9 more

UMNO Online - “Pemuda BN Kecam Dan Sifatkan Rejim Israel Adalah Pengganas” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemuda BN Kecam Dan Sifatkan Rejim Israel Adalah Pengganas

Posted: 22 Nov 2012 06:32 AM PST

KUALA LUMPUR 22 Nov – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata Wilayah Gaza di Palestin adalah penjara terbuka yang paling besar setelah mereka dihimpit dengan kezaliman rejim Israel hari ini.

Menurut beliau penduduk di kawasan berkenaan bukan sahaja ditindas dengan penafian terhadap bantuan kemanusiaan malah turut melibatkan kemusnahan harta benda dan melumpuhkan ekonomi wilayah berkenaan setelah diserang oleh rejim Israel.

"Telah banyak pihak mengecam perkara ini termasuklah di Parlimen. Yang kita nak tambah hari ini bukan setakat nak kecam, tetapi di sini atas nama Pemuda BN kita kecam dan kita mahu dunia tahu bahawa rejim Israel adalah pengganas, negara pengganas. Rakyat Palestin hanya mempertahankan diri mereka daripada dizalimi oleh Israel.

"Kezaliman ini perlu ditentang habis-habisan dan kita berharap dan mendoakan negara Palestin tertubuh sebagai negara yang berdaulat pada satu hari nanti," katanya ketika berucap melancarkan melancarkan Tabung ‘Save Gaza Aman Malaysia’ anjuran Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia dan Pemuda BN yang bertujuan mengumpul dana untuk rakyat Palestin di Gaza yang diserang tentera Israel sejak seminggu lepas.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya melahirkan rasa syukur kerana satu perjanjian telah dimeterai oleh pihak kerajaan Hamas daripada Gaza Palestin dengan rejim Israel

"Tetapi jangan salah faham perjanjian gencatan hari ini bukan satu noktah, bukan satu isyarat bahawa penindasan terhadap rakyat Palestin sudah pun tamat. Ia cuma satu peristiwa yang akan menghentikan seketika sahaja.

"Tetapi esok lusa mereka akan kembali ke rumah maisng-masing di Gaza. Mereka akan kembali di penjara yang paling besar dalam dunia….Gaza adalah penjara paling besar yang terbuka. Mereka tidak dibenarkan untuk mendapatkan bekalan daripada luar negara. Ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan. Ekonomi Gaza musnah, kemusnahan sekolah, hospital dan sebagianya lagi.

"Puncanya apa…kalau kita dengar berita antarabangsa CNN dan BBC  mereka akan kata pengganas daripada Palestin. Hamas dan rakyat Palestin. Apakah rakyat Palestin yang dibekalkan dengan batu untuk mempertahankan dan melindungi diri mereka di gelarkan pengganas jika dibandingkan dengan tentera Israel yang mendapat ratusan juta dolar AS setiap tahun. Berbagai jenis bom serta senjata dan sebagainya. Siapakah pengganas sebenarnya," katanya.

Beliau seterusnya menambah pergerakan itu berdiri teguh bersama seluruh umat Islam yang dizalimi dan ditindas di seluruh dunia.

"Pemuda BN berdiri bersama dengan seluruh umat dunia yang dizalimi dan ditindas. Di Burma, etnik Rohingya dibunuh dan ditindas. Begitu juga di Syria apabila berlakunya perang saudara.

"Kita mengharapkan walaupun usaha kita kecil, sumbangan kita walaupun kecil dan kita harapkan mereka yang ditindas di Burma, Syria, Gaza, harap mereka dengar suara kami walaupun kecil dan suara ini mengingatkan mereka tidak keseorangan dan mempunyai penyokong di seluriuh dunia termasuk Malaysia. Ini adalah masalah umat Islam sejagat," katanya.

Sejurus itu satu majlis solat hajat diadakan di Surau Ar-Rahman PWTC bagi memohon kepada Allah s.w.t keselamatan dan keamanan di bumi Palestin khususnya Gaza.

Sementara itu berhubung pemecatan dua anggota UMNO Bahagian Semporna, Sabah hari ini kerana bersalah mensabotaj parti, Khairy melihat ianya isyarat jelas kepada semua anggota bahawa pucuk pimpinan parti sama sekali tidak akan bertolak-ansur dengan perbuatan itu.

Katanya tiada ruang untuk mana-mana anggota yang tidak setia untuk mensabotaj Parti dan itu adalah isyarat kepada anggota parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Jika didapati bahawa ahli kita terbukti mensabotaj parti atau telah menyokong parti pembangkang dan tidak menyokong calon UMNO atau tidak menyokong dasar UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau menentang kita kami tidak akan teragak-agak untuk melucutkan keahlian mereka," katanya

Khairy diminta mengulas pemecatan Haji Ab. Habi Haji Mustapha dan Abdul Majid Haji Palah serta Haji Nisfu Haji Palah yang digantung keahliannya selama tiga tahun mulai 6 Sept 2012 atau satu Penggal Pemilihan.

Mereka didapati bersalah melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli UMNO.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata mana-mana anggota yang mensabotaj parti kerana kepentingan tertentu juga perlu diberi pengajaran sewajarnya kerana ia boleh merosakkan parti. -MediaUMNO 

Sampah Selangor – BN Pertikai Penjelasan Ronnie

Posted: 22 Nov 2012 06:27 AM PST

SHAH ALAM, 22 Nov- Datuk Johan Abdul Aziz (BN-Semenyih) hari ini mempersoalkan penjelasan Ronnie bahawa kegagalan kontraktor adalah punca sampah tidak dikutip di negeri ini.

Menurut Johan, alasan itu tidak boleh diterima sama sekali kerana beliau sendiri telah menerima aduan daripada penduduk mengenai sampah yang tidak dikutip meskipun kontraktor dilantik telah menjalankan kerja-kerja yang sama dalam tempoh lapan bulan lalu.

Tegasnya, berdasarkan jangka masa itu, ia bukan satu alasan kepada kontraktor yang dilantik untuk tidak mengutip sampah dengan sempurna mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Sebagai contoh, di kawasan saya sendiri di Desa Mutiara, Sungai Jeluk mengalami masalah sampah tidak dikutip berbulan-bulan.

“Saya tanya penduduk, aduan sudah banyak dibuat, tetapi masih berhadapan dengan masalah ini,” tegasnya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Pada 20 November lalu, Ronnie ketika sesi pertanyaan lisan pada sidang DUN menyatakan orang ramai merupakan antara punca kepada masalah kutipan sampah di negeri ini.

Menurut Ronnie, punca tersebut dilihat adakah penyumbang kepada masalah berkenaan apabila ada orang ramai yang membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya.

Selain itu, Exco kerajaan negeri itu turut turut memberikan alasan bahawa aduan sampah tidak dikutip juga adalah disebabkan ada pihak kontoraktor sampah yang baru dilantik kurang arif dengan kawasan kerja mereka.

Lima Tokoh Kongsi Pandangan Pada Himpunan Barisan 1Malaysia Sabtu Ini

Posted: 22 Nov 2012 05:34 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Nov -  Lima tokoh akademik dan aktivis masyarakat akan berkongsi pandangan mengenai dasar negara pada Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu ini.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Barisan 1Malaysia Datuk Ahmad Maslan berkata mereka masing-masing mewakili bidang sosial, ekonomi, pendidikan, agama, dan isu masa depan rakyat.

Katanya, mereka terdiri daripada Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin; Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian; naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Presiden International Movement For A Just World (JUST) Prof Dr Chandra Muzaffar; dan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka turut hadir pada perhimpunan berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, kutipan derma akan diadakan untuk memberi bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza yang diserang oleh rejim Zionis baru-baru ini.

Mereka yang berminat boleh menghubungi sekretariat himpunan berkenaan ditalian 03-40482666 atau 03-40429511.

Kertas Putih Sahkan Kerajaan Selangor Bail-Out Talam

Posted: 22 Nov 2012 05:01 AM PST

Akhirnya, Kerajaan Negeri mengedarkan Kertas Putih mengenai "Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam" dalam sidang Dewan Negeri Selangor kali ini bagi membersihkan diri mereka daripada skandal Talam.

Kita wajar mengucapkan terima kasih kerana kerajaan negeri hari ini mengakui bahawa usaha untuk menuntut hutang ini telah dilakukan oleh pentadbiran Barisan Nasional. Sekaligus membenarkan apa yang ditulis oleh Dr. Mohamad Khir Toyo pada bulan Julai lalu: Bila Menteri Besar Suka Berbohong.

Menurut laporan Kertas Putih, "Kedudukan hutang-hutang Talam yang menimbulkan masalah yang serius kepada Kerajaan telah diambil perhatian oleh Pentadbiran terdahulu, dibuktikan dengan enam (6) perjanjian pelunasan hutang hutang secara berasingan yang ditandatangani antara Talam dengan KHSB dan PIYSB/UNISEL dari tahun 2005-2008."

Saya teringat tulisan Dr. Khir Toyo pada 2009 di bawah tajuk: "Silap Mata Kerajaan Negeri Selangor: RM 392 juta berpusing-pusing, RM 1 juta lesap?". Bekas Menteri Besar itu menganggarkan kos round-tripping tersebut sekitar RM 1 juta. Namun ini disanggah oleh Khalid IBrahim.

Khalid ketika itu dengan bongkak menyatakan bahawa ini semua dilakukan beliau sendiri secara percuma kerana beliau seorang ahli perniagaan bijak. Hari ini Kertas Putih tersebut menjelaskan kos sebenar proses ini ialah RM 420,000.00. Jadi ia tidaklah percuma seperti yang digambarkan oleh Khalid.

Yang lebih melucukan baru-baru ini Tan Sri Khalid menyatakan tiada sebarang usaha "bail-out" atau menyelamatkan Talam dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Namun mengikut Kertas Putih ini, jumlah keseluruhan pengambil alihan aset-aset Talam ialah RM 676,094 juta.

Oleh kerana hutang Talam yang dipersetujui dalam perjanjian ini ialah RM 392 juta, mengapa jumlah hartanah yang diambil alih begitu besar bezanya dengan jumlah hutang yang dituntut? Ini menimpulkan persoalan besar ke mana baki wang tersebut?

Jika menurut Kertas Putih tersebut, sebahagiannya akan digunakan untuk menyelesaikan hutang Talam kepada Institusi Kewangan dan pihak-pihak lain.

Kerajaan Negeri menggunakan alasan bahawa penyelesaian ini perlu bagi membolehkan mereka mengambil alih hartanah tersebut. Ini kerana sesetengah hartanah yang bakal diambil alih oleh kerajaan negeri telah dicagarkan oleh Talam kepada pihak ketiga.

Apakah proses penyelesaian hutang Talam kepada pihak lain ini melalui proses mengambil alih hartanah bukan merupakan kerja-kerja "bail-out'?

Dalam penilaian ke atas salah satu hartanah yang akan diambil alih oleh kerajaan negeri yang dinamakan dalam Kertas Putih sebagai "Tanah di Bukit Beruntung", Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada 2010 telah menilai tanah tersebut pada harga RM 113 juta kerana ia masih lagi berstatus tanah pertanian.

Namun penilai Suleiman & Co menetapkan nilai tanah tersebut pada harga RM 375 juta jika ia ditukar kepada tanah pembangunan bercampur. Tanah ini tidak dapat ditukar status kerana Talam tidak menjelaskan caruman peparitan berjumlah RM 4 juta seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.

Bagi membantu menaikkan nilai hartanah ini, Kerajaan negeri telah membayar tunggakan RM 4 juta tersebut dan menukar status tanah itu kepada pembangunan bercampur dan menggunakan laporan Suleiman & Co bagi memasukkan nilai hartanah tersebut dalam penyelesaian hutang Talam. Apakah ini bukan proses menyelamat atau "bail-out"?

Mengapa kerajaan negeri tidak mengambil hartanah tersebut pada penilaian Jabatan Harta tetapi mengambil penilaian yang lebih tinggi merupakan satu tanda tanya yang sangat besar.

Dalam mana-mana pegambil alihan hartanah pun tentulah pembeli akan sedaya upaya mengambil kira penilaian terendah, tetapi kerajaan negeri berusaha untuk mengambil penilaian paling tinggi.

Mengapa Jabatan Penilai Harta tidak dipanggil semula untuk menilai hartanah yang telah ditukar status tersebut merupakan satu misteri.

Dalam kesimpulan Kertas Putih, Kerajaan negeri menyatakan, "Tidak ada apa-apa bayaran samada dalam bentuk tunai atau barangan pernah diberikan kepada Talam untuk mendapatkan tanah atau hartanahya."

Kenyataan ini sangat mengelirukan dan cuba memberi gambaran bahawa seolah-olah Talam tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada urusan ini. Kenyataan "tidak pernah memberi" bukan bermaksud "tidak akan memberi" atau "tidak memberi secara tidak langsung."

Hakikatnya, Talam telah mendapat faedah daripada urusan ini begitu besar sehingga melunaskan banyak hutang-hutangnya dengan anak syarikat kerajaan negeri dan beberapa pihak lain tanpa perlu berbuat apa-apa pun.

Dalam para 3.4.7 Kertas Putih tersebut dengan jelas menyatakan bahawa lebihan hampir RM 250 juta daripada transaksi ini (jumlah keseluruhan nilai hartanah yang diambil alih ditolak dengan RM 392 juta) akan digunakan untuk membayar hutang Talam kepada Institusi Kewangan dan dan lain-lain pemegang gadaian Talam.

Apakah ini bukan merupakan bayaran secara tidak langsung yang diterima oleh Talam?

Malahan dalam para 3.4.7 (c) menyatakan, "Jumlah Lebihan yang dianggarkan RM 30,523,762.49 akan dilunaskan oleh MBI (Perbadanan Menteri Besar) kepada Talam secara penyerahan tanah-tanah yang setar nilainya.

Apakah ini bukan faedah yang diterima oleh Talam secara langsung? Malahan apakah tidak mungkin tanah yang akan diterima oleh Talam ini nanti di lokasi yang lebih strategik dari sekarang?

Kertas Putih ini akhirnya membenarkan tanggapan umum bahawa kerja-kerja ini merupakan kerja menyelamatkan Talam Corporation.

Kita tidak menyatakan kerajaan negeri tidak berhak menyelamatkan Talam. Kita tidak menentang usaha "bail-out" jika ia memberi keuntungan kepada rakyat seperti mana yang kerajaan lakukan kepada beberapa syarikat berkepentingan awam seperti Malaysia Airlines dan beberapa syarikat lain.

Jika dengan menyelamatkan Talam boleh membantu ramai orang yang berhadapan dengan rumah terbengkalai, di Selangor, mungkin ada perlunya tapi setakat ini kita belum nampak apa-apa lagi.

Yang menjadi masalah ialah Kerajaan Negeri berusaha menafikan tindakan-tindakan berunsur "bail-out" ini. Apa salahnya mereka datang ke depan dan berkata "ia kita membantu Talam Corp kerana ini merupakan situasi menguntungkan kedua belah pihak."

Cuba bayangkan jika "bail out" ini dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Tentulah pelbagai kecaman, tuduhan dan fitnah dibuat oleh Pakatan Rakyat seperti dalam banyak usaha kerajaan menyelamatkan syarikat lain sebelum ini.

"Cukup-cukuplah berbohong wahai Khalid Ibrahim."

mykmu.net

Bukan Tak Mahu Jawatan PM Tapi Sedar Mereka Tak Layak Jadi Pemerintah

Posted: 22 Nov 2012 04:02 AM PST

Sepertimana yang dijangka oleh para pemerhati politik, semakin dekat dengan PRU, semakin kelam kabut Pakatan Rakyat jadinya.

Sebelum ini semua pihak di dalam PR menerima baik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri serta mengiakan saja apabila Buku Jingga mengambil-alih hudud atau Negara Kebajikan menggantikan Negara Islam. Berbagai-bagai kenyataan dibuat oleh pemimpin-pemimpin PR untuk menjustifikasikan keputusan yang diambil secara 'sepakat' ini.

Malangnya, PR bukan sebuah parti yang wujud atas satu pendirian yang sama.  Setiap dari parti sekutu PR berdiri atas pentasnya sendiri, dengan setiap pemimpin tertingginya mengimpikan singgahsana masing-masing.  Penyokong masing-masing pula berpegang kepada keyakinan bahawa parti merekalah yang lebih kuat, yakni mendominasi Pakatan Rakyat.

Pengundi Cina percaya bahawa DAP menguasai PAS dan hanya kerana itu mereka berani memberi sokongan kepada DAP.

Penyokong PAS pula berusaha memaksa diri untuk percaya yang DAP tidak akan menguasai PAS dan PAS juga tidak mudah dikuasai kerana itu mereka terus menyokong PAS.  Lagipun, mereka gusar tidak dapat masuk syurga jika tidak menyokong PAS.

Manakala, penyokong PKR pula percaya yang kedua-dua DAP dan PAS pasti tunduk kepada Manusia Hebat Luarbiasa Anugerah Tuhan, iaitu Anwar Ibrahim dan kerana itu mereka terus mengabdikan diri kepadanya dengan harapan agar mendapat satu dua projek atau sebijik dua Ferrari bila beliau menjadi PM nanti.

Justeru, untuk sementara, PR berada dalam tenang dan stabil bersandarkan senario di atas.  Namun, segala-galanya kini berubah selepas Muktamar ke-58 PAS.

Muktamar tersebut mendedahkan bahawa penyokong-penyokong  PAS telah tersedar yang DAP menguasai pemimpin mereka dari luar dan PKR pula telah menguasai mereka dengan cara menyelinap terus ke atas.  Lalu, pemberontakan dalaman dan tekanan untuk melihat PAS menguasai diri dan juga PR, mula terserlah.  Ini diterjemahkan dengan melonjakkan nama Hadi Awang sebagai PM sekali gus menolak Anwar Ibrahim.

Kesemua pemimpin PR cuba meremehkan tindakan akar umbi PAS sebagai sebuah impian atau harapan semata-mata dan tidak semestinya diambil-kira. Maka, berguraulah Mat Sabu konon sekiranya kedua-dua Hadi dan Anwar kalah maka beliau juga boleh jadi PM.

Tidak mustahil Mahfudz Omar juga ada memasang angan-angan untuk menjadi PM berdasarkan senyum simpulnya ketika kelu ditanya pemberita mengenai siapa yang disokongnya sebagai PM.

Malah, saranan Tun Mahathir bahawa Karpal Singh yang paling layak juga tidak wajar diketepikan begitu saja.

Karpal sudah lama berjuang dan cukup konsisten dalam menyatakan pandangan terutama dalam menolak hudud dan Negara Islam.   Cuma satu saja yang Karpal tidak konsisten iaitu dahulunya beliau menghentam Anwar tetapi kini beliau pula yang membela dan menjulang Anwar.

Karpal sudah lama berjuang dan cukup konsisten dalam menyatakan pandangan terutama dalam menolak hudud dan Negara Islam.   Cuma satu saja yang Karpal tidak konsisten iaitu dahulunya beliau menghentam Anwar tetapi kini beliau pula yang membela dan menjulang Anwar.

Namun, jangan lupa, jika Karpal dianggap layak, maka apa kurangnya Lim Kit Siang?   Bukankah beliau lebih layak sebagai PM di Negara bermasyarakat majmuk ini kerana beliau telah berpengalaman secara langsung dalam 'menangani' masalah perkauman ketika tragedi 13 Mei.

Dan jangan kita lupa juga pada Nik Aziz yang dianggap wali keramat serta berhak menghukum manusia lain dengan hukum Allah SWT. Lagipun, bukankah hanya Ulama saja yang layak memerintah, bak kata orang PAS? .. err..suatu ketika dahululah..

Rata-rata pemimpin PR nampaknya mengelak untuk mengecam saranan akar umbi PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM.  Malah, Anwar sendiri mengelak untuk memperbesarkannya.

Mungkin Anwar yakin yang tidak mungkin PAS mampu mengenepikannya bagi jawatan tersebut.  Mungkin juga DAP yakin yang siapapun menjadi PM, mereka tetap akan menjadi dalang di belakangnya.  Justeru, masing-masing hanya memberi komen umum tanpa kepastian yang tuntas tentang siapakah bakal PM jika PR menang PRU.

Dengan mengambil sikap mengelak dan membisu atau memberi respon umum, maka PR meletakkan penyokong-penyokong mereka dalam keadaan berharap sementara pengundi atas pagar pula dibiarkan dalam keadaan keliru dan kabur.  Seolah-olah jawatan PM bukan sesuatu yang penting dan boleh dibincangkan semula selepas menang nanti.

Sedangkan, jawatan PM adalah tonggak utama bagi meletakkan keyakinan rakyat kepada PR.  Dari jawatan itu, barulah dapat dibayangkan 'rupa paras' kabinet PR dengan lebih jelas, serta hala tuju negara di bawah pemerintahan mereka.

Ini kerana, jika PMnya Anwar, maka Malaysia akan dibawa ke arah liberalisme, jika Kit Siang atau Karpal maka Malaysian Malaysialah jadinya dan jika Hadi Awang maka Malaysia akan menjadi negara Islam konservatif.

Kita perlu ingat bahawa PR bukan seperti BN yang mana parti-parti komponennya berpegang kepada aspirasi yang sama, menjunjung perlembagaan dan kedaulatan Raja-raja.  Pun begitu, jawatan PM bagi BN tetap penting, apatah lagi bagi PR yang caca-marba aspirasinya.

Dengan meremehkan isu jawatan PM, semakin terserlahlah sikap PR yang melihat politik sebagai perkara main-main iaitu sekadar satu perlumbaan merebut kuasa.

Siapa yang paling bijak mengatur langkah, maka dialah yang berjaya.  Hala tuju negara atau nasib rakyat adalah tiada kena mengena sama sekali dengan permainan mereka.

Mr Beruang Biru

Israel Serang Gaza Bukan Tujuan Mempertahankan Diri – Ahmad Zahid

Posted: 22 Nov 2012 03:28 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Nov –  Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berkata Israel telah melakukan serangan melebihi kemampuan Gaza dan bukanlah serangan untuk tujuan mempertahankan diri.

“Ini kerana kemusnahan sampingan yang berlaku terutama kepada orang yang tidak bersalah. Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. Difahamkan jumlah kematian telah melebihi 100 dan lebih 2,000 penduduk Gaza cedera.

“Ini seharusnya tidak berlaku dan harus diselesaikan dengan gencatan senjata,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Penasihat Keselamatan Kebangsaan kepada Perdana Menteri Britain, Sir Nigel Kim Darroch di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Ahmad Zahid mengulas mengenai gencatan senjata Israel-Palestin yang bermulapada 3 pagi ini waktu Malaysia hasil diplomasi yang diusahakan Presiden Mesir,Dr Mohamed Morsi.

Mengulas mengenai pertemuan ringkas itu, beliau berkata apa yang dibincangkan adalah soal pertahanan serantau dan ada kaitan dengan Perjanjian Pertahanan Lima Negara di mana kedua-dua negara antara lima negara yang terlibat.

“Kita juga ada bincang mengenai situasi di Gaza. Beliau setuju dengan pendapat saya…Israel telah melakukan serangan melebihi kemampuan Gaza.

“Saya sudah minta pihak Britain supaya bagi tahu Israel untuk terus bersetuju dengan gencatan senjata itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pendekatan Malaysia sama dengan Britainiaitu tidak seharusnya menambah perbelanjaan ketenteraan sebaliknya menggunakan apa yang ada atau menggantikan aset pertahanan yang tidak relevan dengan situasi pertahanan negara.

Katanya mengukuhkan kesiapsiagaan adalah soal staf dan bukan aset dan oleh itu Malaysia akan perbesarkan Askar Wataniah, atau pasukan simpanan tentera berbanding memperbesarkan jumlah pegawai tetap sedia ada.

Not Correct To Say Muslims Only Have Sympathy For Fellow Muslims, Says Mahathir

Posted: 22 Nov 2012 03:11 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 22 – Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today it was incorrect to say that Muslims only had sympathy for fellow Muslims under oppression, adding that there was no religious bias in the matter.

“We hope that the world will not accuse us of being biased in favour of Muslims. We are not. We are biased in favour of humanity, no matter where they are.

“If we look back into history, we have condemned the genocide against the Red Indians (and) genocide in Australia, and these people are not Muslims. We are concerned with genocide against anyone,” he said in a keynote address at the International Conference on War-Affected Children, here.

He said the reason why Muslims showed great sympathy for other Muslims was because most of the people who were oppressed, attacked and killed today were Muslims.

Mahathir, who is chairman of the Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW) said the question that should be asked was why big powers concentrated only in killing Muslims.

“I have not really found them raging wars against non-Muslims. If they do it, it is not very frequent and not many.

“These are facts; we are not being biased in favour of Muslims. The fact that most of the wars today are against Muslims (for example) in Bosnia Herzegovina, Iraq, Afghanistan and today, we are seeing for 60 years the suffering of the Palestinians,” he said.

Asked to comment on the Gaza ceasefire, at a press conference later, Mahathir said there was no guarantee that it would last because Israel was backed by the most powerful nation in the world who supplied them with weapons.

“The weapons include white phosphorus which we know can cause various kinds of diseases,” he said.

Perak UMNO Will Share Experience At Party General Assembly

Posted: 22 Nov 2012 03:08 AM PST

GERIK, Nov 22 – Perak UMNO will share its experience in rebuilding the strength of the party and Barisan Nasional (BN) at the UMNO general assembly 2012 beginning Nov 27, after the coalition lost in Perak in the last general election.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said the BN’s defeat in the state in the 12th general election had taught party members to work as a team in facing the coming general election.

“Alhamdulillah (Praise be to God), in the context of the Perak state today, in the context of Perak UMNO particularly, we are in a very good situation.

“Together with the national-level leadership under Datuk Seri Najib Tun Razak, we are making the best preparation to move ahead in facing the looming general election,” he told reporters after making a visit to several areas in the Lenggong and Gerik parliamentary constituencies today.

Zambry, who is also chairman of the Perak UMNO Liaison Committee, said Perak UMNO was ready to face the 13th general election any time.

He said that at the UMNO general assembly this time, Perak UMNO would be represented by three debaters, namely the respective leaders of the three party wings — Youth, Wanita and Puteri movements.

“This time, Perak is featuring the second liners to debate the President’s speech as well as the motions tabled at the general assembly,” he said.

In addition, he said, issues on the opposition parties would also be raised at the assembly.

“What is of utmost importance to us is that we want to carry out our work, and today, we observe that they (the opposition) are in a more shaky situation…fighting among themselves, internal crises, and fighting for power among themselves which is getting more serious,” he added.

Jentera PRU UMNO Perlu Dekati Pengundi Atas Pagar – Zahid Hamidi

Posted: 22 Nov 2012 02:56 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU13) bukanlah tertumpu kepada kesiapsiagaan jentera parti sahaja tetapi juga mendekati pengundi atas pagar, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kira-kira 40 peratus pengundi adalah golongan atas pagar dan mereka ini harus didekati.

“Jentera UMNO khasnya menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2012 ini perlu menyelesaikan masalah mereka. Ini kerana penentuan menang kalahnya parti dan bagaimana kita harus rampas kerusi yang kalah berkemungkinan besar bergantung kepada mereka,” katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian selepas menerima kunjungan Penasihat Keselamatan Kebangsaan kepada Perdana Menteri Britain, Sir Nigel Kim Darroch di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Beliau berkata PRU13 adalah pilihan raya yang luar biasa dan harus ditangani dengan cara luar biasa juga termasuk menyelesaikan masalah dalaman jika dibangkitkan perwakilan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2012 nanti.

“Jika ada permasalahan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) juga perlu ditiadakan. Ini kerana jentera pilihan raya BN bergantung kepada UMNO. Maka UMNO harus memberi bantuan sebagai tulang BN,” katanya.

Anwar Minta Bantuan Luar Bukan Mengejutkan, Taktik Lapuk Cari Pengaruh

Posted: 22 Nov 2012 02:46 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Nov. – Pendedahan berkaitan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr untuk meminta negara terbabit membantu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa tindakan mencari pengaruh luar bukanlah kali pertama dilakukan oleh penasihat PKR dalam usaha mendapatkan kuasa politik di negara ini.

"Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana Anwar telah pun acapkali bertindak sedemikian malah lebih dari itu apabila sanggup memburuk-burukkan negara sendiri lantaran mahu mengambil hati para pemimpin luar dan bersimpati kepadanya," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Dilaporkan Anwar meminta bantuan Australia dalam PRU akan datang atas dakwaan untuk memastikan ia bebas daripada penipuan dan rasuah selain kononnya menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya.

"Apa lagi yang Anwar belum lakukan kerana sebelum ini dia bukan saja merendah-rendahkan kedudukan negara sendiri tetapi turut menganggap sistem demokrasi dan perundangan di Malaysia juga adalah lapuk dan ketinggalan," katanya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Awal tahun ini, media turut melaporkan Anwar telah ke Turki dan menafikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi selain tidak ada satu pun media yang ada di negara ini bebas untuk beroperasi serta mendakwa bahawa dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu adalah kerana mengkritik kepimpinan Perdana Menteri ketika itu.

"Anwar lebih gemar meminta bantuan dari negara luar negara kerana rakyat di negara ini sudah tahu siapa dia yang sebenar.

"Tidak ada sesiapa yang mahu mempercayainya lagi sebagaimana pelbagai janji yang ditaburkan bukan saja sebelum dapat bentuk kerajaan bersama pakatan pembangkang dibeberapa buah negeri tetapi dah ada kuasa pun terus menipu," katanya lagi.

Ujarnya, jika sebelum mendapat kuasa mereka menjadikan manipulasi dan persepsi sebagai satu taktik bagi memperlihatkan kononnya kerajaan sering melakukan kesilapan tetapi malangnya kelakuan tersebut berterusan biarpun menjadi wakil rakyat dan pemimpin.

"Mereka tidak ada modal untuk tarik perhatian jadi mereka tuduh kerajaan BN khususnya UMNO sebagai parti yang selalu salah tanpa mereka sedar bahawa mereka perlu berdepan dengan kenyataan yang dimahukan oleh rakyat."

Dalam temu bual dengan ABC Radio semalam, Anwar turut mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.

"Mereka buat macam-macam tuduhan terhadap kerajaan termasuklah PRU kononnya tidak telus sedangkan jika ia benar-benar berlaku adakah pakatan pembangkang akan mendapat peluang untuk beroleh kemenangan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada PRU 2008 lalu?" soalnya.

Tambah beliau lagi, apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka di luar negara yang kemudiannya disiarkan dalam media bercetak maka tuduhan juga dilemparkan kepada BN/UMNO.

"Macam mana BN/UMNO mahu memanipulasi media asing yang menyiarkan kenyataan Anwar berkaitan sokongannya terhadap Israel di dalam Wall Street Journal (WSJ) sedangkan mereka bukan dikawal oleh BN sebagaimana tuduhan kepada media arus perdana yang kononnya dikongkong dan tidak ada kebebasan bersuara," bidasnya.

"Sebelum ini pun Anwar pernah mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif dan tidak selamat, dan kemudian mengeji pakaian batik Malaysia ketika berada di Indonesia sedangkan ia tidak sewajarnya dipolitikkan," tegasnya.

Sebelum itu, anak sulung Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izza juga pernah memberikan kenyataan palsu ketika temubual dengan akhbar Kompas di Indonesia, 4 Ogos lalu kononnya kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman, masih tidak boleh menyelam selain mendakwa ia sebagai aset usang dan terpakai.

"Telah terbukti bahawa pakatan pembangkang bukan saja sanggup memburukkan negara sendiri dan melemparkan fitnah semata-mata untuk kepentingan politik tetapi juga gagal menanamkan sikap patriotik dan nasionalisme dalam diri masing-masing." – MediaUMNO.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...