BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! KISAH PAS MENZALIMI ISLAM DAN RAKYAT MALAYSIA TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! PAS SUDAH BERSEDIA DOAKAN KEHANCURAN DAP DAN PKR ???
- KANTOI !!! PAS BERTEKAD UNTUK MENGUASAI DAP ???
- KISAH BENAR !!! PAS PASTI K.O KERANA MENZALIMI RAKYAT !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! BAS MEWAH PKR !!! KHALID GAGAP KANTOI !!! WAJIB BACA !!!
HOT NEWS !!! KISAH PAS MENZALIMI ISLAM DAN RAKYAT MALAYSIA TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 21 Nov 2012 07:00 AM PST Sudah jadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang terutama dari PAS mengadu domba dan mempropagandakan tuduhan liar mengatakan Kerajaan BN adalah zalim,anti Islam,firaun dan sebagainya.Tak cukup dengan propaganda persepsi buruk sedemikian,mereka guna pula agama sebagai modal politik termasuklah memperalatkan solat hajat,tazkirah dan doa untuk memainkan sentimen agama dikalangan penyokong dan orang ramai.Solat hajat,tazkirah dan doa adalah perkara yang baik yang dituntut oleh Islam namun bila dipolitikkan kesannya keberkatan hilang dan rahmat Allah s.w.t tidak kesampaian, sebaliknya yang datang polemik tak berkesudahan dan kecaman khalayak ramai. Inilah yang terjadi berikutan dari doa berunsur politik kepartian yang dibacakan oleh adik kandung kepada Mursyidul Am PAS,iaitu Nik Razi Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tempohari.Isi kandungan doa yang mengecam UMNO dan BN yang kononnya menzalimi agama Islam dan menindas rakyat seumpama tingkah laku jahat firaun,Namrud dan Abu Lahab akhirnya mengundang polemik dan mudarat pula buat PAS. Dah namanya doa politik,niatnya tentu sahaja demi untuk kepartian dan bukannya ikhlas mahukan keredhaan Allah S.W.T Maka akibatnya terpaksalah PAS menanggung beban di atas sikapnya yang emosional tak bertempat dan tidak berhikmah itu.Hakikat yang pahit untuk penyokong PAS terima sebenarnya, ialah PAS itu sendiri sejak sekian lama sebenarnya telah menzalimi agama Islam sehingga memudarkan sedikit sebanyak imej kesucian agama ini di mata penganut agama lain.Suatu ketika dulu di awal tertubuhnya PAS,para pimpinannya sebulat suara menolak kerjasama dengan non-muslim sehingga pernah mengkafirkan orang Islam yang menyokong parti PERIKATAN (sekarang Barisan Nasional) yang terdiri dari UMNO,MCA dan MIC.Lebihkurang satu dekad sebelum menjelangnya Abad Millenium barulah PAS kenal peri pentingnya kerjasama orang Islam dengan non muslim demi kebaikan bersama. Tika ini barulah PAS teringat betapa di zaman Rasulullah s.a.w dulu,baginda juga pernah mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam termasuklah dengan kaum Yahudi. Malangnya kerjasama yang PAS jalin dengan DAP dan PKR langsung tidak memberi manfaat pada ummah apatah lagi untuk kebaikan agama Islam. PAS gagal menahan asakan pemimpin DAP sehingga akhirnya perarakan Maulidul Rasul kini tidak lagi dapat diadakan di Pulau Pinang yang dikuasai DAP. Berpuluh tahun ia tidak diganggu gugat, datang DAP abang besar PAS segalanya berubah atas nama demokrasi. Juga berlaku di zaman PAS sebagai lembu tunggangan DAP,di mana kesucian Rumah Allah dinodai oleh pemimpin politik bukan Islam yang dibiarkan saja menyampaikan tazkirah di ruang utama surau dan masjid, manakala anak kariah dan jemaah yang hadir pula terpaku kelu bagaikan tekun mendengar kuliah agama dari ustaz dan tok imam. PAS juga berdiam diri apabila tulisan jawi pada nama jalan dipertikaikan DAP,malah PAS juga malu untuk ke depan menegur kebiadapan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan agama Islam di sisi Perlembagaan Malaysia dengan berselindung disebalik tuntutan pemimpin DAP yang mahu negara ini diiktiraf sebagai sekular.Akibat dari kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dalam PR itu jugalah kalimah Allah s.w.t dengan mudahnya digadai tanpa rasa bersalah demi untuk menjaga hati penyokong DAP yang beragama Kristian.Demikian juga bila kita bercakap soal akidah,sampai sekarang PAS tidak berani mengecam secara rasmi keceluparan anak Ketua Umum PKR,Nurul Izzah yang menyarankan orang Melayu Islam diberi hak bebas bertukar agama. Amanah yang diberikan oleh segelintir rakyat kepada PAS untuk mempertahankan Islam akhirnya dikhianati.Jelas sekali semuanya itu satu kezaliman terhadap agama Islam,pengkhianatan terhadap ummah yang secara sengaja atau sebaliknya telah dilakukan oleh PAS RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PAS SUDAH BERSEDIA DOAKAN KEHANCURAN DAP DAN PKR ??? Posted: 21 Nov 2012 04:00 AM PST Mendoakan kehancuran pihak lain atas alasan menolak Islam kerana menolak hudud dianggap wajar bagi PAS.Meletakkan 'hudud' sebagai asas agama Islam,PAS mengisytiharkan permusuhan kekal ke atas UMNO bagaikan satu jihad yang jauh lebih besar dari menentang iblis dalam diri sendiri mahupun jihad menentang puak Yahudi yang memusuhi Islam sehingga ke-akhir zaman.Ini terbukti apabila seluruh dunia sedang sibuk mengecam tindakan Zionis menyerang orang-orang awam Palestin,PAS pula sedang berdoa bersungguh-sungguh mengecam UMNO dalam solat hajat dan doa PAS ketika di penghujung Muktamar ke 58.Doa tersebut jelas memfokuskan hanya kepada dua perkara iaitu menghancurkan UMNO dan menakluki Putrajaya.Alasan PAS,kononnya hanya dengan cara itu,maka Islam dapat ditegakkan iaitu melalui perlaksanaan hudud oleh PAS.Masalahnya,UMNO bukan satu-satunya penghalang PAS untuk berkuasa penuh dan melaksanakan hudud.Tetapi PAS juga terpaksa melangkah mayat Karpal Singh dan menghancurkan Anwar Ibrahim yang mana PAS cukup sedar walaupun terpaksa mendiamkannya. Namun,dengan semangat baru Muktamar ini,PAS nampaknya telah bersedia untuk menghancurkan sesiapa saja yang menyukarkan perjalanan mereka untuk berkuasa sepenuhnya,termasuklah DAP dan PKR juga.Dengan itu,PAS nekad mengangkat Hadi Awang sebagai personaliti paling layak menjadi Perdana Menteri sekali gus mengingkari persetujuan yang dibuat bersama PR iaitu jawatan itu adalah milik Anwar Ibrahim.Benar,ini mungkin kelihatan seperti strategi PAS untuk menenangkan akar umbi yang semakin lantang mengkritik perjuangan PAS kerana telah jauh tersasar dari landasan asal.Mungkin tindakan menjulang Hadi Awang sebagai PM hanyalah gimik PAS untuk memujuk akar umbi agar kembali memberi keyakinan kepada kepimpinan dalam menghadapi Pilihanraya.Mungkin strategi gimik ini direstui oleh Anwar dan juga DAP. Jika ini semua hanya strategi untuk memastikan sokongan Melayu terhadap PAS,maka pastinya Melayu akan tertipu nanti kerana akhirnya yang menjadi Perdana Menteri tetaplah si peliwat dan penzina iaitu Anwar Ibrahim dan bukannya Hadi.Tetapi,jika laungan PAS itu benar,maka yang tertipu adalah DAP seluruh kaum Cina yang menyokong mereka kerana percaya bahawa DAP mampu menguasai PAS dan membonekakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Justeru, apapun strategi PAS dalam menjulang Hadi Awang sebagai PM,salah satu pihak penyokong PR, iaitu Melayu ataupun Cina, akan pasti tertipu. India tak payah cakaplah kerana mereka telah lama tertipu oleh kerajaan PR di negeri-negeri yang diperintah parti itu. Bukan rahsia bahawa DAP dan PKR memandang remeh dan hina terhadap PAS,iaitu antara punca akar umbi PAS resah dan meragui kepimpinan mereka.Pemimpin-pemimpin PAS tidak mampu memerintah adalah satu hakikat atau fakta yang tidak dapat dinafikan sesiapa melainkan penyokong-penyokong jumud mereka. Kelantan dan Kedah adalah bukti jelas kelemahan PAS. PAS tidak punya pemimpin yang berkaliber dan berkarisma walaupun untuk menjadi pemimpin kecil,apatah lagi pemimpin besar dan Perdana Menteri. Hadi Awang juga terkenal dengan 'tidak tahu apa',sama seperti Nik Aziz dan Azizan Razak. Orang nombor dua PAS juga lebih teruk lagi begitu juga pemimpin-pemimpin muda yang dilihat tidak lebih dari pemimpin kampung, tidak pernah bergaul, bersaing dan melihat dunia dari sudut yang luas, melainkan dari bawah tempurung serban mereka.Justeru,kita tidak boleh membayangkan mereka-mereka ini memerintah negara, memahami strategi politik antarabangsa, menangkis kelicikan musuh-musuh negara dan menghadiri forum-forum ekonomi dunia. Namun, DAP dan PKR mungkin tersilap hitung akan kelemahan dan kebodohan atau kejahilan PAS itu. Kita sedia maklum bahawa kejahilan adalah merbahaya.Ekstremisme berpunca dari kejahilan,begitu juga sikap 'amuk' berpunca dari kebodohan.Tragedi Memali dan Sauk adalah contoh apa yang mampu terjadi akibat jahil atau bodoh.Manusia jahil atau bodoh mudah terbawa-bawa oleh emosi dan hilang pertimbangan. Lebih buruk apabila si bodoh juga bersikap sombong,angkuh atau takbur.Apabila manusia begini mendapat kuasa, maka yakinlah yang mereka hanya akan membawa kemusnahan semata-mata.Bayangkan apabila semangat juak-juak PAS yang jahil ini untuk melihat Hadi Awang menjadi PM jika PR menang tidak menjadi nyata Dan kemudiannya hudud pula tidak dilaksana,malah PAS kembali akur kepada DAP dan PKR menjadi pak turut,barua atau anjing suruhan.Bayangkan amukan semangat jihad juak-juak PAS yang mendambakan hudud dan Negara Islam yang dicantas oleh kerajaan PR.Tidak mustahil mereka akan menghancurkan negara ini sebagaimana mereka mendemonstrasikannya kepada kita dalam demonstrasi Bersih.Bagaimanapun,ini adalah senario yang agak mustahil.Kita menyatakannya mustahil bukan kerana kita yakin yang PAS mampu menguasai DAP dan PKR jika memerintah,tetapi kerana PAS bertanding tak cukup kerusi pun untuk memastikan Hadi Awang menjadi Perdana Menteri.Pemimpin PAS sebenarnya hanya bermain dengan emosi penyokong-penyokong mereka yang jahil yang tidak pernah mengambil pusing soal fakta dan angka.Penyokong-penyokong yang enggan memahami bahawa rekod jumlah kerusi ditandingi ataupun jumlah kerusi dimenangi sebelum ini tidak memungkinkan PAS melantik pemimpin mereka menjadi PM. Begitu juga enggan bertanya lanjut mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi atau berpotensi untuk dimenangi dalam PRU kali ini.Apapun, yang pastinya,dalam kejahilan mereka,hati mereka telah menetapkan untuk memastikan PR menang dan PAS menjadi tonggak kuasa.Untuk itu,mereka pastinya bersedia mendoakan kehancuran DAP dan PKR pada bila-bila masa. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! PAS BERTEKAD UNTUK MENGUASAI DAP ??? Posted: 21 Nov 2012 12:30 AM PST Muktamar PAS ke-58 boleh dikatakanberjaya mencetuskan kekuatan baru kepada PAS dalam menghadapi PRU ke-13.Malangnya,kekuatan yang dijana khas untuk menghancurkan UMNO telah tersasar akibat doa yang penuh dengan dendam kesumat dan benci yang amat sangat terhadap saudara seagama, yang mana menyalahi agama Islam.Doa tersebut yang diharap dapat menimbulkan semangat akar umbi PAS,di masa yang sama telah menimbulkan rasa cuak dan gerun dengan ketakburan pemimpin PAS di kalangan pengundi atas pagar.Selain doa yang memakan diri, kekuatan PAS juga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan parti sekutunya yang masing-masing ingin menjadi peneraju utama serta enggan menjadi nombor dua atau tiga.Oleh itu,kekuatan PAS yang diperlihatkan dalam Muktamar tersebut juga bermakna ancaman kepada DAP.PAS nekad inginkan Perdana Menteri dari parti mereka dan akan pastikan parti itu menguasai sekutu-sekutunya.Mungkin setakat ini,DAP tidak merasa tergugat kerana yakin yang PAS tidak akan bertanding kerusi yang cukup untuk membolehkan mereka menguasai PR. DAP yakin yang Hadi Awang akan mati beragan sahaja akhirnya, kerana tidak dapat menjadi Perdana Menteri sehingga akhir hayatnya. Lagipun, Hadi Awang, Mat Sabu,Anwar Ibrahim,Nik Aziz apa bezanya ??? Semuanya boleh dipegang,ditunjal-tunjal dahi,dilipat,dipusing dan diterajang untuk mengikut telunjuk DAP.Tidak perlu pegang rahsia atau bukti gelap mereka pun,cukup dengan menjegilkan mata,pasti terduduk semuanya.Tetapi,DAP gagal mentafsir kejahilan penyokong PAS.Penyokong PAS adalah manusia taksub,yang akan menelan apa saja yang difatwakan oleh pemimpin mereka.Kerana taksub,maka PAS mampu membekalkan tenaga untuk berdemonstrasi. Orang-orang PAS mudah dipengaruhi dan dihasut untuk mencetuskan keganasan.Ketaksuban menjadikan mereka manusia yang sentiasa marah,tidak tenang,penuh dengan kebencian dan berkeinginan melakukan kemusnahan.Lebih merbahaya apabila semua tindakan negatif ini pula diberi nama jihad, bagi menjustifikasikan sifatnya yang bertentangan dengan Islam. Justeru,perasaan bersalah tidak wujud sama sekali, sebaliknya hanya semangat membara kerana percaya mereka melakukan semua itu kerana Allah SWT.Justeru,walaupun DAP mampu memegang 'kolar' pemimpin PAS,tetapi yakinkah DAP yang mereka mampu menahan asakan semangat penyokong-penyokong PAS yang ingin melihat pemimpin mereka berada di tempat teratas ??? Ingatlah kejahilan yang dicampur dengan ketaksuban dan semangat jihad tidak bertempat telah mencetuskan peristiwa berdarah Memali dan Sauk Dan kejahilan,ketaksuban dan semangat yang sama kini terpancar dalam Muktamar ke-58 PAS.PAS nampaknya nekad untuk tidak membiarkan parti mereka dipijak-pijak oleh DAP mahupun PKR.Malah PAS begitu berani mengenepikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mengingkari perjanjian dengan DAP dan PKR.Mungkin menjulang Hadi Awang sebagai PM hanya gimik politik PR dalam usaha mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap Pas,tetapi,nampaknya PAS telah terlebih suntik semangat kepada penyokongnya.Penyokong PAS kini benar-benar percaya yang pemimpin mereka mampu menunaikan hasrat mereka. Nampaknya, Anwar dan DAP kini perlu lebih berhati-hati dalam menilai kebodohan PAS.Kita mungkin boleh membaca tindakan orang yang bijak,tetapi kita tidak mungkin boleh menjangkakan tindakan orang yang bodoh. Orang bodoh tidak berfikir panjang dan tidak merancang tindakannya.Selalunya mereka bertindak mengikut emosi dan keadaan semasa. Apabila emosi menguasai, soal fakta dan angka kerusi yang ditandingi dan dimenangi tidak membawa makna kepada mereka.Penyokong-penyokong PAS telah nekad bahaya hanya Hadi Awang yang layak menjadi Perdana Menteri dan PR hanya boleh memerintah dengan PAS sebagai paksi.Mereka akan pastikan PAS bertanding kerusi terbanyak walau apapun terjadi.Berdasarkan hakikat ini,DAP dan PKR mungkin perlu memikirkan semula di mana letaknya parti dan pemimpin mereka dalam semangat juang PAS menghadapi pilihanraya.Jelas,strategi menang dahulu,fikir kemudian mungkin terlalu merbahaya untuk diteruskan.Apakah telah tiba masanya bagi PR untuk menilai kembali pakatan mereka ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KISAH BENAR !!! PAS PASTI K.O KERANA MENZALIMI RAKYAT !!! WAJIB BACA !!! Posted: 20 Nov 2012 09:00 PM PST Para pemimpin PAS dalam reaksi mereka mempertahankan doa BN K.O yang dibacakan Nik Razi Nik Mat,adik kepada MB Kelantan itu beralasan doa tersebut menepati senario negeri Kelantan yang kononnya tertindas dan dizalimi UMNO dan BN.Siapakah sebenarnya yang sedang menzalimi rakyat ??? Dan siapakah yang sedang memerintah Kelantan tika ini ??? Sejak 22 tahun lalu PAS adalah pemerintah di Kelantan dengan diketuai Nik Aziz sebagai MB,jika lojik menzalimi rakyat Kelantan mahu digunapakai,sewajarnya ia ditujukan pada Nik Aziz dan PAS.Yang menyebabkan tanah negeri dan rakyat Kelantan seluas 716.8 ekar di Lembah Sireh dipindah milik tanpa mengikut peraturan bukannya disebabkan oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN,sebaliknya dilakukan oleh pemimpin PAS yang menguasai Kerajaan Negeri.Tidakkah ini jelas satu kezaliman dan pecah amanah ??? Tatkala rakyat memberi amanah menjaga harta negeri,tapi pemimpin PAS pula sesuka hati memindah hak milik tanah kepada syarikat swasta.Yang terlibat menyerahkan hak pengurusan tanah seluas 80,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Cina Singapura dan Cina DAP ialah pimpinan PAS negeri sehingga kesannya rakyat yang meneroka kawasan tersebut menderita manakala tanah adat Orang Asli pula semakin mengecil.Apakah itu bukan satu kezaliman apabila hak rakyat dinafikan sedangkan syarikat swasta dan orang luar pula diberi perhatian sehingga mampu mengaut untung berjuta ringgit ??? Yang mengakibatkan hampir 40% rakyat Kelantan masih dibelenggu dengan masalah bekalan air bersih semuanya disebabkan kegagalan urus tadbir pemimpin PAS,bukannya pemimpin BN.Tidakkah ini menzalimi rakyat sedangkan tanggungjawab kerajaan negeri sepatutnya mengambil berat permasalahan rakyatnya ??? Hatta kerugian hampir RM50 juta wang rakyat yang terpaksa dibayar pampasan kepada syarikat Thames Water dari England (KWSB) juga disebabkan kecuaian kerajaan negeri pimpinan PAS Kelantan.Sia-sia saja hampir RM50 juta hangus begitu sahaja,sedangkan dengan wang tersebut jika bijak diuruskan boleh diguna pakai untuk menyediakan paip saluran air bersih yang panjangnya berpuluh kilometer dan mampu menyenangkan beribu buah keluarga yang sekarang ini menghadapi masalah bekalan air.Demikian halnya dengan permasalahan pekerjaan sehingga memaksa ratusan ribu rakyat Kelantan terpaksa merantau ke negeri-negeri lain.22 tahun PAS memerintah,jumlah perantau bukannya kian menurun sebaliknya saban tahun terus meningkat.Bukankah ini zalim namanya apabila kerajaan negeri gagal membantu menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya ??? Siang dan malam para pemimpin PAS cuma tahu berceramah sambil si petugas PAS mengusung uncang dan tin milo meminta rakyat menyumbang duit kepada parti.Apa rakyat dapat ??? Air liur saja.Amanah yang rakyat berikan kepada PAS di Kelantan sengaja diabaikan dengan berselindung disebalik kopiah dan serban serta ceramah politik, tidak selamanya rakyat akan tertipu dengan permainan politik sebegitu.Sebetulnya,yang sebenar-benarnya sedang menzalimi rakyat tika ini tidak lain dan tidak bukan ialah pemimpin PAS sendiri.PRU 13 kelak yang akan K.O bukannya BN ataupun UMNO,sebaliknya PAS.betul tak pembaca Badut Rakyat ??? K.O BN !!! ANDA NAK TAHU APA MAKSUD SEBENAR ??? K.O BN ADALAH KEMENANGAN UNTUK ORANG BARISAN NASIONAL !!! MUAHAHAHA !!! RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! BAS MEWAH PKR !!! KHALID GAGAP KANTOI !!! WAJIB BACA !!! Posted: 20 Nov 2012 06:00 PM PST Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) meminta rakyat untuk menilai permainan dan sandiwara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam soal bas mewah dua tinggat PKR yang dipertikai sejak sekian lama.Pengerusinya,Hamidzun Khairuddin berkata,akhirnya sandiwara dan lakonan Khalid Ibrahim terbongkar semalam selepas beliau mengakui membayar RM10,833.00 sebulan untuk membeli bas mewah pkr yang digunakan oleh penasihat ekonomi kerajaan negeri selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini. "Sedangkan sebelum ini,pada 30 Ogos 2012,Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan dalam kenyataan akhbar beliau yang bas itu disewa untuk tempoh enam bulan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh beliau untuk digunakan oleh penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini," ujarnya dalam satu kenyataan semalam. Namun beliau 'kantoi' selepas itu bila carian di JPJ mendapati bas BLU 8779 itu didaftarkan atas nama beliau Abdul Khalid Bin Ibrahim,yang membukti sebenarnya beliau adalah pemilik bas itu.Kemudian selepas itu beliau menyatakan pula yang bas itu dibeli oleh beliau secara sewa beli.Namun kalau bas itu Khalid bayar sebanyak RM10,833.00 sebulan selama 6 bulan sewabeli seperti yang dinyatakannya, ia berjumlah RM 64,998.00 (RM10,833 x 6). GAPS ingin tahu bayaran muka sebanyak RM 885,002.00 (RM950,000 - RM 64, 998.00) siapakah yang membayar wang muka tersebut. Kalau MB menyatakan dia yang membayar wang muka tersebut,GAPS ingin tahu tarikh pembayarannya dan cek dari bank mana," ujarnya lagi. GAPS juga berminat ingin tahu syarikat kewangan mana yang memberikan pinjaman sewabeli kepada Khalid Ibrahim kerana umum mengetahui beliau adalah seorang yang black listed Ctos dan Ccris kerana kes pinjaman RM60 juta Bank Islam yang masih beliau belum jelaskan. "Sebagai MB,Khalid Ibrahim wajar berterus terang kepada rakyat dan tidak cuba membohongi rakyat sehingga `kantol' beberapa kali," tambahnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor. |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment