Kedah Ke KL - MctHeory |
- PROTEST!! Hacker Anonymous Serang Website Israel Akibat Serangan Israel ke Gaza!
- TUDIAA!! Pemuda Pas Sarankan Haramkah Supaya Lebih Fitnah Dari Biasa!
- PANASS!! Fathul Bari Kata Pas Bela Nurul Izzah Tinggalkan Islam
- TUDIAA!! Nurul Izzah Kena Balun Lagi, Lebam Biji Mata ka?
- PANASS!! Pemuda Pas Kelantan Tentang Nurul Izzah?
- PANASS!! Pas Kedah Penipu!! Cabul Hak Kaum Wanita!! #TukarKedah
| PROTEST!! Hacker Anonymous Serang Website Israel Akibat Serangan Israel ke Gaza! Posted: 17 Nov 2012 07:18 AM PST Hacker Anonymous Serang Website Israel Akibat Serangan Israel ke Gaza. Setelah melakukan serangan ke beberapa laman web pada 5 November lalu, kumpulan hacker Anonymous kembali membuat serangan dengan mensasarkan website Israel akibat serangan Israel ke Semenanjung Gaza. Seperti yang ramai diketahui ramai, Israel kembali melakukan serangan ke Semenanjung Gaza untuk meningkatkan tekanan terhadap Hamas. Serangan ini membuatkan kumpulan hacker Anonymous merasa tidak senang dan sebagai balasan mensasarkan website Israel untuk diserang. Menurut New York Times, Anonymous dikhabarkan telah mempersiapkan serangan DDoS (Distributed Denial of Service) ke 40 website Israel. Serangan DDoS sendiri adalah serangan untuk membuat pelayan sebuah website menjadi lumpuh atau offline dengan menghantar aliran traffic yang luar biasa untuk membuat server overload. Kumpulan Anonymous ini telah membuat pengumuman serangannya di Pastebin dan menegaskan bahawa kumpulan Anonymous tidak berada di pihak Israel mahupun Hamas, tapi adalah sifat perihatin mereka terhadap anak-anak menjadi korban serangan Israel di Semenanjung Gaza. "Anonymous tidak menyokong keganasan yang dilakukan oleh Israel atau serangan balas Palestin / Hamas. Perhatian kami adalah untuk anak-anak Israel dan Palestin serta hak orang yang tinggal di Gaza untuk menjaga jalur komunikasi dengan dunia luar, "kata Anonymous dalam pengumumannya. Anonymous yang menyerang 40 website Israel itu dikhabarkan hanya beberapa sahaja yang berjaya. Tindakan Anonymous ini juga terjadi disebabkan penggunaan sosial media oleh Israel selama serangan berlaku di Semenanjung Gaza. Israel juga menggunakan blog dan sosial media untuk menunjukkan video dan gambar kereta yang membawa pimpinan tentera Hamas, Ahmed Jabari yang berjaya diletupkan oleh IDF (Israeli Defense Force). sumber Anak Lulu |
| TUDIAA!! Pemuda Pas Sarankan Haramkah Supaya Lebih Fitnah Dari Biasa! Posted: 17 Nov 2012 04:37 AM PST Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung menyaksikan sikap hati-hati yang tinggi di kalangan perwakilan dalam memilih usul untuk dibahaskan. Rata-rata mengelak dari membincangkan keresahan akar umbi berkenaan hala tuju parti yang dilihat semakin tersasar. Namun, dalam ruang litup yang terhad untuk mengkritik, masih terdapat beberapa perkara yang 'lolos' untuk menjadi sasaran kritik. Antaranya, akhbar rasmi parti iaitu Harakah, mendapat kritikan pedas dari perwakilan. Antara yang lantang ialah, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan. Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya. Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan. Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR. Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan, antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh. Berita sebegitu menurut mereka, merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri. Jelas, nampaknya perwakilan lebih senang jika akar umbi dibiarkan dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku di peringkat atasan. Mungkin tindakan ini akan lebih memudahkan mereka kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan-soalan yang tidak mampu dijawab berkenaan hala tuju PAS dalam PR dan hala tuju PR itu sendiri jika ditanya oleh akar umbi. Kita setuju dengan Pemuda PAS bahawa Harakah telah tersasar namun bukan kerana bersifat terbuka memberi ruang kepada berita yang merugikan PAS. Tetapi kerana menjadi peneraju berita-berita fitnah mengenai pemimpin UMNO serta menjadi agen penyebar kebencian sesama Umat Islam. Pelik, kerana Pemuda PAS tidak pula mengkritik Harakah dari segi ini. Mungkin kerana fitnah dan kebencian tidak merugikan PAS tetapi menguntungkan, maka ianya dilihat sebagai tidak salah oleh Pemuda PAS. Namun begitu, tidak mustahil juga kritikan Pemuda PAS terhadap Harakah adalah bersifat 'tersirat' iaitu mereka sebenarnya ingin mengkritik individu di belakang Harakah, Kamaruddin Jaafar atau KJ yang menjadi Pengarah Urusan akhbar itu. Umum sedia maklum bahawa KJ merupakan orang kuat Anwar Ibrahim. Pada bulan Julai lepas, Zaini Hassan menulis di kolumnya di Utusan Malaysia seperti berikut: "Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar, disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang….." KJ adalah think tank Anwar dalam Institut Kajian Dasar (IKD) dan jika benar perwakilan PAS merasa tidak senang dengannya, ini menunjukkan yang cengkaman Anwar di dalam Harakah sudah dapat dihidu secara meluas. Anwar yang sedia maklum akan kepentingan media massa, pasti menggunakan sepenuhnya jawatan KJ untuk menyerapkan agenda Anwarinas secara perlahan-lahan maka tidak hairanlah jika Harakah memberi ruang yang luas kepada parti sekutu PAS sehingga ahli PAS merasakan seolah-olah pemimpin PAS sendiri terpinggir atau diperkecilkan. Jika agenda Anwarinas ini yang dikatakan oleh Pemuda PAS sebagai tersasar maka jelaslah bahawa mereka masih lagi di dalam keadaan kabur atau buta. Nampaknya mereka masih tidak dapat menerima hakikat bahawa PAS dan Anwarinas mahupun DAP adalah satu, dan agenda mereka adalah saling bertindih dengan matlamat untuk menang PRU dan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri. Justeru, Pemuda PAS tidak boleh merungut jika pemimpin parti sekutu diberi lebih kredibiliti oleh Harakah berbanding pemimpin PAS kerana sudah sampai masanya mereka menerima pemimpin sekutu dari DAP dan PKR sebagai pemimpin mereka sendiri. Ini bermakna, jika isu yang dibawa Harakah merugikan PAS tetapi di masa yang sama membantu mempromosi agenda besar PR, maka secara politiknya, adalah tidak salah bagi Harakah untuk menyiarkannya. Ini kerana agenda peribadi PAS yang tidak bertindih dengan agenda PR adalah tidak penting dan tidak wajar diperjuangkan. Inilah erti tahaaluf siyasi iaitu persefahaman politik yang disebut oleh Ketua Dewan Ulama PAS dan diulang-ulang oleh pemimpin kecil PAS yang lain. Jika Pemuda PAS sendiri tidak memahami tahaaluf siyasi ini, bagaimana mereka boleh memastikan kemenangan PR dalam PRU nanti? Pernahkah terlintas di fikiran Pemuda PAS bahawa, mungkin Harakah sebenarnya tidak tersasar dalam memainkan peranannya kerana ia kini adalah jentera penyebar fahaman politik PR, dan bukan PAS semata-mata. Dan bahawa mungkin yang tersasar dari perjuangan PR adalah mereka, iaitu Pemuda PAS sendiri, yang masih belum faham-faham lagi bahawa mereka tidak boleh terlalu lantang membawa agenda peribadi PAS dengan menunjukkan kesungguhan PAS untuk menegakkan Islam. Hakikat yang perlu diterima oleh Pemuda, Muslimat dan seluruh ahli PAS hari ini ialah, pada masa dan ketika ini, PAS perlu mengalah, untuk menang. Harakah pula hanya memainkan peranannya sebagai iblis penyebar kebencian dan fitnah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dan bukannya kemenangan PAS semata-mata, sepertimana kewajarannya. |
| PANASS!! Fathul Bari Kata Pas Bela Nurul Izzah Tinggalkan Islam Posted: 17 Nov 2012 01:16 AM PST Demi politik! Puak Pakatan haram ni buang Islam, tak kira la yang bertudung atau berlebai. Semuanya tolak Islam. Politik lagi penting!! Semuanya kena penyakit gila babi Anwar Plural!! |
| TUDIAA!! Nurul Izzah Kena Balun Lagi, Lebam Biji Mata ka? Posted: 16 Nov 2012 10:16 PM PST |
| PANASS!! Pemuda Pas Kelantan Tentang Nurul Izzah? Posted: 16 Nov 2012 07:16 PM PST Pemuda Pas Kelantan dah sedar diri ke? Betul ke kain rentang ni dari Pemuda Pas Kelantan? Mc tak percaya la ini kerja Pemuda Pas. Sebab Pemuda Pas sekarang ni mana ada telur lagi. Pemuda Pas yang wujud sekarang, hanyalah kaki angguk dan kaki ikut saja. Mereka dah tak berani bersuara untuk lawan kepimpinan. Telur mereka kena ikat. Kalau dulu, bab-bab agama ni, Pemuda Pas akan tentang tanpa kompromi, tapi sekarang, nak bersuara bantah Nurul Izzah pun takut. Ye la, kalau bantah Nurul Izzah, takut kena sembur dengan kepimpinan Pas dan kepimpinan Pakatan Haram. Lebih-lebih lagi kalau kena sembur dengan Anwar, mau terkencing-kencing dalam seluar gamaknya. Jadi senang cakap, Mc rasa kain rentang ni Pemuda UMNO yang buat. Pemuda UMNO buat, sebagai wakil kepada Pemuda Pas Kelantan, kesian tengok dorang macam takdak telur, jadi UMNO tolong la buat. Dulu Pemuda Pas kata nak demo bantah Nurul Izzah, lepas tu 'cancel' sebab takut dengan Anwar, alasan sms layang. Kali ni dorang naik kain rentang, tapi akhirnya dorang kata, kain rentang ni Pemuda UMNO yang naikkan. Macam-macam hal la.. he he.. nampak sangat Pemuda Pas sekarang ni baling batu sembunyi tangan, telur dah takdak! McTheory: Simpan dalam peti ais saja la telur tu.. tak guna kalau ada pun.. |
| PANASS!! Pas Kedah Penipu!! Cabul Hak Kaum Wanita!! #TukarKedah Posted: 16 Nov 2012 04:37 PM PST Nampaknya slogan negeri berkebajikan sememangnya retorik Pas semata mata, selama empat tahun memerintah akhirnya pewakilan Pas dari Kedah merangkap Ketua Penerangan Muslimat Pas Kedah mendedahkan Kerajaan Pas Kedah gagal menjaga kebajikan golongan wanita di Kedah.. Benarkah begitu? Kat sini Mc ada ambil cebisan manifesto Pas Kedah dari blog Medan Tempur. Mc dedah sikit kat sini antara janji janji manis manifesto Pas Kedah pada PRU 12 yang lalu Patutlah Ketua Penerangan Muslimat Pas ni marah sebabnya kesemua janji janji manis Pas untuk kaum wanita di Kedah tidak ditunaikan oleh Kerajaan Pas Kedah.. Kerajaan Pas Kedah dikritik kerana masih gagal menjaga kebajikan golongan wanita di negeri itu serta mengiktiraf mereka yang banyak berjasa meskipun telah memerintah selama empat tahun.
McTheory: Islam melarang keras, umatnya mungkir janji. Pas Kedah ni Islam ka? |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment