Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT SERAM!! Iklan Hasutan Syaitan Ni Patut Ada Kat Malaysia!

Posted: 04 Nov 2012 09:36 AM PST


Mc taktau benda ni iklan atau filem pendek. Tapi memang bagus dan sesuai kalau ada di Malaysia. Menyedarkan umat Islam tentang hasutan syaitan yang ada pada bila-bila masa saja.

PANASS!! Projek Sawah Padi Timor Leste 'Emas' Pas Kedah, Apa dah jadi? #TukarKedah

Posted: 04 Nov 2012 04:37 AM PST


Di awal pentadbiran Kerajaan Pas di Kedah banyak perkara baru yang pas ingin lakukan seperi pelaburan pelaburan di luar negara..Mc ada terbaca satu artikel di blog pemuda Pas Kedah tentang pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Pas Kedah di Timor Leste..Baca artikel dibawah

Pada Disember 2009 yang lalu kerajaan Pas Kedah telah memajak tanah yang luas di Timor Leste bagi menanam padi. Tanah yang dipajak ini akan dijadikan tapak baru aktiviti penanaman padi bagi menangani kekurangan bekalan beras di Malaysia..Kosnya pula jauh lebih murah berbanding di negara kita .

Pemajakan tanah yang luas ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi menangani kekurangan beras yang kerap berlaku di negeri ini dan negeri lain di Malaysia. Ia juga sebagai persiapan menghadapi keberangkalian permasalahan ekonomi yang akan menghimpit negara membangun seperti Malaysia.

Kerja-kerja awal sudah dijalankan di kawasan di Timor Leste ini. Namun ada satu perkara yang menakjubkan ialah penemuan emas yang begitu banyak sekali di kawasan yang menjadi milik kerajaan Kedah sekarang. Menurut perjanjian dengan kerajaan Timor Leste, setiap apa yang terkandung di tanah yang dipajak tersebut menjadi milik Kedah. Maka penemuan emas yang bernilai besar ini menjadi satu rezeki baru yang tidak disangka-sangka.

Oleh itu kerajaan Kedah dikatakan akan memulakan operasi pelombongan emas di kawasan ini tidak lama lagi. Demikianlah berkatnya bumi apabila diperintah oleh parti Islam. Begitu juga dengan penemuan terbaru bijih timah yang besar jumlahnya di Bukit Kinci, Sintok berhampiran UUM. Di zaman pemerintahan BN dahulu tidak timbul semua hasil-hasil bumi ini. Namun takdir Allah menemukan hasil ini ketika Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Sampai sekarang status projek berkenaan masih menjadi tanda tanya dimana kerajaan Pas Kedah tidak mendedahkan lagi sama ada ianya menguntungkan atau mengalami kerugian..

Dengan bangganya Pas mencanang kepada semua rakyat bahawa Allah SWT telah menurunkan rezeki mencurah curah kepada Pas sebaik saja memerintah Kedah. Dengan limpahan hasil bijih timah dan biji besi di Kedah yang boleh memberi pulangan lumayan..

Sambung Baca Kat Sini

Kes ni sama la macam projek lembu Azizan ghaib. Projek tak layan, tapi dikompang ke sana sini. Last sekali, apa pun tarak! keluar duit habis RM1juta, tapi hasil yelek (kosong)! Mengabihkan duit rakyat saja.

Agak-agak la, berapa juta pulak Kerajaan Negeri Kedah habis untuk projek sawah padi emas ni? habis la duit rakyat Kedah, bagi orang bodo pergi berniaga.

Dah la bodoh, tapi buat-buat pandai.. tu yang asyik rugi saja tu..

McTheory:
Banyak lagi projek Pas Kedah yang bungkuih, tak terhitung jari tangan, kena guna jari kaki!

TUDIAA!! UMNO Rosakkan Lori Anwar la Pulak!!

Posted: 04 Nov 2012 01:16 AM PST


Anwar Ibrahim telah menggunakan kemewahan Selangor untuk memenuhi nafsu serakahnya. Sepanjang masa, Anwar Ibrahim berlagak kononnya dialah Perdana Menteri Malaysia, sampaikan pengawal peribadi dan konco-konconya tanpa segan silu mengatakan jawatan Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang, sama dengan jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Khalid Ibrahim yang diketahui amat terhutang budi dengan Anwar Ibrahim telah menggunakan kuasanya selaku Menteri Besar Selangor untuk merompak sebahagian besar kekayaan Selangor untuk ditumpukkan kepada Anwar Ibrahim. Dan Anwar Ibrahim yang cukup terpesona dengan kaedah kempen secara fizikal ala-Zionis, telah diberikan bas mewah, treler dan kontena kempen selain kenderaan-kenderaan mewah yang digunakan oleh para pengiringnya ke seluruh pelusuk Semenanjung bagi tujuan berkempen dan menfitnah
Najib Abdul Razak, kononnya Najib membazir dan telah menyalahgunakan duit rakyat.


30 Oktober 2012, treler dan kontena Jelajah Rakyat yang merupakan salah satu daripada instrumen Anwar Ibrahim untuk berkempen berada di Banting. Treler dan kontena yang terlakar muka si peliwat tua sedang tersenyum itu, konon-kononnya menjadi ikon yang PKR sedang menguasai Malaysia.

Banting yang berada di Daerah Kuala Langat sedang menyaksikan transformasi yang agak ketara. Sokongan kepada PKR menurun secara drastik dan rata-rata penduduk serta pengundi di sekitar Banting sehinggalah ke Jugra menyatakan kebosanan mereka terhadap para pemimpin PKR yang bukan sahaja kuat berlakon, bahkan merekalah yang paling menyonglap duit rakyat berbanding para pemimpin UMNO yang mereka fitnah dan tohmahkan.

Lori berkenaan telah diparkir di Padang Awam Taman Banting Baru sempena Program Jelajah Merdeka Rakyat. Yang turut hadir untuk memberikan ceramah menggunakan treler dan kontena berkenaan adalah si peliwat tua sendiri, Anwar Ibrahim, Tony Pua, Abdullah Sani dan Hatta Ramli.

Dan seperti biasalah, apabila membabitkan ceramah Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat, maka sudah tentulah yang kedengaran adalah fitnah, caci nista dan pembohongan yang amat ketara. Asbab kepada pembohongan tersebut akhirnya telah menenggelamkan lori dengan muka Anwar Ibrahim tersenyum pada dinding treler kontenanya yang dijadikan sebagai pentas ceramah.

Sambung baca SINI

GEMPAR!! Azizan Razak Di BIDAS Kena Menipu Projek Rumah Murah Kedah! #TukarKedah

Posted: 03 Nov 2012 11:16 PM PDT

Layak ka jadi MB ni?

Kerajaan Kedah dicabar supaya mendedahkan jumlah rumah yang dirancang untuk dibina dan bila projek itu akan bermula di negeri ini seperti yang diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Pengerusi Perhubungan MIC Kedah S Ananthan berkata kenyataan Azizan bahawa kerajaan negeri akan membina lebih banyak rumah untuk rakyat, tanpa penjelasan kos dan punca kewangan, seolah-olah mengajak rakyat miskin di negeri ini hidup dalam angan-angan.

"Kenapa sekarang, ketika beberapa bulan sahaja menjelang pilihan raya umum ke-13 tiba-tiba Menteri Besar itu mengumumkan projek perumahan yang kita percaya hanya lebih merupakan gula-gula pilihan raya?" katanya kepada Bernama di Padang Serai.

Minggu lepas, Azizan berkata kerajaan negeri akan membina lebih banyak projek perumahan selain projek perumahan oleh kerajaan pusat yang merancang membina 2,000 rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) iaitu 1,000 di Changlun dan 1,000 lagi di Kota Setar.

Ananthan yang juga penyelaras DUN Lunas berkata beliau yang mewakili masyarakat India di Kedah juga kesal kenapa projek yang sepatutnya diumumkan kepada rakyat seawal 2008, sebaiksaja  pakatan pembangkang mentadbir Kedah, hanya diumum menjelang PRU13.

"Inilah yang dikatakan umpan pilihan raya dan apabila projek itu tidak bergerak pun kelak alasan yang akan diberi mungkin kerana nanti kami menang pilihan raya akan kami selesaikan," katanya.

 Dah berapa banyak projek perumahan tergendala yang Pas Kedah janji nak buat. Bukak tapak saja, pacak signboard, lepas tu tinggal. Dok wayang macam tu la. Apa pun tarak!!

Dah 4 tahun rakyat Kedah di gula-gulakan projek perumahan kos rendah. Satu pun tak buat. Kalau rumah mewah harga setengah juta tu, boleh pulak buat. Siap dapat hadiah rumah dari kontraktor. Itulah cara Islam yang Pas laungkan-laungkan selama ini.

Rakyat susah ditindas, orang kaya dijulang!! Bagus betul puak Pas ni!


McTheory:
Mati berangan la nak beli rumah kalau gaji rm1500 kat Kedah ni.. takdak rumah murah!

PANASS LAGI!! Rahsia Pas Kedah Dengan Bekas CEO KCB Akashah Ismail!! #TukarKedah

Posted: 03 Nov 2012 08:16 PM PDT


Kita tak sangka pula yang PAS Kedah ada menternak blogger pencacai yang cukup bengap dalam nak putar belit isu ni. Cerita yang asalnya dibawa oleh Pisau Kedah ni memang berat dan mendedahkan kepada Pas Kedah takut nak dedahkan cerita sebenar pasal Akashah ni!

Apa yang di putar belit oleh blogger pencacai PAS adalah kisah projek Pembalakan dan Peladangan Papua New Guinea yang telah mengakibatkan kerugian besar terhadap syarikat GLC bawah naungan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) iaitu syarikat Kedah Corporation Berhad (KCB)



Tak ada maknanya UMNO nak pertahankan bekas CEO KCB, Akashah Ismail sekiranya benar-benar dia menyeleweng duit KCB. Si Akashah ni tak ada kepentingan langsung terhadap UMNO Kedah dari dulu sehingga sekarang.

Sekiranya Kerajaan Pentadbiran PAS, menyatakan Akashah yang menyeleweng duit KCB sehinggakan KCB terpaksa tanggung kerugian yang besar terhadap projek KCB di Papua New Guinea, mengapa tidak pernah sekali pun Kerajaan Pentadbiran PAS mendakwa Akashah ke muka pengadilan semenjak projek Papua New Guinea di arahkan berhenti pada awal tahun 2010.

Mengapa setelah tercetus isu ini melalui Audit Kedah ini, baru puak PAS nak mengelabah membuat laporan terhadap pihak berkuasa berkenaan isu projek Papua New Guinea dengan menyalahkan Akashah untuk menutup kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang di terajui PAS.

Yang menjadi persoalan, di mana Kerajaan Negeri untuk membuat laporan terhadap penyelewengan Akashah ?

Yang menghairankan lagi, kenapa sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Yang di tadbir PAS tidak berani menghadapkan Akashah ke muka pengadilan berkenaan isu projek Papua New Guinea untuk di siasat sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai bukti yang kukuh bahawa Akashah telah menyeleweng masa menjadi CEO KCB.

Apa yang terjadi selepas projek berkenaan di hentikan PMBKed, Akashah telah di berhentikan dari menjadi CEO KCB tanpa sebarang notis sehingga telah membuat Akashah bertindak mengambil keputusan menyaman Kerajaan Negeri. Namun di sebabkan Kerajaan Negeri tak berani berhadapan dengan Akashah di dalam Mahkamah, Kerajaan Negeri telah meminta kes yang di bawa Akashah ke mahkamah di selesai luar mahkamah dan Kerajaan Negeri telah membayar kepada Akashah sebanyak RM60,000.

Mengapa Kerajaan Negeri tidak berani nak berhadapan dengan Akashah di mahkamah ?

Sekiranya Datuk Manaf Abd Hamid yang menjadi punca kegagalan projek Papua New Guinea, kenapa Kerajaan Negeri tidak pernah mendakwa Datuk Manaf , empunya syarikat MAS Corporated ?

Kalau blogger pencacai PAS Kedah nak pertikai Datuk Manaf tu dulu ahli UMNO semasa di zaman Tan Sri Osman Aroff, blogger pencacai PAS Kedah perlu juga mempertikai Azizan Razak, Mahfuz dan Ir Amiruddin yang dahulunya ahli UMNO juga.

Kalau blogger pencacai PAS Kedah tak percaya, cuba tanya Azizan Razak, Ir Amiruddin dan Mahfuz Omar, dahulu mereka ni ahli parti mana dan kenapa mereka keluar dari UMNO.

Bab yang last apa yang di perkatakan blogger pencacai PAS Kedah nampak sah-sah blogger terbabit bengap gila dalam nak putar belit isu.

Woiii bengap !!! kalau nak menipu tu agak-agak la.. kalau ya pun Akashah telah membayar tuntutan dengan 150 keping cek yang setiap satunya bernilai RM 10,000 , tak kan bahagian kewangan syarikat KCB tak pernah bentangkan belanjawan syarikat di dalam mensyuarat Ahli Lembaga Pengarah di mana Azizan Razak adalah Chairmannya ?

Kalau pencacai boleh buktikan yang Akashah bertanggungjawab meluluskan pembayaran tuntutan 150 keping cek tu lagi bagus.. sebab senang la dia di sabitkan kesalahan. Tapi harus di ingat, apa-apa pun Azizan Razak perlu bertanggungjawab sebab dia merupakan pengerusi dalam KCB yang patut selalu mengetahui akan belanjawan KCB melalui mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.

Dari maklumat yang kami dapat dari rakan Akashah, dengar cerita terkini, Akashah nak saman Kerajaan Negeri untuk kali ke dua, tapi kali ni atas saman malu dan ia membabitkan jumlah yang agak besar berikutan dia di pecat tanpa sebarang notis.

Kes yang pertama pun Kerajaan negeri takut nak berhadapan dengan Akashah, rasanya kejadian yang sama akan berlaku dalam kes yang ke 2 ni, Kerajaan Negeri pentadbiran PAS mana ada teloq nak berhadapan dengan Akashah dalam mahkamah.

Mc nak sarankan la kepada rakan Akashah, agar sampaikan pesanan kepada Akashah supaya masukkan sekali saman malu pasal kes projek Papua New Guinea ni. Sebab rakan Akashah kata, Akashah akui tak pernah sain, satu cek pun untuk membuat pembayaran kepada tuntutan dalam projek Papua New Guinea ni.

Kiranya, apa yang Pas Kedah cerita tu, bohong segala-galanya!! ishh ishh ishh.. kuat mohong betui Pas Kedah ni!!


McTheory:
Ada cerita diantara Akashah dengan Pas Kedah, kalau tak masakan Pas Kedah takut dengan dia!

EDISI LEPAS GERAM!! Jangan Makan Hasil Blogger Kedah, Sudahla Tak Membantu, Menyusahkan Pulak Tu!! cc @NajibRazak @ZahidHamidi @HishammudinH2O

Posted: 03 Nov 2012 05:37 PM PDT

Kenai dak logo ni?

 Apa anda rasa bila hasil kerja anda dirompak dan diberikan kredit kepada orang lain. Malah anda dianggap bagai sampah yang tidak berguna. Sudah la mereka selama ini tidak pernah membantu anda. Ketika anda bekerja, mereka duduk saja, bila ada hasil, mereka yang pulun lebih.

Itulah yang terjadi kepada blogger Kedah sekarang ni. Nasib Mc dan kawan-kawan memang teruk! Susah payah tak dihargai, anak jati Kedah buat kerja pulun bagai nak mampuih. Orang luar pula yang datang kutip hasilnya. Apa kejadahnya tu?

Mc ada mendapat laporan dari beberapa troopers TMK yang mendakwa ada pegawai MKN Kedah yang mencuri hasil kerja TMK untuk dijadikan laporan mingguan mereka. Sudah la pemalas dan hanya copy paste saja, tolong pun tak pernah, bertambah teruk bila mereka dakwa hasil kerja kami mereka yang punya.

Memang sial la!

Malah Mc diberitahu, bila ada ceramah, MKN Kedah sibuk menayangkan blog-blog luar yang entah dari mana. Takpa la Mc tak kisah lagi, tapi bila blog terbabit claimkan hasil kerja yang kami TMK buat, memang la Mc tak puas hati. Mana boleh macam tu!

Tahu tak saudara semua, betapa miskinnya blogger pro UMNO kat Kedah ni. Peralatan pun dibeli sendiri, cari isu pun pakai duit sendiri, minyak, makan semuanya sendiri. Malah kami tak dibantu langsung.

Sudah la tak ada yang nak bantu, hasil pula orang lain claim. Sapa tak panas? Kalau tak nak membantu tu sudah la, tapi jangan sampai menyusahkan orang lain. Kami tahu, kami ni blogger ikan bilis saja, kalau takdak kami pun, UMNO tetap boleh menang kat Kedah ni, betui dak?

Mc nak pesan pada saudara Ramli Bin Md Ros, Pegawai Perhubungan Awam Penerangan Negeri Kedah, yang bertugas di MKN Kedah. Mc nak habaq ni, apa yang hang cakap kat Damai, Merbuk pasal isu Kedah tu, salah besar!! Semua tu, kami yang punya! Kami anak jati Kedah yang bertungkus lumus buat kerja. Tapi orang lain dapat nama, memang celaka la!

Kalau tak percaya, hang boleh rujuk dengan orang IT kat dalam MKN Kedah sendiri, bukan depa tak kenai aku. Kami TMK nak buat kerja, kami perlukan sokongan dan bantuan. Kalau tak boleh bantu, tak payah la nak buat kacau. Duduk depan PC copy paste sudah, macam yang selalu hang buat.

Mc pun dah malas nak taip lagi, buat sakit kepala fikir pasal ni. Orang buat kerja nak bagi UMNO/BN menang. Depa tak sudah-sudah nak menyusahkan orang!!


McTheory:
Nak isu cari la, jangan cilok orang punya!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...