UMNO Online - “Najib Wishing SPM Candidates Best Of Success” plus 9 more | |
- Najib Wishing SPM Candidates Best Of Success
- Sabah Allocates RM300m For Youth Development In 2013
- TPM Minta Rakyat Tidak Perjudi Masa Depan Negara Dengan Sokong Pembangkang
- PM Ucap Selamat Berjaya Kepada Calon SPM
- Gagal Tunai Janji: Rakyat Kedah Perlu Hukum Pakatan Pembangkang
- Najib Leaves For ASEM 9 In Laos
- Percanggahan Pendapat Pembangkang Terhadap TP-1Malaysia Bukti Tidak Sepakat – Raja Nong Chik
- Cabaran Hadi Bertanding Di Pekan Hanya Gimik Politik Pas – Ahmad Said
- Lembah Sireh: Kelantan Perlu Ambil Serius Teguran Ketua Audit
- Undang-Undang Antilompat Parti Tunjuk Pembangkang Tidak Percaya Wakil Sendiri
| Najib Wishing SPM Candidates Best Of Success Posted: 04 Nov 2012 06:16 AM PST KUALA LUMPUR, Nov 4 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has extended his best wishes to candidates sitting for the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination starting tomorrow. The message was posted on his Twitter, @Najib Razak, tonight. “I pray that the candidates pass with flying colours. To teachers and parents, the teaching efforts will bear fruit,” said Najib, who is now in Vientiane, Laos to attend the Ninth Asia-Europe Summit (ASEM 9). A total of 472,541 candidates are sitting for the examination at 3,590 centres throughout the country from tomorrow until Dec 6. Of them, 415,530 are from government, government-aided and government-aided religious schools; 7,708 from schools under ministries and government agencies; and 7,946 from state religious secondary schools. The others were 11,309 private school candidates, 28,148 sekolah menengah agama rakyat candidates, and 1,900 private candidates, said the Malaysian Examination Board. It said 30,239 invigilators had been appointed to man the examination centres. |
| Sabah Allocates RM300m For Youth Development In 2013 Posted: 04 Nov 2012 06:14 AM PST KOTA KINABALU, Nov 4 – The Sabah Government has set aside RM300 million in the 2013 state budget for implementation of various youth development programmes. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said, state ministries which received funds from the allocation included youth and sports, resource development and information technology, and agriculture and food industry. “The allocation is aimed at helping youths progress through training and acquiring skills, among others,” he said at a blood donation campaign organised by the Barisan Nasional (BN) Sabah Youth movement and Umno Sabah Puteri wing at Palm Square, Centre Point here today. Musa hoped youths in Sabah would not let themselves be hoodwinked by the opposition which claimed to fight for their interests but were actually, trying to score political mileage. Meanwhile, the blood donation campaign themed, ‘A Drop of Blood means a Lot’, would be held for four months in 25 Umno divisions. |
| TPM Minta Rakyat Tidak Perjudi Masa Depan Negara Dengan Sokong Pembangkang Posted: 04 Nov 2012 06:11 AM PST PAGOH, 4 Nov – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta rakyat supaya tidak memperjudikan masa depan negara dengan cuba memberi sokongan kepada pembangkang sebaliknya terus bersama Barisan Nasional (BN) demi menjamin masa depan. Beliau berkata kerajaan BN sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam mentadbir negara sejak 55 tahun lepas berbanding pakatan pembangkang yang dilihat semakin ‘bersimpang-siur’ dan ‘cacamarba’ dalam pentadbiran mereka. “Masa depan tidak boleh diperjudikan,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN semasa berucap pada majlis perjumpaan khas anggota jentera pilihan raya BN Pagoh, di sini, hari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata di ‘musim kilang-kilang fitnah bekerja 24 jam’ ketika ini, rakyat diminta supaya jangan sesekali bersifat ingin mencuba nasib dengan menyokong pakatan pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak ditepati. “Dia (pembangkang) janji macam-macam. Kata boleh buat lebih baik dari kita (BN) tetapi tidak boleh. Mereka tidak sepakat, jadi, bagaimana hendak tubuh kerajaan. “Hari-hari ada berita dari Selangor. Bukan BN hendak bohong tetapi bila ditanya, mereka (pembangkang) tidak dapat jawab,soal air di Selangor, saya hendak lihat bagaimana Selangor menyelesaikan masalah itu,” tegasnya. Mengenai jentera pilihan raya BN Pagoh, Muhyiddin menasihatkan jentera di 46 Pusat Daerah Mengundi itu supaya bekerja keras demi mencapai kemenangan. Matlamat BN untuk mendapat majoriti lebih besar pada pilihan raya umum akan datang akan tercapai sekiranya anggota jentera mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan, katanya. |
| PM Ucap Selamat Berjaya Kepada Calon SPM Posted: 04 Nov 2012 06:09 AM PST KUALA LUMPUR, 4 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan selamat berjaya kepada calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula esok. Ucapan itu disampaikan Najib melalui laman sosial Twitternya @Najib Razak malam ini. “Saya berdoa agar calon-calon berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM bermula esok. Kepada guru dan ibu bapa, semoga usaha-usaha pendidikan akan membawa hasil,” katanya yang kini berada di Vientiane, Laos untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-9 (ASEM 9). Seramai 472,541 calon akan menduduki peperiksaan SPM di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai esok hingga 6 Dis ini. Sebanyak 415,530 calon daripada sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 7,708 calon daripada sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian dan 7,946 calon daripada sekolah menengah agama negeri. Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, seramai 11,309 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian, 28,148 calon sekolah menengah agama rakyat dan 1,900 calon persendirian juga akan menduduki peperiksaan tersebut. Seramai 30,239 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar. |
| Gagal Tunai Janji: Rakyat Kedah Perlu Hukum Pakatan Pembangkang Posted: 04 Nov 2012 01:59 AM PST BALING, 4 Nov – Rakyat semua kaum di Kedah perlu menghukum kerajaan negeri pakatan pembangkang yang diterajui PAS pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang atas kegagalan menunaikan janji dalam manisfesto mereka pada pilihan raya umum lepas. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata kegagalan pakatan pembangkang menunaikan janji yang mereka buat itu membuktikan mereka bukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mudah termakan dengan hasutan PAS dan anggota pakatan pembangkang lain yang kini dilihat semakin terdesak meraih simpati rakyat menjelang PRU-13. “PAS…menabur fitnah kononnya wang BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) haram dan sebagainya yang berunsur negatif untuk memesongkan fikiran rakyat,” katanya semasa merasmikan program Gelombang Merah Peringkat Parlimen Baling di Perkampungan Keda Ulu Bakai di sini hari ini. Pada majlis itu, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut menyampaikan sumbangan wang dan barang makanan kepada 70 warga emas dan veteran Umno. |
| Najib Leaves For ASEM 9 In Laos Posted: 04 Nov 2012 01:49 AM PDT SEPANG, Nov 4 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak left for Vientiane, Laos today, to attend the 9th Asia-Europe Meeting (ASEM 9) Summit. Najib, accompanied by wife, Datin Seri Rosmah Mansor, departed from the Bunga Raya Complex at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) at 4.15pm. They are expected to return home on Tuesday. Najib will join 48 leaders from Asia and Europe at the two-day ASEM 9, themed ‘Friends for Peace, Partners for Prosperity’, starting tomorrow. The ASEM grouping membership will be expanded to 51, with the inclusion of Bangladesh, Norway and Switzerland, at the meeting. ASEM leaders are expected to discuss regional and international issues of common interest and concern, including food and energy security, sustainable development, financial and economic crisis, climate change, natural disaster response, socio-cultural cooperation and ASEM’s future direction. Najib will hold separate bilateral meetings with French President Francois Hollande, Norway Prime Minister Jens Stoltenberg and Pakistan Prime Minister Raja Pervaiz Ashraf on the sidelines of the meeting. |
| Percanggahan Pendapat Pembangkang Terhadap TP-1Malaysia Bukti Tidak Sepakat – Raja Nong Chik Posted: 04 Nov 2012 01:40 AM PDT GEORGE TOWN, 4 Nov – Percanggahan pendapat antara pakatan pembangkang terhadap usaha kerajaan pusat mewujudkan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP-1Malaysia) khusus membantu menyelenggara perumahan berstrata kos rendah, mencerminkan pendirian parti tidak konsisten. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kerajaan negeri Pulau Pinang mewujudkan dana ‘Happy’ untuk menampung program TP-1Malaysia, manakala kerajaan Selangor tidak menyokong dengan menyatakan kos penyelenggaraannya tinggi. “Mereka tidak konsisten. Sebelah sini (Pulau Pinang) menyediakan dana ‘Happy’ dan sebelah sana (Selangor) kata kos tinggi. Harus diingatkan tabung ini diselenggara dengan telus,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai sokongan kerajaan pakatan pembangkang terhadap usaha kerajaan pusat itu. Kerajaan Negeri Pulau Pinang mewujudkan dana ‘Happy’ sebanyak RM50 juta untuk menampung program TP-1Malaysia yang memperuntukkan kos pembaikan sebanyak 90 peratus bagi rumah kos rendah dan 70 peratus bagi rumah kos sederhana rendah. Baki selebihnya sebanyak 10 peratus (rumah kos rendah) dan 30 peratus (rumah kos sederhana rendah) yang sepatutnya ditanggung oleh penduduk, akan dibiayai kerajaan negeri menerusi dana ‘Happy’ itu. Ditemui selepas program walkabout TP-1Malaysia di Perumahan Desa Permai Indah, Batu Uban di sini hari ini, Raja Nong Chik berkata ada parti pembangkang cuba mempolitikkan usaha murni kerajaan pusat itu dengan menyatakan kos penyelenggaraan terlalu tinggi dan projek diberikan kepada kroni. “Ingin saya perjelaskan bahawa proses penyediaan Bill of Quantity (BQ) disediakan oleh mereka yang mempunyai kepakaran di dalam bidang tersebut dan perkiraan kos dirujuk kepada buku piawaian yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). “Usaha ini dijalankan secara telus dan tender terbuka…jangan nak politikkan isu hanya untuk kepentingan politik. Beri penghargaan sepatutnya, skim (TP-1Malaysia) usaha kerajaan persekutuan, jadi pujian patut diberikan kepada kerajaan persekutuan,” katanya. Beliau berkata kerajaan pusat tidak pilih kasih dalam meluluskan permohonan untuk TP-1Malaysia dan ini terbukti apabila 13 projek melibatkan kos RM4.1 juta diluluskan di Pulau Pinang termasuk di kawasan Permatang Pauh. Katanya antara RM582,000 dan RM960,000 diperuntukkan untuk projek TP-1Malaysia di Batu Uban yang dijangka siap hujung tahun ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan perumahan kos rendah. Raja Nong Chik berkata inisiatif TP-1Malaysia adalah telus kerana kontraktor akan menyediakan laporan kepada penduduk setempat menerusi badan pengurusan bersama (JMB) dan Perbadanan Bangunan (MC) supaya penduduk sendiri dapat mengawasi dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan. |
| Cabaran Hadi Bertanding Di Pekan Hanya Gimik Politik Pas – Ahmad Said Posted: 04 Nov 2012 01:35 AM PDT KUALA TERENGGANU, 4 Nov – Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu bertanding di kawasan Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang, hanya satu gimik politik parti itu semata-mata, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Terenggau Datuk Seri Ahmad Said. Ahmad yang juga menteri Besar Terengganu berkata, kalau benar Abdul Hadi ingin bertanding di sana (Pekan), dia tidak perlu menunggu arahan parti kerana dia merupakan Presiden parti. “Kenyataan itu merupakan gimik parti PAS saja. Tak payah layanlah. Kalau betul-betul dia nak bertanding, dia tak perlu tunggu arahan. Dia boleh kata dia nak bertanding di Pekan. “Tapi dia tidak akan buat (bertanding) kerana dia tahu kalau dia bertanding di sana, seolah-olah dia menempah maut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali peringkat negeri Terengganu di sini, malam tadi. Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar semalam bahawa Abdul Hadi akan membuat kejutan dengan bertanding di kawasan Parlimen Pekan, Pahang pada PRU-13 akan datang. Hadi kini adalah Anggota Parlimen Marang dan juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang. |
| Lembah Sireh: Kelantan Perlu Ambil Serius Teguran Ketua Audit Posted: 04 Nov 2012 01:29 AM PDT PASIR PUTEH, 4 Nov – Kerajaan Kelantan perlu mengambil serius teguran Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengenai projek Lembah Sireh melibatkan pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan dalam laporan yang didedahkan baru-baru ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan negeri perlu mengakui kelemahan mereka dan membetulkan kelemahan yang berlaku dalam pelaksanaan projek itu. “Laporan Ketua Audit Negara itu tidak ada kena mengena dengan soal politik. Kerajaan negeri perlu lakukan langkah pembetulan untuk mengatasi kelemahan yang ada. “Janji-janji pihak pemaju itu yang menjadi persoalan sebenarnya iaitu janji-janji yang tidak ditepati,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Hari Diabetis Sedunia 2012 Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini. Projek Lembah Sireh itu mula menjadi perhatian selepas didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini yang antara lain menyebut bahawa pihak syarikat yang memajukan projek bernilai RM2 bilion itu belum melaksanakan komponen fizikal seperti yang dijanjikan. Kawasan seluas 400 hektar dilaksanakan secara pajakan selama 99 tahun, dengan kerajaan Kelantan bakal mendapat imbuhan daripada pemaju termasuk projek perumahan, taman rekreasi, pusat peranginan, hotel, kemudahan marina, taman awam dan jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina. Isu projek tersebut mendapat perhatian pembangkang pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru- baru ini dengan kerajaan negeri membuat penjelasan pihaknyaakan berbincang dengan syarikat swasta pelaksana projek berhubung teguran dalam laporan itu. Minggu lepas, Pemuda Umno Kelantan dan pertubuhan bukan kerajaan, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) telah membuat laporan dengan SPRM berhubung projek Lembah Sireh dan mahukan SPRM menjalankan siasatan secara menyeluruh. Mengulas perkara itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata kerajaan negeri perlu mengakui “yang baik tetap baik, yang buruk tetap buruk” dengan tidak perlu berdolak dalik mempertahankan segala kelemahan yang ada. Beliau juga menyelar kerajaan negeri itu yang sering menyalahkan media yang membuat laporan tidak berpihak kepadanya. “Jangan pandang rendah komen media. Media menyampaikan hasrat rakyat yang mempunyai peranan tersendiri,” katanya. |
| Undang-Undang Antilompat Parti Tunjuk Pembangkang Tidak Percaya Wakil Sendiri Posted: 04 Nov 2012 01:14 AM PDT GEORGE TOWN, 4 Nov – Undang-undang antilompat parti yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Khamis lepas jelas menunjukkan pakatan pembangkang tidak yakin dan hilang kepercayaan terhadap wakil rakyatnya sendiri. Bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata undang-undang antilompat parti tidak relevan kerana ia seperti membelakangkan hak wakil rakyat. “Ini bukan pasal isu lompat parti, tetapi kalau pembawaan parti itu dah menyeleweng, terpulang kepada wakil rakyat nak tinggalkan parti itu,” kata anggota Parlimen Bebas kawasan Bayan Baru itu. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Khamis lalu meluluskan rang undang-undang ‘Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012, bertujuan membanteras amalan melompat parti untuk mendapatkan habuan. Rang undang-undang itu yang dibentangkan Ketua Menteri Lim Guan Eng dibahaskan dalam tempoh sehari sebelum diluluskan dengan undian dua pertiga. Zahrain yang ditemui selepas program TP-1Malaysia di Perumahan Desa Permai Indah, Batu Uban di sini hari ini, berkata langkah mewujudkan undang-undang antilompat parti itu mencerminkan Lim takut dengan bayang-bayang sendiri jikalau ada yang ingin menentangnya. “Saya hairan kenapa mereka sibuk dengan anti hopping (lompat parti)…di Sabah apabila ada orang lompat (parti) mereka (pakatan pembangkang) terima dengan tangan terbuka. Ini hipokrasi yang besar,” katanya. Katanya politik seharusnya merupakan platform memperjuangkan nasib rakyat tetapi DAP telah menjadi platform yang berkhidmat untuk Lim. Ditanya sama ada beliau akan bertanding untuk mempertahankan kerusi Bayan Baru pada pilihan raya umum ke-13, Zahrain berkata beliau bersedia bertanding namun keputusan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment